Showing posts with label Pandangan Tentang perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Tentang perkahwinan. Show all posts
Tuesday, June 19, 2012
Darah Yang tak Berapa Nak Manis
Selalu dengar perkataan "darah manis" untuk orang yang sedang bertunang. Mula2 buat tak tahu, kurang percaya..tapi bila macam-macam jadi, saya dah mula faham apa sebenarnya yang orang asyik cakap "darah manis' tu..
First, sebab orang panggil "darah manis' ni..setan banyak sangat suka kacau. bila dah pasang niat nak bina masjid, nak halalkan hubungan yang haram, maka setan takkan sewenang-wenangnya biarkan si hawa & si Adam buat benda yang baik. Sebab tu, time bertunang ni kena kawal kelakuan, kawal nafsu, kawal marah, jangan buat benda terlarang sebab semua tu adalah godaan & hasutan setan. tapi, bila terlafaz aje ijab & kabul antara teruna & dara, maka menangislah para syaitan ni kerana gagal dalam usaha mereka menggoda manusia. Mungkin sebab inilah yang orang tua-tua suka cakap "darah manis" tu.
Second, maybe sebab orang yang bertunang ni suka berangan terlebih. Emosi selalu terganggu. Tak sabar nak kawen maybe? hahaha....sebabtu ada yang terhiris tangan sendiri masa tengah potong sayur, masakpun terlebih garamla, terlebih gula la....jatuh pokok la..accident la & so on..huhu...saya dah alami benda ni. Tapi bukan sebab berangan. Nasib2. Benda nak jadi kan..dugaan betul. Pasal nilah orang tua-tua asyik cakap "darah manis" tu..
Third, maybe sebab banyak dugaan & cabaran yang harus ditempuhi. Masalah dari bermacam pihak yang boleh buat darah menggelegak, kepala macam nak pecah & mungkin juga ada pihak ketiga yang nak mengaggangu hubungan pasangan bertuanang tu. Darah manis kan menarik perhatian orang kan? Mulut2pun suka bangat nak mengata. Sebab tu hubungan pertunangan kadang2 boleh terputus disebabkan benda2 ni je....sebabtu orang tua tak bagi bertuanang lama-lama....
Tak tahulah apa rasa darah si tunangan orang. Manis ke? Taknak rasapun sebab takut nanti tetiba jadi geng vampire diaries pulak .Tapi bila hari ni dengan tak sengaja tertumpahkan minyak panas atas tangan kiri terus rasa darah saya dah tak manis lagi! huhu...sakit gila. pedihnya Allah sahaja yang tahu. Housemate pulak sibuk cakap "darah tengah maniskan... sebab tu asyik ter accident jer". huhu..Mc hari ni. Tangn kiri lansung tak boleh di genggam. Dah mula menggelembung & bengkak. Dalam sakit tapi gigih gak nak mengupdate entri walau menulis dgn sebelah tangan.
Itu telahan saya jer..tak tahu betul ke tak. Korang ada pandangan tentang darah manis ke?kongsilah dekat sini (^_^)
Wednesday, April 18, 2012
(Video)Jawapan Ustaz pada Persoalan berkaitan perkahwinan Dalam Islam (Antara Tuntutan & Adat)
Berkesempatan tonton video ni bulan lepas lepas ada kawan saya yang share dekat facebook. Satu perkongsian yang bagi saya sangat bermanfaat untuk semua. Dalam masa menghitung hari ni dan sebelum bertunang lagi, saya memang rajinkan diri membaca artikel dan buku-buku berkaitan persediaan perkahwinan, kehidupan bekeluarga dalam islam dan hukum hakam berkaitan dnegannya. Pendek kata, untuk mendirikan rumahtangga harus bersedia dari semua perkara. So, dekat sini saya nak share satu video yang saya rasa sanagt bermanfaat untuk semua dan menjawab banyak persoalan berkaitan majlis perkahwinan. Boleh tengok direct dekat Youtube.
Insya-Allah...Kita berusaha untuk lakukan seberapa mampu dan terdaya supaya segalanya dipermudahkan dan diberkati-Nya.
Insya-Allah...Kita berusaha untuk lakukan seberapa mampu dan terdaya supaya segalanya dipermudahkan dan diberkati-Nya.
Tuesday, March 20, 2012
Komen Orang Ramai Bila Belanja kahwin Cuma RM 5522.50
Masa tengah layari FB time lunch hour tadi ada kawan saya yang share pasal perkahwinan cara islam yang kosnya cuma RM 5522.50. Seronok je bila tengok jumlah belanja tu yang tak membebankan.
Tapi rasanya, ini kenduri yang dicadangkan untuk sebelah pihak je dan majlis makannya dimasak sendiri secara bergotong royong. Mungkin sebelah lelaki tak buat kenduri kot.Saya taknak komen banyak sebab sayapun ada pendapat sendiri. Saya tertarik dengan komen2 orang tentang isu ni. Jom tengok respon diaorang yang mana sempat saya print screen.
Macam-macam respon kan? Ada yang setuju ada yang tidak. Tapi majoriti lelaki yang bagi komen semuanya nak majlis yang nilainya tidak mebebankan mereka. Bagi saya, cukuplah sebuah majlis yang sederhana, mudah , tidak memmbazir dan tidak membebankan saya, pasangan dan keluarga kedua-dua pihak. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Kehidupan selepas kahwin jauh lebih penting sebenarnya.
P/s : Hakikatnya walau bagaimanapun bentuk majlis perkahwinan zaman sekarang, yang kecil, yang sederhana, besar atau yang mewah, orang tetap juga akan mengata. So, bersabarlah sebab dunia ni takkan lepas dari orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain.
Tapi rasanya, ini kenduri yang dicadangkan untuk sebelah pihak je dan majlis makannya dimasak sendiri secara bergotong royong. Mungkin sebelah lelaki tak buat kenduri kot.Saya taknak komen banyak sebab sayapun ada pendapat sendiri. Saya tertarik dengan komen2 orang tentang isu ni. Jom tengok respon diaorang yang mana sempat saya print screen.
P/s : Hakikatnya walau bagaimanapun bentuk majlis perkahwinan zaman sekarang, yang kecil, yang sederhana, besar atau yang mewah, orang tetap juga akan mengata. So, bersabarlah sebab dunia ni takkan lepas dari orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain.
Tuesday, February 14, 2012
Bila Adat Perkahwinan Lama Di“Modern”kan......
1. PELAMIN
Pelamin Dulu-Dulu
Dulu2 orang melayu ada yang tak sanding atas pelamin. Akad nikah je. Kalau nak sanding, boleh sanding bawah pokok …Letak kerusi 2 buah. lepas tu buat back drop daun kelapa, pintu gerbang pun dari daun kelapa. Dah siap! Mudah dan jimat kos!
Pelamin Sekarang
Pelamin sekarang ada macam-macam style dan nampak mewah dan modern. Ada jenis ber panel, tiang rom la, tiang parsi la..pelamin telur la..macam-macam. Harga pun sampai cecah ribu ringgit. Kerusi pun dah up to date. Guna sofa, kerusi cleopatrala, kerusi sampan..sofa tinggi la..macam-macam. Yang penting ada duit, semuanya jadi…susah nak jumpa pelamin yang berkonsepkan adapt melayu dulu2. means macam pelamin diraja ke. Pelamin ukiran kayu ke..semuanya banyak style English..huhuhuhu
2. HANTARAN
Dulu-Dulu
Walaupun time tu saya masih kecik-kecik, saya masih ingat dulu2 orang bagi hantaran kebanyakannya gula, garam, syumi, gula-gula, buah…gula dan garam tu buat bentuk macam-macam. Jadi lada merahlah, jadi sotongla (guna span), syumi pulak gubah bagi jadi macam buah jambu air. Kreatif! Kalau sekarang bagi gula dan garam.. memang sakitlah nak tadah telinga dengar orang duk mengumpat! Hahaha….
Sekarang
Sekarang ni style hantaran semuanya memerlukan banyak belanja. Hiasan untuk hantaran saja dah cecah ratusan rinnggit. Manik berantai, fresh flower, artificial flower dan macam-macam. Dulang hantaran pun macam-macam style sekarang. Jenis sarngkar lah, raga lah.. Itu belum campur dengan barang hantaran yg semuanya “modern” style. Beg tangan, kasut dan wangian maybe kedengaran biasa. Tapi kalau i-pad, i-phone. Laptop semua tu kira hebatlah kan? Untuk hantaran sajapun boleh cecah ribuan ringgit.
3. BUNGA TELUR
Dulu-Dulu
Dulu-dulu bunga telur semua orang buat sendiri jer. Guna crepe paper, straw, plastic, macam-macam. Jimat kos. Lagipun bila ada kenduri, ramai jiran tetangga yang kasi bunga telur. Tak perlu nak buat banyak-banyak. Simple jer tapi best sebab boleh tengok macam-macam style bunga orang buat. Dulu, hidup bermasyarakat tu best dan erat. Tak macam sekarang. Jiran sendiripun belum tentu kenal. Bunga telur dulu cucuk dekat batang pisang atau buah betik je. Jimat..tak yah nak beli bekas pahar tu..
Sekarang
Bunga telur lebih moden. Harga pun dalam seringgit gak sebatang. Orang suka beli je sekarang, malas nak buat dah. Beli-belipun, harga mahal jugak. bekas cucuk bunga telurpun orang beli. Mana lah nak jumpa batang pokok pisang dekat Bandar ni ha..kalau adapun, orang malu nak guna..huhuhu
4. BAJU PENGANTIN
Dulu-Dulu
Dulu-dulunya style lebih classic dan memang macam baju tradisi orang melayu. Kebaya, songket, kebarung dan kurung. Selalu orang tempah atau jahit sendiri je. Xcrowded sangat. Jarang orang sewa. Siap pinjam2 pun ada. Agaknya time tu butik pengantin xbanyak kot. Tapi suka jugak wedding dress dulu2..simple, klasik dan nampak lebih kemelayuan.
Sekarang
Sekarang nya style wedding dress memang cantik2.,superb dan macam2 style..boleh perasan macam artis kejap bila dapat pakai baju cantik2 macam ni. Hehehe…Tapi fesyen memang bukan sepenuhnya tradisi melayu la... Even baju kebaya dan baju kurung pun dah design macam style kebudayaan lain. Nampak elegance dan cantik tapi hargapun cantik gak. Sewa pun mahal jugak. Huhuhu…kalau ambik pakej siap semua benda pun ribu riban gak la...huhuhu
5. INAI
Dulu-Dulu
Orang pakai Inai dekat jari je. Ambik daun inai dari pokok tu. Selalu inai daun ni warna cantik dan kekal lama. Warnapun merah
Sekarang
Orang melayu ni suka tiru style budaya lain pakai inai. Lukis inai dah macam inai orang india dah. Ada setengah ustaz cakap, dah macam tatoo. Cantik ke? tak tahulah bagi korang. bagi saya tak cantikpun. Certain orang pakai inai bagi jadi warna hitam, bukan merah. Hmm..macam2 style ye sekarang nih. Dah jauh benar dari adat melayu dulu2... Yang ini pun kena duit jugak nak suruh org lukis inai..
6. KENDURI
Dulu-Dulu
Majoriti orang buat kenduri dekat rumah sendiri. Makanan pun disediakan secara bergotong-royong. Time dulu hidup bermasyarakat ni memang kuat bond nya. Ada saja saudara mara dan jiran tetangga yang datang menolong. Best kenduri dulu2. Makanpun secara berhidang. Rumah pengantin memang riuh rendah dengan kunjungan orng ramai, Best! dekat kampung masih banyak lagi yang buat kenduri di rumah sendiri dan secara gotong royong. Boleh bersembang dan bertegur sapa tanpa rasa kekok. tak rasa formal pun. best sesangat! Dekat bandar semua ni dah tak ada.
Sekarang
kenduri banyak guna khidmat katering dan buat dekat dewan. Mungkin faktor tak ada siapa nak tolong, masalah kesesakan laluan ke rumah dan banyak faktor lain, dewan adalah pilihan utama di kawasan bandar. Katering memang yalah...susah nak jumpa jiran dan saudara mara yang ikhlas menolong macam dulu2. Dekat bandar, semangat kejiranan tu tak kuat macam di kampung =( . Sewa dewan, upah katering semuanya memerlukan belanja yang tinggi. Boleh cecah belasan ribu ringgit hanya untuk dua benda ni aje..
7. FOTOGRAFI
Dulu-Dulu
Selalu gambar kawan-kawan tangkapkan. Tangkap pun masa hari kawen je. Itu je. Outdoor semua tu tak ada. Yalah, kamera dulu-dulu manalah canggih mana. fotografer pun tak ada. Main snap sendiri je. tapi cukuplah..ada jugak gamabr kawen yang boleh disimpan untuk kenangan.
Sekarang
Dah banyak pakej fotografi perkahwinan. untuk pre-wedding lah, engagement lah, nikah, resepsi, outdoor, bertandang. Semua ada. Tunggu keluar duit je bayar. nak album macam manapun boleh pilih. sticky album, custom album..story book..semua ada. Dan service nya tentu sekali terbaik sebb memang fotografer berpengalaman kan. pandai cari dapatlah gambar yang cantik2. nak buat video pun boleh. Untuk ini saja pun boleh cecah ribu ringgit jugak.huhuhu...
8. KAD KAHWIN
Dulu-Dulu
Kad kahwin jenis kertas A4 lipat empat yang fotostat. tapi yang zaman sebelum tu xpasti pulak saya, panggil mulut je kot. maklumlah..semangat kejiranan tinggi, majoroti orang sekampung tahu rumah masing2. Tapi dekat kampung saya masih banyak lagi kad kawen macam ni. simple dan murah. memang majoriti kad kahwin dekt kampung saya mcm ni.hehehe..Takpe, yang penting ikhlas mengundang =)
Sekarang
Dah jadi trend kad kahwin cantik-cantik. Jenis ada gambar sendiri la, boleh buat kalendar lah..macam-macam. harga pun mahal jugak. Untuk kad kahwin pun boleh cecah 1k jugak kalau dibuat dalam 1000 cetakan. huhuhu..tupun dah devide pada dua pihak. Sebab tu setengah orang suka undang dekat facebook je. nak pos kad pun, setempun paling kurang 60 sen. itu harga setem.
Kalau ikutkan..banyak lagi benda yang nampak perbezaan tentang adat perkahwinan dulu dan sekarang. Kadang-kadang rasa macam adat yang bebankan diri untuk kahwin, tapi bila difikir-fikir balik, kemodenan adat tu yang buat kos perkahwinan melambung tinggi. Sebab tu majlis kenduri untuk satu pihak saja paling kurangpun boleh sampai belasan ribu ringgit. Ada jugak sampai puluhan ribu ringgit. Mana tak ramai pasangan sekarang tak buat pinjaman peribadi untuk kawen. Banyak betul kan? Sekadar perbandingan peribadi. ukur bajet di poket sendiri. kalau mampu, buat,tak mampu buat yang wajib je. Yang penting kehidupan lepas kahwin mesti kena ada simpanan duit. Itu yang paling penting...
P/s: Semua gambar adalah dari carian google. Gambar sekadar hiasan. tak ada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati. Entri berbentuk pendapat peribadi, bukan berkaitan dengan wedding sendiri atau menujukan pada mana-mana pihak. Peace =)
Subscribe to:
Posts (Atom)

















