Baru nak update cerita pasal buat HIV test dekat kampung
hari tu. Why buat dekat kampung? Sebab kedah hari ahad kan
hari bekerja, so klinik kesihatan semua buka. Senang. Tak payah nak ambik cuti
semata-mata nak buat HIV test dekat shah Alam. (sayakan kedekut cuti skrg nih).
Lagipun klinik kesihatan seksyen 7 shah alam kena buat appointment dulu kalau
nak buat HIV test. Ramai sangat orang kot. Dekat kampung tak payah. Bawak diri
dengan IC jer..hehehe….
Oh ya.,just nak story dekat sini pasal experience buat HIV
test hari tu. Untuk HIV test, kita boleh buat di mana-mana klinik kesihatan
kerajaan di seluruh Malaysia .
Means, kalau korang nak kawen dekat kedah, nak buat HIV test dekat selangor pun
boleh. Janji klinik kesihatan kerajaan. Ada
sesetengah klinik kena buat appoinment dulu. Better korang call la dulu klinik
tu before pergi. Pasal borang ujian saringan HIV tu, selalu dekat klinik dah
sediakan. Tak payah ambik dekat pejabat agama dah..terus isi borang dekat
klinik jer. Mudah kan ? Tapi saya
rasa bosan gila nak kena isi banyak borang.. Menulis suka, isi borang malas
betul.huhuhu…
Mula2 saya pergi klinik kesihatan kodiang, sebab dekat
dengan rumah saya. Last2 orang dekat klinik tu cakap orang yang buat HIV test
tu cuti pulak hari tu. Tapi disebabkan saya nak balik shah alam dah malam tu,
saya pergilah jugak ke Klinik kesihatan
Tunjang petang tu untuk buat HIV test sebab dalam hati dah bertekad, nak
settlekan jugak pasal urusan HIV test hari tu jugak. Saya sampai awal dekat
klinik petang tu. Yang bestnya, klinik sikit jer orang (^_^).
Untuk perempuan, banyak sikit borang kena isi. Dapat pulak
saya first time datang klinik kesihatan tu, tambah extra lagila kena isi borang
maklumat diri untuk rekod klinik. Oh ya, ada jugak maklumat pasangan yang kena
isi macam nama, address rumah & office. So, better ada maklumat tentang
pasangan anda sebelum datang klinik. Saya kena isi borang saringan HIV, borang
pre-pregnancy & borang2 lain (serius lupa nama borang tapi yang pasti ada satu borang pasal ujian tahap stress. Tak tahu
kenapa kena ada borang ni. Maybe sebab bakal pengantin semua suka stress kot?
Hahaha…). Saya just nak buat HIV test je sebab talesemia saya dah buat masa
buat blood medical checkup hari tu. Kejap je, lepas test darah then ada
interview sikit pasal hal2 perempuan (berkaitan dengan borang pre-pregnancy
test yang diisi tu) then semuanya settled. Result? Negative la..kalau tak, tak
dapatla slip kuning dari klinik. Hehehe…Hurray….dah lepas satu prosedur nikah
=)
Petang ni, nak ambik suntikan vaksin hepatitis B untuk kali
ke-2 pulak. Kena complete 3 suntikan vaksin before kawen. Mudah-mudahan
semuanya berjalan lancar. Jika dia jodoh saya, Insya-Allah..pasti segalanya
dipermudahkan….saya memang risau tapi doa itu pengubat resah hati. Doakan yang
terbaik untuk kami sekeluarga..Amin..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen!