About Us

Thursday, June 14, 2012

Dah Jumpapun Kasut Kawen!


Cerewet. Saya sangat cerewet soal kasut. Bukan mudah nak jumpa yang berkenan di mata dan di poket. Huhu...kalau cantik di mata, di poket pulak tak mampu. Bila di poket mampu, di mata pulak tak berkenan. Setelah berbulan mencari kasut kawen. Dan, saya pernah bercerita tentang kasut idaman saya dalam entri INI tapi yang dibeli adalah kasut di bawah ni..



Angan-angan nak pakai wedges tapi heels ni jugak yang terbekenan di mata. Agak tinggi tapi masih stabil sebab tapak dia lebar..huhuh


Kalau ditelek, memang jauh dari kasut idaman saya tapi I like it so much! Actually, sebenarnya kasut ni adalah kasut pilihan yang ke-2. Tupun sebab kasut first yang saya nak tu dah tak ada size. Huhu..bab size2 nipun masalah jugak. Selalu macam tu tau..bila dah suka gila dengan kasut tu, size pulak tak ada. Pasal kasut ni memang saya stress betul masa tengah mencari dulu. Mujurlah dah jumpa!

- Saya dah try pakai kasut ni sebelah Encik Tunang.. As per his request, saya tak boleh nampak tinggi dari dia kan. So, kasut ni dah lepas piawaian dia..hahaha. saya masih kelihatan rendah bila berdiri di tepi dia ok!

- Saya dah try berjalan dan melangkah beberapa kali with this heels. Yeah! saya rasa selesa dan tak kekok. Cuma  tak try berlari jer lagi!Huhu...

- Kasut ni akan dijadikan hantaran kawen nanti. Lepas majlis akad nikah, terus grab untuk pakai kasut ni masa resepsi nanti. Nampak tak sabar bebenor tapi sebenarnya nak save budget. Better buat hantaran barang yang  nak dipakai dari nak keluar budget lagi beli barang lain. Huhu....

Oh ya, saya jumpa kasut ni dekat my hometown jugak. Sibuk mencari kasut ni dekat Kl & Selangor, rupanya dekat Kedah jugak kasut ni menyorok. Hahaha...saya beli dekat kedai kasut Top Heel dekat Jitra Mall. Beli secara tak sengaja. Pilih kasut baru pilih baju kawen tapi kebetulan sesuai kasut ni dengan dua-dua baju kawen saya. Kasut ni macam tau-tau je kan saya nak pakai baju warna apa? hehehe...Alhamdulillah...selesai sudah satu masalah.

9 comments:

  1. cantik dan mcm tinggi jugak heelnya. hehe. semoga dipermudahkan Allah dalam segala urusan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tinggi pun Anis tapi dah berkenan sangat ambik je. Insya-Allah..mudah-mudahan. Amin...

      Delete
  2. cantik....ecah rembat sume yg WP sediakan jeeee..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kasut yang ada dekat vendor tak sesuai dengan kaki saya sbb kaki style kembang.hehehe....

      Delete
  3. cantik!!! bling...bling gitu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kasut kawen kena bling2 sikit..hehe

      Delete
  4. cantik kasut tu, akak pun berkenan. cuma part heel tu buat kakak takut sebab tak pandai pakai heels takut tergolek jatuh. nanti imah pegang cik abang kuat2 ye, guarantee selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah akak. Imahpun takut jugk. Bukan pandai snagt pakai heels tinggi2 ni..ok. Nanti akan pegang dia je supaya tak jatuh.Huhu...

      Delete
  5. Walaupun da lambat sgt nak komen ttp nak komen jugak. Cantuk kasut tu, berkenan akk tgk, tp kawin nnt akk x leh pakai highheel sbb ci abg tinggi 1 inci jer lebih dr akk so kena lupakan hehehe. Tp ttp nak cari kasut blink2 jugak hehehe

    nj

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!