About Us

Wednesday, June 20, 2012

Suri rumah Berijazah. Salah ke?




Hari ni ada topik best dekat wanita hari ini. Pasal suri rumah berijazah. Tak tengokpun sebab saya tengah kerja. Tapi tertarik dengan isu yang dibincangkan sebab pernah jugak ada kenalan yang ada ijazah tapi last2 jadi suri rumah. Salah ke? Bagi saya tak salahpun. Kalau itu kemahuan dan keputusan dia, saya rasa okey je. Sebab dalam hidup ni, lain orang lain pandangan, masalah dan matlamat hidup. Tak boleh nak buat sesuatu based pada pendapat orang semata-mata.

Ada banyak benda yang buat siswazah ni decide untuk jadi suri rumah. Maybe sebab husband dia dah cukup kemapuan dari segi wang ringgit, nak tumpu perhatian pada rumah tangga, nak anak2 membesar dalam jagaan sendiri, susah dapat kerja, faktor kesihatan, ada anak sakit yang perlu jagaan yang khusus, boring dah kerja, komitment kerja yang tinggi sampai rumahtangga terabai & macam-macam hal lagi yang buat diaorang rasa jadi suri rumah tu lebih baik.



Kalau saya, tak pernah terfikirpun lagi nak berhenti kerja then jadi suri rumah sepenuh masa. Buat masa ni, memang taklah tapi di masa akan datang wallahualam. Allah lebih tahu apa yang akan jadi di masa depan. Kita hanya merancang. Tapi sebolehnya saya nak berkerja selagi terdaya. Bukan sekadar sebab wang ringgit,nak bayar hutang itu ini, tapi ini matlamat saya lepas habis belajar dulu. nak capai impian saya. Dan..andai sesuatu terjadi dekat husband saya, saya masih ada sumber kewangan sendiri untuk besarkan anak-anak. Kalau boleh, I want to be like my mom. Walaupun bekerja tapi pandai urus masa antara kerja dan family. Saya dan adik beradik tak pernah makan nasi kedai tau! Setiap pagi mak saya akan masak dulu before gi kerja. Balik sekolah, kami panaskan aje then makan.  Dan tak ada maid untuk uruskan semua hal rumah. Insya-Allah….selagi ada kudrat saya akan terus bekerja dan dalam masa yang sama cuba jadi isteri & ibu yang bertanggungjawab. Tapi, andai satu ketika nanti saya akan jadi housewife sepenuh masa, maybe saya akan try buat bisness kecik2 atau jadi full time writer siapa tahu kan? Allah lebih tahu yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Bukan mudah jadi surirumah dan bagi saya, surirumah tu memang kerja hebat! Tak semua orang mampu lakukan dengan baik. So, bagi saya, tak salahpun jadi suri rumah sebab setiap orang ada kisah & masalah sendiri. Orang luar hanya tahu mengata tanpa nak ambik tahu apa sebenarnya yang buat diorang decide nak jadi surirumah.

9 comments:

  1. betol...depends pada diri dan yang penting, kena berbincang dengan suami..kalau dia mampu, x jadi masalah...

    ReplyDelete
  2. btol2....xslah....cik mah ada terpikir2 jg tu....bak kata lecterur cik mah dulu...sorang prof menjadi suri rumah bkl melahirkan lebih ramai prof suatu masa nnti..hehehe....

    ReplyDelete
  3. selalu berangan jd surirumah sepenuh masa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu suatu hari nanti angan2 tu jadi nyata kan?

      Delete
  4. tak salah.. aku rase lagi bgs sbb boleh jd suri umah yg berilmu.lgpun die boleh tumpukan sepenuh perhatian pd keluarga,.klu yg keje ni susah ckit la..kang dgn anak2 terabai sume2 tu.. ijazah tu standby la in case la kan bukan mintak.. incase suami jd ape2 n tak mampu nk bekerje then mase tu la kite boleh gunekan ijazah kite tu.. juz my 2cents.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong. Belajar tu ilmu bukan semata-mata untuk keja. Suri rumah kerja yang mulia apa. Then, boleh jimatkan kos2 lain untuk upah maid dan hantar anak gi nursery, tusyen and so on..sbb mak terpelajar boleh ajar anak2 sendiri nanti. =)

      Delete
  5. Auntie rasa org perempuan ni klu belajar dpt ijazah pun sebagai cabaran dlm hidup nak jadi org berpelajaran supaya tak dipandang rendah olih orang lain atau anak2. Bekerja semasa masih bujang dan belum ade anak tp jika dh ade anak lebih baik jadi suri rumah sepenuh masa ganjarannye akan kite dapat bila anak2 kite mula berjaya dalam pelajaran dan sentiasa taat dalam perintah agama terutama solah . Ini penting bagi anak lelaki sbb dialah sebenarnye yg memerlukan ijazah itu untuk menyara keluarga sdgkn anak perempuan mcm auntie katakn kat atas tadilh. Ramai kawan2 auntie yg jadi suri rumah sepenuh masa tak menghadapi masaalah dgn anak2 berbanding dgn kawan2 auntie yg bekerja. Auntie berbangga jadi suri rumah tambahan bila tengok anak2 seinmbangkan keperluan Dunia dan keperluan Akhirat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!