About Us

Wednesday, August 22, 2018

Pengalaman bersalin Anak Kedua

Assalammualaikum! Ada lagi ke yang baca blog ni? Lamanya tak update. Bersawang berdebu semua ada. Rindu sangat dekat blog! Ok ada masa sikit hari ni saja nak update sikit pasal pengalaman bersalin anak ke-2 saya hujung tahun lepas. Baby dah masuk 9 bulan baru la nak update. Huhu...biar lambat asalkan jangan tak ber update lansung.

Syukur Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak ke-2 pada 30 November 2017. Tepat2 masa 39 weeks baby keluar. Hihi...So dekat sini saya nak share  pengalaman saya. Mana tau boleh jadi panduan bakal-bakal ibu di luar sana. Lagipun saya suka menulis dekat blog pengalaman bersalin ni, nanti bila rindu moment melahirkan anak, boleh baca balik 😊.


Masuk je 37 weeks sayapun macam orang lain, berdebar-debar tunggu bila la baby nak keluar. Sepanjang masa duk menunggu. Excited macam nak bersalin anak first. Hihi..Sebab gap 3 tahun++ dengan anak first, so memang kelahiran anak kedua ni sangatlah di tunggu-tungu kami. Satu lagi sebab rasa letih dan penat sangat bawak perut kali ni. Jalan pun kalah penguin dah. Hihi...sebab tu tak sabar nak tunggu baby keluar.

Ikutkan masa saya masuk 38 weeks saya dah kerap sakit. Ada jugak rasa macam mild contraction tapi rupanya "braxton Hicks" jer. Lepas tu dari 36 weeeks kerap sangatla nak buang air kecil & cirit birit. Sampai cakap dekat husband macam nak duduk tepi toilet je. Huhu...Tak larat sangat dah nak ulang alik. Malam pun  sampai berapa kali bangun asyik nak ke toilet. Orang cakap dah nak dekat hari memang macam tu. Beza sangat compare masa mengandung anak first. Hujung -hujung pregnancy masih bertenaga & aktif. Yang kedua ni, badan  letih dan lemau memanjang. Mujurla dah tak kerja. So dapatla rehat dekat rumah.


28. 11.2017 (Selasa)

Baby kerap mengeras.  Macam contraction tapi bukan. Sebab tak tetap. Lepas tu baby kurang gerak. Kiraan cukup 10 kali pun bila dah dekat malam. Tak macam selalu. Selalu jam 5.30 petang dah cukup 10 kali gerak. Risau sangat, malam tu terus ajak husband gi hospital. Saya pergi Hospital Salam shah alam sebab memang dah booking bersalin situ. Sampai hospital, nurse buat ctg tengok contraction ada sikit je. Sekali tapi slow. Lepas tu awal2 jantung baby slow sikit (maybe tidur), lepas ubah2 posisi tengok ok dah jantung baby. Nurse check bukaan jugak masa ni sebab dah dekat2 hari kan. Takut kalau dah ada bukaan. Masa  ni check dah buka 3 cm! Memang terkejut sebab tak rasa pun sakit atau ada contraction. Buat ctg pun sama. Takde contraction jugak. Cuma maybe kurang gerak saja. 


Kepala baby pun dah engaged. Sebelum ni, sampai la minggu ke-38 checkup, kepala baby tak masuk laluan pun. Tu satu hal yang merisaukan saya. Tapi sebab doktor cakap kadang memang ada baby yang dekat nak bersalin baru kepala masuk laluan so saya  pun cubala sedapkan hati. Tapi hari ni Alhamdulillah..kepala dah masuk laluan. 

Disebabkan saya tak sakit & contraction pun takde sangat saya minta balik. Rumah tak jauh dari hospital memang diorang lepas bagi balik. Kalau rumah jauh dan dah ada contraction memang tak dapat la balik. Huhu...


29. 11.2017 (Rabu)



Hari ni memang otak fikir nak bagi mudah bersalin. Tak nak sakit lama-lama. Tak nak duduk dalam labor room lama-lama. Tak nak berjahit banyak. Nak baby keluar smooth je dan selamat semuanya. Servik pun dah buka 3 cm so memang aktifkan diri je hari tu supaya lebih banyak bukaan & mudah bersalin. Nampak tak betapa tak sabarnya saya nak bersalin walaupun nervous kemain lagi? Hihi....

Masa ni gigihla cuci dua-dua toilet dekat rumah. Rasa seminggu ni dah 3x cuci toilet sampai berkilat kemain lagi. Mengemas rumah pun rajin kemain. Lepas tu menari labor dance pulak. Sebab servik dah buka, so bolehla try.  Boleh search dekat youtube ada banyak exercise / dance untuk cepatkan bukaan ( Make sure nak try dapatkan nasihat doktor dulu).  Kemain lagi menari dengan Fayyadh. Masa nila nak spend time lebih sikit dengan Fayyadh sebab lepas ni mama kena berpantang & banyak kena bagi perhatian dekat adik.

Lepas tu saya minum raspberry tea 3x  hari tu. Selalu 2x sehari je untuk lembutkan servik. Boleh google kebaikan teh ni untuk ibu mengandung. Saya start minum bila dah masuk 36 weeks. 

Tapi, sampai malam tak pulak rasa sakit ke apa. Contraction pun takde. Hihi..memang baby taknak keluar lagi.


30. 11.2017 (Khamis)


Bangun pagi pergi toilet, nak kencing perasan ada darah coklat sikit. Ok..dah ada tanda. Rasa mesti tak lama baby nak keluar. Pukul 9 pagi baby dah mula asyik mengeras aje. Tapi tak sakit. Kira jugak selang masa sebab takut contraction. Tapi bukan. Cuma asyik mengeras je sampai rasa tak selesa nak buat apapun. Duduk pun tak ok. bangun pun tak ok. memang tak selesa sangat-sangat.Huhu.. pukul 11 pagi terus call husband cakap dah rasa macam nak dekat je bersalin. Baby asyik mengeras macam time Fayyadh dulu jer. Beg baju memang dah lama letak dalam kereta. Senang kalau apa2 tak yah nak kelam kabut dah.

Dalam pukul 12 tengahri tu husband sampai rumah. Masa ni tak rasa sakit. Just tak selesa je. Husband mandi bersiap apa dulu baru keluar.  Ajak husband keluar gi makan dulu sebab lapar. Masa Fayyadh dulu tak sempat nak makan, so memang lapar sangat masa nak bersalin. Takde tenaga nak meneran. Dapat makan kurma je masa tu. So kali ni memang nak menikmati makanan puas-puas dulu sebelum bersalin. Kumpul tenaga untuk push nanti.


Lepas makan tengahari singgah solat apa dulu baru pergi hospital. Sebenarnya, nak pergi hospital pun tak tahu nak cakap apa dekat doktor. Sebab tak sakit. Contraction pun main2 macam braxton hicks je. Kejap ada kejap hilang lama. Cuma perut mengeras lain macam. Bila start perut mengeras lain macam ni memang risau. Sebab anak first dulu macam ni la. Mengeras je. Sekali check dah buka 4cm. Mana tak risau sebab dah ada pengalaman kan.

Sampai hospital. Procedure biasa. Kena buat ctg & check bukaan. Ctg tengok contraction memang sikit sangat. Banyak Mendatar je. Tapi bila check bukaan dah 3.5 cm. Nak ke 4 cm. So kenala tahan untuk bersalin hari tu. Paling tak best bila takde contraction tapi bukaan dah almost 4cm ni kena drip ubat untuk cepatkan bukaan & bagi ada contraction. Huhu...sedih. sebab tau kalau kena drip mesti sakit sangat. Dah rasa masa ank first dulu. Sedih jugak sebab nak bersalin Dr siti mariam takde masa ni. Tengah cuti. So, dr lain yang kena ganti. Dr Azwa. So far dr Azwa pun ok. Baik sangat.

Satu lagi yang sedih bersalin kali ni husband tak dapat nak teman sebab kena jaga Fayyadh. So, saya kena berjuang sorang2 dalam labor room tu. Tapi bab ni saya awal2 lagi dah redha dan positive. Selagi diorang ada dekat dengan saya, walaupun dekat luar bilik In sha Allah saya kuat. Masuk dalam LR dalam pukul 3.30 petang. Bosan ya amat sebab tak rasa sakit pun. Dalam hati fikir bila la nak bersalin kalau macam ni. Rasa maybe tengah malam nantiπŸ˜…. Masa ni diorang pasang ctg dekat perut. Tangan pun dah kena drip. Sempatla dalam labor room baca surah  yassin. 


Pukul 4 petang doktor masuk. Disebabkan doktor ni doktor ganti dan saya tak pernah checkup dengan dia so dia sempatla review balik checkup saya dengan Dr Siti. Review jugak report masa bersalin anak first dulu. Dulu kena vacuum sebab outlet peranakan kecik, baby besar. Memang koyak sampai ke pangkal rahim. Huhu... Memang dr cakap kalau push naturally pun baby tak kan keluar. Kena jugak vacuum. So kali ni still rasa takut. Trauma 3 tahun lepas still ada. Tapi dr ni  positive  sangat dan bagi semangat. In sha Allah boleh bersalin normal. Kena yakin dan banyak berdoa. Dr keluar lepas tu so tinggal la saya dengan midwife.

Dalam pukul 4 lebih still tak rasa sakit. Boleh lagi sembang-sembang dengan husband & bff dekat whatsapp. Sembang dengan midwife jugak. Yang kelakarnya, sepanjang dekat labor room, 3x tau nak terkucil. Hahaha...maybe sebab aircond sejuk. Lepas tu baby pun dah menolak ke bawah. Before ni pun memang selalu ulang alik gi toilet masa dekat rumah. Ni dalam LR pun keja nak terkucil. Kihkih....nurse bagi bekas je so kencing la dalam tu. Hahaha..sebab memang dah tak boleh gi toilet masa ni. 

Pukul 5.00 petang doktor masuk. Doktor check ctg memang contraction sikit sangat. Check bukaan pun baru 4cm. So doktor pecahkan air ketuban. Lepas pecah je air ketuban rasa sikit-sikit dah contraction. Tapi tak kuat sangat. So saya baring mengiring. Masa ni memang apply la teknik pernafasan tiap kali contraction datang sambil Zikir.  Bersalin kali ni saya lebih rileks dan bertenang masa layan contraction. 


Makin lama makin kuat rasa contraction. Bila dah sampai tahap gigil- gigil badan, memang teknik penafasan dah mula tak teratur. Sakit sangat sebab contraction dah rasa sangat cepat & makin kuat.   
Allahu...mengigil tahan sakit. Bila nampak ctg makin tinggi terus nurse check bukaan, dah 8cm!! Kelam kabut nurse jerit suruh call doktor & prepare alat untuk bersalin. Nurse cakap cepat sangat bukaan dalam masa beberapa minit memang diorang pun tak jangka. Sebab awal tadi contraction takde lansung. Huhu... Bila bukaan dah 10 cm midwife suruh teran bila sakit datang. Dia dah standby sementara doktor sampai. Tapi mujurla doktor sampai tepat pada masanya.  Doktor dah siap on the way balik rumah kot. Sebab ingat malam nanti baru bersalin. Mujur rumah dekat je so sempatla dia patah balik. 

Masa time bukaan 10cm ni memang tak ingat apa dah nak teran sebab sakit sangat. 2-3  kali try still tak boleh. Baby first dulu kena vacuum sebab outlet peranakan kecik, yang kedua ni pun macam sama jugak even laluan dah ada. Tapi doktor suspect baby besar jugak. Ikut kata doktor masa scan, anak saya ni jenis kepala besar. Bab besar dkt kepala la yang seram. Jenuh nak push. Huhu...
Saya push pun still baby taknak keluar. Jantung baby pun dah drop sikit. So, doktor vacuum. Alhamdulillah...lepas vacuum + saya push sekuat tenaga, tepat jam 5.50 petang, lahirlah puteri tercinta ke dunia. Berat baby 3.3kg. 

Satu je perasaan masa ni, lega! 

Alhamdulillah....walaupun rasa sakit tu taktau nak describe macam mana, tapi bila selamat je baby keluar terus rasa lega sangat-sangat. Koyakan pun tak teruk macam anak first dulu. Sikit la jahit dari dulu. But, honestly anak kedua ni terasa jugak "sakit" masa kena jahit. Cuma takdela sakit yang jerit-jerit tu. Still boleh tahan. Bagi saya, contraction lagi berganda sakit kot. Huhu... Yang first dulu luka banyak pun tak rasa apa masa jahit. Hihi..entahla, lain anak lain la pengalaman. Cuma kali Alhamdulillah, rezeki saya, sakit sekejap masa bersalin. Anak first dulu 2 jam lebih juga menahan sakit. Kali ni tak sampai sejam sakit, baby dah keluar. Alhamdulillah..termakbul doa saya.


Disebabkan saya bersalin cepat sangat, tempoh contraction yang pendek so rahim lambat mengecut lepas bersalin. Midwife cakap rahim tu macam "terkejut".  Saya bleeding jugak cuma takla sampai tahap tumpah darah. Banyak la jugak darah keluar. Lama kena stay dalam LR sebab nk make sure darah kering dan rahim mengecut. 

Lepas bersalin memang terus call husband suruh masuk azankan baby. Terkejut dia bila saya call cakap dah bersalin. Sebab baru je kami duk berbalas whatsapp saya cakap nak tido kejap. Setengah jam lepas tu call kata dah bersalin. Mau tak terkejut dia πŸ˜…. Alhamdulillah selamat semuanya. Allah permudahkan. Satu pengalaman yang tak boleh lupa sampai bila-bila. Dua anak, dua pengalaman yang berbeza. 


Ok share sikit gambar anak kedua saya, Nik Ajdaa Faqeeha. Sekarang dah 9 bulan pun dia. 

first day
         
9 months