Tuesday, June 19, 2012
Darah Yang tak Berapa Nak Manis
Selalu dengar perkataan "darah manis" untuk orang yang sedang bertunang. Mula2 buat tak tahu, kurang percaya..tapi bila macam-macam jadi, saya dah mula faham apa sebenarnya yang orang asyik cakap "darah manis' tu..
First, sebab orang panggil "darah manis' ni..setan banyak sangat suka kacau. bila dah pasang niat nak bina masjid, nak halalkan hubungan yang haram, maka setan takkan sewenang-wenangnya biarkan si hawa & si Adam buat benda yang baik. Sebab tu, time bertunang ni kena kawal kelakuan, kawal nafsu, kawal marah, jangan buat benda terlarang sebab semua tu adalah godaan & hasutan setan. tapi, bila terlafaz aje ijab & kabul antara teruna & dara, maka menangislah para syaitan ni kerana gagal dalam usaha mereka menggoda manusia. Mungkin sebab inilah yang orang tua-tua suka cakap "darah manis" tu.
Second, maybe sebab orang yang bertunang ni suka berangan terlebih. Emosi selalu terganggu. Tak sabar nak kawen maybe? hahaha....sebabtu ada yang terhiris tangan sendiri masa tengah potong sayur, masakpun terlebih garamla, terlebih gula la....jatuh pokok la..accident la & so on..huhu...saya dah alami benda ni. Tapi bukan sebab berangan. Nasib2. Benda nak jadi kan..dugaan betul. Pasal nilah orang tua-tua asyik cakap "darah manis" tu..
Third, maybe sebab banyak dugaan & cabaran yang harus ditempuhi. Masalah dari bermacam pihak yang boleh buat darah menggelegak, kepala macam nak pecah & mungkin juga ada pihak ketiga yang nak mengaggangu hubungan pasangan bertuanang tu. Darah manis kan menarik perhatian orang kan? Mulut2pun suka bangat nak mengata. Sebab tu hubungan pertunangan kadang2 boleh terputus disebabkan benda2 ni je....sebabtu orang tua tak bagi bertuanang lama-lama....
Tak tahulah apa rasa darah si tunangan orang. Manis ke? Taknak rasapun sebab takut nanti tetiba jadi geng vampire diaries pulak .Tapi bila hari ni dengan tak sengaja tertumpahkan minyak panas atas tangan kiri terus rasa darah saya dah tak manis lagi! huhu...sakit gila. pedihnya Allah sahaja yang tahu. Housemate pulak sibuk cakap "darah tengah maniskan... sebab tu asyik ter accident jer". huhu..Mc hari ni. Tangn kiri lansung tak boleh di genggam. Dah mula menggelembung & bengkak. Dalam sakit tapi gigih gak nak mengupdate entri walau menulis dgn sebelah tangan.
Itu telahan saya jer..tak tahu betul ke tak. Korang ada pandangan tentang darah manis ke?kongsilah dekat sini (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mak kyra pun slalu ckp psl drh mnis.. tak kira la org brtunang ke pe.. org yg smbut hrjd pun dkatakan drh mnis..:) tp mmg ada btulny nshat org2 tuakan..
ReplyDeletetu la pasal...ecah sebelum ni xde la nampak sgt..dah dkt nk kawen ni mcm2 pulak yg pelik...fikiran kite sendiri kot...hehe
ReplyDeletebetul la kata imah tu..darah tgh manis banyak syaitan sedang menghasut kita yang nak membina masjid..berhati2 la..dah pernah merasa dulu "darah manis" setahun juga sebelum disatukan..mcm2 perasan time tu..alhamdulillah bersatu juga..semoga cepat sembuh!^o^
ReplyDeletehati hati. jaga diri. semoga dilindungi Allah selalu.
ReplyDelete