Tak tahulah betul
tak statement saya ni. Statement yang mungkin bagi setengah orang kedengaran
“biadab” tapi bagi saya itu hakikat yang harus diakui. Bukan menuduh atau mengata tapi saya rasa
benda macam ni semua orang nampak, tahu tapi sengaja buat-buat tak tahu dan tak
endah.
Sampah. Satu benda
yang buat orang rasa jijik, geli, kotor, mual dan menjengkelkan. Satu benda yang
orang tak pernah orang peduli dan ambil kisah sampaikan apa sahaja berkaitan
sampah akan dirasakan jijik, kotor dan busuk. Betul. Sampah tu kotor, jijik,
busuk tetapi kadang-kadang kita lupa dari mana wujudnya sampah tu, siapa yang
mewujudkan sampah tu? Siapa? dari kita jugak kan ?
Hari-hari tengok
Tv, baca newspaper…..penuh cerita tentang masalah sampah, sampah, sampah. Tak
kisahlah sampah yang tak dikutip di kawasan perumahan, sampah yang memenuhi
sungai, terowong, saliran air, atau sampah yang menimbun di buang dikawasan
haram……Semuanya buat hati saya terdetik, kenapa orang suka snagat sesuka hati
buang sampah merata-rata? Kenapa orang semua taknak concern tentang kebersihan
alam sekitar? Kenapa?kenapa?
Bukan susahpun nak
buang sampah di tempat yang betul. Kalau dekat rumah tahu kenal mana tong
sampah, mana bakul smpah, tempat buang sampah tetapi kenapa di tempat awam,
sesuka hati je nak buang sampah merata? Why? Maybe sebab mindset orang kita,
“alah..dah kerja orang kutip sampah tu kutip sampah..buang ajelah
merata-rata..nanti diaorang tak ada keja pulak”. Yup! Kerja orang sampah adalah
kutip sampah, bersihkan sampah tapi kalau dah jumlah buang sampah tu melebihi
keupayaan mereka sampah tetap menggunung jugak la. Everythings akan jadi under control…kalau kita semua cuba menjiwai alam sekitar, cuba menjiwai kebersihan alam ini…mesti kita tak
tergamak biar alam yang dianugerahkan Allah ni tak terpelihara. Takkan sampai
hati cacatkan alam yang Allah bagi kita nikmati ni…
Kita sibuk nak cari
tempat yang tenang, damai dan bersih, cantik tapi kadang-kadang kita lupa apa
yang ada disekeliling kita ni dulu cantik, indah, bersih. Kita lari dari kekotoran
tapi sampai bila nak lari cari tempat yang bersih kalau semua orang tak pernah
peduli tentag kebersihan? Tak pernh peduli tentang sampah? Kita tak pernah
peduli berapa ratus juta duit yang kerajaan habiskan hanya untuk pengurusan
sampah? Sebab mindset kita “ lantaklah…dah memang keja diorang uruskan sampah”
tapi cubalah fikir sampai bila nak biar benda ni berterusan kalau kita tak
pernah nak membantu. Sekalipun malas, uruskan diri sendiri cukuplah. Pandai
buat sampah, pandaila buang di tempat yang betul. Takkan itupun susah?
Memang saya rasa
marah dan terkilan. Sedih sebab makin hari sungai makin kotor. Dekat lembah
klang ni saja tahap kebersihan sungai sudah di tahap 2 & 3. kotor sehingga
ada sesetengahnya tak mampu dirawat lagi sebab menelan belanja yang besar.
Jangan sampai satu ketika loji pembersihan air tak mampu lagi nak supply air
yang bersih untuk kita sudahlah... Masa tulah semua orang kena beli alat tapis
air terhebat dekat rumah masing2. takpun kena spend duit yang banyak untuk beli
air yang berkualiti. Kita sibuk nak cakap yang air bersih yang dibekalkan dekat
rumah tak bersih tapi pernah tak kita fikir, apa punca air tu tak bersih dan
susah nak dirawat? Tak kan ? Sebabnya sampah yang mencemari sungai! Siapa punya punca?
Kita jugak kan ???
Mungkin satu ketika kita juga akan alami benda macam ni... |
Rakyat Malaysia …ayuh! Kita sama-sama buka hati, buka minda
yang kebersihan dan keindahan alam ini hakikatnya tanggungjawab kita bersama.
Bukan sepenuhnya tanggungjawab kerajaan. Jangan mudah nak menuduh dan
menyalahkan mana-mana pihak. Sama2 kena berganding bahu dan disiplinkan diri
supaya masalah sampah ni tak berlarutan. Jangan sampai generasi akan datang,
cucu cicit kita dah tak dapat kenal apa itu “nikmat keindahan alam”…dan semua
tempat pelancongan yang menjadi kebanggaan kita selama ni hanya tingal nama
sahaja.. (T_T)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen!