About Us

Thursday, June 21, 2012

Temanya Kusam. Saya Redha!



Honestly memang saya tak puas hati soal baju kawen  & baju tandang. Bukan cerewet, tapi banyak benda, masalah yang terjadi yang buat tahap kerisauan saya belum jugak surut (tapi sekarang dah ok!). Huhu…..baju resepsi yang dipilih macam yang saya cakap dekat entri INI memang pilihan muktamad sebab tak nak serabutkan kepala lagi fikir soal baju kawen yang asyik pending. Warna memang kusamlah( tak rasa macam warna champagne pun!) tapi nak buat macam mana baju tu je yang rasa sesuai dengan saya & saya muat nak pakai (T_T).  Mula2 fitting baju memang ok. Untuk Encik Tunang pun ok. Orang butik dgn adik dan kakak saya cakap ok. So, saya dah rasa confident nak pilih baju tu.

Tapi, baru2 ni bila saya tengok ada gambar pasangan pengantin yang pakai baju tu dekat facebook (memag baju yg saya bakal pakai nanti), terus mood saya down. Huhu…memang betul2  nampak kusam baju tu.(pengantinnya memang muka cantik!). Tak tahulah samaada sebab faktor gambar yang di ambil ke, makeup ke apa tapi memang saya rasa kalau dia yang sedia cantik pakai dress tupun nampak kusam baju tu, apatah lagi saya yang tak cantik ni. Huhu…sekurang-kurangnya dia tetap jugak nampak cantik. Yang paling terkilan sebab warna baju lelaki dan perempuan nmpak tak sama. Baju lelaki jadi warna putih kusam. Terkilan sangat saya bila bayangkan yang baju kami tak sama warna nanti bila dlm gambar. Huhu...Saya terus send gambar tu dekat encik tunang untuk dia komen dan pendapat dia sama macam saya, Kusam!gabungan warna yang tak kena. Huhu…..Encik tunangpun rasa baju tu macam tak sesuai pulak padahal masa pakai hari tu rasa ok. Huhu…

Nak tukar memang tak sempatlah sebab dah suntuk masa. Lagipun, saya nye vendor untuk meja makan beradab suruh saya finalize warna tema dari hari tu lagi sebab dia nak prepare benda untuk keja2 menghias nanti. Saya call kakak saya minta nasihat. Rasa sedih sangat hati ni. Rasa tak confident nak pakai baju tu. Huhu…rasa macam diri akan nampak buruk & kusam. Tapi kakak saya memang penasihat terbaik saya! “Dia tenangkan saya, pujuk saya yang everythings will be ok. Jangan risau sangat. Baju tak cantik takpe asalkan pengantin tu enjoy the moment. Keceriaan pengantin akan buat baju yang tak cantik pun nampak sweet gitu (ya ke?). Kalau baju tak cantik, photographer pandai ambik gambar mesti baju tu akan jadi cantik. Insya-Allah…Tak semua orang sesuai pakai baju yang sama. Mana tahu kalau baju tu memang betul ok dengan saya & tunang kan? Jangan fikir negative sgt…”Itu cakap kakakla…. Bukan cakap hati saya. pandai betul kakak saya memujuk adik yang mudah rapuh hatinya nikan? Baiklah kakak. Huhu…So, akhirnya saya redha. Kusampun kusamlah...nak buat macam mana dah nasib kami. (T_T) oh, baju tandangpun kusam jugak (lemak ketam je saya panggil baju tu). Tengah cari idea macam mana nak buat baju tu tak nampak kusam ( mintak2 ada idea!)

Bila orang tanya saya warna baju resepsi saya tak tahu nak describe warna apa melainkan warna “kusam” . Huhu…saya mesti redha, redha & redha..…saya just nak enjoy the moment tak kira apapun yang tak kena dengan baju ke, hiasan ke apa ke. Yang penting, nak hayati setiap detik indah tu nanti. Asalkan semuanya berjalan lancar saya dah rasa gembira. Hal2 lain malas dan nak fikir. Taknak stress2 lagi fikir pasal baju time kenduri tu. Cukup2lah stress pasal kerja. Huhuhu….

20 comments:

  1. Imah, cuba main dengan warna hand bouquet..mana tau boleh kurangkan kekusaman... dont be sad k *hugss*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea. I try k. Huhu....harap2 la boleh kurang sikit kekusaman tu.Huhu...

      Delete
  2. hye imah....bju imah mcm baju farah af kwin 2 ka? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju farah cantik. Tak nampak kusam tapi baju saya..... (T_T). Warna pun xnampak champagne. nampak kusam adalah. Entah ar..sebab tengok bride & groom yang pakai baju tu nampak kusam sebab tu rasa down sangat

      Delete
  3. setuju dgn akak ko beb.. ko sedih lpas aku tunjuk gmbr mbr aku tu ke? aku rase tu pkai kamera biase sbb tu kale xnaik.. hehe.. tp jgn risau mcm akak ko ckp la walaupon baju xcantik tp yg penting pengantin happy.. jangan asik berkerut je muke sebab tensen.. satu lg nnt mase tu ko mst happy sgt.. ko dah tak pk dah pasal hal2 lain.. macam aku xsuke baju nikah tp mase tu aku xkisah lgsg sbb aku happy dah jd bini org.. ehh gatal nauuuu bunyiknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah..gambar member ko tu tetap cantik. Aku sedih lepas tengok org lain pakai baju tu. Baju yg aku nak pajai nanti. Baju lelaki dengan perempaun nampk tak sama bila tangkap gambar. dari warna nak champagne nampak jadi warna putih. Huhu...

      Delete
  4. Assalammualaikum,

    adik imah, sebenarnya dekat2 nak kahwin nie memang kita akan rasa dan nampak semua benda tak cantik. warna yg imah pilih tu memang cantik, tambahkan dengan mood happy2 mesti lagi cantik, jgn risau, dah sesuai pun....

    ikhlas dari
    kak has

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Saya tersalah bagi link. Gi bagi link kasut kawen la pulak. Dah betulkan.Hehehe..pasal baju tu mmg kusam tapi entahlah dah redha. Betul cakap kak has, bila dekat nak kawen semua benda saya rasa serba tak kena. Itu buruk, ini buruk. Huhu..buat beading bajupun keja jahit then buang. Entah apalah yg selalu sgt tak puas hati saya ni. Huhu..mintak2 semua ok lah.Tulah..nak try happy2 ni..taknak pening2 lagi =)

      Delete
  5. Tambah la beads yang shining sikit imah. mana tahu dapat membantu menaikkan seri kekusaman tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju tu dah xleh tambah sebab yang disewa. Tapi baju tandang boleh tambah sebb DIY sendiri. Thank tou Bie. Mintak2 tak kusamlah baju2 saya. Thank you for your suggestion =)

      Delete
  6. BiAr warna baju nampak kusam,
    Yg penting wajah pengantin x masam..

    bunga tangan, selendang,
    samping, saputangan pengantin lelaki
    dan seri pengantin baru...:)
    -che`leen-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. pengantin harus ceria kan? Insya-Allah...sayapun harap "something" yang boleh matikan warna kusam tu. Thank you for ur suggestion =)

      Delete
  7. salam.

    sy selalu bc your coretan psl kahwen ni n teringin mcm saya sndr yg nak kahwen hehe. by the way, dh tgk gambar bj tu. my opinion, kaler tu okay n sy suka. hehe. just, maybe untuk naikkan seri, awak kn mekap ceria sket. bukanlah kaler warna-warni. huhu. nak komen byk pun, sy xpndai sgt psl mekaap ni. your makcik andam mesti tahu =)

    dan, insya allah on that day, seri pengantin tu akan naik jugak.somehow. insya allah. jgn bimbang sgt =) just enjoy the moment. i'm sure you'll be gorgeous n beautiful =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam eymah.jgn risaukn sgt psl bju. betul ckp kakak eymah tu. pd sya wedding day tu sbg 1% shj drpd kehidupan berumahtngga.ada 99% lg berbagai perkara yg akan ddilalui oleh pasgan pengantin yg perlu diberi perhatian dan dilalui dengan sebijak2nya slps majlis itu nnti.cuba tngok skliling kita psgn pengantin yg wedding daynya mcm fairytale princess,bju pengantinnya mencecah ribu2"lemon" tp akhirnya berceraiberai jgk.

      Delete
    2. Anonymous: Tq sebab selalu baca blog saya. Sangat appreciate tau! I like ur idea. kena buat something yang boleh tenggelamkan kekusaman tu. hehehe..Thank you awak. Mudah-mudahan masin mulut awak. saya tak nampak kusam masa time tu nanti =)


      deesyirah: Yup! betul. itu yang selalu saya ingatkan. kalau awak baca entri2 saya sebelum ni memang saya nak majlis yang simple je dan ikut budget saya.cuma bab baju tu kadang2 kita ni cerewet jugak. Ada keinginan nak nampak cantik di majlis sendiri walaupun simple. Kalaupun tak cantik, xnak kelihatan buruk di hari bersejarah sendiri.hehehe...setuju. Kehidupan lepas kawen jauh lebih penting. Majlis kahwin cuma untuk meraikan. dan kerana itu saya redha. Mudah-mudahan saya tabah dan sabar melalui kehidupan selepas kahwin.

      Delete
    3. you'll be fine. insya allah.

      **darah manis-gemuruh pengantin.heheehe. selawat byk2. everything will be okay =)

      Delete
  8. nk komen pon xleh imah.. sbb along pon xtgok warna imah plih cmna. along hri tu mslh ngn baju nikah. klu tgok depan mata, mmg xsama kaler. tp kan, bila msuk dlm gambar, ok ja. xdakla nampak beza.. selagi xlari sgt kaler tu. hal kcik ja tu.. sabar, bab2 kaler mmg merunsingkan.mslh imah exactly cam mslh along hri tu. bila bju kusam, boley serlahkan ngn beading or bunga tampal yg timbul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju nikah along cantik sgt. Warna soft. nampak suci jer. imah suka. imah bukan sekali masalah. asyik masal baju dan dah jadi malas dah nak fikir. pakai je apa yang ada. harap2 tak ada yang kutuk udahlah.Hehehe...betul2. nak try cantikkan baju tu dgn beading

      Delete
  9. bincang dan bagitau photographer, jurusolek, juruhias pelamin dan caterer makanan warna kusam yang kau risaukan. biar mereka gunakan kepakaran masing2 untuk melayari warna2 tertentu.

    buangkan sikap cuma redha dan berserah tanpa berusaha !

    'seripagi'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal benda tu mmg dah bgtau diaorg. saya kenduri kampung je tak ada caterer pun. "redha" saya bermaksud saya dah terima baju tu kusam tapi bukan bermaksud saya taknak benda2 lainpun nampak kusam. Taknak tukar2 baju dan serabutkan fikiran. Kalau semua benda yang dirancangpun tak menjadi saya cuma harap saya akan ceria je sebab benda tu je yang akan buat saya rasa lega.

      Delete

Terima kasih sudi komen!