About Us

Tuesday, March 6, 2012

Kasut Idaman on My Wedding Day

Dalam banyak-banyak part dalam berpakaian, kasutlah yang paling saya kurang concern sangat. Selagi tak tercabut, tertanggal atau erti kata lain rosak, saya akan pakai je kasut tu. Bila dah rosak baru beli lain. Hehehe..Selalunya saya cuma ada sepasang je sandal untuk dipakai pergi kelas. Bila keja ni je barulah ada 2 pasang. Tupun bila mak bising2 saya asyik pakai kasut yang sama. Kesian dekat kasut katanya. Huhuhu…Kalau nak pergi jalanpun, saya cuma ada satu sandal. Paling selesa sandal yang buat dari getah tu. Yang itu seronok guna gi jalan2 atau shopping moping. Sudahlah murah, tahan lama pulak tu. Kalau gi keja, suka yang lembut  yang designnya banyak jenis orang tua2..hahaha..sebab itu je yang saya rasa selesa dekat kaki. macam yang kasut bata comfit tu memang feveret sayalah. Dia taklah cantik mana, simple tapi sangat selesa ok! Rasa soft dan ringan je bila jalan. Sesuai sangat untuk saya yang jenis berjalan tak ada sopan santun, laju sampai tak tengok kiri kanan. Siapa yang pernah berjalan dengan saya pasti tahu kehebatan saya ni (hebatlah sangat!) hehehehe..
Yang comfort begini memang selesa walau look like old fashion..huhuhu..


On My wedding day nanti, citarasa saya pada kasut masih sama macam kasut yang saya pakai sekarang. nak yang SELESA, rasa stable, mudah dipakai, tak buat lutut atau kaki saya sakit, yang buat langkah saya lancar tanpa perlu control2, yang buat saya mudah bergerak ke sana-sini, dan yang buat saya senang nak berjalan, berlari, melompat......(aik?)  hehehe..agak-agak dekat manalah ada jual kasut yang macam tu? Kalau boleh, nakla cantik sikit dari kasut yang saya pakai di hari biasa. Namapun wedding day kan? Ikutkan hati, mahu saja belasah pakai selipar ja sbb itu dah tentu sekali selesa. Tak adalah nak terpelecok bagai kan? Kan?
Untuk wedding, Seliparnya harus comel begini..hehehe. Boleh kan??

Honestly, saya tak nak pakai high heel time wedding saya nanti. Saya tak suka pakai kasut macam tu untuk jangka masa yang lama.  Saya akan rasa kaki saya sakit, kebas dan tak selesa untuk berjalan. High heel jugak buat saya rasa tak stabil bila berdiri dan rasa mahu jatuh dan terpelecok.Huhu.. Satu lagi yang jenis kasut muncung sgt dekat depan macam style sekarang ni. Tupun xsuka jugak sebab jari kaki saya jenis yang kembang. Bila pakai yang jenis muncung tu jadi sakit. Rasa jari jemari dicekik2..hahaha.. saya lebih suka memilih kasut style wedges yang bagi saya lebih stabil dan selesa. Hehehe….Takpun, short heel je. Tapi nak yang comfort jugak. Selesa tu penting. Kalau tak cantik macam kasut wedding orang lain xpe. Janji saya selesa. Hehehe..ye tak? Okeh..kalau boleh saya nak cari kasut kawen macam dekat bawah ni

Cantik!


Simple sangat tapi nampak macam selesa. Tak berapa sesuai untuk wedding kot

Nampak elegance sikit. 
Suka jugak yang macam ni. Cuma kalau boleh heel dia rendah sedikit supaya boleh sama tinggi dengan Encik Tunang.hehehe..

Lebih cantik kalau wedges diapun sama warna macam kasut


 Kalau boleh, wedges tu xnaklah tingggi sangat sebab Encik Tunang dah pesan, nanti jangan bagi nampak tinggi dari dia. Tinggi sayapun dah 160 cm. Dia tinggi sikit je dari saya. Masih mencari..Tak jumpa lagi kasut yang berkenan di hati dan selesa dipakai. Huhu...

7 comments:

  1. along dh jumpa ksut kwen
    hehehe.. beli kt ioi mall. berkenan sbb cntik n murah
    rm35 ja sbb 50%discount. haha

    ReplyDelete
  2. haha luculah tunang kak eiymah ni . takut akak tinggi drpd dia . hehe

    ReplyDelete
  3. yg no 1 tuh cantik!

    ups! first time comment kt sini :)

    ReplyDelete
  4. Elly_Yana @ Along:Along mesti kena ada kasut kawen dah sebab tinggal 2 bulan ja lagi nak kahwin.hehehe..Ya ka? Bestnya dapat harga murah. Imah baru jalan2 dekat Plaza Alam sentral dengan Jusco Bukit Raja, xjumpa lagi kasut yang berkenan.Huhu...

    Anonymous: Itulah..awal2 lagi dah warning jangan pakai kasut tinggi sangat. Risau bebenor dia nampak rendah.Hehehe

    Dira:Hehehe..betul2. Sayapun paling berkenan yang no. 1 tu. Thank's comment dkt sini

    ReplyDelete
  5. hok no 4 tu pun ok jugak sebab kasut kawinkan naklah ade bunge2....and nmpk pun simple aje.

    ReplyDelete
  6. Eh.. sama lah kita b2b dari kedah gak.. kedah area mana ek?

    ReplyDelete
  7. K. Mimi: hehehe..betul2.

    Syuhaida: Saya dari kodiang kedah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!