About Us

Friday, June 15, 2012

WARIS yang dinanti-nanti





Akhirnya..setelah sekian lama saya menunggu sekuel untuk drama kesukaan saya “kekasihku Seru” terubat sudah. Dulu dengar cerita nak buat filem, tetapi alih-alih buat drama pulak. Tapi saya suka. Dari buat filem, baik buat drama rantaian jer..banyak cerita yang boleh dikembangkan. Dan paling penting boleh tengok free jer dekat rumah. Hehehe..

Semalam, saya sempat tengok episod pertama drama WARIS. Best + seramlah jugak. Masih rasa excited dan terpaku depan TV macam tengok Kekasihku seru dulu. Tak perlu hantu yang mengerikan, tak perlu wajah-wajah hodoh, WARIS masih ada elemen seram yang boleh buat housemate saya menjerit. Hahaha…best tengok ramai2. Alangkah indahnya menikmati zaman bujang! Drama ni akan ditayangkan setiap hari Khamis jam 10 mlm di TV3. Bagi yang tak pernah tengok Drama kekasihku seru maybe akan pening sikit tapi boleh tengok ulangan Drama ni dekat TV3 start dari hari Jumaat-Ahad Jam 6ptg-7mlm. 



Sinopsis Drama Waris

Diarahkan oleh Kabir Bhatia, sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.

Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.

Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.

Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris? 






3 comments:

  1. oh...ada kesinambungan rupanya.malam tadi tak sempat nak tgk.insya'allah minggu depan saya tgk.nak jugak tau.betul tu dr tgk filem lag best tgk drama.lagi byk plot boleh dikembangkan.

    ReplyDelete
  2. oh...ada kesinambungan rupanya.malam tadi tak sempat nak tgk.insya'allah minggu depan saya tgk.nak jugak tau.betul tu dr tgk filem lag best tgk drama.lagi byk plot boleh dikembangkan.

    ReplyDelete
  3. ohh..kesinambungan kekasihku seru rupanya..kena tgk nie.xtahu pula dah mula smlm..next week mest tgk!hehe..seramnya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!