About Us

Monday, October 15, 2012

Review Filem Aku Terima Nikahnya


Masa First time saya dengar tentang pembikinan Filem ni, saya dah rasa excited nak tengok. Suka sangat tengok gandingan Nora Danish & Adi Putra lebih2 lagi lepas dioarang meletup dalam drama Tentang Dhia.


Baru berkesempatan tengok hari ni dengan Encik Suami dekat TGV jusco seberang prai. tengok time weekdays, so tiket murah. Kira taklah ralat sangat kalau filem tak best kan.

Mungkin kerana saya terlalu high expectation untuk filem ni, so saya rasa filem ni hambar dan sedikit bosan even penuh dengan babak2 romantik & kasih sayang suami isteri. Tak tahu kenapa tak rasa terkesan sangat dekat hati saya. Macam tak sampai..huhuhu....

Mula2 filem dimainkanpun saya rasa mengantuk, encik Suami lagi best, siap tidur lagi. Huhu...Plot cerita terlalu slow. masa awal2 lagilah....tak banyak dialog digunakan. Makin lama makin oklah tapi still masih terasa ada yang kureng. Huhu...

Tapi apa2pun, saya suka sangat2 dengan latar belakang filem ni. Tempat dia, masya-Allah sangat2 cantik! Adore sangat dengan rumah Alisa & Johan. Seakan sama dengan my dream house! Cantik sgt2! Bilalah nak dapat bina rumah macam tu ye?Huhu..

Overall, saya rasa filem ni biasa2 saja. Tak berapa nak sampai ke hati sangat. Tapi untuk percubaan pertama pengarahnya saya rasa masih lagi boleh diterima. Saya bukanlah pengulas filem cuma bercakap dari  kaca mata seorang penonton.

2 comments:

  1. Semalam nak pegi tengok dengan MHZ. Tapi malangnya cerita tu tak ada time malam. Cehhh... Hampeh betul. Terpaksa postpone hari Ahad. Lambat lagi.

    Cerita ni tak best ke? Tengok the making dia mcm best je...

    ReplyDelete
  2. ha! kte pergi tgk semalam, hohoho, sangat hampagas.. huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!