About Us

Tuesday, October 30, 2012

Review Meja Makan Beradab



Disebabkan gambar wedding dah sampai ke tangan, so saya akan start men “review” pasal wedding. Sorry ambil masa yang agak lama untuk buat review. Huhu…So, hari ni nak cerita pasal meja makan beradab.

Seperti yang pernah cakap dalam entri yang lepas2, tiada pelamin dalam majlis kami berdua baik di pihak saya atau pihak suami.  So, untuk majlis saya, saya request meja makan pengantin yang nampak cantik sikit sebagai tempat untuk saya bergambar dengan family & kawan2 yang datang. Kira meja makan 2 in 1 la. Untuk makan pun boleh, tangkap gambar pun boleh….So, inilah meja makan penagantin saya hari tu…




Sebenarnya, tak banyak butik pengantin yang tawarkan meja makan pengantin yang ada back drop cantik2. kebanyakannya lebih focus pada pelamin. Huhu….Harga untuk meja makan yang sangat simple pun mahal jugak. If nak back dpop yang just gantung kain tu pun kena tambah duit lagi. Mujurlah dalam saya survey2 tu terjumpa Butik pengantin Dinarias Bridal ni. Saya kagum dengan hiasan meja pengantin diaorang yang cantik2 dan modern. Perbincangan dengan owner butik ni memang mudah. Diaorang sgt2lah friendly! Murah dengan senyuman. Hargapun murah tapi hasilnya superb & berbaloi-baloi. Kata owner ni, diaorang memang ada design konsep meja makan macam ni sebab ramai jugak pasangan pengantin yang tak ada pelamin macam kami, so meja makan ni kira sebagai tempat untuk diaorang bergambar la sebagai ganti pelamin. Meja makan beradab ni saya letak bawah khemah pengantin. Senang bila ada tetamu yang nak jumpa pengantin boleh cari kami bawah khemah jer. Lagipun sepanjang majlis kami banyak stay di sini aje.

Ok..ini beberapa keeping gambar kami bersama meja makan pengantin ni yang saya dapat dari OP.
























Alhamdulillah….with a  “ekonomi” budget, saya still boleh dapat meja makan yang  cantik untuk majlis saya hari tu. Ok, untuk b2b area kedah lebih2 lagi yang dekat dengan Jitra bolehlah melawat FB Dinarias bridal ni untuk lihat hasil kerja kehwin mereka. Dekorasi pelamin, meja makan & bilik pengantin memang cantik2. Harga pun berpatutan. Owner dia, Kak Ina & Abang Din sangat friendly dan baik sangat =) . Puas hati sangat dengan hasil kerja mereka.






Monday, October 29, 2012

Naik lemau dengan Traffic jammed dekat lebuh Raya Utara Selatan


Lemau. rasa penat yang teramat sgt2 dengan traffic jammed. Perjalanan yang patutnya cuma 4 jam dari penang dah jadi lebih dari 10 jam. Teruk sgt2. Encik suami yang hantarkan saya balik ke shah alam. Dia yang drive, saya membuta di sebelah sebb tak sihat. Yang tau bila buka mata asyik tanya, kita dekat mana? pukul berapa dah ni? itu aje..jarak perjalanan lebih dari 2 kali ganda. Sabar ajelah......badan pulak tetiba malam tadi jadi panas. Mujur pagi ni dah ok. Dah boleh masuk keja even datang lambatpun. Letih....encik suami pun dah selamat naik bas balik kulim semula. Huhu......Dugaan2.....

Thursday, October 25, 2012

Review: Our First honeymoon (^_^)


Cerita basi. Dah dekat 2 bulan gi honeymoon baru nak update dekat sini. Lepas selesai kenduri dekat rumah saya, dan setelah selesai mengerah tenaga membersih & mengemas rumah, kiteorang terus pergi bercuti dekat Cameron Highland. Niat lepas kenduri memang nak gi honeymoon pun sebab nak bercuti sambil rehatkan badan & release tension setelah berbulan-bulan buat persiapan kahwin sampai tak ada masa untuk berehat. So, untuk kami berdua yang dah begitu lama tak menjenguk ke cameron tu, memang sesuai sangatlah kiteorang ke sana.

kiteorang stay dekat cameron tu 3 hari 2 malam. menginap dekat Hotel  Equatorial. Hotel ni memang best! dari segi service, keadaan bilik, persekitaran hotel memang kiteorang puas hati sangatlah .Buffet Breakfast pun sedap! Kira berbaloilah dengan harganya.

Hey! saya nak turun gi jalan2. Jom2!

Bilik kiteorang beginilah rupanya. cuma bilik kiteorang tak ada tingkap, ada sliding door sebab dekat luar tu balkoni. Kiteorang ambik deluxe sebab time tu superior dah penuh. Huhu..pemandangan mengadap bukit. memang best. harga semalam RM 250++ . Hotel 4 bintang.


Hari pertama, disebabkan sampai dah petang so kiteorang gi jalan-jalan dekat Bharat tea plantation dan pusing2 cameron jer. Ambik angin sejuk2 gitu. Sebab bila malam, tak ada aktiviti sangatpun dekat cameron melainkan night market. So, malamnya lepak aje dekat bilik hotel sambil tengok movie. hehe..




Then, esoknya memang penuh dengan aktiviti jalan2 dan pusing2 sekitar cameron highland. kira hampir semua tempat dekat cameron tu kiteorang nak terjah. hehe...meh tengok sikit gambar k!





Dan hari ke-tiga, kiteorang melawat Tea Boh Plantation sambil menikmati sarapan pagi di situ. memang heaven sangat! best2. Then, gi mengutip strawberry before balik.








Itu ajelah cerita honeymoon nya. Rasa ramai ex b2b yang gi honeymoon dekat sini.hehe...Niat hati nak bercuti ke Pulau Redang pulak tahun depan. Dah lama sangat teringin nak ke sana tapi disebabkan busy dengan bermacam perkara, kena settle kan satu2 dulu before gi bercuti lagi. Insya-Allah...


Tuesday, October 23, 2012

Misi Meng"Complete" kan barang-barang Rumah


Last week balik Kulim kiteorang sibuk mencari barang-barang untuk Rumah sewa kiteorang. Last week baru menyempat nak cari sebab before this hold dulu bab2 barang rumah sebab kiteorang x decide lagi nak duduk mana. Husband pun weekend pun kadang2 keja. nak ajak shopping pun tak sempat. Sekarang bila dah sebulat suara nak stay in kulim kedah barulah start beli barang. Lagipun awal bulan 12 ni saya nak balik Kulim dah.....If lepas ni dapat kerja negeri lain, Takpe, kita angkut barang naik lori aje ok?

First time saya masuk rumah Encik suami memang tak ada barang pun. Just ada meja untuk dia letak bekas air & kettle, penyidai baju,  toto dan bantal dan sebuah television jer. Oh, memang simple betul life suami saya ni. Sebenarnya, encik suami bukan hari-hari tidur dekat Kulim. Selalunya dalam seminggu tu dia akan tidur dekat rumah company dekat penang. Kira rumah dekat kulim tu macam rumah persingahan la kot. Bila saya balik Kulim memang diapun ada dekat sana la.

Kerana saya seorang perempuan. mana suka kalau benda-benda tak tersusun kan. Hampir dua bulan kahwin, memang kiteorang start beli barang dah. Mula-mula beli barang-barang dapur dulu macam dapur gas, tong gas, rak pinggan, rak letak barang-barang kering untuk memasak, periuk, kuali, dan lain2. Tapi barang elektrik untuk dapur dan pinggan mangkuk tu memang banyak dapat masa kahwin hari tu. So, jimatlah dekat situ. Dekat rumah sewa saya dekat shah alam nipun dah banyak barang-barang dapur yang saya beli since time belajar lagi. Cuma tunggu nak angkut bawak balik jer.

Then, Last week kiteorang gi beli peti ais dengan mesin basuh. Sebelum ni, masa saya balik weekend beli barang basah terus dekat market je, terus masak. fresh2 gitu! bajupun cuci tangan. tapi disebabkan husband saya ni rajin, selalu masa mandi dia terus basuh baju sendiri. Hari sabtu dan ahad je saya cuci tangan baju dia. Tupun sikit. Dua atau 3 helai je. Sebab dia basuh dulu before saya basuh.Hehehe.. Bila dah ada peti ais, jimat lah sikit masa nak gi market hari-hari kan. Ok, peti ais dengan mesin  basuh kiteorang gini aje rupanya...cukuplah untuk kegunaan berdua. hehe..

Mesin Basuh Automatic jenama Toshiba. Beli yang 6.5 kg jer. Sebab duduk berdua dengan space dapur yang kecil tu, cukuplah yang ini dulu.. Dah start guna hari tu. Suka sebab time dia tengah spin tak ada lansung bunyi yang keluar. hahaha..suka2. Mesin basuh baru kan..perlahan ajer bunyinya..hehehe..




Dan peti ais Panansonic. Saiz sedang-sedang. Tak besar, tak kecik. capacity 233L. masa ni saya ingat nak ambik yang besar, tapi bila fikir2 balik, yang inipun dah cukup besar dah. Untuk family kecil ok dah. Lagipun saya bukan jenis suka sumbat barang lama2 dalm peti ais. Suka peti ais nampak kemas dari asyik duk sumbat2 barang then semuanya expired. Kan tak bagus tu? (experience sendiri sebab asyik jadi tukang buang barang expired dekat rumah sewa sekarang).



Di sebabkan rumah sewa tu tak ada kitchen kabinet, so hujung minggu ni ingat nak gi cari rak untuk dapur gas dan penyidai kain untuk sidai baju dekat luar rumah.  Langsirpun dah siap beli. cuma tak sempat lagi nak ajak husband cari railing besi untuk langsir. Maybeminggu ni jugak kot. harap2 la..dah bosan tengok rumah tak ada langsir. nak pakai langsir lain tak boleh jugak sebab railing tak ada. nak kena drill jugak dinding rumah tu untuk pasang railing. Hmm...

Biarpun hanya rumah sewa tapi rasa excited sangat nak deco2 rumah. tapi misi sekarang ni nak complete kan barang rumah dulu. beli sikit2 then dahulukan mana yang penting. kalau boleh taknak beli bayar secara ansuran sebab rasa interst tinggi jugak. Prefer beli tunai even kena kumpul duit sendiri. hehe..yang penting, tak tambahkan banyak "comitment" dalam agihan gaji bulanan.

Seronok shopping barang2 umah ni ye...tapi lagi seronok kalau dapat deco2 umah sendiri. Insya-Allah..dalam usaha nak beli rumah sendiri. Mintak dalam masa setahun ni dapat duduk rumah sendiri pulak =)


P/s: hari ni birthday suami. tengah fikir nak bagi hadiah apa dekat dia. tapi rasa macam nak DIY something dan masak special untuk dia khamis nanti. Maye boleh try buat kek sendiri? heheh..idea2

Saturday, October 20, 2012

Dah Second Anniversary la!

 Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua readers. Saya baru sampai ke kulim awal pagi tadi. Kejap lagi dah nak bertolak balik ke kampung halaman pulak. Next week raya haji kena beraya dekat kulim sebab husband keja, so kira dua2 kampung kiteorang tak balik. huhu....

Sedar tak sedar dah 2 tahun saya menjadi seorang blogger. Blog Menjaring Impian ni masih wujud di sini dan masih aktif. di hari-hari ke depan saya tak pasti. If ada daya dan buah fikiran, Insya-Allah saya akan terus menulis. Dulu pernah terfikir nak private kan blog ni tapi buat sementara ni belum lagi la..di hari depan maybe lah kot.

2 tahun ini satu pengalaman yang bermakna untuk saya. Ada yang manis, ada jugak yang masam. Normallah kan bukan semua yang suka kita jer baca blog kita. Yang tak suka pun ada jugak yang baca. Yang jadi stalkers pun ada. Takpe2. Tu tandanya saya tahu dia masih berminat dengan blog saya & kehidupan saya.  Malas nak melenting hal stalkers sebab tahu dekat dunia ni memang tak sunyi dengan stalkers2 ni kan..  Hai stalkers! Peace =)

Followers saya memang tak ramai mana. Silent readers pun ad jugak yang menyumbang traffic. kalau dulu masa mula2 ada  blog setakat 10 orang or paling banyakpun 50 orang jer yang mahu singgah di sini tapi sekarang Alhamdulillah jumlah traffic menjaring impian ni melebihi 1000+++ dalam sehari. Duit dekat Nuffnang pun makin bertambah (Tapi rasa macam dah 2 bulan tak dapat BE..Tuan Nuffnang, mintak BE sikit boleh? hehehe...). Even baru dapat cash out sekadar tahap "Ratus" dan belum jejak ke tahap "Ribu" tapi saya tetap bersyukur. 

Saya menulis blog sebab saya memang suka menulis. Saya baca blog orang lain sebab saya suka, sebab saya minat. Blogwalking tu best! Kenal kawan2 dekat dunia blog nipun best! kenal b2b dan ex b2b pun best sangat2! Even tak pernah jumpa tapi kisah hidup diaorang buat saya suka nak baca.  Kita boleh tahu perkembangan masing2 kan?

Sharing is caring. Tak boleh memaksa orang suka blog kita tapi kita tetap punya hak atas laman kita sendiri.Kita kan owner blog? hehehe...

Saya blogger kerdil. Blog ini juga kerdil tapi banyak tercoret suka dan duka saya. menulis sekadar hobi bukan sebab kerja. Kalau ada salah dan silap sepanjang penulisan saya,saya minta maaf. Suatu hari nanti saya pun akan mati dan yang tinggal di sini cuma kenangan-kenangan dan hasil tulisan tentang life saya. 


Friday, October 19, 2012

Batas Seorang Isteri Dalam Laman Sosial


Tidak syak lagi bahawa zaman sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada akaun di laman sosial sendiri tak kira la FacebookTwitterGoogle+ atau apa sahaja. Si suami atau isteri masing-masing akan ada akaun sosial dalam talian sendiri. Dan kedua-duanya tahu yang mereka mempunyai akaun di Facebook atau apa saje, tu sudah biasa. Apa yang tak biasanya apabila si suami tak tahu yang si isteri begitu aktif bersosial dalam talian dan sebaliknya.
Tak kira lelaki atau perempuan, kedua-dua ada batas dalam pergaulan waima dalam dunia maya sekalipun. Hukum-hakam tetap berjalan walaupun kita berhubung melalui internet tanpa bersemuka. Masing-masing perlu memainkan peranan sebagai isteri dan suami dengan berhemah walaupun dalam dunia internet.
laman sosial
Suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri atau anak-anaknya berhubungan berdasarkan Sabda Rasululllah s.a.w yang bermaksud - “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi). Jadi suami berhak menyimpan kata laluan isteri dan anak-anak supaya dapat tahu apa yang mereka lakukan di laman sosial.
Akan tetapi, suami juga tak boleh terlalu menyekat pergaulan isteri dari berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita. Namun suami juga wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan. Kalau isteri menjalankan perniagaan dalam talian mereka harus berhubung dengan lelaki lain tanpa melampaui batas pergaulan dalam Islam.
Syariat Islam amat mengambil berat akan hubungan antara lelaki dan perempuan di mana ia membataskan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya mengikut keperluan saja. Kalau terlalu bebas, ia akan mendorong kepada zina. Sabda Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).
Jadi senang cerita, pergaulan isteri dalam laman sosial tetap sama dalam dunia realiti mengikut ajaran Islam. Hukum Islam tetap berjalan walau kat mana pun kita berada. Peliharalah hubungan suami isteri supaya ia akan sentiasa kekal. Bila suami isteri dan anak-anak hidup bahagia, sekaligus masyarakat kita akan turut hidup dalam keadaan harmoni.
Rujukan dari syahirul.com

Thursday, October 18, 2012

Nak Hantar Surat Resign Pun Nak Nangis


Berat hati. Rasa macam nak menitik jer air mata ni time hantar surat resign dekat bos. Huhu..keputusan yang paling susah nak dibuat. Tapi antara dua, saya cuma boleh pilih satu jer. Kerja or husband & family? Of coz lah saya akan pilih husband kan. One more things, bila saya pilih husband saya juga akan dekat dgn family saya. My mom, my dad, my siblings...my big family..Huhu....

Saya bersyukur sangat2 sebab dipertemukan dengan company saya sekarang. Memang saya sangat2 suka dan selesa kerja dekat sini. Bersyukur sangat sebab since saya masuk sini sebagai fresh grad tak pernah terdetik sekalipun dekat hati saya yang saya nak berhenti kerja. Saya rasa boleh stay lama dekat sini tapi bila dah berkahwin syurga saya di bawah tapak kaki suami. Tempat saya di sisi dia. Lagipun sampai bila kami nak macam ni? Berjauhan sedangkan kami masih ada peluang untuk duduk sebumbung? Dan dengan penuh berat hati saya terpaksa jugak resign. Saya hilang sesuatu yang baik tetapi saya dapat sesuatu yang baik jugak kan? Tak boleh tamak dan fikir nak perfect! Saya hilang kerja yang best tapi saya dapat suami =)

Tentang kerja baru. Saya dapat offer baru dari company yang saya dah reject tu. Company civil & structure consultant. Sama  macam tempat sekarang. Salary pun ok just kurang sikit lah dari gaji saya sekarang. Tapi lepas habis probation period if saya perform, Insya-Allah I will get almost the same salary with my company now. Staff benefit just following Labour Act. Lain2 mmg xada. Cuti? sikit sangat2 ok. tapi bila dah dekat dgn husband & family sendiri accept jerlah. dah jimat cuti nak balik kedah sbb mmg duduk kedah dah pun. Huhu...But, untuk medical yang jumlahnya sikit tu my husband cakap don't worry, boleh guna medical dari company dia aje. Ok, lega dekat situ. Untuk itu, saya siap bukak balik labour act dan baca betul2 apa yang terkandung dalam tu before sign offer letter. Tetiba jer rajin nak baca bab2 law ni! Hahaha..eh, korang yang dah keja pun wajib tahu tau supaya nanti taklah kena tipu hidup2 dgn majikan.

Sekarang memang banyak benda nak settle before resign. Insya-Allah dalam tengah bulan 12 ni saya kan start keja tempat baru. Jujur dalam hati penuh rasa takut, risau, bimbang dan macam2 lagi rasa. Entah ar, awal2 lagi saya dah rasa macam xbest jer keja dekat situ even tengok mcm ok. Rasa xsedap hati. Tapi belum try belum tahu kan? Try first. Yang penting saya kena cari tempat untuk bertapak dulu. Bila dah ada dekat sana, Insya-Allah saya akan nampak "peluang2" kerja. nervous nya rasa..huhuhu......

Sekarang, kena "work hard". Banyak benda nak kena settle dekat sini. nak "cukup2" kan ilmu yang saya ada sebab maybe dekat sana I cannot get the best tutor like my senior here's. Huhu...dah kena independent & get ready in all aspect. Dengan restu & sokongan suami dan famly I hope this is the best decision & the best way for me. Hope so lah...


P/s: baru berangan nak beli novel baru tapi nampaknya taklah bila dah jadi macam ni. Preparation tu penting!

Wednesday, October 17, 2012

Review Novel: Yes, Boss! By Areila Sahimi


ok2..saya tahu saya sangatlah terlewat nak buat review pasal novel ni. Dah lama novel ni meletup-letup dekat luar sana tapi saya baru jer nak baca. Sangat ketinggalan ok! Huhu..



Apa yang saya boleh cakap tentang novel ni memang superb! hahaha...buat saya gelak sorang2 tak henti-henti sampai roomate saya pun excited sama nak baca novel ni. kelakar sgt2 ok! Dah lama tak baca novel kelakar macam ni. Walaupun ceritanya agak ringan dan santai tapi cara penceritaan penulis saya suka sangat. Tak meleret-leret dan semua watak dalam novel ni even sampingan pun dikembangkan dengan baik. Semua watak kira melekat di hati saya lah. Lucu2 belaka! hehehe...

Suka dengan watak Aryana yang nampak polos, kelam kabut, lucu & tkang cover line terbaik boss ! banyak adegan lucu dan mencuit hati antara dia dan Ilham (boss). Eh, iIham tu even ego dan gatal tapi baik hati gak tau. romantic tu tentu2 lah kan sebab dah namapun kaki perempaun. Tapikan, even banyak perempuan keliling pinggang tapi tak tahu nape watak dia tyu nampak "baik" jer..tak pulak saya yang membaca ni rasa nak marah dan macam nak hantuk2 kepala si Ilham tu. Hehehe..pandai penulis ni buat cerita. saya baru kenal Novel karya Areila Sahimi ni and i love it! Rasa nak gi cari novel2 dia yang lain jugak.

Overall story, memang best sangat. Buat saya ketawa terbahak-bahak. hahaha...Tapi ada jugak scene yang buat saya nak nangis. memang cerita ni kena dengan jiwa sayalah! lagipun dah lama tak baca novel komedi macam ni.   Untuk sukakan karya yang santai dan komedi romantik, novel ni memang pilihan yang tepat.

Ok..ini sinopsis belakang buku:



Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yesboss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?




P/s: dah rajin baca novel sekarang. Ada 2 novel lagi yang dah selamat di baca dan tunggu nak direview. Buku pun ada jugak tapi xmenyempat nak review. Cari mood & sesuaikan diri balik dengan sesuatu yang dah lama saya tinggalkan. 

Tuesday, October 16, 2012

Dah Dapat, Tapi Terpaksa Tolak Pula





Saya dah dapat keja dekat penang tapi sayangnya saya terpaksa menolak. Ikutkan saya macam nak terima aje job tu tapi after discuss with my husband, dia suruh saya tolak. Why? Offer yang ditawarkan memang sangat2 tak berbaloi dan kebajikan pekerja lansung tak ada. Saya akui yang saya desperate sgt2 nak dapat job dekat sana tapi taklah expect seteruk ini. Deduction gaji yang sgt2 lah banyak jumlahnya mungkin boleh diterima akal kalau tempat kerja dekat tepi umah saya then boleh gi jalan kaki jer. Tak perlu nak spend a lot of money for petrol & toll. Lagipun kos sara hidup dekat penang pun tinggi. Even sekarang ni rumah dan makan ditanggung husband pun rasa masih tak berbaloi untuk saya. Mula2 pasal gaji boleh lagi nak diterimalah tapi bila datang bab cuti, medical, insurance & other benfit yang semuanya tak memihak pada staff saya rasa tak boleh nak accept dah. Entah ar..setelah ditimbang-timbang memang banyak negative dari positive nya. 

My husband pulak tak bagi saya ambik job tu. Suruh saya try cuba tempat lain pulak. Saya dah rasa macam nak terima aje kerja tu sebb fikir nak duduk dekat tapi dia pulak yang tak bagi. Huhuhu.....Isteri yang baik kenalah patut cakap suami kan? So, saya tolek kerja tu. Insya-Allah, mungkin ada peluang lain lepas ni. If saya tak dapat jugak kerja, dia yang akan cari kerja dekat sini. Buat masa ni saya hanya mampu bersabar…

Monday, October 15, 2012

Review Filem Aku Terima Nikahnya


Masa First time saya dengar tentang pembikinan Filem ni, saya dah rasa excited nak tengok. Suka sangat tengok gandingan Nora Danish & Adi Putra lebih2 lagi lepas dioarang meletup dalam drama Tentang Dhia.


Baru berkesempatan tengok hari ni dengan Encik Suami dekat TGV jusco seberang prai. tengok time weekdays, so tiket murah. Kira taklah ralat sangat kalau filem tak best kan.

Mungkin kerana saya terlalu high expectation untuk filem ni, so saya rasa filem ni hambar dan sedikit bosan even penuh dengan babak2 romantik & kasih sayang suami isteri. Tak tahu kenapa tak rasa terkesan sangat dekat hati saya. Macam tak sampai..huhuhu....

Mula2 filem dimainkanpun saya rasa mengantuk, encik Suami lagi best, siap tidur lagi. Huhu...Plot cerita terlalu slow. masa awal2 lagilah....tak banyak dialog digunakan. Makin lama makin oklah tapi still masih terasa ada yang kureng. Huhu...

Tapi apa2pun, saya suka sangat2 dengan latar belakang filem ni. Tempat dia, masya-Allah sangat2 cantik! Adore sangat dengan rumah Alisa & Johan. Seakan sama dengan my dream house! Cantik sgt2! Bilalah nak dapat bina rumah macam tu ye?Huhu..

Overall, saya rasa filem ni biasa2 saja. Tak berapa nak sampai ke hati sangat. Tapi untuk percubaan pertama pengarahnya saya rasa masih lagi boleh diterima. Saya bukanlah pengulas filem cuma bercakap dari  kaca mata seorang penonton.

Thursday, October 11, 2012

Macam mana nak kumpul duit Untuk kahwin? Oh..ini Pengalaman Kami

Selalu kalau bab-bab kumpul duit kahwin ni orang akan fikir lelaki jer yang perlu ambik tahu tapi hakikatnya perempuanpun sama. Memanglah ada duit hantaran tapi perlu diketahui bukan semua family yang guna duit hantaran tu untuk tanggung kos kenduri. Ada yang duit hantaran tu diberi terus pada anak perempuan selepas kenduri atau dibahagi sama rata dengan mak ayah. So, hakikatnya, perempuanpun perlu fikirkan soal simpan duit untuk kahwin kan?

So, macam mana nak cari duit untuk kahwin?

Buat personal loan?

Oh,Tidak2! sebolehnya, jangan letakkan soal pinjam duit di tangga teratas masa kita mula berazam nak simpan duit kahwin. Jangan fikir lansung tentang pinjaman seboleh-bolehnya.

Macam saya dan husband, kiteorang memang tak fikir lansung pasal nak buat loan untuk kahwin. Even rasa duit macam short sana sini pun tetap tak fikir nak pinjam. Memang soal "loan" tu kiteorang tolak tepi.

Apa yang kami buat untuk kumpul duit kahwin?

Ini pengalaman kami...

-Husband saya start simpan duit untuk hantaran kahwin sejak dari gaji pertama dia bekerja. Time tu kiteorang tak planning pun nak kahwin bila. Tapi dia dah start simpan every month. Walaupun sikit2 lama2 jadi bukitkan?

-Masa dia beritahu ayah saya dia nak masuk meminang, time tu duit hantaran dah cukup. Bila dah duit cukup, baru berani masuk meminang. Sebab tempoh pertunangan bukanlah tempoh kumpul duit hantaran tapi tempoh untuk kenal mengenal family masing2 dan buat persiapan kahwin. Tapi duit hantaran tu family saya tak guna untuk buat kenduri. So, untuk kenduri saya keluar duit saya sendiri tapi ada support dari mak ayah sikit.

-Sebelum bertunang lagi kami dah start simpan duit untuk kahwin. Bagi saya tak perlu habiskan banyak duit untuk bertunang. Simple2 pun takpe sebab untuk kahwin lagi banyak duit kena keluar kan?

-Kami masing2 baru lagi bekerja dalam setahun lebih. So, gaji taklah banyak manapun tapi cukuplah untuk kami guna dan menyimpan. Saya simpan untuk kenduri saya, dia simpan untuk kenduri dia. Kami decide nak buat kenduri setakat kemampuan kami.

- Try berjimat untuk persiapan kahwin. Saya buat list dan budget untuk kahwin. Saya buat spread sheet dlm excell dan buku kira2. Buat survey sana sini mana yang lebih banyak penjimatan. Buat sendiri,sewa or beli? Kalau buat sendiri berganda jimat, saya buat jadual waktu untuk saya buat benda2 DIY tu. Selalu blogwalking dan tanya member mana tempat yang leh dapat murah.

- Nak kumpul duit, saya try cut cost perbelanjaan saya mana yang tak perlu. Paper tak payah beli, majalah pun tak payah. Baca online aje. takpun pinjam jer dekat orang. tapi buku saya beli tapi tak banyak macam dulu. Shopping baju dan untuk kehendak sendiri saya limitkan sgt2. Bila penting sgt2 baru beli. Gi keja saya try jimat dengan naik motor. memang time tu saya naik motor je gi keja. sebelum ada keta, hidup saya ke sana sini since time study hanya bawak motor. Sebab pikir boleh save duit minyak, parking dan tol. tapi bila kena keluar meeting sana sini & balik lewat saya bawak keta. Bila lagi 2 bulan nak kawen je saya full time bawak keta. tak bawak motor dah. Makan? oh, saya even nak kumpul duit kawenpun tak pernah berkira soal makan. tak pernah berlapar. makan tetap makan. Cuma nak cut cost hari2 saya bawa bekal gi keja. masak sendiri. memang jimat banyak! tapi sayapun akan mkan dekat luar bila teringin.

-Simpan duit secara consistent. Bila dah letak duit tu under kawen nyer budget, jgn sentuh duit tu untuk beli benda lain. lebih elok, every month buat list benda apa yang nak kena bayar, benda apa nak dibeli, so taklah nampak macam duit kena keluar banyak sgt. beli sikit2 setiap kali dapat gaji. Kalau boleh buat list setiap bulan sehinggalah sampai bulan nak kawen tu.

- Saya decide betul2 untuk wedding ni apa saya nak, mana yang penting, mana yang tak penting. If saya rasa  kurang priority, saya tolak tepi dulu. Ada certain bendapun even saya ada duit lebih, mampu nak bayar tapi saya tak jugak buat untuk wedding sebab saya rasa membazir. Saya selalu ingatkan dalam diri saya, jangan ikutkan nafsu, nanti badan binasa. Mana yang penting sangat2 dahulukan dulu, benda2 lain kemudiankan.  Ada duit lebih baru buat. Semua benda yang nak dibayar saya akan settlekan budget dua bulan before kenduri even benda tu kena bayar lepas kenduri pun (cth: photographer . Sebab kita tak tahu part2 miscellaneous time kenduri ni sebab tu better kena simpan duit lebih untuk itu.

- Saya selalu berdoa minta Allah murahkan rezeki kami. Saya percaya pada rezeki Allah. Kalau niat kita baik Insya-Allah  Allah akan tolong. Kita nak dirikan masjid, Insya-Allah ada rezekinya. jangan takut. Dan banyak juga rezeki yang tak disangka kami dapat. Alhamdulillah....

- Saya selalu ingatkan diri, yang penting saya nak bahagia dan senang lepas kawen. taknak sampai tak ada duit nak makan, tak ada duit nak ulang alik jumpa hubby dekat kulim nanti, tak ada duit untuk masa2 susah yang kita tak tahu. Seeloknya kena ada saving jugak even kita berhabis duit untuk kawen pun. lepas kawen lagi banyak benda nak fikir. banyak benda yang nak di beli bila kita nak memulakna hidup baru.

Itu jer kot yang saya boleh kongsi. Try berjimat dengan duit sendiri sbb kiteorg tak ada side income.huhu... tapi kalau sape2 nk tmbhkn side income leh ar try wat keja part time.Yg pnting usaha dan berazam sungguh2. Jangan asyik fikir nak buat loan je sebelum usaha. Pedulikan apa orang nak cakap (nasib baik time saya hari tu tak adapun org nak mengata sangat, kalau dekat belakang biarlah nak mengata pun kan). Fikir masak2 before buat loan sebab hidup berumah tangga ni bukan sehari dua tapi satu tempoh yang lama. kalau tak mampu, buat majlis akd nikah atau kenduri kesyukuran pun dah ok. kalau family tak setuju, kenalah bincang elok2 sebab yang nak keluar duitnya kita kan. kalau ada yg support Alhamdulillah...

Saya ada jumpa satu buku yang sangat bermanfaat untuk kumpul duit kawen. So, harap dapat membantu bagi mereka yang masih terfikir-fikir cara nak kumpul duit kawen. boleh beli buku ni dkt mph atau popular sbb hari tu saya nmpak ada jual. very interesting!









Tuesday, October 9, 2012

Masih Menunggu Gambar Dari OP


Tak banyak yang saya boleh buat review pasal my  wedding sebab masih menunggu gambar2 kawen dari OP. Ikutkan perancangan next week dah boleh dapat album dan soft copy gambar2 kawen side saya. Bila dah dapat saya akan strat wat review. Insya-Allah...Pada yang menunggu dan ada yang request review dari saya dekat email, harap bersabar k.

Sunday, October 7, 2012

REVIEW: DIY Paper Bag Untuk Rombongan Pihak Lelaki & Penangah


Sebenarnya, saya tak ada pengkhususan untuk doorgift buat tetamu yang datang masa majlis saya. Semua tetamu tak kiralah sanak saudara atau kawan2 rapat akan dapat doorgift yang sama. Taknak membeza-bezakan tetamu sebab takut ada yang kecik hati bila dapat doorgift yang berlainan. Memang isu VIP tak ada dalam doorgift majlis kahwin saya. Isinya semua sama sahaja.

Tapi, disebabkan dekat tempat saya kenduri kampung, dan memang ada pakatan sendiri,  saya decide untuk hadiahkan mereka sesuatu yang lebih sikit dari yang lain sebagai tanda penghargaan menolong masa kenduri. Lagipun doorgift untuk pihak pakatan ni kita bagi time majlis dah berakhir, memang time tu semua tetamu dah pulang. Time diaorang sibuk2 kemas barang. So, rasanya tak timbul soal kecik hati. Lagi satu, doorgift yang sama jugak saya bagi untuk pihak rombongan pengantin lelaki. Kiteorang letak doorgift tu dalam bakul, kasi masa diaorang dah nak balik. Diaorang bawak bakul tu terus naik bas.

Isinya memang biasa ja. Ada kek, snack, gula2, syumi, mug kaca dan bunga telur. Bunga telurpun kami DIY. Nanti saya update pasal DIY bunga telur tu. Untuk pihak pakatan ada jugak kiteorang bagi hadiah kain tuala. Itu ayah dan mak saya yang kasi sebelum majlis kami berlansung. Ok, saya tak banyak ambik gambar paper bag ni sebab last minute buat before saya balik kampung. time tu busy sangat, saya snap je gambar mana yang sempat. Huhu...



Dan ini cerita DIY paper bag ni...

Saya beli paper bag saiz yang lebih besar dan panjang. Beli dekat chow kit. nama kedai saya dah lupa tapi sederet dengan kedai bunga Vivian. harga dalam RM 10 ringgit kot untuk 100 keping. (serius terlupa). Tapi ini jenis yang tak ada tapak.

Paper bag saiz besar dan tinggi

Then, beli doyley paper saiz besar untuk tampal dekat paper bag. harga RM 7 untuk 250 keping. Beli dekat kedai yang sama dengan paper bag.

Doily paper saiz besar


Then saya buat design TQ tag untuk ditampal dekat doyley paper. Saya print atas kertas biasa ja, then tampal guna gam.

TQ tag 


Disebabkan saya nak letak bend ayang berat dalam bag ni (mug besar) so saya buat tapak untuk paper bag ni dari kotak supaya keras. Kotak ambik dekat office jer lepas tu potong ikut bentuk tapak paper bag.


Kotak yang dipotong-potong

Kepingan kotak dotampal di bahagian dalam paper bag.



Lepas diletak barang, beginilah rupanya paper bag saya =) . maaf sebab kualiti gambar teruk sebab semuanya diambil waktu malam masa tengah packing2. then main snap jer. Huhu...




Lupa nak ambik detail masa buat bunga ros dari kertas crepe ni. cara memang mudah jer. Main pusing2 saja macam buat bunga ros dari reben tapi ini lagi mudah. pusing2 aje. lagi senang dari buat bunga crepe untuk DIY paper bag sebelum ni. Tapi untuk paper bag ni saya lipat banyak supaya kukuh dan boleh dibawa. Mug pun saya baringkan dalam beg supaya nampak seimbang dan stabil bila kita letak tali reben.

Untuk paper bag ni kosnya cuma 23 sen sekeping.



Friday, October 5, 2012

Dah kembali Ke Hobi asal!


 Bye2  Wedding DIY project! Hobi yang datang sejak2 saya planning nak kawen dulu. Merampas semua hobi yang saya ada. Hahaha... Kira2 hampir setahun jugakla saya merajinkan diri buat DIY things for my wedding. Bercintan cintun dengan kerja-kerja tangan. Dan sekarang, Alhamdulillah..semuanya dah settle. Kadang2 terasa jugak rindu nak buat benda-benda ni lagi. Teringat time sibuk nak menjahit, sibuk nak cari barang untuk DIY, sibuk memerah idea, sibuk blogwalking, belek-belek majalah kawen. Hahaha.... I miss this moment so much! 

Tapi, dah sebulan lebih semua ni berlalu. Dan saya kembali ke rutin asal. Even busy dengan kerja, mengejar deadline tapi dah rasa "aman" semula . Dah rasa rileks sikit. Dan, paling penting rasa LEGA sangat2. Saya dah dapat semula masa2 senggang saya! 

Saya dah start membaca novel dan buku balik. Sebelum ni banyak sangat novel dan buku yang bertimbun dekat rumah yag tak sempat nak baca. Buku yang beli time PBAKL dulupun ada yang tak berusik lagi. Sekarang ni baru start baca balik. Dulu, saya alert sangat dengan buku2 yang baru nak keluar, buku mana yang best, top seller.., Novel mana yang wajib beli tapi lately ni saya dah banyak ketinggalan. Blog2 e-novel pun dah lama sangat tak jenguk. Terukkan? busy punya pasal sampaikan masa untuk hobi sendiri pun tak ada. Huhu....

Disebabkan saya masih melalui hidup2 "bujang" dekta sini, saya rasa nak start menulis balik. Rindu sangat2 nak menulis semula! Sekarang ni tengah  belek2 dan baca semula hasil karya saya yang lepas2. Dah berhabuk dah 2 novel yang saya tulis tak berupdate tu. Otakpun dah karat. Nak menulispun jadi tak pandai dah. Kena ambik feeling dulu. hehehe...Sebenarnya, saya taknak berjanji apa2 cuma saya berharap sangat dan berdoa semoga dilimpahkan dengan idea yang boleh buat saya menaip dengan laju sampailah ke ending cerita. Bila dah siap, saya akan announce dekat sini. Bukan senang nak jadi penulis dan saya sedang berusaha ke arah itu. Saya tak boleh nak samakan saya dengan orang lain sebab setiap orang lain cara dan masalahnya. Tapi sebolehnya taknaklah jadi penulis angan-angan mat jenin aje.Yang penting saya takkan berhenti untuk mencuba. 

Itu jer nak cerita kali ni, Jumpa lagi next time. Insya-Allah...


Wednesday, October 3, 2012

I’m OK! Don’t worry



“Imah, you ok ke duduk jauh-jauh dengan your hubby?”

“I’m Ok “

“Imah, Tak penat ke ulang alik dari shah alam ke Kulim naik bas?”

“I’m ok”

“Imah, mesti sedihkan kena duduk jauh-jauh macam ni?. Kesiannya..”

“I’m ok”

Dan macam-macam lagi soalan yang ditanya pada saya tentang hubungan PJJ kami.  Banyak yang bersimpati  dan memahami termasuklah family saya dan si dia. Ada jugak yang menyindir dan mengusik. Abaikan aje! Hehehe….Honestly memangla x best. Sapa yang nak duduk jauh-jauh macam ni kan lepas dah berumah tangga. Saya lagi-lagilah tak nak. Dalam hati selalu jerit cakap “Nak balik! Nak balik!” . Tapi disebabkan kerja, terpaksalah bersabar sekejap.

Awal-awal kawen dulu memang saya agak beremosi.  Pantang dapat duduk sebumbung dengan suami dalam masa seminggu bertambah-tambahlah saya berat hati nak balik Shah Alam. Sangat berat hati ok! Sampai nangis2 taknak balik. Husband pun sama. Siap cakap “Sayang, Janganlah balik…..” Tapi dia lepaskan jugak saya balik. Huhu… Sedih oo…Tuhan jer yang tahu perasaan saya. Huhu….time tu saya rasa dah jadi macam budak-budak dah. Hahaha….Tapi sekarang, Alhamdulillah saya dah makin tenang dengan kehidupan baru saya. Saya taknak bebankan kepala otak saya dengan soal hati dan perasaan. Kalau ikutkan hati sangat, takut nanti menyesal di kemudian hari. Yup! Kena pandai control emosi. Huhu…

Dan bila orang asyik bertanya-tanya dan buat saya teringat-ingat dan adakalanya stress,  saya akan senyum dan jawab “I’m ok”.  Memang saya dah Ok. Saya bersyukur kerana masih ada rasa sabar dalam diri. Rasa happy kerana dah rasa “kuat” sikit dari dulu (Cuma belum cukup kuat macam badang jer lagi! Hehehe..) .

 Start semalam saya dah mula apply kerja kosong area penang dan Kulim. Ikutkan jawatan kosong dekat penang tu ada, cuma majority nya dekat area Pulau. Tapi saya taknak kerja di pulau. Pilihan kerja untuk area Seberang jaya dan kulim dalam bidang saya sangat-sangatlah sikit. Nampaknya terpaksalah terus menunggu if ada lagi kerja-kerja kosong yang saya boleh apply. Orang cakap start awal tahun baru banyak keja kosong. Ye ke?? Kalau dah tak ada keja, second choice, apply job yang luar dari bidang saya dan sayapun dah bersedia untuk say good bye untuk title seorang engineer (T_T) . Dah banyak perancangan yang kami dah buat untuk rumah tangga kami. Dan banyak jugak option2 yang kami fikirkan if setiap option yang dibuat tu tak berjaya. Insya-Allah everythings will be ok. Itu doa dan harapan kami. Yang penting SABAR. Saya dah rasa lebih tenang sekarang. Alhamdulillah…

Monday, October 1, 2012

Review : DIY Brown paper Bag Doorgift


 Hari ni, saya nak update pasal review DIY paper bag yang saya buat untuk doorgift pada tetamu yang datang masa majlis saya hari tu. Actually paper bag ni untuk tetamu yang datang ada dua jenis. Satu yang saya lekatkan dengan bunga crepe dan satu lagi dengan reben. tapi yang reben tu saya tak sempat ambik gambar. Huhu...busy bangat time tu sampai boleh terlupa. Huhu...

Saya pernah bercerita tentang DIY paper bag ni di entri INIINI & INI . betapa gigihnya saya nak dapatkan brown paper bag idaman sampai naik lenguh jari jemari buat bunga crepe ni. Hahaha...lastly, sebab tak larat nak buat banyak2 saya buat separuh darinya guna reben. hehehe..nampak kan? tema carca merba. Sesuka hati saya je nak deco bag door gift ni tanpa ada standardize. Tak kisahlah janji siap kan? Dan yang penting, murah. kos untuk brown paper bag ni cuma 7 sen aje sekeping! Jimatkan?

Saya buat dengan seikhlas hati, hadiah buat tetamu yang datang even saya tahu last2 dibuang jugak begnya. tapi xapalah, janji saya rasa lega dapat buat something "handmade" untuk mereka yang datang =)

Ok..inilah hasil DIY paper bag saya! (sorry gambar agak buruk, ambik waktu malam time packing makanan dalam doorgift ni dekat umah tok saya). See...paper bag saya, warna warni gitu! hehehe...almaklumlah pengantin yang tak pernah pikir soal warna tema wedding. Main belasah jer buat warna warni.huhuhu...




Si warna warni beratur panjang. Sila pilih nak yang mana satu? hehehe...



Say suka si kuning! sebab warnanya sanagt soft. 


Saya pilih gambar kartun jer sebab malu nak tempek gambar sendiri. lagipun takut akan dipijak2 or dibuang dalam tong sampah kalau letak gambar sendiri. Rasa sadis! huhu...sedangkan nama pun rasa sadis dibuang apakan pula gambar sendiri kan?



Si merah & birupun saya suka!







Yang kelakarnya time sedara tolong packing2 kan bag ni boleh pulak diaorang main pilih2 warna mana diaorang suka. hehehe...Yang rebenpun banyak saya buat tapi ada satu jer gambar. Tupun reben yang kecik. Ikutkan saya buat yang saiz sederhana besar sebab tak cukup main letak jer reben apa yang ada.


P/s: nanti saya update lagi satu jenis papaer bag saya buat untuk rombongan pihak lelaki dan Pakatan kampung saya pulak. Pening kepala nak cari gambar2 yang saya ambik dulu dalam lappy ni. Huhu..