About Us

Thursday, October 25, 2012

Review: Our First honeymoon (^_^)


Cerita basi. Dah dekat 2 bulan gi honeymoon baru nak update dekat sini. Lepas selesai kenduri dekat rumah saya, dan setelah selesai mengerah tenaga membersih & mengemas rumah, kiteorang terus pergi bercuti dekat Cameron Highland. Niat lepas kenduri memang nak gi honeymoon pun sebab nak bercuti sambil rehatkan badan & release tension setelah berbulan-bulan buat persiapan kahwin sampai tak ada masa untuk berehat. So, untuk kami berdua yang dah begitu lama tak menjenguk ke cameron tu, memang sesuai sangatlah kiteorang ke sana.

kiteorang stay dekat cameron tu 3 hari 2 malam. menginap dekat Hotel  Equatorial. Hotel ni memang best! dari segi service, keadaan bilik, persekitaran hotel memang kiteorang puas hati sangatlah .Buffet Breakfast pun sedap! Kira berbaloilah dengan harganya.

Hey! saya nak turun gi jalan2. Jom2!

Bilik kiteorang beginilah rupanya. cuma bilik kiteorang tak ada tingkap, ada sliding door sebab dekat luar tu balkoni. Kiteorang ambik deluxe sebab time tu superior dah penuh. Huhu..pemandangan mengadap bukit. memang best. harga semalam RM 250++ . Hotel 4 bintang.


Hari pertama, disebabkan sampai dah petang so kiteorang gi jalan-jalan dekat Bharat tea plantation dan pusing2 cameron jer. Ambik angin sejuk2 gitu. Sebab bila malam, tak ada aktiviti sangatpun dekat cameron melainkan night market. So, malamnya lepak aje dekat bilik hotel sambil tengok movie. hehe..




Then, esoknya memang penuh dengan aktiviti jalan2 dan pusing2 sekitar cameron highland. kira hampir semua tempat dekat cameron tu kiteorang nak terjah. hehe...meh tengok sikit gambar k!





Dan hari ke-tiga, kiteorang melawat Tea Boh Plantation sambil menikmati sarapan pagi di situ. memang heaven sangat! best2. Then, gi mengutip strawberry before balik.








Itu ajelah cerita honeymoon nya. Rasa ramai ex b2b yang gi honeymoon dekat sini.hehe...Niat hati nak bercuti ke Pulau Redang pulak tahun depan. Dah lama sangat teringin nak ke sana tapi disebabkan busy dengan bermacam perkara, kena settle kan satu2 dulu before gi bercuti lagi. Insya-Allah...


13 comments:

  1. berapa stay semalam? as pun bulan 12 ni plan nk g cameron dan sedang mencari tempat penginapan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam 200 lebih semalam. Boleh tengok website equatorial untuk tahu rate harga terkini.

      Delete
  2. bestnyer p honeymoon...imah..bj imah cantiklah..hehhe...

    ReplyDelete
  3. ehemmm.. cantik2nya laa dress awak. lepas ni nak buat banyak2 dress laa.

    ReplyDelete
  4. imah..baju imah lawa..beli ktne.. cameron best..nnt nak g..kumpul duet bisness nak beli perabot ngn g bercuti..hihi..

    ReplyDelete
  5. ye la imah. cantik la dress awak. hihi. :)

    ReplyDelete
  6. imah...bestnya honeymoon :) kenangan terindah 2 kan :) pling ika suka bila tgk pic honeymoon kan....inai merah dijari luv it!!Imah,kad kawin ika nak softcopy ka hardcopy :P

    ReplyDelete
  7. cantik dress awak..btw beshnye honeymun..dah lame tak pergi cameron...:P
    i folo u k..

    ReplyDelete
  8. wah, cantik dress akak! saya pun bru aje balik dri Cameron tp prgi 2 ari jea sbb semua busy kerja

    ReplyDelete
  9. amboi imah..chantek2 la dress awk. sukeeee...

    ReplyDelete
  10. wahhh..ni nak bodek hubby ni..last gi cameron pon mase darjah 6..punya lah dah lama...cantiknyeeee

    ReplyDelete
  11. dress u cantik2 la..bl kat mn ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!