Saturday, July 21, 2012
Mengharapkan Yang Lebih Baik
Assalammualaikum semua. Harap belum terlewat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog saya. Selamat menikmati dan menjalani ibadah puasa pada bulan mulia ini. Semoga Ramadahan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita diberi keampunan pada dosa-dosa kita yang lalu.
Bulan puasa ni walaupun saya agak sibuk dengan urusan kerja dan persiapan kahwin tapi saya berharap kedatangan bulan mulia ini tidak disia-siakan. Mudah-mudahan saya dapat melakukan lebih banyak amal dan mengumpul pahala. Saya bersyukur kerana masih diberi keizinan untuk merasai bulan ini sekali lagi. masih lagi diberi kesihatan untuk melakukan amal. Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Semua amal ibadat kita dilipat gandakan pahalanya pada bulan ini.
Saya juga ingin memeohon maaf andai ada silap dan salah andai ada kata-kata penulisan saya mengguris hati mana-mana pihak. Harap dimaafkan. Saya cuma mengaharpkan sesuatu yang lebih baik di bulan ini. Insya-Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen!