Saya dan masalah, tak pernah pun ada ruang untuk berpisah.
Dulunya bila ada masalah saya memang suka berfikir, berfikir, dan berfikir.
Hatta masalah yang sekecik-kecik hama
pun saya suka nak fikir. Kalau boleh segenap otak saya nak gunakan untuk berfikir
tentang masalah yang kadang-kadang tak ada penyelesaian pun. Yang dapat hanya
kerutan di dahi dan muka moody tak mahu senyum. Menulis buat hati saya tenang.
Saya menulis diari, meluahkan setiap ketidakpuasan hati saya. Menzahirkan rasa
pedih dan duka yang saya rasa. Walaupun apa yang saya tulis hanya saya yang
tahu dan saya tak pernah dapat apa-apa respon dari situ, sekurang-kurangnya
saya tak rasa tertekan. Saya tak rasa nak marah-marah. Seawal usia 9 tahun saya
sudah punya diari (kecik-kecik dah pandai feeling2 tau). Saya menulis tentang
hidup yang saya lalui di situ. Gembira, suka, duka dan segalanya di situ.
Last saya menulis diari time saya sekolah menengah dulu.
Lepas tu, saya dah tak menulis apa-apa lagi tentang hidup saya. Time diploma
ada jugak tulis tapi sikit2 then stop terus. Hidup saya yang sentiasa busy
dengan study, buku-buku, exam buat saya tak punya masa untuk menulis tentang
hidup saya di dalam diari. Atau mungkin sebab saya rasa tak ada apa-apa yang
menarik untuk di tulis. Bila saya mula
berhenti, saya dah rasa janggal untuk menulis lagi. Mungkin saya rasa yang otak
saya sudah cukup untuk menyimpan semua kenangan yang saya lalui.
Usia yang meningkat buat saya makin matang. Saya sudah tahu
bagaimana untuk mengurus masalah hidup. Tak perlu terus menyimpan dan memeramnya
di dalam minda dan hati. Masalah tu cabaran untuk saya. Walaupun ada masanya
saya lemah juga bila di timpa musibah dan dugaan. Mudah hendak melatah bila di
duga sedikit tapi saya tahu saya tak mungkin dapat lari dari semua tu. Kalau
hari ini saya dapat lari, esok atau lusa belum tentu saya dapat lari dari
masalah kan ? Mungkin kerana saya
sudah tahu hendak mengurus emosi sendiri buat saya rasa saya tak perlukan diari
lagi untuk melepaskan rasa. Doa, zikir, solat itu terapi yang sebenar-benarnya…Doa
itu senjata orang mukmin. Hanya Allah sahaja tempat saya mengadu. Hanya Allah
sahaja yang Maha Mengetahui setiap musibah yang diberikan. Tapi, sesekali
menulis tentang hidup dan membacanya semula buat saya rasa betapa indahnya hidup
ini. Kadang-kadang saya tersenyum sendiri. Begitu banyak pengalaman yang saya
perolehi. Menulis diari itu sesuatu yang indah pada saya. Hidup ini walau dipenuhi cabaran dan dugaan tetapi amat indah. Syukur kerana masih diberi peluang untuk
bernafas di muka bumi ini.
Dan selepas diari yang bertulis tangan terhenti kini saya tetap
menulis di sini....Cuma apa yang dizahirkan bukanlah terlalu peribadi untuk
dikongsi.....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen!