About Us

Friday, June 29, 2012

Dah Beralih Arah





Salam jumaat untuk all readers menjaring impian. Hari ni just nak share something dengan korang. Tentang minat saya yang dah beralih arah. Tentang apa? Tentulah pasal minat membaca saya.

Dulu, majalah Dara.com ni memang menjadi koleksi bacaan saya since umur saya 18 tahun.majlah ni memang best, banyak idea2 fesyen tudung dan pakaian yang trendy, modern, penisian yang sangat berguna untuk saya. Tapi lepas 5 tahun baca majalah ni saya dah rasa macam dah tak serasi dengan saya dah. Maybe sebab saya dah keja &bakal bertukar status then majalah tu lebih kepada golongan remaja, saya stop beli majalah tu masa tahun lepas. Kenapa suka beli majalah? Entahlah. Sebab saya ni memang ulat buku, even boleh baca dekat blog, saya masih suka baca majalah dan suratkhabar yang boleh dipegang-pegang dan di baca sebelum tidur. Alkisah sekarang ni nak berjimat duit, tapi hampeh. Saya boleh tahan diri dari shopping baju tapi bukan buku. (walaupun skrg ambik masa yg lama untuk habiskan baca sebuah buku!)

Babai dara.com! Banyak info bermanfaat saya dapat dari kamu dulu. Thank's ya!


Sekarang, baru berjinak nak baca majalah NUR sebab untuk muslimah bekerjaya kan. Sebab rasa diri dah tua then bakal ada family sendiri. so rasa majalah remaja muslimah tu dah tak sesuai untuk saya. Lagipun umur makin bertambah dari semasa ke semasa so saya dah mula pelbagaikan bahan bacaan. Dulu masa masih teenager memang focus bacaan saya hanya pada novel tapi sekarang tak lagi. Dulu tiap-tiap bulan nak beli novel baru tapi sekarang takpun. Saya hanya pilih novel tertentu je yang nak dibeli. Tak tahu kenapa. Faktor umur & masa mungkin? (saya berdoa moga minat saya dalam penulisan takkan pernah pudar supaya saya masih diberi idea untuk menulis). Sekarang ni, semua buku saya dah minat nak baca. Dan macam-macam benda jugak saya suka nak tulis. Tentang apa yang saya lihat, saya alami, saya suka dan tak suka. Betul orang cakap, umur yang meningkat buat kita makin matang. Huhuhu..

Baru  nak berjinak nak baca =)


First baca Nur, bolehlah…masih try serasikan diri dengan bahan bacaan ni. Suka sebab banyak fesyen untuk ke pejabat, pegisian rohani dan jiwa, dan macam-macam lagi. Majalah keluarga dan mingguan wanitapun saya suka. Satu lagi, majalah untuk hiasan rumah (anjung seri , impiana) dan apartment. Banyak sumber inspirasi untuk saya deco rumah sendiri nanti (Angan-anagan nak design rumah idaman suatu hari nanti).

Betapa luasnya duania ini yang terkandung bermacam cerita. Tak rugi jadi hamba bahan bacaan sebab banyak pengetahuan yang kita dapat. Daripada berfokus pada satu sahaja jenis bahan bacaan, ada baiknya pelbagaikan. Memabaca tu kan penambah ilmu =)



P/s : Banyak perancangan untuk esok. Moga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin…

Tuesday, June 26, 2012

Review Novel: Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Lama gila nak ambik masa nak review novel. Memang sangat ketinggalan zaman berbanding readers yang lain. beli novel bukan main awal tapi terperap dekat atas rak novel tak sempat nak buka baca. Busy sangat sampai hobi sendiripun tak ada ruang nak mencelah. Ok. cukup melalut. let's talk about the novel

Novel ni adalah first novel acik lana yang saya baca dekat blog dia walaupun sebenarnya ni novel ke-2 beliau. Tapi sekarang, semua e-novel dia saya baca. Giler best kot novel-novel dia. Romantis gitu. hehehe..
Saya suka sangat dengan watak Lukman dalam novel ni. lelaki yang cukup sempurna sifatnya samaada zahir dan batin. Si pencinta yang sejati. Susah nak jumpa lelaki macam ni zaman sekarang. Tak tahu nak descripe macam mana lagi novel ni cuma nak cakap sangat2 best! bila sekali baca terus nak baca sampai habis. Tapi terpaksa baca sikit2 sebab tak ada masa ( selalu sekejap je boleh habiskan novel tebal2 ni). Sweet sangat ok! saya bagi 5 bintang untuk novel ni.

Ok. Ni sinopsis nya..


Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?





Pada peminat novel macam saya, novel ni koleksi wajib yang patut ada dalam simpanan tau! best! tak sabar nak tunggu novel Acik lana yang lain. Semua best2! Kalau nak harga murah, beli online jer dengan kaki novel. Tak silap hujung bulan ni ada pesta buku selangor dekat SACC. Boleh jugak dapatkan dekat situ.



P/s: Novel baru Siti Rosmizah tak sempat baca pun lagi. Tak tahu bila boleh spend masa nak baca. Huhu..

Monday, June 25, 2012

DiaRi


Saya dan masalah, tak pernah pun ada ruang untuk berpisah. Dulunya bila ada masalah saya memang suka berfikir, berfikir, dan berfikir. Hatta masalah yang sekecik-kecik hama pun saya suka nak fikir. Kalau boleh segenap otak saya nak gunakan untuk berfikir tentang masalah yang kadang-kadang tak ada penyelesaian pun. Yang dapat hanya kerutan di dahi dan muka moody tak mahu senyum. Menulis buat hati saya tenang. Saya menulis diari, meluahkan setiap ketidakpuasan hati saya. Menzahirkan rasa pedih dan duka yang saya rasa. Walaupun apa yang saya tulis hanya saya yang tahu dan saya tak pernah dapat apa-apa respon dari situ, sekurang-kurangnya saya tak rasa tertekan. Saya tak rasa nak marah-marah. Seawal usia 9 tahun saya sudah punya diari (kecik-kecik dah pandai feeling2 tau). Saya menulis tentang hidup yang saya lalui di situ. Gembira, suka, duka dan segalanya di situ.

Last saya menulis diari time saya sekolah menengah dulu. Lepas tu, saya dah tak menulis apa-apa lagi tentang hidup saya. Time diploma ada jugak tulis tapi sikit2 then stop terus. Hidup saya yang sentiasa busy dengan study, buku-buku, exam buat saya tak punya masa untuk menulis tentang hidup saya di dalam diari. Atau mungkin sebab saya rasa tak ada apa-apa yang menarik untuk di tulis.  Bila saya mula berhenti, saya dah rasa janggal untuk menulis lagi. Mungkin saya rasa yang otak saya sudah cukup untuk menyimpan semua kenangan yang saya lalui. 



Usia yang meningkat buat saya makin matang. Saya sudah tahu bagaimana untuk mengurus masalah hidup. Tak perlu terus menyimpan dan memeramnya di dalam minda dan hati. Masalah tu cabaran untuk saya. Walaupun ada masanya saya lemah juga bila di timpa musibah dan dugaan. Mudah hendak melatah bila di duga sedikit tapi saya tahu saya tak mungkin dapat lari dari semua tu. Kalau hari ini saya dapat lari, esok atau lusa belum tentu saya dapat lari dari masalah kan? Mungkin kerana saya sudah tahu hendak mengurus emosi sendiri buat saya rasa saya tak perlukan diari lagi untuk melepaskan rasa. Doa, zikir, solat itu terapi yang sebenar-benarnya…Doa itu senjata orang mukmin. Hanya Allah sahaja tempat saya mengadu. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui setiap musibah yang diberikan. Tapi, sesekali menulis tentang hidup dan membacanya semula buat saya rasa betapa indahnya hidup ini. Kadang-kadang saya tersenyum sendiri. Begitu banyak pengalaman yang saya perolehi. Menulis diari itu sesuatu yang indah pada saya. Hidup ini walau dipenuhi cabaran dan dugaan tetapi amat indah.  Syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

Dan selepas diari yang bertulis tangan terhenti kini saya tetap menulis di sini....Cuma apa yang dizahirkan bukanlah terlalu peribadi untuk dikongsi.....

Sunday, June 24, 2012

Yeay! Dah Siap pun DIY Bunga crepe Comel (^_^)


Weekend ni, ini aje keja saya. Dah tak sabar nak siapkan benda ni sebab dah rasa bosan dah sebab lama sangat ambik masa nak siapkan. Finally....

























Abaikan aje bentuk bunga yang tak berapa nak menjadi. dekat 700 kuntum bunga buat mahu pengsan mahu buat cantik2. Yang nampak serabai dan nampak  kemek2 tu petanda malas namanya. Hehehe...

Mood: happy. Lepas ni nak siapkan DIY paper bag pulak. Lagi 2 minggu kakak datang shah alam. Boleh kirim dekat dia bawak balik kampung benda-benda ni. Alhamdulillah....

Friday, June 22, 2012

Jumaat =)



Hari jumaat. mood happy....Yelah...esok weekend kan? Cuti.  hehehe.. =)



Yup! sangat bersemangat bekerja on Friday!







Thursday, June 21, 2012

Temanya Kusam. Saya Redha!



Honestly memang saya tak puas hati soal baju kawen  & baju tandang. Bukan cerewet, tapi banyak benda, masalah yang terjadi yang buat tahap kerisauan saya belum jugak surut (tapi sekarang dah ok!). Huhu…..baju resepsi yang dipilih macam yang saya cakap dekat entri INI memang pilihan muktamad sebab tak nak serabutkan kepala lagi fikir soal baju kawen yang asyik pending. Warna memang kusamlah( tak rasa macam warna champagne pun!) tapi nak buat macam mana baju tu je yang rasa sesuai dengan saya & saya muat nak pakai (T_T).  Mula2 fitting baju memang ok. Untuk Encik Tunang pun ok. Orang butik dgn adik dan kakak saya cakap ok. So, saya dah rasa confident nak pilih baju tu.

Tapi, baru2 ni bila saya tengok ada gambar pasangan pengantin yang pakai baju tu dekat facebook (memag baju yg saya bakal pakai nanti), terus mood saya down. Huhu…memang betul2  nampak kusam baju tu.(pengantinnya memang muka cantik!). Tak tahulah samaada sebab faktor gambar yang di ambil ke, makeup ke apa tapi memang saya rasa kalau dia yang sedia cantik pakai dress tupun nampak kusam baju tu, apatah lagi saya yang tak cantik ni. Huhu…sekurang-kurangnya dia tetap jugak nampak cantik. Yang paling terkilan sebab warna baju lelaki dan perempuan nmpak tak sama. Baju lelaki jadi warna putih kusam. Terkilan sangat saya bila bayangkan yang baju kami tak sama warna nanti bila dlm gambar. Huhu...Saya terus send gambar tu dekat encik tunang untuk dia komen dan pendapat dia sama macam saya, Kusam!gabungan warna yang tak kena. Huhu…..Encik tunangpun rasa baju tu macam tak sesuai pulak padahal masa pakai hari tu rasa ok. Huhu…

Nak tukar memang tak sempatlah sebab dah suntuk masa. Lagipun, saya nye vendor untuk meja makan beradab suruh saya finalize warna tema dari hari tu lagi sebab dia nak prepare benda untuk keja2 menghias nanti. Saya call kakak saya minta nasihat. Rasa sedih sangat hati ni. Rasa tak confident nak pakai baju tu. Huhu…rasa macam diri akan nampak buruk & kusam. Tapi kakak saya memang penasihat terbaik saya! “Dia tenangkan saya, pujuk saya yang everythings will be ok. Jangan risau sangat. Baju tak cantik takpe asalkan pengantin tu enjoy the moment. Keceriaan pengantin akan buat baju yang tak cantik pun nampak sweet gitu (ya ke?). Kalau baju tak cantik, photographer pandai ambik gambar mesti baju tu akan jadi cantik. Insya-Allah…Tak semua orang sesuai pakai baju yang sama. Mana tahu kalau baju tu memang betul ok dengan saya & tunang kan? Jangan fikir negative sgt…”Itu cakap kakakla…. Bukan cakap hati saya. pandai betul kakak saya memujuk adik yang mudah rapuh hatinya nikan? Baiklah kakak. Huhu…So, akhirnya saya redha. Kusampun kusamlah...nak buat macam mana dah nasib kami. (T_T) oh, baju tandangpun kusam jugak (lemak ketam je saya panggil baju tu). Tengah cari idea macam mana nak buat baju tu tak nampak kusam ( mintak2 ada idea!)

Bila orang tanya saya warna baju resepsi saya tak tahu nak describe warna apa melainkan warna “kusam” . Huhu…saya mesti redha, redha & redha..…saya just nak enjoy the moment tak kira apapun yang tak kena dengan baju ke, hiasan ke apa ke. Yang penting, nak hayati setiap detik indah tu nanti. Asalkan semuanya berjalan lancar saya dah rasa gembira. Hal2 lain malas dan nak fikir. Taknak stress2 lagi fikir pasal baju time kenduri tu. Cukup2lah stress pasal kerja. Huhuhu….

Wednesday, June 20, 2012

Suri rumah Berijazah. Salah ke?




Hari ni ada topik best dekat wanita hari ini. Pasal suri rumah berijazah. Tak tengokpun sebab saya tengah kerja. Tapi tertarik dengan isu yang dibincangkan sebab pernah jugak ada kenalan yang ada ijazah tapi last2 jadi suri rumah. Salah ke? Bagi saya tak salahpun. Kalau itu kemahuan dan keputusan dia, saya rasa okey je. Sebab dalam hidup ni, lain orang lain pandangan, masalah dan matlamat hidup. Tak boleh nak buat sesuatu based pada pendapat orang semata-mata.

Ada banyak benda yang buat siswazah ni decide untuk jadi suri rumah. Maybe sebab husband dia dah cukup kemapuan dari segi wang ringgit, nak tumpu perhatian pada rumah tangga, nak anak2 membesar dalam jagaan sendiri, susah dapat kerja, faktor kesihatan, ada anak sakit yang perlu jagaan yang khusus, boring dah kerja, komitment kerja yang tinggi sampai rumahtangga terabai & macam-macam hal lagi yang buat diaorang rasa jadi suri rumah tu lebih baik.



Kalau saya, tak pernah terfikirpun lagi nak berhenti kerja then jadi suri rumah sepenuh masa. Buat masa ni, memang taklah tapi di masa akan datang wallahualam. Allah lebih tahu apa yang akan jadi di masa depan. Kita hanya merancang. Tapi sebolehnya saya nak berkerja selagi terdaya. Bukan sekadar sebab wang ringgit,nak bayar hutang itu ini, tapi ini matlamat saya lepas habis belajar dulu. nak capai impian saya. Dan..andai sesuatu terjadi dekat husband saya, saya masih ada sumber kewangan sendiri untuk besarkan anak-anak. Kalau boleh, I want to be like my mom. Walaupun bekerja tapi pandai urus masa antara kerja dan family. Saya dan adik beradik tak pernah makan nasi kedai tau! Setiap pagi mak saya akan masak dulu before gi kerja. Balik sekolah, kami panaskan aje then makan.  Dan tak ada maid untuk uruskan semua hal rumah. Insya-Allah….selagi ada kudrat saya akan terus bekerja dan dalam masa yang sama cuba jadi isteri & ibu yang bertanggungjawab. Tapi, andai satu ketika nanti saya akan jadi housewife sepenuh masa, maybe saya akan try buat bisness kecik2 atau jadi full time writer siapa tahu kan? Allah lebih tahu yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Bukan mudah jadi surirumah dan bagi saya, surirumah tu memang kerja hebat! Tak semua orang mampu lakukan dengan baik. So, bagi saya, tak salahpun jadi suri rumah sebab setiap orang ada kisah & masalah sendiri. Orang luar hanya tahu mengata tanpa nak ambik tahu apa sebenarnya yang buat diorang decide nak jadi surirumah.

Tuesday, June 19, 2012

Darah Yang tak Berapa Nak Manis


Selalu dengar perkataan "darah manis" untuk orang yang sedang bertunang. Mula2 buat tak tahu, kurang percaya..tapi bila macam-macam jadi, saya dah mula faham apa sebenarnya yang orang asyik cakap "darah manis' tu..


First, sebab orang panggil "darah manis' ni..setan banyak sangat suka kacau. bila dah pasang niat nak bina masjid, nak halalkan hubungan yang haram, maka setan takkan sewenang-wenangnya biarkan si hawa & si Adam buat benda yang baik. Sebab tu, time bertunang ni kena kawal kelakuan, kawal nafsu, kawal marah, jangan buat benda terlarang sebab semua tu adalah godaan & hasutan setan. tapi, bila terlafaz aje ijab & kabul antara teruna & dara, maka menangislah para syaitan ni kerana gagal dalam usaha mereka menggoda manusia. Mungkin sebab inilah yang orang tua-tua suka cakap "darah manis" tu.


Second, maybe sebab orang yang bertunang ni suka berangan terlebih. Emosi selalu terganggu. Tak sabar nak kawen maybe? hahaha....sebabtu ada yang terhiris tangan sendiri masa tengah potong sayur, masakpun terlebih garamla, terlebih gula la....jatuh pokok la..accident la & so on..huhu...saya dah alami benda ni. Tapi bukan sebab berangan. Nasib2. Benda nak jadi kan..dugaan betul. Pasal nilah orang tua-tua asyik cakap "darah manis" tu..

Third, maybe sebab banyak dugaan & cabaran yang harus ditempuhi. Masalah dari bermacam pihak yang boleh buat darah menggelegak, kepala macam nak pecah & mungkin juga ada pihak ketiga yang nak mengaggangu hubungan pasangan bertuanang tu. Darah manis kan menarik perhatian orang kan? Mulut2pun suka bangat nak mengata. Sebab tu hubungan pertunangan kadang2 boleh terputus disebabkan benda2  ni je....sebabtu orang tua tak bagi bertuanang lama-lama....

Tak tahulah apa rasa darah si tunangan orang. Manis ke? Taknak rasapun sebab takut nanti tetiba jadi geng vampire diaries pulak .Tapi bila hari ni dengan tak sengaja tertumpahkan minyak panas atas tangan kiri terus rasa darah saya dah tak manis lagi! huhu...sakit gila. pedihnya Allah sahaja yang tahu. Housemate pulak sibuk cakap "darah tengah maniskan... sebab tu asyik ter accident jer". huhu..Mc hari ni. Tangn kiri lansung tak boleh di genggam. Dah mula menggelembung & bengkak. Dalam sakit tapi gigih gak nak mengupdate entri walau menulis dgn sebelah tangan.


Itu telahan saya jer..tak tahu betul ke tak. Korang ada pandangan tentang darah manis ke?kongsilah dekat sini (^_^)

Monday, June 18, 2012

Sesat Lagi


4 tahun dekat lembah Klang tapi masih tak pandai2 lagi jalan dekat sini. Shah alam dah pandai la sikit sebab tinggal dekat situ. Tapi tempat lain? huhu...Saya cuma pandai naik LRT, komuter, star, monorail, bas tapi kalau bab jalan memang masih failed.Baru setahun belajar drive. Nama2 highwaypun xsemua hafal! Hari ni  balik dari meeting tadi sesat lagi. Stress betul. Huhu..

Kan best kalau semua meeting tu cuma dekat shah alam jer? huhu...
lepas ni lagi teruk, nak kena selalu ulang alik gi Kuantan. KL pun xlepas lagi..Kuantan pulak?

Rasa nak cepat2 beli GPS sebab kerap sangat sesat.Huhu...

Friday, June 15, 2012

Dekorasi Rose petals Yang Cantik!


Bunga ros tu sangat cantik. Cantik dan cantik! Tapi kelopak bunga ros pun cantik. Kalau kena cara menghias memang sudut yang biasapun boleh nampak indah. Idea untuk DIY maybe?





















WARIS yang dinanti-nanti





Akhirnya..setelah sekian lama saya menunggu sekuel untuk drama kesukaan saya “kekasihku Seru” terubat sudah. Dulu dengar cerita nak buat filem, tetapi alih-alih buat drama pulak. Tapi saya suka. Dari buat filem, baik buat drama rantaian jer..banyak cerita yang boleh dikembangkan. Dan paling penting boleh tengok free jer dekat rumah. Hehehe..

Semalam, saya sempat tengok episod pertama drama WARIS. Best + seramlah jugak. Masih rasa excited dan terpaku depan TV macam tengok Kekasihku seru dulu. Tak perlu hantu yang mengerikan, tak perlu wajah-wajah hodoh, WARIS masih ada elemen seram yang boleh buat housemate saya menjerit. Hahaha…best tengok ramai2. Alangkah indahnya menikmati zaman bujang! Drama ni akan ditayangkan setiap hari Khamis jam 10 mlm di TV3. Bagi yang tak pernah tengok Drama kekasihku seru maybe akan pening sikit tapi boleh tengok ulangan Drama ni dekat TV3 start dari hari Jumaat-Ahad Jam 6ptg-7mlm. 



Sinopsis Drama Waris

Diarahkan oleh Kabir Bhatia, sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.

Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.

Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.

Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris? 






Thursday, June 14, 2012

Dah Jumpapun Kasut Kawen!


Cerewet. Saya sangat cerewet soal kasut. Bukan mudah nak jumpa yang berkenan di mata dan di poket. Huhu...kalau cantik di mata, di poket pulak tak mampu. Bila di poket mampu, di mata pulak tak berkenan. Setelah berbulan mencari kasut kawen. Dan, saya pernah bercerita tentang kasut idaman saya dalam entri INI tapi yang dibeli adalah kasut di bawah ni..



Angan-angan nak pakai wedges tapi heels ni jugak yang terbekenan di mata. Agak tinggi tapi masih stabil sebab tapak dia lebar..huhuh


Kalau ditelek, memang jauh dari kasut idaman saya tapi I like it so much! Actually, sebenarnya kasut ni adalah kasut pilihan yang ke-2. Tupun sebab kasut first yang saya nak tu dah tak ada size. Huhu..bab size2 nipun masalah jugak. Selalu macam tu tau..bila dah suka gila dengan kasut tu, size pulak tak ada. Pasal kasut ni memang saya stress betul masa tengah mencari dulu. Mujurlah dah jumpa!

- Saya dah try pakai kasut ni sebelah Encik Tunang.. As per his request, saya tak boleh nampak tinggi dari dia kan. So, kasut ni dah lepas piawaian dia..hahaha. saya masih kelihatan rendah bila berdiri di tepi dia ok!

- Saya dah try berjalan dan melangkah beberapa kali with this heels. Yeah! saya rasa selesa dan tak kekok. Cuma  tak try berlari jer lagi!Huhu...

- Kasut ni akan dijadikan hantaran kawen nanti. Lepas majlis akad nikah, terus grab untuk pakai kasut ni masa resepsi nanti. Nampak tak sabar bebenor tapi sebenarnya nak save budget. Better buat hantaran barang yang  nak dipakai dari nak keluar budget lagi beli barang lain. Huhu....

Oh ya, saya jumpa kasut ni dekat my hometown jugak. Sibuk mencari kasut ni dekat Kl & Selangor, rupanya dekat Kedah jugak kasut ni menyorok. Hahaha...saya beli dekat kedai kasut Top Heel dekat Jitra Mall. Beli secara tak sengaja. Pilih kasut baru pilih baju kawen tapi kebetulan sesuai kasut ni dengan dua-dua baju kawen saya. Kasut ni macam tau-tau je kan saya nak pakai baju warna apa? hehehe...Alhamdulillah...selesai sudah satu masalah.

Wednesday, June 13, 2012

HIV test = Done… (^_^)





Baru nak update cerita pasal buat HIV test dekat kampung hari tu. Why buat dekat kampung? Sebab kedah hari ahad kan hari bekerja, so klinik kesihatan semua buka. Senang. Tak payah nak ambik cuti semata-mata nak buat HIV test dekat shah Alam. (sayakan kedekut cuti skrg nih). Lagipun klinik kesihatan seksyen 7 shah alam kena buat appointment dulu kalau nak buat HIV test. Ramai sangat orang kot. Dekat kampung tak payah. Bawak diri dengan IC jer..hehehe….


Oh ya.,just nak story dekat sini pasal experience buat HIV test hari tu. Untuk HIV test, kita boleh buat di mana-mana klinik kesihatan kerajaan di seluruh Malaysia. Means, kalau korang nak kawen dekat kedah, nak buat HIV test dekat selangor pun boleh. Janji klinik kesihatan kerajaan. Ada sesetengah klinik kena buat appoinment dulu. Better korang call la dulu klinik tu before pergi. Pasal borang ujian saringan HIV tu, selalu dekat klinik dah sediakan. Tak payah ambik dekat pejabat agama dah..terus isi borang dekat klinik jer. Mudah kan? Tapi saya rasa bosan gila nak kena isi banyak borang.. Menulis suka, isi borang malas betul.huhuhu…

Mula2 saya pergi klinik kesihatan kodiang, sebab dekat dengan rumah saya. Last2 orang dekat klinik tu cakap orang yang buat HIV test tu cuti pulak hari tu. Tapi disebabkan saya nak balik shah alam dah malam tu, saya pergilah  jugak ke Klinik kesihatan Tunjang petang tu untuk buat HIV test sebab dalam hati dah bertekad, nak settlekan jugak pasal urusan HIV test hari tu jugak. Saya sampai awal dekat klinik petang tu. Yang bestnya, klinik sikit jer orang (^_^).

Untuk perempuan, banyak sikit borang kena isi. Dapat pulak saya first time datang klinik kesihatan tu, tambah extra lagila kena isi borang maklumat diri untuk rekod klinik. Oh ya, ada jugak maklumat pasangan yang kena isi macam nama, address rumah & office. So, better ada maklumat tentang pasangan anda sebelum datang klinik. Saya kena isi borang saringan HIV, borang pre-pregnancy & borang2 lain (serius lupa nama borang tapi yang pasti ada  satu borang pasal ujian tahap stress. Tak tahu kenapa kena ada borang ni. Maybe sebab bakal pengantin semua suka stress kot? Hahaha…). Saya just nak buat HIV test je sebab talesemia saya dah buat masa buat blood medical checkup hari tu. Kejap je, lepas test darah then ada interview sikit pasal hal2 perempuan (berkaitan dengan borang pre-pregnancy test yang diisi tu) then semuanya settled. Result? Negative la..kalau tak, tak dapatla slip kuning dari klinik. Hehehe…Hurray….dah lepas satu prosedur nikah =) 

Petang ni, nak ambik suntikan vaksin hepatitis B untuk kali ke-2 pulak. Kena complete 3 suntikan vaksin before kawen. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Jika dia jodoh saya, Insya-Allah..pasti segalanya dipermudahkan….saya memang risau tapi doa itu pengubat resah hati. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga..Amin..



Tuesday, June 12, 2012

Mengamati Mereka Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur





Jumlah mereka dari hari ke hari di Negara kita makin meningkat. Begitu ramai pendatang asing yang datang ke Malysia yang bagi saya mungkin lubuk rezeki buat mereka. Kadang-kadang bila berjalan di Kl-selangor dan lebih2 lagi di Klang, buat saya rasa yang saya seperti bukan berada di Malaysia..asing dan sangat tidak selesa. Sebab tu saya lebih rasa aman dan selesa bila ada di kampung saya yang majoriti penduduknya adalah orang kita sendiri.Huhu…



Kadang-kadang, saya cuba mengamati kehidupan seharian mereka  yang bagi saya cukup tabah. Saya hanya mengamati kehidupan mereka yang datang ke Malaysia untuk bekerja, bukan yang datang buat jenayah ok! Huhu.. Itu saya benci….Before saya bekerja dalam bidang saya sekarang, saya pernah buat part time kerja Qs, Saya pernah buat claim untuk pekerja kontrak dekat tapak pembinaan. Kalau dikira duit gaji mereka memang banyak..Untuk sebulan bekerja temasuk OT, pendaptan mereka memang 2k++.Jumlah yang susah mereka nak dapat di Negara sendiri. Tapi, bila dikira jumlah mereka bekerja dalam sebulan, jumlah itu bagi saya sangat sedikit dan tidak berbaloi. Bayangkan, seawal pukul 7.30 pagi mereka dikerah bekerja sehingga pukul 12 tengah malam. Dan paling sadis, dalam sebulan mungkin sekali atau 2 kali sahaja mereka akan bercuti. Ada masanya, tiada lansung cuti. Kesian…Tapi bagi mereka mungkin itu yang terbaik sebagai jalan untuk memperolehi rezeki. Tapi, paling sedih kalau bekerja teruk tapi lansung tak dibayar gaji.

Saya pernah terdengar perbualan antra pegawai kesihatan dengan pesakit warga Bangladesh dekat hospital masa melawat paksu saya yang terkena demam denggi. Kasihan..selama berbulan dia bekerja di Malaysia, dia lansung tak pernah bercuti. Hari2 rutin hidupnya hanya kerja,kerja, kerja…... Bila terlantar sakit, tiada saudara mara datang melawat. Nak beli air mineral dekat kedaipun, kena bawa sendiri botol air yang tergantung dekat katil tu. Bagi saya mereka tabah dan kuat semangat. Rajin bekerja. Itu yang saya nampak untuk mereka yang ikhlas bekerja di Malaysia untuk mencari rezeki.

Kalau ke pasar malam atau Supermrket, saya pernah perhatikan mereka membeli barang basah dalam kuantiti yang banyak secara beramai. Saya yakin mereka memasak untuk berjimat duit makan. Tetapi bila ditelek barang yang dibeli, kebanyakannnya sayur. Tak banyak daging atau ikan yang dibeli. Pernah jugak bila saya makan di gerai makan, saya nampak mereka hanya makan nasi berlaukkan kuah kari. Itu aje! Tiada istilah mewah dan nikmat dalam makanan harian mereka. Sepupu saya pernah bertanya pada seorang bagla yang bekerja sebagai guard, dengan pendapatannya 900 sebulan, dia sudah mampu membina sebiji banglo di negaranya. Hebatkan? Mereka berjimat cermat di Negara orang untuk memberi kesenangan pada anak dan isteri di kampung.(T_T) Kita? Gaji beribupun selalu rasa tak cukup.



Ramai yang datang ke Malaysia dengan niat yang salah. Ramai juga yang buat jahat dan jenayah di sini. Mengangu ketenteraman dan keamanan di malaysia tetapi tidak semua begitu. Masih ada yang ikhlas datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Masih ada yang baik hati Cuma jumlahnya entah banyak atau tidak. Kalau mereka tak bekerja di sini, Rakyat Malaysia mana yang nak di cari untuk buat kerja buruh binaan? Siapa yang mahu digaji sebagai maid? Sebagai guard? Penyapu sampah? Pengutip sampah? Pekerja kilang? Anak muda Malaysia lebih ramai yang suka mengangur tanpa bekerja. Menghabiskan duit mak ayah dan bekerjaya sebagai kutu rayau. Mat rempit, mat gian, mat dadah and so on…saya hanya melihat mereka dari kaca mata positif. Kerajinan dan ketabahan mereka yang buat saya lebih bersyukur dan insaf dengan rezeki yang saya  perolehi hari ini. Nikmat YANGg Allah beri di Negara sendiri. Bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Memang saya tidak kaya duit, tetapi cukuplah dengan nikmat sihat, bahagia dan rezeki yang saya ada hari ini..itu sudah lebih dari cukup. Alhamdulillah....


Monday, June 11, 2012

Majlis perkahwinan 2 shabat





Asslaammualaikum….baru nak cerita pasal majlis kenduri yang saya attend 2 minggu lepas dan sabtu lepas. Saya gi Wedding 2 sahabat saya  sejakdari sekolah menengah dulu,  Maria & Aswad dekat Changlun, Kedah. Alhamdulillah…dah kawen dahpun kawan2 saya ni. Bercinta dari zaman sekolah tu..lama sungguh. Panjang jodoh mereka berdua. Sayapun tumpang bahagia.(^_^)









Ada insiden yang sedih lepas weding Maria dengan aswad ni. Baru hari sabtu saya gi wedding diorang, hari ahad malam, aswad call cakap maria masuk hospital sbb mata dia tertikam bullet stapler masa tengah kemas2 meja makan beradab pengantin.Huhu..sadis sungguh. Lama jugak kena tahan dekat hospital. Tapi Alhamdulillah..tadi saya call, Maria dah keluar wad Cuma masih lagi Mc. Saya doakan sahabat saya ni cepat sembuh. Aminn….


Sabtu lepas, saya ke Pahang sekali lagi attend majlis bertandang kawan saya Zira dengan suami. Hari tu time resepsi sebelah dia, saya tak dapat datang sebab balik kampung. Alhamdulillah…dapat jugak datang majlis zira dengan Duan. Maklumlah..lepas kawen ni, dia akan Terengganu pulak ikut husband dia confirm2 la susah nak jumpa dah…






Dua2 kawan saya ni kalau hujung minggu rajin jugak melepak dan datang tidur dekat rumah sewa saya dekat Shah Alam. Sekarang, bila dioarang dah kawen, sedikit sebanyak terasa la jugak kan sebab dulu kerap ada bersama dengan saya. Alhamdulillah..masing2 dah ada kehidupan baru. Semoga mereka bahagia hingga ke syurga. Amin…

Sunday, June 10, 2012

Status My DIY Project



Rasanya, dah lama buat DIY project ni since awal tahun hari tu. Ambil masa yang lama untuk siapkan sebab busy. huhu..sebab tu saya kena start buat sikit2 kalau tak mesti tak siap-siap jugak.Huhu.....Hari ni just nak bercerita pasal status DIY project yang dah di buat berbulan2 tu..

Yang Dah siap / Hampir Siap

1. Veil Nikah = 100 % Done

2. Baju Nikah (Additional beads) = 100% Done

3. Baju Outdoor (Bertandang) = 100% Done

4. Veil baju Outdoor (Bertandang)= 80% Done

5. Tudung baju Outdoor (Bertandang) = 100 % Done

6. Veil Bertandang= 70 % Done

7. Crepe paper flower = 60 % Done

8. Paper Bag = 50 % Done

* Banyak sangat konflik untuk baju bertandang tak jadi tu. Kadang2 rasa macam tak nak pakai je tapi bila fikir2 sayang pulak tak pakai sebab dah penat2 DIY dan beli semua benda. So, officially baju tu akan digunakan untuk outdoor masa bertandang. Mula2 ingat nak pakai dekat kenduri sebelah saya tapi sebab masa, rasa better pakai dekat sebelah lelaki saja nanti. 


Yang Belum Siap

1. Jahit Langsir Bilik Pengantin

2. Jahit Langsir Ruang Tamu Rumah

3. Item untuk Hiasan Bilik Pengantin

4. Road signage

5. Bunga Mangar

6. Guest Book 

7. Hand Bouquet

8. Baju bertandang

9. Tudung Bertandang

10. Hiasan dulang hantaran

Gambar baju & veil? segan nak publish dekat sini. Insya-Allah..setelah selesai dan selamat semuanya saya akan buat review ok. Insya-Allah...

Friday, June 8, 2012

Diam




Diam walaupun pahit adakalanya jauh lebih baik,
Diam walaupun sakit tetapi ia juga penawar
Diam bukan bererti lemah,
Diam juga bukan bermaksud kalah..
Diam itu bukannya bisu..
Tapi diam itu satu penyelesaian..

Aku merawat hati dengan diam,
Aku mengawal lidah juga dengan diam,
Aku menangis juga dalam diam..
Aku melakukan segalanya melalui diam

Aku manusia biasa,
Yang tak terlepas dari salah dan dosa,
Bila aku tersenyum, bukan bermakna aku gembira,
Bila aku rancak bersuara, bukan beerti aku tak pernah kecewa,
Apa yang terselit di tangkai hati,
Hanya aku dan DIA sahaja yang tahu..
Tiada siapa yang mampu mengerti dan memahami…
Melainkan DIA..

Bagiku, diam itu jauh lebih baik dari berjuta kata..
Walaupun diam bukanlah penyelamat masalah..
Tetapi diam mampu menyejukkan hati yang panas..
Mampu membentengkan diri dari hasutan iblis..
Berdiamlah……

Thursday, June 7, 2012

Tempat Romantik Untuk menikmati Makan Malam Bersama Yang Tersayang


Baru dapat email tempat-tempat ni dari officemate. saja nak share dengan korang sebab rasa teruja sebab semua tempat cantik-cantik. Asalkan ada idea dan kreativiti tempat yang biasapun boleh nampak menarik & romantik. Hehehe..so layan jelah gambar-gambar di bawah ni...