Bila tengok TV kadang-kadang buat saya teringat tentang cita-cita asal saya sejak di bangku sekolah. Dulu, dekat sekolah cikgu suka tanya, "Bila dah besar nanti awak semua nak jadi apa?" macam-macam jawapan yang saya dan kawan-kawan bagi. nak jadi Cikgulah, doktorlah, polis la..semua ada. Semuanya perkerjaan yang kami nampak dekat mata kami. Luar dari tu, memang tak tahulah..hehehe. Dulu, bila orang suruh tulis cita-cita, saya tulis macam-macam jenis pekerjaan sebab saya sendiri tak tahu apa cita-cita saya.
Bila dah masuk sekolah menengah, baru saya tahu apa cita-cita saya sebenarnya. Saya nak jadi WARTAWAN. yup! kecenderungan minat saya adalah bercakap dan saya nak sangat jadi wartawan. Saya suka tengok wartawan yang buat liputan bermacam berita, boleh pergi ke segenap pelusuk dunia sebab nak dapatkan berita. Saya nampak macm best je kerja wartawan tu. Plus++ saya suka menulis. Tapi, saya taknak jadi wartawan surat khabar. saya nak jadi wartawan yang selalu buat liputan pasal orang asli ke, tempat-tempat menarik seluruh dunia ke....pasal environment ke, kerja-kerja yang memerlukan saya travel dan ke sana sini. Adventure....itu minat saya sebenarnya.
Tapi, bila saya cakap dekat mak saya masa saya form 3 dulu yang saya teringin nak jadi wartawan dan ambil course sastera terus mak saya cakap "Kalau jadi wartawan nanti susah nak jaga keluarga. Takut anak ke mana, suami ke mana". Dalam umur 15 tahun saya tak fikir apa-apa pasal rumahtangga. Yang saya tahu, saya nak kejar cita-cita saya. Tapi, bila mak macam tak suka saya jadi wartawan, saya terpaksa lupakan cita-cita saya. Dulu, guru kelas saya pernah cakap dekat saya, hidup saya akan berjaya kalau saya ambil aliran sastera (sebab time tu saya ambil bidang sains). Entah ar....itu cakap dia berdasarkan kecenderungan saya time sekolah. tapi berjaya atau tidak saya dalm hidup, bukan dia penentunya.
Saya lupakan cita-cita asal saya tu sebaiksaja saya masuk sekolah teknik masa form 4. Tak apalah..mungkin bukan rezeki saya untuk jadi wartawan. Lepas tu, saya hanya fokus dengan bidang yang saya ambil sekarang walaupun saya tahu, minat saya tak sepenuhnya di situ. Tapi, saya cuba untuk minat apa yang saya belajar.
Bila saya dah meningkat dewasa, saya tahu. Kalaupun bukan kerana mak saya tak kasi saya jadi wartawanpun, saya tetap tak jadi wartawan. Kenapa? Sebab Allah dah tentukan rezeki saya bukan dalam bidang tu. Saya tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Sudah ditetapkan takdir saya begini dan semuanya pasti ada hikmahnya. Syukur..walaupun saya gagal menjadi seorang wartawan..saya masih ada peluang untuk berjaya dalam kehidupan saya sekarang. Dan saya redha dan bersyukur dengan apa yang saya kecapi hari ini.
Apa yang berlaku pada masa hadapan saya tak tahu. Mungkin saya akan bertukar bidang kerja siapa tahu kan? Apapun....yang penting, jangan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidup.
bukan mudah untuk orang di luar profesion untuk memahami karier seorang wartawan..
ReplyDeleteapa pun qada & qadar kita sudah ditentukan sejak azali...
kak imah....
ReplyDeletezati dulu pun masa mula2 masuk mktb, selalu sgt teringat2 nk masuk engineering..
smpai dh sem brp dh , jiwa masih lg nk masuk engineering..tapi la ni, zati syukur dan dh bole terima dah..saya cikgu bukan engineer..hehe..
Itu rezeki yg Allah tulis utk kita kan..kak imah engineer zati cikgu.. manusia merancang tetapi perancangan Allah adalh yg terbaik kan..
Bapak: Setuju. Dan mungkin sebabtulah saya tak jadi wartawan sbb apa yang telah ditentukan Allah itulah yang terbaik untuk saya. Bukan pasal mak saya atau siapa2. Apa yang saya ada sekarangpun saya dah bersyukur sangat. Yang penting saya bahagia dgn hidup saya skrg.
ReplyDeleteZati: yelah kan..bukan semua benda kita nak kita dapat. Kita punya impian tapi penentunya bukan di tangan kita. Apa yang ada hari nipun dah cukup mengembirakan kita. Skurang-kurangnya kita masih bernasib baik ada pekerjaan dan diberikan rezeki. Syukur Alhamdulillah...
dolu masa kecik2 mila ingat nak jadi Doktor.. bile dh dewasa nih, rasa tak tau nak jadi apa... engineer? lecturer? wedding planner? mila just follow the flow... apa jua diri kita, yang penting kita berusaha dan buat sebaik mungkin... =)yang lain, berserah kepada-NYA... =)
ReplyDelete