About Us

Sunday, October 7, 2012

REVIEW: DIY Paper Bag Untuk Rombongan Pihak Lelaki & Penangah


Sebenarnya, saya tak ada pengkhususan untuk doorgift buat tetamu yang datang masa majlis saya. Semua tetamu tak kiralah sanak saudara atau kawan2 rapat akan dapat doorgift yang sama. Taknak membeza-bezakan tetamu sebab takut ada yang kecik hati bila dapat doorgift yang berlainan. Memang isu VIP tak ada dalam doorgift majlis kahwin saya. Isinya semua sama sahaja.

Tapi, disebabkan dekat tempat saya kenduri kampung, dan memang ada pakatan sendiri,  saya decide untuk hadiahkan mereka sesuatu yang lebih sikit dari yang lain sebagai tanda penghargaan menolong masa kenduri. Lagipun doorgift untuk pihak pakatan ni kita bagi time majlis dah berakhir, memang time tu semua tetamu dah pulang. Time diaorang sibuk2 kemas barang. So, rasanya tak timbul soal kecik hati. Lagi satu, doorgift yang sama jugak saya bagi untuk pihak rombongan pengantin lelaki. Kiteorang letak doorgift tu dalam bakul, kasi masa diaorang dah nak balik. Diaorang bawak bakul tu terus naik bas.

Isinya memang biasa ja. Ada kek, snack, gula2, syumi, mug kaca dan bunga telur. Bunga telurpun kami DIY. Nanti saya update pasal DIY bunga telur tu. Untuk pihak pakatan ada jugak kiteorang bagi hadiah kain tuala. Itu ayah dan mak saya yang kasi sebelum majlis kami berlansung. Ok, saya tak banyak ambik gambar paper bag ni sebab last minute buat before saya balik kampung. time tu busy sangat, saya snap je gambar mana yang sempat. Huhu...



Dan ini cerita DIY paper bag ni...

Saya beli paper bag saiz yang lebih besar dan panjang. Beli dekat chow kit. nama kedai saya dah lupa tapi sederet dengan kedai bunga Vivian. harga dalam RM 10 ringgit kot untuk 100 keping. (serius terlupa). Tapi ini jenis yang tak ada tapak.

Paper bag saiz besar dan tinggi

Then, beli doyley paper saiz besar untuk tampal dekat paper bag. harga RM 7 untuk 250 keping. Beli dekat kedai yang sama dengan paper bag.

Doily paper saiz besar


Then saya buat design TQ tag untuk ditampal dekat doyley paper. Saya print atas kertas biasa ja, then tampal guna gam.

TQ tag 


Disebabkan saya nak letak bend ayang berat dalam bag ni (mug besar) so saya buat tapak untuk paper bag ni dari kotak supaya keras. Kotak ambik dekat office jer lepas tu potong ikut bentuk tapak paper bag.


Kotak yang dipotong-potong

Kepingan kotak dotampal di bahagian dalam paper bag.



Lepas diletak barang, beginilah rupanya paper bag saya =) . maaf sebab kualiti gambar teruk sebab semuanya diambil waktu malam masa tengah packing2. then main snap jer. Huhu...




Lupa nak ambik detail masa buat bunga ros dari kertas crepe ni. cara memang mudah jer. Main pusing2 saja macam buat bunga ros dari reben tapi ini lagi mudah. pusing2 aje. lagi senang dari buat bunga crepe untuk DIY paper bag sebelum ni. Tapi untuk paper bag ni saya lipat banyak supaya kukuh dan boleh dibawa. Mug pun saya baringkan dalam beg supaya nampak seimbang dan stabil bila kita letak tali reben.

Untuk paper bag ni kosnya cuma 23 sen sekeping.



6 comments:

  1. hehe.mmg jimat.dd buat 200beg utk kwn2.

    ReplyDelete
  2. mmg kreatif dan jimat sgt la...tq la sesgt sbb dpt idea utk wedding saye nnti..
    ape pun..u r very creative..so sweeettt...

    ReplyDelete
  3. mmg creative , cantik dan paling penting save cost...
    tq la sesgt so sy dpt idea utk wedding sy nnti..
    tq ye.. r so creative...so sweeettt...

    ReplyDelete
  4. mmg kreatif dan jimat sgt la...tq la sesgt sbb dpt idea utk wedding saye nnti..
    ape pun..u r very creative..so sweeettt...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!