Baru jumpa ayat best ni semalam time blogwalking pasal2 bab
kewangan. Macam yang saya cakap dalam entri lepas2 dalam blog ni, tahun 2013, di usia 26 tahun barulah
saya rasa yang saya celik sikit bab-bab kewangan ni. Baru nak serius dalam
menyimpan, serius dalam berbelanja & serius dalam pelaburan. Sebelum ni
setakat ala kadar, fokus simpan duit tu banyak untuk capai matlamat sendiri, contoh
macam simpan sebab nak kawen, nak beli kereta. Menyimpan untuk benda yang belum
nampak tu memang takde kesedaran pun. Maybe sebab baru keja dalam setahun dua,
so masih bertatih pasal financial planning. Takpe, xde istilah terlambat untuk
sedar. Lebih baik sedar dari tak jugak sedar2 kan? Jom nak share dengan korang
apa yang saya dapat dari blogwalking semalam!
Selalu kita guna ayat “ikut kemampuan” kan bila cakap
tentang cara kita berbelanja. Tapi the best things, kalau kita mampu untuk
tukar “ikut kemampuan” tu pada “bawah kemampuan”. Nampak pelik kan ayat ni?
Macam mana tu?
Maksudnya, kalau kita mampu untuk pakai kereta besar yang
bayaran bulanannya cecah ribu ringgit, kita downgrade untuk pakai kereta
sederhana yang bayarannya dalam ratusan saja bulanan. Lebihan dari duit tu kita
simpan atau laburkan. Satu lagi kalau kita mampu pakai baju branded, tudung
branded yang harga memang tentu2 mahal, kita downgrade kan pakai baju yang sama
jugak kualitinya, tapi harga jauh lagi murah. Kalau kita mampu untuk buat
majlis dekat hotel mewah, apa kata kita tukar buat saja di dewan yang harga
sewanya jauh lebih murah. Walaupun pada dasarnya, kita “mampu” untuk buat semua
di atas tapi cara terbaik untuk berbelanja & gandakan simpanan adalah
berbelanja di bawah kemampuan. Means, kalau mampu bayar 1200, kita turunkan
sikit pada 900 je ke? So kita dah jimat 300 dekat situ. Kalau ikut kemampuan
kita berada betul2 di garisan kemampuan kita kan? Mungkin jugak kita xleh
berjimat sangat pun dengan cara hidup macam tu. Ada benda yang patut di
upgrade, ada benda yang patut di downgrade. Downgrade cara hidup yang selalu
berbelanja secara boros & upgrade kan simpanan & pelaburan kita.
Hah, ni yang saya dapat belajar semalam. So, lepas ni kena praktik la apa yang saya belajar ni. Oh ya! Lagi satu ayat yang selalu saya pegang sampai sekarang, “ Tak pentingpun berapa banyak pendapatan kita dapat, yang penting berapa yang dibelanjakan & yang berjaya disimpan”. So, kalau sikit ke banyak ke xpe, yang bezakan kita cara kita berbelanja & berapa banyak yang kita leh simpan.
harap-harap kita dijauhkanlah dari benda-benda macam ni.....hidup yang dikelilingi hutang sampai hadapi masalah kewangan yang kronik & jadi muflis.
Tak kisahlah apa orang nak cakap, pakai baju xbranded,
keretapun biasa, rumah biasa..semua biasa2 aje . X macam orang berduit. Takkan
itupun xmampu beli kan? Xpe2….apelah
sangat kata orang kan? Yang menanggungnya kita. Yang nak membayar segala bagai
tupun kita bukannya orang yang kata tupun kan. Kena fikir jugak belanja sebab
nak tunjuk dekat orang, nak orang puji or kita belanja ikut keperluan, bawah
kemampuan kita? Yang penting kita rasa senang je hidup tak sesak kepala pikir
hutang yang berkepul2 nak kena bayar setiap hujung bulan. Orang hanya Nampak
yang “kasar” depan mata, kereta mewah, rumah mewah, barang2 mewah tapi perkara “halus”
macam hutang piutang, asset & simpanan bukan org tahupun kan. So,
jangan judge kewangan seseorang hanya berasarkan apa yang kita nampak.
Jom sama-sama ubah cara hidup!
Betul tu..Kadang2 kita ni terlambat sedar ttg kepentingan untuk menyimpan duit dan tak ramai yang nk hidup dibawah kemampuan..termasuklah diri sendiri..btw salam kenal dr miss hidy..silent reader je sblm ni..hehe..
ReplyDeletepayah nak hidup bawah kemampuan kalau mudah terpengaruh..
ReplyDeleteperkongsian yang sangat2 berguna untuk golongan belia awal 20an-30an.. saya pun dh keje hampir 1 setengah tapi saving x bnyk mana pun..lepas baca ni, nak berazam belanja lebih berhemah dan apply moto" belanja di bawah kemampuan"
ReplyDeleteperkongsian yang sangat2 berguna untuk golongan belia awal 20an-30an.. saya pun dh keje hampir 1 setengah tapi saving x bnyk mana pun..lepas baca ni, nak berazam belanja lebih berhemah dan apply moto" belanja di bawah kemampuan"
ReplyDeleteSetuju, saya pun mengamalkan prinsip hidup dibawah kemampuan ni.
ReplyDeleteBtol2. Kita setju jgak. Biarkan apa org nak cakap tentang kita,bukan dia pun yg bagi kita duit belanja.hehe.
ReplyDelete