About Us

Thursday, July 26, 2012

Moga akak Temui Kebahagiaan ! (Bila hidup ini Di uji)


 Assalaammualikum..salam hari Khamis. hari ni dah hari ke-6 kita berpuasa. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan penuh barakah ini. Sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak kongsi di sini dan mungkin juga entri ini akan berjela-jela panjangnya. Maaf andai ada kebosanan membacanya. terdetik hati untuk membuat entri tentang seorang akak yang saya tidak kenal siapa dia. Cuma hanya mampu membaca lauhannya di blog saya. Thank's akak kerana berkunjung ke blog saya. Saya tak pasti apakah akak adalah orang yang sama yang komen di blog saya tahun lepas. Sebab luahan rasa itu seakan-akan sama dan snagat menyentuh hati dan perasaan saya.

Luahan rasa akak ni pada salah satu entri saya baru-baru ini



Dan ini juga salah satu luahan rasa yang saya tak pasti dari siapa pada hujung tahun lepas masa saya menulis entri tentng statistik penceraian yang makin meningkat. Tapi masih lagi luahan yang sama yang buat hati say a tersentuh.




Maaf pada akak andai membaca tulisan saya kali ini. Saya menulis atas rasa simpati pada akak tentang apa yang berlaku dalam hidup akak. Saya akui saya memang saya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh perasaan. Lebih-lebih lagi saya juga pernah lalui kehidupan yang  sangat mengecewakan dan penuh dengan  kesedihan.

Komen akak buat saya teringat pada  seorang kenalan  yang pernah mengeluh pada saya yang andai masa boleh berputar kembali dia ingin kembali hidup bujang. Mungkin terlalu perit dugaan yang di tanggung sehingga terbit perkataan "menyesal kerana berkahwin" dari mulutnya. Bagi saya, kalaulah kita tahu apa akan jadi di masa depan mesti kita takkan sesekali melakukan apa yang kita lakukan sekarang ini. Tiada sesiapapun yang berkahwin dekat dunia ini hanya untuk merasa tersiksa, menderita , hati dan perasaan disakiti dan untuk bercerai. Semua yang berkahwin pasti menganyam impian, harapan yang perkahwinan itu akan membawa kebahagian kepada kita tak kira di dunia mahupun akhirat.

Tapi dunia ini penuh dengan ujian. Takkan pernah terlepas dari di uji dari segi mental dan fizikal. Takdir Allah tak siapa mampu lawan. yang ada pada kita hanyalah wajib percaya pada qada' dan qadar dan yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Bila di uji dan kadang-kadang iman kita akan menjadi rapuh dan kita kan berfikir mengapa hidup ini terlalu kejam buat kita? mengapa kita tak berhak untuk merasa bahagia? merasa senang dan gembira macam orang lain? Mengapa? Ujian Allah itu tanda dia sayangkan kita, dekat dengan kita. Setiap kesabaran dan redha  kita atas ujian yang melanda itu tinggi ganjarannya di sisi Allah. tetapi sebagai manusia yang tak lepas dari khilaf dan dosa, mana mungkin kesabaran kita itu tidak ada  sempadannya? Sampai masa kita juga akan lelah dan penat sendiri. Letih dengan dugaan yang kita rasa bagai tak tertanggung lagi. Apa yang mampu kita buat kita harus kuat, harus tabah untuk mencari kebahagian sendiri dan tidak menyerahkan nasib kita di tangan takdir.Berdiam dan bersabar tanpa membuat apa-apa bukan caranya. Setiap kesulitan itu pasti ada jalan keluarnya. Dengan doa dan pertolongan dari Allah, bersama usaha kita Insya-Allah...kita dapat keluar dari kesulitan dan musibah yang datang.

Tak semua orang bernasib baik dalam perkahwinan. Tak semua orang akan dapat kebahagiaan yang di idamkan. Kalau tidak, masakan begitu banyak kes-kes penceraian, begitu banyak kisah-kisah sadis di dada akhbar tentang suami isteri? suami pukul isteri, bunuh isteri, suami curang, isteri curang, isteri tinggalkan suami dan anak-anak. Ya. Tak semua dapat merasa yang perkahwinan itu benar-benar indah. Ramai yang cuba memberikan yang terbaik dalam perkahwinan mereka, cuba mengemudi bahtera perkahwinan sebaiknya tetapi masih juga gagal. Tetapi, sekali kita gagal bukan bererti selamanya kita gagal. Ada jugak yang beberapa kali kahwin dan cerai dan akhirnya menemui bahagia. Walaupun saat itu kita sudahpun berada di hujung usia, tetapi masih diberi kesempatan untuk merasa bahagia walau seketika cuma. Kerana itu apa yang berlaku di masa depan kita tak tahu. Mungkin hari ini kita bahagia, esok lusa kita menderita kita tak tahu. Dan mungkin juga hari ini kita rasa menderita tapi esok lusa kitalah yang paling bahagia mana tahu kan? Perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya.

Rumah saya memnag dekat dengan masjid. Dan bila ada perkahwinan di masjid, saya selalu mendengar lafaz ijab dan qabul. Dalam hati selalu rasa seronoknya dapat berkahwin dengan orang yang kita sayang. tapi mak saya selalu tegur, " Ingat kahwin ni hanya  untuk seronok-seronok saja ka? Mak saya cakap, kahwin tu besar tanggungjawabnya, banyak cabarannya. Kena bersedia dengan apa juga cabaran yang datang sebelum berkahwin. kadang-kadang kita mungkin hidup bahagia dengan suami, tak ada masalah tetapi kita tak bernasib baik kerana dapat keluarga mertua yang selalu menyakitkan hati kita, menganiaya kita, adik beraidk yang selalu fitnah kita. Dan benda-benda macam tupun boleh buat suami isteri bergaduh dan perkahwinan goyah. dan kadang-kadang kita dapat suami yang entah apa-apa tapi beruntung kerana ada keluarga mertua dan keluarga sendiri yang memahami kita, yang selalu bagi sokongan pada kita. Hidup ini ada bermacam jenis. dan saya selalu mendengar bermacam keluhan orang. menyaksikan sakit dan perit melalui kehidupan rumah tangga. Malah ada juga yang dihadiahkan dengan bahagia walau serba kekurangan. Ada pasangan yang bahagia walaupun tiada cahaya mata, ada pasangan yang bahagia walaupun hidup serba kekurangan. kebahagiaan itu ada macam-macam. Mungkin bahagia kekayaan harta tapi tak bahagia hati. Ada yang bahagia kasih sayang tapi hidup miskin. Ada yang bahagia walaupun sentiasa sakit2 dan dapat pasangan yang di uji dengan sakit kronik. Malah, ada juga yang punya suami atau isteri yang membahagiakan mereka tetapi dipinjamkan seketika cuma bila mereka meninggalkan kita buat selamanya. Macam-macam dugaan dan yang pasti hidup kita ni ada kelebihan dan kekurangan dan ada yang bernasib baik dan ada yang tidak.

Pada akak, saya harap akak kuat semnagat, cekal &tabah. Hidup ni indah akak. Indah sangat. dan setiap yang berlaku pada akak pasti ada hikmahnya. Kesulitan akak, masalah akak pasti ada jalan keluar. Akak kena cari jalan keluar dari kesulitan itu jika akak nak perjuangkan kebahagiaan akak. jangan terus bertahan jika kesabaran akak tu lansungtak diharagai. Pengorbanan akak hanya sia-sia di mata dia. Islam itu indah.  Ada pelbagai cara untuk akak selesaikan kemelut akak. temui mereka yang lebih arif tentang hal ini dan dapatkan nasihat dan cara yang terbaik. Jangan peduli apa orang nak cakap tentang akak sebab mereka tak rasa apa yang akak rasa. Demi kebahagiaan yang akak cari, akak kena buka langkah dan fikirkan masa depan akak dan anak-anak di samping berdoa dan berharap yang Allah akan beri hidayah pada dia untuk berubah. kadang-kadanag manusia ni dia lebih  menghargai kita bila kita dah tak ada. Lumrah alam....manusia lebih nampak keburukan dari kebaikan. Saya doakan kebahagiaan akak dan berharap akak akan temui jalan keluar atas semua kesulitan akak ni.

harapan saya, doa saya moga saya juga akan menjadi ornag yang lebih kuat dan tabah bila di uji. Saya tak tahu apa akan jadi di masa depan. dan saya juga ingin rasa bahagia macam orang lain dan cuba sedaya upaya untuk dapatkan kebahagiaan. saya tidak pernah ada majlis perkahwinan idaman, yang ada hanya perkahwinan idaman. Saya pernah rasa hidup yang penuh kesedihan, di uji dan di uji tetapi masih juga di beri rasa bahagia. Saya pernah alaminya dan saya yakin, kesabaran saya itu tinggi ganjarannya. Allah itu  maha Adil.

5 comments:

  1. dear,.. terkedu saya baca entry ni.. siyes.. skang ni kite sibuk2 happy nak berkahwin kan.. future kite hanya mampu berdoa yang terbaik untuk perkahwinan kite.. masalah dalam rumah tangga memang perlu dipendam..tapi adakalanya masalah tu akan memakan diri kita sendiri.. sebab tu wujudnya sistem kaunseling dalam kekeluargaan.. semoga perkahwinan saya yang bakal terjadi ni sentiasa dirahmati Allah dan semoga saya mampu mengharungi ujian dalam perkahwinan.. insyaAllah saya kuat sebab saya belajar dari pengalaman parents sy sendiri.. insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayapun. Huhu..sedih. Tu la, kita ni hanya merancang, yang menetukan Allah. Kita doakan saja yang terbaik k. Minta dapat kebahagiaan yang dicari-cari dan mereka yang menderita juga temui kebahagiaan masing2

      Delete
  2. sebuah perkahwinan tu perlukan persediaan dalam segala aspek..mengharapkan perkahwinan yang indah itu mmg harapan setiap pasangan...tetapi kena selalu ingat percaya qada dan qadar.setiap yang berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. hmm speechless terbaca entry ni.. kita taktau apa yang akan terjadi nanti.. cuma dapat doa dan tawakal..

    ReplyDelete
  4. Untuk mendapat keberkatan dalam alam perkahwinan kita kena selalu bangun malam buat solat tahajud dan hajat minta dengan Allah swt lindungi rumah tangga kita minta Allah swt kurniakan kita anak2 selain dari cerdik dan pandai minta Allah bagi kita anak2 yang tak lupa tanggungjawap terhadap Allah swt. aitu solat bagi yang bermasaallah dlm rumah tangga pula auntie sarankan mengadulah dengan Allah swt hanya Allah swt saja yg dapat menolong kita jangan dijaja cerita keburukan rumah tangga kita pada orang klu nak cerita pun pilih2lh orag yg kita percayai sekali yg kita tak pernah dengar dia cerita keburukan org lain apatah lagi keburukan suami dan ipar duai dia dan cukuplh setakat seorang sbb klu ramai yg tahu akan jadi cerita lain dan klu cerita tersebar benda yg bolih pulih jadi sebaliknya. Macam yg permata biru kata ada hikmah disebaliknya jadi banyakkan bersabar....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!