ok2..saya tahu saya sangatlah terlewat nak buat review pasal novel ni. Dah lama novel ni meletup-letup dekat luar sana tapi saya baru jer nak baca. Sangat ketinggalan ok! Huhu..
Apa yang saya boleh cakap tentang novel ni memang superb! hahaha...buat saya gelak sorang2 tak henti-henti sampai roomate saya pun excited sama nak baca novel ni. kelakar sgt2 ok! Dah lama tak baca novel kelakar macam ni. Walaupun ceritanya agak ringan dan santai tapi cara penceritaan penulis saya suka sangat. Tak meleret-leret dan semua watak dalam novel ni even sampingan pun dikembangkan dengan baik. Semua watak kira melekat di hati saya lah. Lucu2 belaka! hehehe...
Suka dengan watak Aryana yang nampak polos, kelam kabut, lucu & tkang cover line terbaik boss ! banyak adegan lucu dan mencuit hati antara dia dan Ilham (boss). Eh, iIham tu even ego dan gatal tapi baik hati gak tau. romantic tu tentu2 lah kan sebab dah namapun kaki perempaun. Tapikan, even banyak perempuan keliling pinggang tapi tak tahu nape watak dia tyu nampak "baik" jer..tak pulak saya yang membaca ni rasa nak marah dan macam nak hantuk2 kepala si Ilham tu. Hehehe..pandai penulis ni buat cerita. saya baru kenal Novel karya Areila Sahimi ni and i love it! Rasa nak gi cari novel2 dia yang lain jugak.
Overall story, memang best sangat. Buat saya ketawa terbahak-bahak. hahaha...Tapi ada jugak scene yang buat saya nak nangis. memang cerita ni kena dengan jiwa sayalah! lagipun dah lama tak baca novel komedi macam ni. Untuk sukakan karya yang santai dan komedi romantik, novel ni memang pilihan yang tepat.
Ok..ini sinopsis belakang buku:
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
P/s: dah rajin baca novel sekarang. Ada 2 novel lagi yang dah selamat di baca dan tunggu nak direview. Buku pun ada jugak tapi xmenyempat nak review. Cari mood & sesuaikan diri balik dengan sesuatu yang dah lama saya tinggalkan.
fana dah bace dah buku nih!!memang best!
ReplyDelete