About Us

Friday, October 19, 2012

Batas Seorang Isteri Dalam Laman Sosial


Tidak syak lagi bahawa zaman sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada akaun di laman sosial sendiri tak kira la FacebookTwitterGoogle+ atau apa sahaja. Si suami atau isteri masing-masing akan ada akaun sosial dalam talian sendiri. Dan kedua-duanya tahu yang mereka mempunyai akaun di Facebook atau apa saje, tu sudah biasa. Apa yang tak biasanya apabila si suami tak tahu yang si isteri begitu aktif bersosial dalam talian dan sebaliknya.
Tak kira lelaki atau perempuan, kedua-dua ada batas dalam pergaulan waima dalam dunia maya sekalipun. Hukum-hakam tetap berjalan walaupun kita berhubung melalui internet tanpa bersemuka. Masing-masing perlu memainkan peranan sebagai isteri dan suami dengan berhemah walaupun dalam dunia internet.
laman sosial
Suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri atau anak-anaknya berhubungan berdasarkan Sabda Rasululllah s.a.w yang bermaksud - “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi). Jadi suami berhak menyimpan kata laluan isteri dan anak-anak supaya dapat tahu apa yang mereka lakukan di laman sosial.
Akan tetapi, suami juga tak boleh terlalu menyekat pergaulan isteri dari berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita. Namun suami juga wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan. Kalau isteri menjalankan perniagaan dalam talian mereka harus berhubung dengan lelaki lain tanpa melampaui batas pergaulan dalam Islam.
Syariat Islam amat mengambil berat akan hubungan antara lelaki dan perempuan di mana ia membataskan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya mengikut keperluan saja. Kalau terlalu bebas, ia akan mendorong kepada zina. Sabda Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).
Jadi senang cerita, pergaulan isteri dalam laman sosial tetap sama dalam dunia realiti mengikut ajaran Islam. Hukum Islam tetap berjalan walau kat mana pun kita berada. Peliharalah hubungan suami isteri supaya ia akan sentiasa kekal. Bila suami isteri dan anak-anak hidup bahagia, sekaligus masyarakat kita akan turut hidup dalam keadaan harmoni.
Rujukan dari syahirul.com

4 comments:

Terima kasih sudi komen!