About Us

Tuesday, October 23, 2012

Misi Meng"Complete" kan barang-barang Rumah


Last week balik Kulim kiteorang sibuk mencari barang-barang untuk Rumah sewa kiteorang. Last week baru menyempat nak cari sebab before this hold dulu bab2 barang rumah sebab kiteorang x decide lagi nak duduk mana. Husband pun weekend pun kadang2 keja. nak ajak shopping pun tak sempat. Sekarang bila dah sebulat suara nak stay in kulim kedah barulah start beli barang. Lagipun awal bulan 12 ni saya nak balik Kulim dah.....If lepas ni dapat kerja negeri lain, Takpe, kita angkut barang naik lori aje ok?

First time saya masuk rumah Encik suami memang tak ada barang pun. Just ada meja untuk dia letak bekas air & kettle, penyidai baju,  toto dan bantal dan sebuah television jer. Oh, memang simple betul life suami saya ni. Sebenarnya, encik suami bukan hari-hari tidur dekat Kulim. Selalunya dalam seminggu tu dia akan tidur dekat rumah company dekat penang. Kira rumah dekat kulim tu macam rumah persingahan la kot. Bila saya balik Kulim memang diapun ada dekat sana la.

Kerana saya seorang perempuan. mana suka kalau benda-benda tak tersusun kan. Hampir dua bulan kahwin, memang kiteorang start beli barang dah. Mula-mula beli barang-barang dapur dulu macam dapur gas, tong gas, rak pinggan, rak letak barang-barang kering untuk memasak, periuk, kuali, dan lain2. Tapi barang elektrik untuk dapur dan pinggan mangkuk tu memang banyak dapat masa kahwin hari tu. So, jimatlah dekat situ. Dekat rumah sewa saya dekat shah alam nipun dah banyak barang-barang dapur yang saya beli since time belajar lagi. Cuma tunggu nak angkut bawak balik jer.

Then, Last week kiteorang gi beli peti ais dengan mesin basuh. Sebelum ni, masa saya balik weekend beli barang basah terus dekat market je, terus masak. fresh2 gitu! bajupun cuci tangan. tapi disebabkan husband saya ni rajin, selalu masa mandi dia terus basuh baju sendiri. Hari sabtu dan ahad je saya cuci tangan baju dia. Tupun sikit. Dua atau 3 helai je. Sebab dia basuh dulu before saya basuh.Hehehe.. Bila dah ada peti ais, jimat lah sikit masa nak gi market hari-hari kan. Ok, peti ais dengan mesin  basuh kiteorang gini aje rupanya...cukuplah untuk kegunaan berdua. hehe..

Mesin Basuh Automatic jenama Toshiba. Beli yang 6.5 kg jer. Sebab duduk berdua dengan space dapur yang kecil tu, cukuplah yang ini dulu.. Dah start guna hari tu. Suka sebab time dia tengah spin tak ada lansung bunyi yang keluar. hahaha..suka2. Mesin basuh baru kan..perlahan ajer bunyinya..hehehe..




Dan peti ais Panansonic. Saiz sedang-sedang. Tak besar, tak kecik. capacity 233L. masa ni saya ingat nak ambik yang besar, tapi bila fikir2 balik, yang inipun dah cukup besar dah. Untuk family kecil ok dah. Lagipun saya bukan jenis suka sumbat barang lama2 dalm peti ais. Suka peti ais nampak kemas dari asyik duk sumbat2 barang then semuanya expired. Kan tak bagus tu? (experience sendiri sebab asyik jadi tukang buang barang expired dekat rumah sewa sekarang).



Di sebabkan rumah sewa tu tak ada kitchen kabinet, so hujung minggu ni ingat nak gi cari rak untuk dapur gas dan penyidai kain untuk sidai baju dekat luar rumah.  Langsirpun dah siap beli. cuma tak sempat lagi nak ajak husband cari railing besi untuk langsir. Maybeminggu ni jugak kot. harap2 la..dah bosan tengok rumah tak ada langsir. nak pakai langsir lain tak boleh jugak sebab railing tak ada. nak kena drill jugak dinding rumah tu untuk pasang railing. Hmm...

Biarpun hanya rumah sewa tapi rasa excited sangat nak deco2 rumah. tapi misi sekarang ni nak complete kan barang rumah dulu. beli sikit2 then dahulukan mana yang penting. kalau boleh taknak beli bayar secara ansuran sebab rasa interst tinggi jugak. Prefer beli tunai even kena kumpul duit sendiri. hehe..yang penting, tak tambahkan banyak "comitment" dalam agihan gaji bulanan.

Seronok shopping barang2 umah ni ye...tapi lagi seronok kalau dapat deco2 umah sendiri. Insya-Allah..dalam usaha nak beli rumah sendiri. Mintak dalam masa setahun ni dapat duduk rumah sendiri pulak =)


P/s: hari ni birthday suami. tengah fikir nak bagi hadiah apa dekat dia. tapi rasa macam nak DIY something dan masak special untuk dia khamis nanti. Maye boleh try buat kek sendiri? heheh..idea2

7 comments:

  1. bgsnya..macam teratur je life imah selepas kawen nie..harap2 syaz mcm tu jugak nnt. InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. wah..tqah xsempat g nk deko2 umah.. teringin nak beli sofa..tp duet..alahai..xdeee

    ReplyDelete
  3. wah bestnye..ecah pon x sabo nak masuk rumah sewa ni..dlm bulan 11 or bulan 12..tgok keadaan...hehe

    ReplyDelete
  4. sangat happy baca entry ni. hihi. selamat hidup berumah tangga. #eh. ^_^

    ReplyDelete
  5. tak sabar gak nak completekan umah sewa ;)
    umah dah menunggu tu..hehe

    ReplyDelete
  6. masih mencari umah lagi hahaha :p

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!