About Us

Tuesday, July 31, 2012

Bila Semuanya URGENT


URGENT. Sekarang ni semua benda di label urgent. Stress & busy tahap gaban.  Masih ada 2 minggu lebih lagi untuk settle semua kerja dan bercuti panjang. Disebabkan nak bercuti sakan kenalah lebih gigih siapkan semua kerja office ni supaya tak perlu nak jawab call atau mesej time dekat kampung nanti. Harap2 la....

Cuti dah apply dan dah approve pun. Best sebab company bagi cuti hari raya seminggu tanpa tolak cuti tahunan. Kira dapat cuti 3 hari free lah. Cuti kawen pulak dapat free 3 hari. Saya cuma tambah lagi 1 hari je cuti untuk lengkapan 2 minggu cuti. jimat cuti saya. Alhamdulillah...

Ya Allah..mintak2 ada kekuatan untuk saya siapkan semuanya on time dan manage masa sebaiknya. Bak kata orang, bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian. Dan paling penting apa yang saya harapkan jadi kenyataan. Mudah-mudahan...

Monday, July 30, 2012

Alhamdulillah..Dah Settlepun Bab Borang Nikah & Baju Resepsi


Assalammualikum semua. Saya baru saja sampai dari kampung pukul 6.30 pagi tadi. Sangat penat sebab 2 hari balik ke kampung macam-macam benda saya dan family uruskan. Memang tak sempatpun nak berehat puas-puas. Ada jugak kerja yang tak sempat siap. Hari ni ambik cuti sebab rasa nak rehat puas-puas dekat rumah.

Berbalik pada tajuk, Alhamdulillah...dah settlepun bab paling penting pasal permohonan nikah saya. Saya sampai dekat kampung hari sabtu pagi. Sebelum tu ayah dah bagitau tok imam kampung saya yang saya nak datang isi borang kawen dekat umah dia. So, lepas asar temujanji kami. petang tu, Encik Tunang datang rumah  untuk hantar surat kebenaran kahwin dari pihak lelaki dekat saya then ambik kad kahwin dan untuk tukar barang hantaran. Bila duduk jauh ni, kenalah beli barang kahwin sendiri-sendiri. Urusan kad kahwinpun saya yang settle sorang. Encik Tunang just bagi draft melalui email dan saya yang berurusan dengan Vendor. Sementara tunggu masa nak jumpa tok imam saya keluar gi butik untuk fitting baju resepsi dengan adik saya & Encik Tunang. Saya tukar design baju sebab nak baju yang ada lining. Malas nak pakai baju berlapis-lapis. Lagipun taknak nampak terlalu kontra warna baju dengan baju Encik Tunang nanti . Tapi warna baju masih sama. Cuma beza design je sikit2. First fitting, Alhamdulillah...padan dengan badan saya. Lega. Bila dah banyak kali tengok baju tu, saya dah berkenanlah sikit. Tengok depan mata baju tu memang tak kusam cuma dalam gambar je yang saya risau nampak kusam sikit. Bila ambik gambar dekat butik mmg baju saya tu memang nampak kusam sikit. Saya takut  nanti gambar kawen jadi macam gambar pengantin yang pakai dress ni sebelum ni. Huhu...positifkan diri.Maybe faktor kamera jugak kot. Huhu...Harap2 OP saya leh tangkap gambar kami bagi cantik2. Sangat berharap.


Lepas settle urusan baju terus balik rumah sebab nak jumpa tok imam pulak. Saya pergi dengan ayah.Dalam hati ni risau jugak sebab kalau2 banyak soalan yang bakal di tanya. Orang kampung banyak cakap tok imam ni garang sikit. Huhuhu...Tapi tok imam tu ok je. Dia suruh saya isi borang nikah depan dia.Ada dua borang yang nak diisi.  lepas dia dah check semua, saya balik rumah.Petang tu, first time selama dekat 5 tahun saya berkawan dengan Encik Tunang, kami dapat berbuka puasa sama2. Sebelum ni tak pernah sekalipun dapat berbuka puasa sesama. Lebih best sebab dapat berbuka sama2 dengan family saya =)


Hari ahad pagi saya pergi pejabat agama dengan ayah untuk submit borang tu. Masa orang pejabat agama check borang dan dokumen saya, ada sedikit masalah tentang perbezaan alamat di kad pengenalan dengan alamat tempat tinggal sekarang. Rupanya saya kena isi satu lagi borang iaitu "pengesahan anak kariah" yang perlu dapatkan tandatangan dan cop dari tok imam. Saya baru lagi duduk kampung tu lepas ayah saya bersara 4 tahun lepas. Huhuhu..manalah saya tahukan ada borang lain kena isi. Dalam hati memang terkilan sebab sudahlah lama menunggu turn nak dipanggil, alih2 ada masalah pulak. Saya terus balik dengan ayah dengan harapan boleh jumpa tok imam waktu tu jugak sebab petang tu nak settlekan juga pasal borang nikah ni. Mujur tok imam ada dekat rumah. (Selalu kena buat appoinment dulu kalau nak jumpa dengan dia). petang tu sekali lagi saya ke pejabat agama. kali ni mak ikut sekali. Mujur time tu tak ramai orang, so cepatlah urusan saya. Tak ada sesi interviewpun dengan orang pejabat agama. Dalam setengah jam menunggu, dah dapatpun surat kebenaran untuk nikah. Lega je rasa. Syukur semuanya dah settle. lepas ni ayah akan tolong bagi surat kebenaran saya tu pada tok imam semula. Happy!

Persiapan dekat rumahpun dah banyak dibuat. Disebabkan kenduri saya nanti adalah kenduri kampung dan cara pakatan beramai, so mak dan ayah dah beli macam-macam barang makanan kering dan barang-barang lain untuk digunakan masa kenduri. Dah start menjemput sedara mara dan kawan-kawan yang tinggal jauh dari rumah. Ayah dan mak pergi jemput sendiri dekat rumah diaorang. Time kenduri nilah yang nak eratkan balik hubungan silatul rahim kan. Alhamdulillah....mintak2 semuanya berjalan lancar & selesai dengan baik.




Friday, July 27, 2012

Hope dapatlah settlekan semuanya


salam hari jumaat semua. Sangat busy hari ni. Curi-curi update entri sementara time rehat dekat office. Dah naik kebas tangan dan mata mengadap kerja yang perlu di settlekan before hujung minggu. Time nak cuti ni ar banyak pulak kerja yang datang. Huhuhu... Malam ni nak balik kampung. Tak sabar rasanya. Rindu nak bersahur dan berbuka dengan family dekat kampung. Paling teringat-ingat mestilah masakan emak kan. Huhuhu....

Sebenarnya, banyak benda yang nak kena buat dekat kampung dalam masa 2 hari ni. Paling penting, nak settlekan pasal borang nikah. Harap2 tok imam adalah dekat umah dan semua borang dah betul di isi untuk submit dekat pejabat agama hari ahad ni. Penat kalau nak berulang alik dari shah alam ke kedah kalau tak sttle jugak benda ni. Doakan saya k!

Semalam packing barang nak bawak balik memang banyak sangat. Gaya macam nak balik naik kereta padahal naik bas jepun. Huhu..jenuh nak mengangkut barang nanti. Azam nak siapkan jahit bantal nikah time balik ni. Jahit langsir memang tak sempatla. Itu kena tunggu balik raya ni. Susah tak ada mesin jahit sendiri dekat rumah sewa ni. Huhu..kena tunggu balik kampung baru leh jahit. Saya dah buat appoinment dengan butik pengantin untuk fitting baju sabtu ni. Harap2 saya akan suka dengan baju tu.Tudung resepsi pun tak cari lagi. Hari sabtu ni baru nak minta kain contoh dekat butik untuk saya cari tudung. Barang hantaran semua dah di beli tinggal nak kasi dekat Encik Tunang je. Benda untuk menghias tak belipun lagi. Entah ar, saya macam tak ada semangat untuk fikir soal hiasan hantaran. Nanti-nantilah...

Kad kahwin baru nak bawa balik kampung untuk keluarga edarkan pada para jemputan. Tiba-tiba pulak ayah cakap nak panggil lebih tetamu dari yang dirancang. So, saya tambah lagi jumlah kad. Hantar gi fotostat je sebab dekat kampung saya kad kawen semua jenis fotostat. Semoga semua yang saya rancang untuk hujung minggu ni settle.

Thursday, July 26, 2012

Moga akak Temui Kebahagiaan ! (Bila hidup ini Di uji)


 Assalaammualikum..salam hari Khamis. hari ni dah hari ke-6 kita berpuasa. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan penuh barakah ini. Sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak kongsi di sini dan mungkin juga entri ini akan berjela-jela panjangnya. Maaf andai ada kebosanan membacanya. terdetik hati untuk membuat entri tentang seorang akak yang saya tidak kenal siapa dia. Cuma hanya mampu membaca lauhannya di blog saya. Thank's akak kerana berkunjung ke blog saya. Saya tak pasti apakah akak adalah orang yang sama yang komen di blog saya tahun lepas. Sebab luahan rasa itu seakan-akan sama dan snagat menyentuh hati dan perasaan saya.

Luahan rasa akak ni pada salah satu entri saya baru-baru ini



Dan ini juga salah satu luahan rasa yang saya tak pasti dari siapa pada hujung tahun lepas masa saya menulis entri tentng statistik penceraian yang makin meningkat. Tapi masih lagi luahan yang sama yang buat hati say a tersentuh.




Maaf pada akak andai membaca tulisan saya kali ini. Saya menulis atas rasa simpati pada akak tentang apa yang berlaku dalam hidup akak. Saya akui saya memang saya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh perasaan. Lebih-lebih lagi saya juga pernah lalui kehidupan yang  sangat mengecewakan dan penuh dengan  kesedihan.

Komen akak buat saya teringat pada  seorang kenalan  yang pernah mengeluh pada saya yang andai masa boleh berputar kembali dia ingin kembali hidup bujang. Mungkin terlalu perit dugaan yang di tanggung sehingga terbit perkataan "menyesal kerana berkahwin" dari mulutnya. Bagi saya, kalaulah kita tahu apa akan jadi di masa depan mesti kita takkan sesekali melakukan apa yang kita lakukan sekarang ini. Tiada sesiapapun yang berkahwin dekat dunia ini hanya untuk merasa tersiksa, menderita , hati dan perasaan disakiti dan untuk bercerai. Semua yang berkahwin pasti menganyam impian, harapan yang perkahwinan itu akan membawa kebahagian kepada kita tak kira di dunia mahupun akhirat.

Tapi dunia ini penuh dengan ujian. Takkan pernah terlepas dari di uji dari segi mental dan fizikal. Takdir Allah tak siapa mampu lawan. yang ada pada kita hanyalah wajib percaya pada qada' dan qadar dan yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Bila di uji dan kadang-kadang iman kita akan menjadi rapuh dan kita kan berfikir mengapa hidup ini terlalu kejam buat kita? mengapa kita tak berhak untuk merasa bahagia? merasa senang dan gembira macam orang lain? Mengapa? Ujian Allah itu tanda dia sayangkan kita, dekat dengan kita. Setiap kesabaran dan redha  kita atas ujian yang melanda itu tinggi ganjarannya di sisi Allah. tetapi sebagai manusia yang tak lepas dari khilaf dan dosa, mana mungkin kesabaran kita itu tidak ada  sempadannya? Sampai masa kita juga akan lelah dan penat sendiri. Letih dengan dugaan yang kita rasa bagai tak tertanggung lagi. Apa yang mampu kita buat kita harus kuat, harus tabah untuk mencari kebahagian sendiri dan tidak menyerahkan nasib kita di tangan takdir.Berdiam dan bersabar tanpa membuat apa-apa bukan caranya. Setiap kesulitan itu pasti ada jalan keluarnya. Dengan doa dan pertolongan dari Allah, bersama usaha kita Insya-Allah...kita dapat keluar dari kesulitan dan musibah yang datang.

Tak semua orang bernasib baik dalam perkahwinan. Tak semua orang akan dapat kebahagiaan yang di idamkan. Kalau tidak, masakan begitu banyak kes-kes penceraian, begitu banyak kisah-kisah sadis di dada akhbar tentang suami isteri? suami pukul isteri, bunuh isteri, suami curang, isteri curang, isteri tinggalkan suami dan anak-anak. Ya. Tak semua dapat merasa yang perkahwinan itu benar-benar indah. Ramai yang cuba memberikan yang terbaik dalam perkahwinan mereka, cuba mengemudi bahtera perkahwinan sebaiknya tetapi masih juga gagal. Tetapi, sekali kita gagal bukan bererti selamanya kita gagal. Ada jugak yang beberapa kali kahwin dan cerai dan akhirnya menemui bahagia. Walaupun saat itu kita sudahpun berada di hujung usia, tetapi masih diberi kesempatan untuk merasa bahagia walau seketika cuma. Kerana itu apa yang berlaku di masa depan kita tak tahu. Mungkin hari ini kita bahagia, esok lusa kita menderita kita tak tahu. Dan mungkin juga hari ini kita rasa menderita tapi esok lusa kitalah yang paling bahagia mana tahu kan? Perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya.

Rumah saya memnag dekat dengan masjid. Dan bila ada perkahwinan di masjid, saya selalu mendengar lafaz ijab dan qabul. Dalam hati selalu rasa seronoknya dapat berkahwin dengan orang yang kita sayang. tapi mak saya selalu tegur, " Ingat kahwin ni hanya  untuk seronok-seronok saja ka? Mak saya cakap, kahwin tu besar tanggungjawabnya, banyak cabarannya. Kena bersedia dengan apa juga cabaran yang datang sebelum berkahwin. kadang-kadang kita mungkin hidup bahagia dengan suami, tak ada masalah tetapi kita tak bernasib baik kerana dapat keluarga mertua yang selalu menyakitkan hati kita, menganiaya kita, adik beraidk yang selalu fitnah kita. Dan benda-benda macam tupun boleh buat suami isteri bergaduh dan perkahwinan goyah. dan kadang-kadang kita dapat suami yang entah apa-apa tapi beruntung kerana ada keluarga mertua dan keluarga sendiri yang memahami kita, yang selalu bagi sokongan pada kita. Hidup ini ada bermacam jenis. dan saya selalu mendengar bermacam keluhan orang. menyaksikan sakit dan perit melalui kehidupan rumah tangga. Malah ada juga yang dihadiahkan dengan bahagia walau serba kekurangan. Ada pasangan yang bahagia walaupun tiada cahaya mata, ada pasangan yang bahagia walaupun hidup serba kekurangan. kebahagiaan itu ada macam-macam. Mungkin bahagia kekayaan harta tapi tak bahagia hati. Ada yang bahagia kasih sayang tapi hidup miskin. Ada yang bahagia walaupun sentiasa sakit2 dan dapat pasangan yang di uji dengan sakit kronik. Malah, ada juga yang punya suami atau isteri yang membahagiakan mereka tetapi dipinjamkan seketika cuma bila mereka meninggalkan kita buat selamanya. Macam-macam dugaan dan yang pasti hidup kita ni ada kelebihan dan kekurangan dan ada yang bernasib baik dan ada yang tidak.

Pada akak, saya harap akak kuat semnagat, cekal &tabah. Hidup ni indah akak. Indah sangat. dan setiap yang berlaku pada akak pasti ada hikmahnya. Kesulitan akak, masalah akak pasti ada jalan keluar. Akak kena cari jalan keluar dari kesulitan itu jika akak nak perjuangkan kebahagiaan akak. jangan terus bertahan jika kesabaran akak tu lansungtak diharagai. Pengorbanan akak hanya sia-sia di mata dia. Islam itu indah.  Ada pelbagai cara untuk akak selesaikan kemelut akak. temui mereka yang lebih arif tentang hal ini dan dapatkan nasihat dan cara yang terbaik. Jangan peduli apa orang nak cakap tentang akak sebab mereka tak rasa apa yang akak rasa. Demi kebahagiaan yang akak cari, akak kena buka langkah dan fikirkan masa depan akak dan anak-anak di samping berdoa dan berharap yang Allah akan beri hidayah pada dia untuk berubah. kadang-kadanag manusia ni dia lebih  menghargai kita bila kita dah tak ada. Lumrah alam....manusia lebih nampak keburukan dari kebaikan. Saya doakan kebahagiaan akak dan berharap akak akan temui jalan keluar atas semua kesulitan akak ni.

harapan saya, doa saya moga saya juga akan menjadi ornag yang lebih kuat dan tabah bila di uji. Saya tak tahu apa akan jadi di masa depan. dan saya juga ingin rasa bahagia macam orang lain dan cuba sedaya upaya untuk dapatkan kebahagiaan. saya tidak pernah ada majlis perkahwinan idaman, yang ada hanya perkahwinan idaman. Saya pernah rasa hidup yang penuh kesedihan, di uji dan di uji tetapi masih juga di beri rasa bahagia. Saya pernah alaminya dan saya yakin, kesabaran saya itu tinggi ganjarannya. Allah itu  maha Adil.

Wednesday, July 25, 2012

WALIMATULURUS. Undangan Untuk Semua


Asssalammualaikum...Dengan lafaz bismillah dan puji-pujian pada Allah SWT, saya ingin menjemput semua rakan-rakan, bloggers, followers ,silent reader  dan semua yang mengenali diri saya untuk hadir ke majlis perkahwinan saya pada 25hb Ogos 2012 bertempat Di Kodiang Kedah. Jika ada kelapangan jemputlah datang dan jika tidak dapat hadir, doakan semoga majlis kami nanti berjalan lancar dan dirahmati Allah.

" Tidak Terlihat indah oleh dua orang yang menjalin kasih itu selain daripada pernikahan"(HR Ibnu Majah)

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ruum:21)



P/s 1:  Kawan2 yang memerlukan kad kahwin samaada dalam bentuk e-card or by post sila email nama, alamat penuh & nombor telefon kepada saya (norfahimah87@yahoo.com). Disebabkan tarikh akhir pos malaysia di musim perayaan adalah 13hb 8 2012 diharap dapat PM alamat before tarikh ni.



P/s 2: Saya mohon maaf kerana terpaksa kaburkan bahagian alamat & nombor telefon pada kad kahwin & tidak mengupload Lokasi majlis atas faktor keselamatan di internet.  





Simple jer kad kahwin saya. Saya pilih yang murah2. Sayakan bakal pengantin ekonomi. Hehehe...Nak design sendiri tak pandai, so carilah yang murah tapi yang  puaskan hati saya =)

Semua pembaca blog saya di jemput datang bagi memeriahkan majlis. Jangan segan-segan dan malu2 kalau nak kad dari saya. Jom kenal mengenali =)

Monday, July 23, 2012

Orang Yang Garangpun Ada hak Untuk Bahagia kan?


Saya akui since saya kecik2 dulu saya memang kategori gadis yang garang. Saya tak rapat dengan kawan2 lelaki. Time budak2 saya cepat nak angin bila budak2 lelaki usik saya. Sampailah saya tingkatan 3, saya tetap dengan dunia saya. Saya memang garang, tetapi ada jer budak2 perempuan yang nak kawan dengan saya. Saya banyak bergaduh dengan budak lelaki jer tapi saya bukanlah anti lelaki cuma tak berminat nak rapat dengan mereka. Sebab tu time sekolah menengah rendah, mana ada orang nak kacau2 or ngorat saya. Hehehe...Disebabkan sifat tu, saya digelar dengan "singa betina" oleh kawan2 lelaki.

Mungkin time tu saya budak2 kecik lagi, time tak matang, tak tahu berfikir, banyak memberontak, ikutkan kata hati tetapi semakin meningkat usia saya makin matang. Bila saya masuk sekolah Teknik masa saya tingkatan 4, adalah sedikit perubahan saya. Saya tak segarang dulu, saya dah tahu nak berbahasa dengan orang lain. Time tu, bila ada orang letak surat bawah meja nak berkenalan, saya memang terkejut. Orang garang dengan sememeh macam saya ni ada jugak orang berani nak minat kan? Rasa macam xpercaya. Kawan saya yang sama2 sekolah rendah sampai masuk sekolah teknik dengan sayapun kata saya taklah garang macam dulu. Tapi, sifat garang dalam diri mana pernah hilangkan? Tapi bila dekat office sekarang, tak ada seorangpun yang nak panggil saya ni garang. Bila saya cakap saya dulu2 saya ni  garang orangnya, diorang tak percaya.

Ya. saya memang tak ada ramai peminat, bukan juga kategori perempuan lemah lembut, saya seorang yang tegas tetapi marah saya, garang saya, lemah lembut saya, manja saya, malu saya semuanya bertempat. Walaupun saya garang tapi saya tak pernah maki hamun orang, tak pernah guna perkataan yang tak elok sesuka hati saya. Bukan seumur hidup dan sepanjang hari hidup saya hanya diselubungi sifat marah dan garang. Bukan semua orang yang saya jumpa saya nak marah-marah. Sifat marah tu bertempat. Mungkin orang tak tahu, dalam sifat garang saya di luar, saya masih punya hati dan perasaan yang sensitif, ada sifat lembut dalam diri saya yang orang luar tak nampak. Saya mudah menangis, mudah tersentuh perasaan, penuh rasa simpati tapi semua sifat ni orang tak tahu melainkan mereka yang betul2 kenal saya, yang mahu tahu hati budi saya.

sejak saya bertunang, ada yang berkias kesian bakal suami saya kerana dapat perempuan garang macam saya, saya cuma diam. Siap pesan jangan garang2 nanti suami lari.  Bila kawan2 lama yang bercakap macam saya tak layak untuk berkahwin, tak layak untuk punya suami saya cuma mampu bersabar. Belasan tahun mereka tak menemui saya mereka masih berfikiran budak yang mereka kenal di usia 9 tahun masih lagi budak yang sama. Tidak terfikir yang seiring peredaran masa dan peningkatan usia budak hingusan dulu akan berubah. kalaupun itu kelemahan saya, masih ada perkara lain yang baik tentang saya yang tak mahu dinilai. Marah dan garang saya bertempat. tetapi setiap kritikan itu buat saya berazam untuk buat yang terbaik dalam hidup dan berusaha perbaiki diri saya.

Dalam hidup ni, tiada yang sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan diri. Tetapi perempuan yang garang, tegaspun kalau Allah dah tetapkan jodohnya dia akan berkahwin jugakkan? pasti ada lelaki yang mahu meminang dan boleh menerima buruk dan baiknya kan?  Dan ada jugak yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Merekapun ada rasa ingin disayanagi dan mengecapi nikmat bahagia. Insya-Allah...saya cuba lakukan yang terbaik dan bahagiakan mereka yang saya sayang, selalu ingat tanggungjawab saya tak kiralah apa orang nak katapun sebab saya percaya Allah lebih tahu apa yang tersirat di hati kecil saya.




p/s : hilang selera makan. Tak lalu nak makan nasi. Bukan nak diet ke apa tapi tak tahulah...makan roti dan kurma masa bersahur dan berbuka

Sunday, July 22, 2012

Terkesan Dengan Drama Perempuan Neraka


Baru selesai menonton cerekarama Perempuan Neraka dekat TV3 tadi. Sedih betul tengok drama ni. tergamak seorang isteri dan anak memperlakukan seorang suami dan ayah yang begitu ikhlas menyanyangi. Kisah seorang isteri yang kejam dalam diam, keji di belakang, tidak bersyukur dengan anugerah suami yang begitu sempurna, gagal menjadi isteri dan ibu yang baik, lupa pada tanggungjawab dan meperbodohkan suami dengan cara keji. Nauzubillahminzalik...mintak dijauhkan benda macam ni terjadi pada kita.

Mungkin masih lagi ada di dunia ini seorang isteri yang melayan suami dengan cara kejam, menggunakan cara halus, mengongkong, lupa tentang hukum Allah, tidak redha dengan kemampuan suami, menyiksa dalam diam. Entahlah....saya tak pasti apakah di dalam hati tidak timbul lansung rasa kasihan, rasa simpatidi hati mereka hatta sekuman pun? Tergamak menggunakan cara kotor sehingga sanggup menjamu suami dengan nasi kankang? T

Hampir menitis air mata saya menyaksikan darama yang sarat dengan pengajaran ini. Kadang-kadang hidup ini tidak terlepas dari berbuat silap. Mulutpun kekadang terlalu lantang bersuara, terkasar bahasa, terlajak perbuatan yang tanpa kita sedari telah melukakan hati seorang suami. Kadang-kadang bercakap kasar dan marah2 pun dah kira berdosa kan? Merajuk tak tentu pasal  macam anak kecil sehingga abaikan tanggungjawabpun dosa kan? Kekadang kita tak sedar benda yang sedikit itu boleh mengguris hati sang suami. kalau suami redha Alhamdulillah..kalau tak redha, tak maafkan kita? Huhuhu.. Saya belum berkahwin dan belum lagi ada pengalaman dalam berumah tangga. Apa yang ada mungkin perhatian dan pengalaman orang terdekat. Tapi saya punya ibu bapa yang hati dan perasaan mereka harus dijaga dan kata-kata mereka harus dipatuhi. Memang saya tak sempurna, memang hati ini pernah terguris rasa tetapi selagi mampu berbuat baik, buatlah. Selagi boleh bersabar, sabarlah. Insya-Allah, ada ganjarannya di sisi Allah. Baik seorang ibu, ayah, isteri atau suami tinggi martabatnya di sisi Allah. Mudah-mudahan kita semua dapat menjadi anak dan pasangan yang baik, diredhai dan disayangi Allah dan rasul.Insya-Allah...

Suka mendengar lagu ini dalam drama tadi. Betapa besarnya kasihnya seorang suami kepada isteri.

DOAKU UNTUKMU SAYANG -WALI BAND


Kau mau aku apa
Pasti kan ku beri
Kau minta apa
Akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
Tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti







Saturday, July 21, 2012

Mengharapkan Yang Lebih Baik


Assalammualaikum semua. Harap belum terlewat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog saya. Selamat menikmati dan menjalani ibadah puasa pada bulan mulia ini. Semoga Ramadahan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita diberi keampunan pada dosa-dosa kita yang lalu.

Bulan puasa ni  walaupun saya agak sibuk dengan urusan kerja dan persiapan kahwin tapi saya berharap kedatangan bulan mulia ini tidak disia-siakan. Mudah-mudahan saya dapat melakukan lebih banyak amal dan mengumpul pahala. Saya bersyukur kerana masih diberi keizinan untuk merasai bulan ini sekali lagi. masih lagi diberi kesihatan untuk melakukan amal. Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Semua amal ibadat kita dilipat gandakan pahalanya pada bulan ini.

Saya juga ingin memeohon maaf andai ada silap dan salah andai ada kata-kata penulisan saya mengguris hati mana-mana pihak. Harap dimaafkan. Saya cuma mengaharpkan sesuatu yang lebih baik di bulan ini. Insya-Allah..

Thursday, July 19, 2012

Alkisah Saya & Nuffnang



Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya dengan syarikat pengiklanan Nuffnang. Saya rasa semua blogger tahu apa itu Nuffnang dan majority akan pasang iklan Nuffnang dekat blog masing-masing kan? Macam tu jugaklah dengan saya.

Since saya dah start blogging on October 2010, saya memang tak tahu apa2 pasal Nuffnang ni. Maklumlah baru lagi berjinak-jinak dengan dunia blog kan. Lagipun, tujuan saya buka blog bukan untuk cari income lebih. Tidak sama sekali. Saya buat blog Just kerana minat sendiri yang rajin menulis. Tapi, bila  saya start blogwalking gi blog2 lain saya tengok ramainya blogger pasang iklan Nuffnang ni. Siap bercerita pasal income diaorang dengan Nuffnang lagi. Eh, buat blog boleh dapat duit erk? Wah, bagus jugak buat blog ni ye.  Saya pun pandai2 sendiri je daftarkan blog saya dengan Nuffnang ni. Memang pening jugak mula2 sebab tentang design blog pun saya tak reti apatah lagi nak buat benda lain kan? Tengoklah header saya tu..dah setahun lebih tetap begitu aje rupanya. Sadis kan? Huhuhu……

Masa mula2 saya ada blog, follower saya memang tak adapun. So, saya tahu yang mana mungkin saya dapat income dari Nuffnang kan. Dari hari ke hari saya tengok follower saya bertambahlah sikit demi sikit tapi duit dekat Nuffnang tak bertambah sangat pun. Ada beberapa sen je. Tapi kan, walaupun time tu duit saya Cuma 40 sen dalam akaun Nuffnang , saya suka betul. Dalam hati fikir takpelah kalau bertahun-tahun saya simpan duit dekat sini. Buat tabungan. Saya fikir memang duit saya akan bersen sen je jumlahnya. Berbulan jugak macam tu…duit nak capai 5 ringgit pun payah tau. Huhuhu….



Saya tetap blogging macam biasa. Bila ada kawan2 blogger yang bercerita pasal Nuffnang mesti laju jer saya nak baca. Saya jenis orang yang suka nak ambil tahu. Bila diroang bercerita pasla income diaorang bulan-bulan sara rasa rendah diri betul. Saya ni berbulan-bulan pun tak boleh cash out duit. Pendapatan tetap sen sen jugak every month. Tapi ramai blogger yang rajin share macam mana diaorang buat supaya income diaorang bertambah. Dan saya ada jugak ikut. Ada yang mejadi jugak.

Saya sebenarnya tak tahu apa beza antara Buffered earning dengan iklan kempen2 biasa dari Nuffnang dekat blog saya. Saya fikir earning hanya akan dikira based pada berapa jumlah orang klik pada iklan dekat blog saya.  Bila tengok earning sikit walaupun follower saya dah bertambah saya fikir tak ada orang yang nak klik iklan dekat blog. Padahal time tu Buffered earning (BE) dah Nuffnang bagipun dekat saya. Walaupun blog saya kerdil tapi tetap dapat BE tau. Tapi saya jer tak tahu. Bila bukak akaun Nuffnang Dan masa tu bila follower saya makin bertambah dan jumlah traffic makin naik dari ke hari saya rasa happy.  Saya ingat ke BE tu dikira based pada orang klik iklan. Rupanya taklah. Based pada jumlah traffic (unit) yang masuk ke blog. Alahai, lepas tahu apa tu BE, setiap kali saya dapat je BE, saya try jugak usaha update blog hari-hari. Sebusy manapun saya cuba. Daripada situ baru saya perasan yang earning saya bertambah dari hari ke hari bila ada BE ni.  Masa tu barulah saya tahu apa tu BE. Kesian kan saya? Saya terlepas 4 BE dari mereka. masa tu mmg saya tak tahupun apa nak buat bila ada dapat BE dari Nuffnang.Huhu……Tapi BE ni bukan semstinya setiap blogger dapat tau. Kira macam nasib jugakla kalau Nuffnang murah hati nak bagi. Tapi macam mana nak dapat, tips nak dapat banyak income dengan Nuffnang saya memang tak tahu. Huhu...sebab sayapun masih baru lagi dengan dioarang. kalau saya tahu, saya akan share dengan korang tips2 nya ok!

Walaupun saya bukan blogger femes, blog tak popular tapi saya menulis bukan kerana nak popular dan paling penting BUKAN pasal duit. Niat berblog tak pernah menyimpang dari tujuan asal. Lepas setahun lebih saya berblog, alhamdulillah ada jugak sedikit pendapatan saya dengan nuffnang. Walaupun Cuma RM XXX dan belum sampai 4 angkan macam orang lain, dan bukan jugak every month dapat cash out, saya bersyukur. Rezeki berblog kan. Terima kasih pada Nuffnang atas income tu. Sangat2 hargai.  Terima kasih juga pada semua yang rajin mengunjung blog saya. Saya bukan naik mendadakpun dalam dunia blog ni. Saya bermula dari kosong. Dan saya menulis kerana hati dan jiwa saya memang dalam dunia ni.

So, pada yang belum daftar lagi dengan Nuffnang. cepatlah mendaftar. Sambil berblog boleh buat income jugak. Sikit2 pun takpe,lama2 jadi bukitkan? Rezeki jangan ditolak. ye tak?


P/S: Alhamdulillah dah complete dah 3 dos vaksin hepatitis B. Selama 3 bulan saya ambik vaksin ni. No  more jarum panjang2 lagi, no more rasa kebas dekat  bahu tangan kiri lagi. Yeay!  

Tuesday, July 17, 2012

Tutorial Bunga Crepe Comel


Baru nak update tutorial buat bunga crepe comel ni. Boleh jugak panggil bunga tisu tapi sebab tak nak confusekan diri dengan DIY bunga tisu yang saya pernah buat dekat SINI, saya namakan aje bunga crepe comel. Hehehe...saya pernah cerita pasal progress buat bunga crepe comel ni dekat entri INI dulu.

Nilah bunga crepe yang saya buat tu! Ada macam2 warna

Pasal buat tutorial sendiri memang saya tak pandai. Tapi korang boleh tengok gambar tutorial yang saya ambik dekat blog Ruffled ni. Memang saya belajar buat bunga ni dari sini jer.



Nak buat bunga ni just potong je kertas crepe tu jadi bentuk bulat ikut saiz yang kita nak. Susun la dalam 8 hingga 10 keping kertas tu. Dekat bahagian tengah tu boleh jahit je dengan benang macam yang tutorial ni buat. Mula2 saya buat macam tu, tapi bila dah banyak sangat nak kena jahit, saya malas. Terus guna stapler je bahagian tengah tu. Tapi ok jer hasilnya. Tak nampak sangatpun macam stapler. Huhuhu...Then, bentukkan je jadi macam kelopak bunga setiap sekeping kertas (macam dalam gambar buat). Dah siap!

Saya minat sangat dengan bunga ni lepas tengok hiasan hantran yang gunakan bunga ni sebagai hiasan. Cantik kan? Tapi saya tak guna bunga ni buat hantaran. Buat hiasan benda lain.Hehehe...


Selamat Mencuba!

P/s: Ada 1 lagi jenis bunga yang saya dah pandai buat sekarang. Nanti saya update entri pasal bunga tu pulak.

Monday, July 16, 2012

Hadiah Tak Di sangka


Baru call my mom tadi. Dia bagitau saya yang ada kenalan family saya hadiahkan saya kain baju untuk nikah. Mak nak suruh saya buat kain tu sebagai baju nikah sebab dia rasa cantik. (tapi saya tak tengok lagi rupa kain tu). Next week baru nak balik tengok. Pak cik yang hadiahkan kain tu beli kain tu dekat Pakistan. Tapi sayang sebab baju nikah saya kan dah siap. Walaupun tak cantik tapi yang penting dah siap dan rupa macam yang saya nak.

Tapi, rasa terkilan jugak la sebab kain tu orang hadiahkan untuk buat baju nikah. Kebetulan warna baju tu cream. Sama macam baju nikah saya sekarang. Tapi betul2 sama ke tak, tak pastilah pulak. Macam mana erk? kalau nak cari tailor untuk jahitkan pun tak tentu ada dalam masa2 terdekat ni. Tapi mak saya cakap dekat kampung ada lagi tailor yang boleh ambik upah baju untuk raya. ke saya buat jer baju tu then baju nikah yang ada sekarang sebagai back up if something happens? ye tak?

Apa2pun kena balik tengok dulu baju tu. Kalau mak saya cakap cantik, saya percaya mestilah cantik kan... Tak sabar nak balik tengok kain  tu. Ala, kalau tak boleh pakai masa nikahpun boleh je kalau nak pakai kalau ada event atau apa2 kan? (macamlah selalu ada event). Boleh je nak baut baju raya haji ke? erk.

Thank you pak cik Sarip sebab hadiahkan kain baju tu untuk saya. Dari kecik2 lagi kenal dia. Tak sangka dapat hadiah awal dari dia. Alhamdulillah......


P/s: Minggu depan dah nak balik kampung. Nak submit borang nikah dekat pejabat agama. 

Sunday, July 15, 2012

Zaman Bujang, Single Mingle Harus Dinikmati Sepenuhnya!


Lately ni bila buat something je, bila banyak sangat persoalan yang orang tanya dekat saya selalu ayat "menikmati zaman bujang" keluar dekat mulut. Yup! bukan maknanya sebelum ni tak pernah nak nikmati zaman bujang, always, tapi sejak dua menjak ni baru saya rasa betapa masa-masa yang tinggal ini harus dinikmati sepenuhnya. Insya-Allah....dengan izinnya andai saya beralih ke zaman lain pasti saya akan merindui saat yang saya nikmati sekarang.  ( saya tak putus-putus berdoa yang perancangan ini dipermudahkan , pada DIA saja saya berserah moga inilah jodoh saya, Amin Ya rabbal Alamin...) 

Meninggalkan zaman belajar di sekolah, di universiti buat saya selalu terkenangkan kawan-kawan, cikgu-cikgu dan lecturer. I miss them so much! Saya rindu untuk ke kuliah, keluar berjalan, bergurau senda, lepak dengan mereka di hostel, masak bersama dan semua yang kami lakukan bersama. Bila dah mula kerja, masih berteman, masih ada kawan tapi masa pula limited kan. Semua dah busy dengan hal masing2. Dan saya bersyukur kerana zaman belajar dan "single" tu saya nikmati sepenuhnya dengan kawan-kawan saya. Ke sana dan sini bersama mereka. Syukur kerana diberi peluang untuk merasai manisnya sebuah persahabatan (T_T)

Dan paling penting, zaman bujang jugak adalah masa yang lebih dengan family. Bila komitment saya hanya dengan keluarga, kalaupun ada masalah apa-apa saya masih ada selalu bersama mereka. Pendek kata, fokus saya boleh dilebihkan pada family saya seorang sahaja. Bila dah bulan puasa ni lagilah saya teringatkan family. Rindu nak bersahur dan berbuka bersama-sama. Sejak bekerja dan tinggal jauh dari family, saya tak selalu ada dengan mereka walaupun saban hari saya akn contact mereka bertanya khabar. I really miss them so much. Rindu nak duduk sebumbung macam dulu. tengok muka mak ayah dan adik beradik hari-hari. Wlaupun selalu main gaduh2 dengan diorang tapi bila jauh, saya rindu. Satu lagi Bila duduk dekat, saya boleh sembang dengan tok dan wan saya hari-hari. Huhuhu...masa kakak saya kawen 4 tahun lepas, saya menangis. Saya nangis sebab saya rasa kehilangan. Yelah bila dia dah jadi isteri, kena ikut husband dia mestilah tak ada masa nak teman saya gi mana-mana lagi kan, mesti dah tak ada masa nak layan saya. Saya macam hilang tempat mengadu. Tapi saya tahu semua tu normal process. Tapi perancangan Allah itu hebat, even kakak saya dah kawenpun, saya tak pernah rasa kehilangan. Dia selalu jer ada time susah dan senang saya. Cuma masa untuk diluangkan bersam tu jer limited. Alhamdulillah..

berbalik pada tajuk, "menikmati zaman bujang" pada saya adalah masa yang boleh diluangkan sepenuhnya untuk diri sendiri, kawan dan family. Mana tak bestnya bila hidup hanya uruskan diri sorang-sorang. Balik kerja boleh lepak depan Tv sambil tengok cerita tanpa memikirkan hal lain. Nak makan, hanya fikirkan perut sendiri. kalau dah kawen mana boleh kan. Mesti kena consider perut2 lain jugak. Kalau kita tak lapar, orang  lain lapar takkan tak masak,  takkan tak cari makan kan? Macam tu jugak dengan basuh baju, iron baju semua..sekarang memang buat untuk diri sendiri. kalau rasa malas nak basuh atau lipat baju takpe, boleh tangguh2 buat tapi lepas kawen? Mana boleh kan. hehehe.. sebab lepas ni tanggungjawab pasti  makin bertambah. Sekarang nak buat apapun, nak pergi manapun I'm free. Tak terikat dengan komitmen dan tanggungjawab lain. Tapi lepas kawen ada maruah yang nak dijaga, ada keizinan insan lain yang kena minta, ada tanggungjawab yang tergalas di bahu. Sebab tu saya selalu cakap "menikmati zaman bujang" sebab zaman yang akan datang selepas ni pasti mengubah saya menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab. Dan saya berdebar untuk melalui saat itu.Huhuhu...

Macam tak bersedia erk saya ni? Taklah...bukan soal tak bersedia, malah saya sudah berazam untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Saya cuma ingin menikmati masa yang dianugerahkan Allah ini dengan sepenuhnya. Sebab masa yang berlalu takkan dapat diputar kembali. Dan hari esok kita tak tahu samaaada kita masih bernafas atau tidak di muka bumi ini. Andai dijemput-Nya mudah-mudahan kita dalam keadaan yang bersedia. Dari mengejar kehidupan yang belum pasti manisnya, indahnya dan hanya mencipta angan-angan lebih baik menikmati setiap saat dan masa yang ada dengan apa yang Allah rancangkan untuk kita di masa ini. Saya tak mengejar angan, tapi saya mengejar impian saya...dan mudah-mudahan semuanya baik. Saya percaya perancangan Allah itu Maha hebat. Pasti yang dirancang itu yang terbaik untuk saya, saya redha dengan ketentuan-Nya. 




P/s: Saya ke pasar pagi shah alam pagi tadi. Tahun ni baru kali ni pergi. jammed teruk sangat. 2 jam lebih cari parking dah tersekat di jalan. banyak betul orang. Barang yang di cari tak jumpa pun. Beli benda lain pulak. Huhu....

Saturday, July 14, 2012

Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta (Buku Yang sangat2 Bagus & wajib Dimiliki Bakal Pengantin)


Tadi saya gi jalan-jalan dengan kawan dekat Jusco Bukit Tinggi. Aktiviti biasa bila window shopping mestilah singgah kedai buku kan? Kalaupun tak beli apa-apa, saya suka nak belek2 buku baru yang ada. Dan saya tertarik sangat dengan buku ni.....



Dekat 15 minit jugak saya membelek dan baca isi kandungan buku ni dekat POPULAr tadi. Saya ambik baca buku sample ye! Yang memang orang dah bukak untuk beleke2. haha..sekali baca memang tertarik sangat sebab kandungan buku ni cerita betapa besarnya pengaruh duit dalam sesebuah majlis perkahwinan. Betapa kebanyakan orang suka berhabis puluhan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan dan akhirnya hidup berhutang piutang selepas kahwin.

15 minit membaca buku ni, hati saya terdetik, "wah! bestnya buku ni....." .Serius, buku ni menyentuh semua aspek tentang perkahwinan, dari bab perancangan untuk bertunang, berkahwin, pemilihan barang, baju kawen and so on. Dan paling penting, apa yang diterapkan adalah macam  mana nak berbelanja dengan penuh berhemah. Kurangkan kos, abaikan mana benda yang tak penting dan tumpukan lebih perancangan perkahwinan selepas kahwin.

For me, untuk semua yang sedang bercinta dan merancang untuk berkahwin, wajib dapatkan buku ni. Yang masih garu kepala fikir macam mana nak manage duit kawen pun elok dapatkan buku ni. Selain baca majalah-majalah tentang fesyen dan gubahan kahwin, elok tambahkan ilmu untuk perkara lain jugak kan? Kita semua sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Insya-Allah... Oh ya, Saya tak belipun buku ni sebab dah tinggal sebulan je lagi nak kawen dan duit memang dah tahap finalize semuanya tapi syukur sebab apa yang ditulis dalam buku ni kebanyakannnya memang saya praktikkan.


Sinopsis Belakang Buku:


Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang,walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya.
Begitu juga dalam aspek perhubungan.Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dariawal jatuh cinta.
Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan bakal pengantin daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suami isteri.
Malah mengelakkan pasangan daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat.


P/S: lepas ni nak cari buku perancangan kewangan lepas berumah tangga pulak dan cara memiliki hartanah sendiri. Minat dah makin ke arah buku ilmiah motivasi pulak sekarang =)

Friday, July 13, 2012

Setelah 2 Bulan Paradigm Mall dibuka, Baru Nak Terjah!



Ikutkan Paradigm Mall tu dekat je dengan office saya. Dalam 5 minit je dari office. tapi asyik bertangguh je hasrat nak singgah mall baru bukak ni. Tapi tengahari ni, dah selamat terjah. So far..oklah. Macam shopping mall lain jugak.



Tapi yang best dekat situ ada KAISON. hehehe..geram gila tengok bunga-bunga dekat KAISON yang comel dan kiut miut tu. macam tu jugak dengan pasu2 bunga comel. Ingat nak beli jugak satu nanti untuk hias bilik. Frame gambarpun cantik2. Saja jamu mata tadi. tak beli apapun. Survey2 harga dulu. Bulan depan kot baru  nak beli sebab idea nak menghias bilik belum datang. hehehe..


Oh, bercakap pasal Paradigm mall tu, pada korang yang tinggal dekat dengan kelana jaya, bolehlah datang ke sini kalau dah tak tahu mall mana lagi nak gi.

Ini peta lokasinya

Okeh. Salam jumaat untuk semua. Malam ni nak jumpa member baik dekat UiTM dulu. Esok jumpa kawan baik masa dekat sekolah pulak. Rindunya nak jumpa diaorang. Hope perancangan saya berjalan lancar. Insya-Allah...

P/s: kalau gi sini better ambik parking dekat basement jer sebab kalau parking dekat atas berpusing pusing jalan dia. Boleh naik pening. 

Thursday, July 12, 2012

Tolong Hafal Nombor telefon penting Dalam Hidup Korang




Dalam phone kita memang banyak nombor telefon kawan2, sedara dan kenalan2 tapi berapa orang je antara kita yang boleh hafal nombor2 penting ni kan? Kebanyakannya salin dan simpan jer dalam phone. Tak hafalpun nombor telefon orang-orang penting tu.

Contohnyalah kan bila korang kena ragut. Duit, handphone semuanya tak ada. Time tu pulak korang sorang2. Apa yang korang nak buat? First mestilah buat report dekat balai polis kan. Lepas tu, mestilah nak hubungi orang2 penting dalam hidup korang untuk pick up korang  kan? Walaupun phone tak ada, tapi boleh pinjam telefon balai polis untuk buat call. Kalau tak ingat nombor susahlah. At least mesti ada 2 atau 3 nombor dalam kepala. Macam kes saya masa kena ragut dulu, kebetulan saya dalam perjalanan gi rumah maksu saya. Dahlah first time nak pergi rumah dia. Jalanpun tak tahu sangat. Kena ragut pulak tengah jalan. Mujur jumpa jalan gi umah dia.

First mesti kena Call bank. kalau boleh ingatlah nombor talian hotline bank tu. Huhu...saya call Sebab nak block semua kad2 ATM bank saya. Time saya kena ragut tu memang satu apapun tak ada dengan saya. Beg baju, beg duit, kunci rumah, handphone semuanya hilang. Kira kena sapu bersih oleh si peragut tu. Masa tu dahlah duit PTPTN baru masuk. So, saya memang cepat2 call bank Islam untuk laporkan kecurian kad. Walaupun rasa peragut tu tak tahupun nombor pin saya, tapi dia kan boleh buat try& error. pesan saya janagn sesekali buat nombor pin ATM sama dengan tarikh lahir ke nombor phone korang ke or ic korang. Dah banyak dah kes kecurian dompet then sekali dengan duit2 dalam bank tu dicuri sebabkan nombor pin ni. Dan jangan save lansung nombor pin kad ATm dalam phone ke, simpan dalam wallet ke apa. Bahaya. Kalau tersimpan, call bank cepat2 untuk block kad tu.

Paling penting, nombor phone mak ayah kena hafal. Bila dah jauh dengan family lagi2lah kena ingat.Then, nombor suami or boyfriend or tunang korang. Lepas tu nombor kawan baik korang. Macam saya hari tu, kunci rumah sewa tak ada. Semua kawan2 dah on the way nak balik kampung sebab cuti mid sem kan. Saya dahlah tinggal sehilai sepinggang. Mujur ingat nombor phone kawan baik. call dia dan minta dia duplicate kunci rumah untuk sewa. Mujur time tu dia baru jer nak bertolak balik. tak jauh lagi dari rumah sewa saya. Kalau tak, tak dapatlah nak masuk rumah sewa sendiri. Huhu...penting tau hafal nombor ni.

Ada jugak kes, macam saya tertinggal phone dekat rumah time keluar dengan kawan. Dah jauh keluar dari rumah mestilah susah nak patah balik. So, kalau korang hafal nombor parent dan orang penting dalam hidup korang, boleh pinjam phone kawan untuk inform dekat diorang yang kalau ada apa2 hal emergency, please contact kawan korang tu kan. Manalah tahu time tu ada kematian ke, kemalangan ke apa ke dekat kampung then family tak dapat kesan kita.Kan susah macam tu? Dan  lagi bagus kalau inform dekt family korang nombor office, housemate dan kawan2 korang. Kalau jadi apa2 senang kan diaorang nak cari..huhuhu..contohnya macam phone korang rosak ke, bateri kong ke..huhuhu..


Kadang2 benda macam ni orang suka pandnag remeh temeh. Tapi bila terjadi dekat diri sendiri, kita akan tahu walau secanggih manapun phone boleh save semua nombor tetapi tak boleh lawan kehebatan otak untuk simpan dan ingat. Time kita dah tak ada apa2 dekat tangan, hanya doa dan otak yang leh membantu. kalau hafal je tak ingat takleh jugak tau. hehehe..

So, lepas ni..sama2 kita ingat nombor2 penting dalam hidup kita ye! Penting tau. Sebenarnya banyak lagi cerita pasal ni nak tulis tapi stoplah membebel untuk hari ni. sambung lain kali pulak. Hehehe...



Wednesday, July 11, 2012

Alhamdulillah..Saya Menang Contest!



Baru aje bukak blog tengok dekat bahagian komen rada beberapa orang ucap tahniah sebab saya menang contest Like, Post & win. Terkejut. Eh, betul ke ni? Sebab saya memang tak letak harapan tinggipun nak menang. Saja suka2 nak masuk. Ada rezeki ada ar. Tapi Alhamdulillah..rezeki saya. Tapi yang lebih buat saya terharu sebab menang tempat kedua (kategori blog paling tinggi referal). Terharu sangat sebab saya tak sangka ramai reades blog kerdil saya ni yang menyumbang traffic dekat blog Kina. Thank you pada Kina sebab anjur Contest ni. Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada pembaca blog saya sebab banyak berikan sumbangan traffic untuk contest ni. Tanpa korang, tak mungkin saya menang. Saya tak expect saya akan menang lansung dalam kategori ni sebab followers blog saya tak ramai. Tak cecah ribupun. Tapi maybe ramai silent readers, anonymous yang datang menjenguk di sini  sekaligus menyumbang traffic ke blog Journey of bride to be. Alhamdulillah... pasal entri contest tu korang boleh refer SINI




Baru Jumaat lepas dapat cek dari Nuffnang. Tq Nuffnang. Tq untuk BE bulan ni untuk blog menjaring impian. Alhamdulillah...rezeki dari dunia blog. Walaupun tak banyak tapi sangat berharga dan bernilai buat saya. Walaupun niat menulis bukan semata-mata kerana mengejar duit tapi inilah yang dikatakan rezeki. Walau diduga dengan sakit sejak kebelakangan ni,(tapi hari ni dh sihat sepenuhnya), kemudian Allah hadiahkan saya sesuatu yang lebih bernilai. Alhamdulillah...

Terima kasih semua! Terima kasih banyak2

Tuesday, July 10, 2012

Cerita Seminggu



Dah hampir seminggu tak menulis. Macam-macam cerita nak kongsi dekat sini. dah beberapa hari saya tak sihat. Mula2 demam. Lepas tu kena food poisoning. dah 2 hari tak pergi office. mc. Badanpun dah naik lembik 3 hari keja muntah dan membuang. Makanpun xlalu. Bila makan mesti nak muntah balik. Dah rasa Xtahu apa lagi yang tinggal dalam badan. Semuanya asyik keluar balik je. Dah naik bosan tidur dan rehat saja di rumah. Huhu...Malam ni dah rasa kuat sikit. Mintak2 esok bertambah baik dan boleh pergi kerja macam biasa. Insya-Allah...

2 minggu berturut-turut weekend yang ada, saya gunakan untuk settlekan hal2 majlis walimah saya nanti. memang kelam kabut sebab kena urus seorang diri tanpa family dan tunang. Tapi takpe, saya kan miss independent (^_^).  Mujur jugak roomate baru saya baik hati nak temankan. kalau tak, takut jugak nak kemana-mana sorang2 sebab sekarang ni banyak kes jenayah yang melibatkan wanita di luar sana. Huhu..

Alhamdulillah...kad kahwin & bunting yang saya tempah dahpun siap 2 minggu lepas. Saya buat dekat kedai kad kawen dekat Klang. Saya puas hati sangat dengan hasil kerja diaorang. Highly recommended. Service memag bagus even saya buat kad murah & biasa jerpun. Pasal kad nanti saya buat review k.

1000 keping kad. Separuh untuk saya, separuh lagi untuk pihak Encik Tunang. Saya buat kad kawen untik both side dalam 1 kad je. Rasa lebih jimat dan mudah. Huhu...

Langsir bilik pengantin dan ruang tamu rumahpun saya dah beli. Macam tu jugak dengan baki barang hantaran dan bantal nikah. Bantal nikah tu mula2 ingat nak sewa dekat butik pengantin je sebab saya rasa dah tak ada masa dah nak buat. Tapi bila fikir2 balik, baik saya DIY je. Nanti bantal tu boleh guna balik buat bantal lepak2 depan Tv dekat rumah. Lagipun bukan mahal pun. tapi saya beli bantal biasa je yang saiz besar. Janji boleh buat duduk sudah. hehehe.. Baru ambil ukuran dan gunting kain untuk jahit bantal. Langsir pulak saya beli dekat 2 tempat. Ada yang beli dekat Nagoya dan ada jugak yang beli dekat Jakel. Balik rumah nanti baru nak menjahit sebab dekat sini saya tak ada mesin jahit. Huhu......saya jahit biasa je, Insya-Allah sempat kot. barang hantaran semuanya dah settle beli. Cuma hiasannya yang tak difikirkan lagi. Rasa macam tak jadi nak guna pinggan putih sebab nanti susah FFIL nak bawa balik rumah diaorang yang jauh tu. maybe gantikan dengan bakul sebab taknak barang tergolek-golek. Itu cadangan mak sedara sayalah. tapi tak cari lagi bakul tu....Ada cadangan dekat mana bakul untuk hantaran yang murah2 tak?



 Kerja DIY pun beberapa hari tertangguh sebab saya tak sihat. Insya-Allah esok kalau tak ada apa2 nak start balik buat DIY project. Moga hari-hari esok lebih baik dari sebelumnya. mudah-mudahan..


Thursday, July 5, 2012

Contest: Like,Post & Win RM600* Journey of Bride to Be


Kawan-kawan semua! Jom join cotest blog journey of bride to be ni. Caranya mudah jer. Korang hanya perlu LIKE contest ni dekat blog Journey of bride to be, ( ada 3 benda yang lorang kena like, contest ni, fanpage bride to be then fanpage penaja hadiah theshopAblog ). Then POST tentang contest ni dekat blog korang. Korang mesti cerita pendapat korang tentang blog bride to be ni & serba sedikit pasal hadiah dan syarat pertandingan. Tu je.  Lepas tu, tunggulah kalau2 korang dan saya bertuah untuk jadi pemenang! Senang kan? Contest ni bermula dari 4-7-2012 sehinggalah 10-7-2012.




 Hadiah? Mestilah best2 semuanya! Korang berpeluang untuk dapat hadiah macam dekat bawah ni....5 pemenang akan dipilih berdasarkan kategori yang dipertandingkan.


Hebat-hebat hadiahnya! Semuanya sangat bermanfaat digunakan untuk semua b2b tau!





Blog Journey of bride To be by Shakina Farhan pada kaca mata saya?

Sangat best ok! For me, blog ni wajib ada dalam semua blog list b2b sebab banyak info yang korang boleh dapat sini. Saya jumpa blog ni melalui carian google search. Masa tu tengah cari idea untuk kawen before saya bertunang dulu. Blog ni macam-macam ada. Banyak ispirasi yang saya dapat dari sini. Lagipun, Kina tak lokek ilmu untuk share dengan semua b2b yang lain. Macam idea buat 3d flower dekat baju bertandang dia tu, saya suka sangat. Kreatif!  Macam tu jugak DIY mini pelamin nikah dia. Sweet….jadi inspirasi untuk b2b budget ekonomi macam saya ni. Hehehe…Untuk b2b memang korang patut masukkan blog ni dalam list blog yag korang follow. Macam-macam yang Kina tulis dalam blog dia, tentang persiapan kawen, DIY things, pendapat dia, about her journey as b2b, wife, mom to be, and so on. Even kina dah jadi ex b2b pun dia masih lagi bagi info untuk b2b yang lain based on her experience. Bila ada promotion apa2 pun dia dia akan beritahu dekat blog. Pasal benda2 penting yang patut b2b semua ingat macam period cycle, budget yang perlu di tambah dalam list kawen (untuk persiapan lepas kawen), idea DIY photobook sendiripun ada tau. Banyak sangat info yang saya dapat. Bukan terhad pada persiapan kawen semata-mata je. Sukanya saya!


So, apa tunggu lagi? Jomlah serbu blog Journey of Bride To be  untuk keterangan lanjut dan join contest ni beramai-ramai. Mana tau bernasib baik untuk menang selain dapat input bermanfaat dari blog ni =)



Wednesday, July 4, 2012

Update Cheklist 4






Nikah

Tarikh & Masa : Confirm
Tempat : Confirm
Dokumen Nikah P : Pending (will be complete by end of this month)
Dokumen Nikah L: Done
Kursus Kahwin P: Done
Kursus kahwin L : Done
HIV Test P : Done
HIV Test L: Done
Baju Nikah & Veil P (DIY) : Done
Baju Nikah & Sampin L : Done
Bantal Nikah (DIY) : In Progress
Bunga Tangan (DIY) : In Progress

Hantaran

For her

Item 1 : Done
Item 2 : Done
Item 3: Done
Item 4 : Done
Item 5 : Done
Item 6 : Done
Item 7 : Done
Item 8 : Consider Done
Item 9: Consider Done

For Him

Item 1: Done
Item 2: Done
Item 3 : Done
Item 4 : Done
Item 5: Done
Item 6 : Done
Item 7: Done
Item 8: Done
Item 9: Done
Item 10: Consider Done
Item 11: Consider Done

Decoration: Not Yet


Resepsi

Kad kahwin : Done
Bunting : Done
List Tetamu : In Progress
Door Gift : Not Yet
Paper Bag (DIY) : In progress ( almost Complete)
Bunga Telur: In progress
Guest Book (DIY) : In Progress
Item Decoration Guest book table: Not yet
Makanan : In progress ( Handle by my Parent)
Baju Resepsi (L&P): Booked
Tudung & veil (DIY): Not yet (Rasa nak tukar veil Yang vendor bagi tu)
Bunga Tangan: Not yet
Payung: Not yet
Meja makan : Booked
Langsir Ruang Tamu Rumah: Done (Dah beli, tak jahit jer lagi)
Langsir Bilik pengantin : Done (Dah beli, tak jahit jer lagi)
Cadar Bilik Tidur : Not yet (nak tukar cadar lain tapi tak beli lagi)
Item untuk deco bilik pengantin :Not yet

Bertandang

Baju Bertandang L : Done
Baju bertandang P: Done ( Lagi 2 minggu baru boleh ambik dekat tailor)
DIY beading Baju: Not yet (item dah beli)
Bunga Tangan: Not Yet
Meja Makan Beradab : Booked
Bilik pengantin: Booked
Baju outdoor L& P : Done
Veil: In progress
Tudung: Done


Lagi 1 bulan 3 minggu. Makin hari makin risau. Ya Allah..kekadang saya tak sedap hati sangat. Macam ada yang tak kena. Rasa berdebar tak ada pun lagi dalam hati. Cuma harap semuanya berjalan lancar dan semuanya selamat. Semakin sibuk sekarang sebab banyak benda yang nak DIY tak siap2 lagi. Letihnya balik keja buat kerja DIY pulak dekat rumah.Huhu…

Monday, July 2, 2012

Kecewa


Baru dapat email yang saya dapat panggilan untuk ambik ujian goverment untuk esok.ujiannya esok dekat batu pahat Johor tapi email baru dapat hari ni. Saya terkilan sebab saya rasa macam xboleh aje nak gi sana. Macam mana ni? saya memang tunggu2 nak gi interview tu tapi kenapa baru hari ni dapat email? kalau area selangor ok lagi tapi dekat batu pahat saya perlukan masa. ujian jam 8 pagi. Kurang dari 24 jam saya kena ada di sana. Agak mustahillah... kalau nak drive dari shah alam pun dalam 3 jam. Huhu...saya betul2 buntu. dengan tak prepare apa. Nampaknya terpaksalah lepaskan peluang tu. Ya Allah..mudah-mudahan ada lagi peluang untuk saya di masa depan.


P/S: Sangat busy sekarang. macam-macam benda kena siapkan. Baru tersedar yang begitu cepat masa berlalu. Dah rasa kesuntukan masa nak siapkan semua kerja. mintak2 semuanya selamat. Amin..