Hari-hari kepala otak saya memikirkan benda yang sama. Dalam kesibukan dan kepenatan melayan kerja otak saya tak berhenti berfikir. Bukan soal preparation majlis kahwin saya tapi kehidupan lepas berkahwin nanti. Sekarang, saya bekerja di kelana Jaya dan Encik Tunang di Pulau Pinang. Saya tinggal di Shah Alam dan Encik Tunang di Kulim. Bila dah kahwin isteri kenalah ikut suami kan? So, sepatutnya sayalah yang berhijrah ke Pulau Pinang. Rumah yang Encik Tunang sewa sekarang dekat kulim, kedah. Tapi dia kerja dekat penang sebab rumah sewa dekat penang harga mahal sikit lepas tu crowded. Hmm.....tapi Encik Tunang pulak cakap, biar dia yang datang Shah Alam, cari keja dekat sini. Sebab dia memang bercadang nak tukar kerja lepas kahwin. Mahu cari kerja yang lebih sesuai untuk orang berkeluarga. Kerja sekarang, tak kira masa, weekend, public holiday, tengah malam..dia akan dipanggil bekerja.Huhuhu...
Kalau ikutkan living cost dekat Shah alam ni jauh lebih tinggi berbanding duduk dekat Kulim. Harga makanan dan rumah sewa semunya mahal. Kalau sekarang Encik Tunang boleh selesa tinggal di kawasan perumahan rumah teres 3 bilik dengan bayaran sewa 300 ringgit sebulan, bila kiteorang duduk shah alam nanti, Kiteorang kena duduk rumah aprtment sbb harga rumah teres semuanya 1k ke atas. Untuk orang yang baru bekerja dan baru berkahwin macam kami ni, duduk apartment lebih baik. Itupun maybe di luar kawasan shah alam. Sebab dekat shah alam, apartment 3 bilik di tingkat 5 pun dah dekat 600 harganya. Yang tingkat bawah lagilah mahal kan? hmm...
Bukan saya taknak berhijrah ke penang. Nak sangat....sebab lagi dekat dengan kampung halaman saya. Boleh jenguk mak ayah saya selalu. Tapi sampai sekarang saya tak jumpa kerja yang sesuai dengan bidang kerja saya. Saya pulak tak tahu company tu macam mana. kalau company saya sekarang, macam 'family' care company. Apa2 benda berkaitan family kita nak cuti atau nak El senang. Kebajikan pekerja dijaga. dan paling penting, saya mahu kerja yang saya boleh balik awal macam isteri2 lain, mahu ada masa untuk keluarga sendiri..huhuhu. Bagi saya, Keluarga yang paling penting dari segalanya....
Kerja dekat KL-selangor ni memang banyak tapi nak cari yang bersesuaian bukan mudah. Macam tu jugak dekat penang. Memangla orang cakap jangan memilih kerja. Tapi, kalau tak pilih, takut nanti rasa sedih dan kecewa je datang kerja. Produktiviti kerja lansung tak ada. last2 berhenti juga. Saya taknak macam tu. Huhu..pening2. Sebolehnya, lepas kahwin, saya mahu tinggal bersama suami saya. Cukuplah selama tempoh bercinta dan bertunang kami berjauhan. hampir 5 tahun berhubungan, tak pernah sekalipun kami tinggal dekat. Jumpapun jarang. Setelah halal di sisi agama, saya mahu berada di samping suami saya. Saya rela tukar profesion kerja saya sekarang kalau saya tak dapat kerja yang sama bidang saya dekat sana dan Encik Tunang pun tak dapat kerja dekat sini..huhu..
Berhenti kerja? Tak boleh. Nanti siapa nak bayar kereta saya? Siapa yang nak bantu family saya waktu mereka susah? Susah...saya kena terus bekerja. Encik Tunangpun tak galakkan saya berhenti kerja. Dia nak saya bekerja macam sekarang. Yalah, takkanlah dia pulak yang nak bayar ansuran kereta saya, hutang PTPTN saya, bagi duit untuk family saya? Diapun ada tanggungjawab dekat family dia jugakkan? Dan sebolehnya saya taknak membebankan bakal suami saya kelak melainkan kalau dia memang berkemampuan.
penang tau selangor? Saya tak kisah mana-mana. Saya ikutkan saja keputusan Encik Tunang nanti. Mungkin akan duduk jauh sekejap sehingga saya atau dia dapat kerja lain. Tapi ikutkan hati saya ni, dah tak kisah dah kerja apa2 pun asalkan dekat dengan dia.
Entahlah...saya berserah pada Allah. Dimana ada rezeki untuk kami, kami akan pergi..
Ya Allah...mudah-mudahan ada peluang untuk kami tinggal bersama selepas berkahwin kelak..
Doakan kami ya!
ada masa lagi nak cari kerja baru. jangan give up. tempat isteri di sisi suami. rezeki yang Allah bagi selepas ini, mesti ada baiknya di mana mana. have faith.
ReplyDeleteHal siapa ikut siapa tak penting. Yang penting bila bergelar isteri, redha suami yang di cari. Kemudian ceritanya akan jadi mudah.. Percayalah isteri yang sentiasa ada di sisi suami akan buatkan suami lebih berkeyakinan dan berjaya dalam kerjaya.. Isteri pula bila suami berjaya pastilah dia turut berjaya.. Insya ALLAH [CL]
ReplyDeleteShakirahkhairudin: setuju! sayapun tengah berusaha lagi sekarang walaupun kadang2 rasa give up tapi bila fikirkan ramai juga yg nasibnya sama macam saya terpaksa duduk jauh sementara dengan suami semntara dapt tukar kerja, saya redha. Tapi, say atetap nak berusaha untuk hidup sama2 lepas kawen.
ReplyDeleteAnonymous: Insya-Allah..mudah-mudahan. Saya ingin jadi isteri yang membahgiakan dan sentiasa dalam redha suami sepertimana saya inginkan redha dan restu mak ayah saya. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan...
Arwah nenek sy pesan,suami istri jgn duduk asing2,bila sy kahwin sy benar2 faham knape arwah ckp mcmtu..insyaallah cik writer cuba usahakan dan bdoa dr skrng akan dimurahkan rezki,dpj duduk skali dgn Hsbnd nanti,niat yg baik Allah akan pmudahkan
ReplyDelete