So, sini saya letak maklumat yang saya dapat tentang Detailed Scan:
Apa itu detailed scan?
Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.
Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?
Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Detail scan ini jugak dapat mengesan kecacatan bayi seperi kecacatan muka seperti mengesan sumbing, struktur kecacatan jantung, organ-organ bayi seperti kaki & sebagainya. Namun, scan ini hanya boleh mengesan 70-80% kecacatan fizikal bayi tetapi bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?
Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.
Bolehkan scan menentukan jantina anak saya?
Sepatutnya pada masa ini jantina bayi sudah dapat ditentukan dengan jelas.Kira detailed scan ni boleh check part yang dalam2 badan baby la kan..
Saya memang nak sangat2 wat detail scan ni sebab nak tahu tahap kesihatan baby, kesempurnaan tubuh badan baby & juga lain2 abnormality yang boleh dikesan dari peringkat awal. sekarang ni zaman serba canggih, since dalam kandungan lagi dr boleh detect apa2 yang tak normal pada baby.
Ok..saya bukan mintak nak anak sakit, xnormal, xsempurna macam orang lain. Tiada perkara lebih indah kalau ibu bapa tahu anak dia sihat, sempurna sifat & membesar macam anak-anak yang lain. Tapi kalau perkara macam ni terjadi, saya & husband harus bersedia untuk terima. At least dari segi mental &fizikal. Macam tu jugak kewangan. In case kalau jadi apa-apa, kami boleh ambik langkah awal, planning untuk perkara seterusnya. Dan ada juga perkara abnormal yang boleh dirawat awal oleh doktor ada jugak yang memerlukan rawatan selepas dilahirkan. Tapi kalau kecacatan kekal, mungkin peluang tu tipis. Sebab tu xsalah kita tahu awal, at least kita bersedia bila baby lahir apa rawatan yang patut dilakukan. Dari segi kos, penjagaan & so on. Semua tu doktor akan bagi penerangan nanti.
Detailed scan ni dengar macam takut. Ada orang cakap tak payah buat sebab kalau kita tahu hal sebenar kita akan sedih, tapi bagi saya normal atau tak dia tetap anak kami. Persediaan tu perlu dari segala sudut. Scan ni bukan semata-mata seronok tengok baby dalam perut tapi jugak nak tahu perkembangan bayi, tumbusaran dia macam mana. Sebagai parent, memang kita nak yang terbaik untuk anak kita since dia dalam kandungan lagi.
Dah buat appoiment dengan klinik esok. Berdebar sangat. Semoga segalanya baik-baik saja & diberi kekuatan untuk terima sebarang kemungkinan. In sha Allah...
Untuk lebih penerangan tentang detailed scan boleh rujuk SINI
mmg eksaited kan kalau nk scan.. nk tengok baby sendiri kottt..
ReplyDeletecik hani doakan semuanya dalam keadaan sihat sahaja.
betol2..xde sapa nak anak yg x sempurna kan...kita yg tengah mengandung ni kadang2 terfikir sihat ke anak kt dlm perut ni..cukup ke x zat nye...risau...tp ecah sampai hari ni x gi scan lg..even scan yg biasa2 tu..huhu
ReplyDeleteinsyaAllah smuanya baik2 je...jgn risau2 tau ;) tp 4d scan tu sronok sgt bila buat, leh tgk baby tergolek2..ehehe..lin everytime check up kat private doc mmg buat 4d scan...sronok betul...heee...so now dh ada 7koleksi 4d scan image baby...ima gi la cecepat buat 4d ;)
ReplyDeletenanti share la resultnye ok..hehe..syaz nanti kalau ade budget lebih nak buat jugak 3d/4d..nie pon dah lama x scan rase rindu sangat nak tengok baby =)
ReplyDeleteMelalui detailedd scan ni la sy dpt tahu baby sy anaencaphaly last year kat hospital ampang.itu kenyataan yg pahit yg kita kena telan.kandungan x boleh diteruskan.Allahuakbar.
ReplyDeletesy pon dh buat masa kandungan usia 21week sbb kes mkn ybat tp lekat jugaš¤£š¤£takit efek pd bby jd buat la detail scan..syukur semua nmpk ok...doc ckp 80% bby girl hrp ianya betul..
ReplyDeletesy pon dh buat masa kandungan usia 21week sbb kes mkn ybat tp lekat juga����takit efek pd bby jd buat la detail scan..syukur semua nmpk ok...doc ckp 80% bby girl hrp ianya betul..
ReplyDelete