Monday, July 23, 2012
Orang Yang Garangpun Ada hak Untuk Bahagia kan?
Saya akui since saya kecik2 dulu saya memang kategori gadis yang garang. Saya tak rapat dengan kawan2 lelaki. Time budak2 saya cepat nak angin bila budak2 lelaki usik saya. Sampailah saya tingkatan 3, saya tetap dengan dunia saya. Saya memang garang, tetapi ada jer budak2 perempuan yang nak kawan dengan saya. Saya banyak bergaduh dengan budak lelaki jer tapi saya bukanlah anti lelaki cuma tak berminat nak rapat dengan mereka. Sebab tu time sekolah menengah rendah, mana ada orang nak kacau2 or ngorat saya. Hehehe...Disebabkan sifat tu, saya digelar dengan "singa betina" oleh kawan2 lelaki.
Mungkin time tu saya budak2 kecik lagi, time tak matang, tak tahu berfikir, banyak memberontak, ikutkan kata hati tetapi semakin meningkat usia saya makin matang. Bila saya masuk sekolah Teknik masa saya tingkatan 4, adalah sedikit perubahan saya. Saya tak segarang dulu, saya dah tahu nak berbahasa dengan orang lain. Time tu, bila ada orang letak surat bawah meja nak berkenalan, saya memang terkejut. Orang garang dengan sememeh macam saya ni ada jugak orang berani nak minat kan? Rasa macam xpercaya. Kawan saya yang sama2 sekolah rendah sampai masuk sekolah teknik dengan sayapun kata saya taklah garang macam dulu. Tapi, sifat garang dalam diri mana pernah hilangkan? Tapi bila dekat office sekarang, tak ada seorangpun yang nak panggil saya ni garang. Bila saya cakap saya dulu2 saya ni garang orangnya, diorang tak percaya.
Ya. saya memang tak ada ramai peminat, bukan juga kategori perempuan lemah lembut, saya seorang yang tegas tetapi marah saya, garang saya, lemah lembut saya, manja saya, malu saya semuanya bertempat. Walaupun saya garang tapi saya tak pernah maki hamun orang, tak pernah guna perkataan yang tak elok sesuka hati saya. Bukan seumur hidup dan sepanjang hari hidup saya hanya diselubungi sifat marah dan garang. Bukan semua orang yang saya jumpa saya nak marah-marah. Sifat marah tu bertempat. Mungkin orang tak tahu, dalam sifat garang saya di luar, saya masih punya hati dan perasaan yang sensitif, ada sifat lembut dalam diri saya yang orang luar tak nampak. Saya mudah menangis, mudah tersentuh perasaan, penuh rasa simpati tapi semua sifat ni orang tak tahu melainkan mereka yang betul2 kenal saya, yang mahu tahu hati budi saya.
sejak saya bertunang, ada yang berkias kesian bakal suami saya kerana dapat perempuan garang macam saya, saya cuma diam. Siap pesan jangan garang2 nanti suami lari. Bila kawan2 lama yang bercakap macam saya tak layak untuk berkahwin, tak layak untuk punya suami saya cuma mampu bersabar. Belasan tahun mereka tak menemui saya mereka masih berfikiran budak yang mereka kenal di usia 9 tahun masih lagi budak yang sama. Tidak terfikir yang seiring peredaran masa dan peningkatan usia budak hingusan dulu akan berubah. kalaupun itu kelemahan saya, masih ada perkara lain yang baik tentang saya yang tak mahu dinilai. Marah dan garang saya bertempat. tetapi setiap kritikan itu buat saya berazam untuk buat yang terbaik dalam hidup dan berusaha perbaiki diri saya.
Dalam hidup ni, tiada yang sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan diri. Tetapi perempuan yang garang, tegaspun kalau Allah dah tetapkan jodohnya dia akan berkahwin jugakkan? pasti ada lelaki yang mahu meminang dan boleh menerima buruk dan baiknya kan? Dan ada jugak yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Merekapun ada rasa ingin disayanagi dan mengecapi nikmat bahagia. Insya-Allah...saya cuba lakukan yang terbaik dan bahagiakan mereka yang saya sayang, selalu ingat tanggungjawab saya tak kiralah apa orang nak katapun sebab saya percaya Allah lebih tahu apa yang tersirat di hati kecil saya.
p/s : hilang selera makan. Tak lalu nak makan nasi. Bukan nak diet ke apa tapi tak tahulah...makan roti dan kurma masa bersahur dan berbuka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
qaseh pun garang jugak imah..sejak dulu lg.
ReplyDeletetp dengan suami, manje. sbb kita taw tempat kita disisi suami. walaupun kita bos kat opis, kat umah kita ttp isteri kepada suami.
suami ditaati, pencapaian diutamakan.hehehehe
sgt menarik kak luahan akak ni. papepn.sgt stuju.. slalunya org yg garang tu yg paling manja dgn suami dia..tu org yg kata la.hihi..tp papepun,biarla apa org fikirkan kak. yg pnting kalau jaga hati suami, akan dapat banyk2 pahala kan...amin:)
ReplyDeleteSy pn garang.al maklum anak sulung tngl perm
ReplyDeletekena jg 2 adk lelaki yg nakal.
Kt sek rnd n men n then dsek agama sy pgawas
so garang bkn la truk pun.
Tp kte bgarang btempt.
Dan kita akn blembt ble kena waktunya.kan?
garang n bertegas pd tempatnya bagus sgt.nnti xde la kena buli kn.walsu segarang mn husbnd ttp kena hormat.
ReplyDeleteSalam sis,luahan yg menyentuh perasaan.hrp terus tabah dan jgn berputus asa.
ReplyDeletesame la kita..taw xpew.. selalu juga kena di cop garang.. mybe sbb muka kott,,padahal sy tak marah pun tapi orang selalu ckp kita ni garang la apa la and so on...kadang2 uh sedih la jugak bila org asyik ader syak wgsaka smpai gtu sekali.
ReplyDelete