Saya pernah cakap dekat entri before ni saya & husband dah decide nak deliver baby dekat mana kan? Boleh rujuk entri SINI .since 4 bulan lagi kami dah mula fikir pasal dekat hospital mana nak bersalin. Sekarang ni dah masuk 6 bulan, lagilah kena fikir kan. Disebabkan rumah saya, parent saya & parent in law jauh2,..so mula2 memang pening jugak fikir. kejap rasa nak bersalin dekat kampung saya dekat Kedah, lepas tu husband suggest bersalin dekat kelantan..pening jugak memikirkannya.
Bersalin dekat kedah?
Memang ikutkan saya nak je bersalin dekat kedah. So, pilihan memang hospital Jitra ataupun Hospital sultanah bahiyah Alor star. kalau stay dekat rumah parent memang kena deliver baby dekat Hospital Jitra la sebab tu yang paling dekat. Kalau stay rumah kakak saya, memang dekat dengan hospital Alor star.
kalau hospital Jitra, kira dekat tu xlah dekat sangat. Dalam 30 minit jugakla dari rumah. Hospital ni xbesar sangat, hospital daerah kan. Tapi, suasana ala-ala kampung. Aman je rasa..banyak pokok. wad pun banyak jenis memanjang ke belakang. Kena banyak jalan sikit la pelawat yang datang sebab kebanyakan wad semua jenis satu tingkat. xde bertingkat-tingkat. Ada jugak saudara yang pernah bersalin sini, okla. Sayapun pernah kena tahan kejap masa keracunan makanan time awal preggy dulu dekat sini. Time tu doktor & nurse memang ok & baik. xjumpa lagi yang garang. kalau ada yang garang2 pun standardlah kan....hospital goverment, xleh expect layanan first class, bayarpun murah kan. Tapi kalau kes emergency, hospital Jitra ni selalu refer ke hospital Alor star.
Setakat review saudara & kakak saya yang bersalin dekat hospital sultanah bahiyah ni memang ok la. Even nurse dan doktor pun baik2. kakak sayapun tak pernah dapat pengalaman xbest dekat sini. Hospital baru, semua facility lengkap & ward pun selesa.
Tapi yang xbest, mak saya belum pencen time EDD saya nanti. EDD saya hujung bulan 2, tapi mak saya pencen dalam bulan 7. So, rasa xde yang boleh jaga saya berpantang sepenuhnya time ni kalau saya nak berpantang dekat kampung. kakak saya dulupun berpantang rumah mak mertua dia. Huhu...sebab weekend aja mak saya boleh jaga sepenuhnya. Kalau saya stay rumah kakak saya, In sha Allah dia boleh jaga sebab dia full time housewife tapi saya segan nak susahkan abang ipar saya nak hantar gi hospital time saya sakit nak bersalin. Huhu...segan walaupun dia memang senang nak mintak tolong...Satu lagi sebolehnya, saya nak husband saya ada time saya nak bersalin. tak dapat masuk sekali dalam labour room pun xpe janji dia ada time tu. Kalau plan nak bersalin dekat kedah, kena ambik cuti awal utk balik kampung. tapi saya ni keja swasta, manalah banyak sangat cuti. Cuti bersalin pun 2 bulan. sayang nak ambil cuti bersalin awal sangat sebab takut dah balik kampung pun bersalin lewat dari due date. Sebab experience mak & kakak saya anak sulung masing2 lambat seminggu dari EDD deliver baby. So, saya takut sayapun macam tu jugak. So, terpaksa cancel plan untuk bersalin dekat Kedah.
Bersalin dekat kelantan?
Kalau dekat kelantan husband suggest deliver baby dekat HUSM ( semi gov hospital). Satu sebab mak mertua saya semua anak dia bersalin dekat sini dan service Alhamdulillah ok. Satu lagi sebab dekat dengan rumah dia dekat kampung. Husband cakap sini banyak doktor pakar. kekadang kes emergency dekat hospital Kuala terengganu atau Kota bharu pun tolak dekat HUSM.
kami fikir if ada apa-apa komplikasi pada saya & baby, at least dekat hospital ni facility cukup. pernah baca kes mommy yang bersalin dekat hospital swasta, koma then transfer dekat hospital ni. Tapi masalahnya sama macam dekat kedah. Saya kena ambik cuti awal, dan takut kalau xbersalin on due date, cuti xder dah. Satu lagi husband xde time tu sebab dia mesti kena balik shah Alam untuk kerja. Takut ambik cuti banyak2, saya xjugak bersalin lagi. Tapi sebolehnya memang la mintak nak bersalin bila cukup masa, tapi apa jadi ke depan, mana kita tau kan. Saya pulak segan nak menyusahkan mak mertua untuk jaga time berpantang. memang segan sangat walaupun dia memang baik sangat2.. Huhu..So, terpksa cancel plan nak bersalin dekat Kelantan.
Ni memang last choice la. nak tak nak memang kena bersalin dekat sini. First, sebab tak perlu ambik cuti awal sangat untuk balik kampung. Second, in sha Allah husband ada & boleh jaga kalau bersalin dekat sini. Third, sini pun banyak hospital yang boleh pilih tak kira swasta, semi gov or gov. Apa-apa kena survey jugak. Banyak faktor yang kena di ambil berat bukan faktor layanan/ service semata-mata. kena ambik kira facility yang cukup & canggih, kemudahan doktor pakar, kes2 emergency pada ibu & baby, hospital leh cover ke tak dan macam2 lagi..Sebab ini pengalaman pertama, anak sulung so saya dan suami memang kena betul2 wat pilihan. Selebihnya doa & tawakal semoga pilihan kami tu betul.
Shah alam ni memang banyak hospital swasta. kalau government, tengah construct lagi. kalau government hospital yang bakal siap tu senang, dekat sesangat. dari rumahpun boleh nampak bangunan hospital tu. tapi xsiap lagi..so kena cari hospital lain. Hospital klang? Sebolehnya saya tak nak. Banyak sangat pengalaman xbest masa melawat sedara & kawan sakit dekat sini, Baca review pun banyak yang horror je. lagipun sini crowded sangat. semua orang serbu ke sini, kekadang katil sampai xcukup. Nak bersalinpun siap kena tunggu atas kerusi sebab katil penuh.
Satu lagi, husband saya keja GLC, so memang ada peruntukan untuk maternity cost cuma ada limit la. lepas tu sebolehnya kena cari hospital panel. so, dekat shah Alam cuma ada dua je panel hospital .
1) KPJ Shah Alam
baca review banyak yang ok dari tak ok. Cost untuk bersalin normal pun harga affordable. Tak mahal sangat. kalau kena top-up duit sendiri dalam 2k-3k pun in sha Allah masih dalam kemampuan. Tapi yang xbest harga czer memang mahal sungguh. kalau elective czer ( kes czer yg awal2 tahu memang xleh bersalin normal) pun cecah 8k. Itu kalau kita dah tahu..kalau yang emergency saya baca pernah cecah sampai 10k ++. ada jugak yang kena sampai 12k. masha Allah...memang tak mampu la. terus terang cakap. Sebab anak sulung memang takleh agak ada kemungkinan tak yang akan kena czer. Sebolehnya kita nak normal, semua nak normal delivery kan, tapi kalau tetiba kena czer, kena fikri jugak faktor kos yang mahal tu. Itu belum campur lagi kalau tetiba anak ada problem ke, xpasti hospital ada kemudahan untuk kes2 yang kritikal & emergency ke x. Kos? mesti lagi lebih. ngeri fikir pasal cost ni. Sebab selalu hospital swasta banyak yang akan refer ke government hospital bila kes emergency yang diorang xleh cover. Tapi untuk normal delivery, sini memang ok. cuma saya kena fikir jugak faktor lain mcm in case kena czer, anak & saya ada apa2 masalah.....
2) Hospital Columbia Asia
yang ni kalau dekat shah alam, xdapat banyak sangat review tapi kalau yang dekat puchong banyak yang cakap ok. even check up pun ramai yang datang sini. Tapi masa saya buka website hospital dia dekat shah Alam, banyak doktor non muslim, saya x nakla. rate bersalin normal lebih kurang sama dengan hospital swasta lain cuma untuk czer xpasti. tapi jarak dari rumah nak ke sini tak dekat sangat , saya tak tahu kenapa saya tak berapa minat nak bersalin dekat sini.
Untuk anak sulung, kawan2 yang dah jadi ibu banyak suruh saya refer hospital government atau pun kalau nak gi swasta, pilih hospital yang besar2 . jangan ambik hospital yang kecik2 sebab takut facility tak cukup. doktor pakar kurang. kalau jadi pape kes emergency kes, takut diorang xleh cover dan selalu memang akan refer government hospital jugak. Kalau sempat Alhamdulillah..kalau xsempat tu yang takut. Tapi, benda macam ni kena doa banyak2 mintak dielakkan. moga klu ad emergency pn semuanya selamat.
Entahlah..walaupun orang cakap hospital government layanan xbest, tapi dari segi kelengkapan facility, kepakaran diorang handle kes2 emergency memang kebanyakkan hospital swasta xleh nak challenge. Cuma yang letih bab menunggu sebab ramai orang ataupun layanan kurang mesra. Tapi goverment hospital dekat dengan tempat saya cuma hospital klang yang crowded sangat tu, review banyk xok dari yang ok, so terpaksa cari hospital lain. contohnya macam semi government hospital. Separuh swasta, separuh government.
So..saya decide nak gi semi government hospital saja. In sha Allah...Pilihan saya nak deliver baby dekat sini.
Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM)
kenapa PPUM?
sebab sini facility untuk ibu bersalin dan baby cukup. Satu lagi, kalau kes emergency untuk baby macam masalah pernafasan & lain-lain kes, in sha Allah sini ada kemudahan untuk semua tu. Orang cakap sini banyak pakar kanak-kanak & O&G. Hospital pakar kanak-kanak yang hasil idea Datin sri rosmah mansur pun nak buka dekat sini. Oh ya, satu lagi sini wad bersalin dia dah tukar bangunan baru tau, memang cantik dan selesa.
PPUM ni kalau ikut xde dekat manapun dengan shah Alam. tapi tu je semi gov hospital yang paling dekat dengan saya. kalau HUKM jauh. HUKM husband dibenarkan masuk tapi PPUM xboleh. Huhu....ni yang tak berapa best. ada yang cakap PPUM ni boleh request doktor perempuan cuma caj dia lebih sikit. Dari segi lokasi dari tempat kerja saya dengan husband memang dekat jer cuma dari rumah je jauh sikit. kalau sakit dekat tempat kerja, senang jugak. PPUM xjauh. hehe...Kalau kena sakit nak bersalin time pagi2 orang nak gi keja tu yang parah. federal highway kn jammed teruk. Huhu..kena pujuk baby ni suruh keluar time weekdays malam je takpun weekend aje. Boleh x baby? hehe..
Bila baca review, ada yang cakap ok. ada yang cakap so-so je tapi pengalaman kawan kawan baik & officemate saya bersalin dekat sini Alhamdulillah ok. Kalau baca review hospital swasta yang best2 pun ada jugak cakap service xok, ada yang ok. yelah tiap orang pengalaman xsama kan. Ada bahagian masing2. sakit bersalin pun xsama. keadaan anak pun xsama. Tak boleh nak expect lebih2 sebab situasi kita masing2 xsama cuma apa yang jadi dekat orang lain kita wat panduan. kawan & officemate ramai recommend saya pergi sini. Saya belum booking lagi. Rasa dalam 7 bulan macam tu baru nak gi booking. kalau dah berjaya booking & check up dekat sini baru saya story k. Harap2 semua dipermudahkan sepanjang pregnancy journey & anak & ibu selamat.
In sha Allah..
Imah.. nak buat keputusan bersalin bukan senang kan..nak kena pikir segala susah senang kan..
ReplyDeletekos, keselesaan,kesenangan saudara nak melawat..etc
Ok dh tu imah.. Bnykkan ckp n pujuk bby.. InsyaALLAH baby faham
ReplyDeletetula..kena pujuk baby ni..hehe
Deleteimah lena g booking awal-awal....6 bulan dah kena g booking...haritu aku g kk...dia cakap tak dapat tempat sebab tarikh yang dia nak bersalin ramai orang...doktor kata kena g masa kandungan 6 bulan...heheh...
ReplyDeleteAkundengar jugak pasal ni. Tapi adamkawan aku dekat 9 bulan baru g, dia terima jugak. Tapi xpe, nnti aku try gi before masuk 7 bulan
Deletekena bukan lena
ReplyDeletepening juga nak memilih hospital2 ni kan. Semoga imah dapat bt pilihan yg terbaik :)
ReplyDeletetula..in sha Allah. tq ya
Deleteecah pilih nak bersalin kt Hosp Sg Buloh..lepas seminggu baru balik Pahang berpantang ngn mak..kalo bersalin kat Pahang xde org nak hantar nnt..facility n nurse pon ok..kalo imah takut jem kt federal, ikut guthrie la gi Sg Buloh..30 min jugak rasenye...hehe
ReplyDeletesungai buloh bagi imah jauh dr shah alam. huhu..dekat lagi klang. Doa xkena time pagi2 org nak gi keja la. Ada yg cakap contraction anak sulung lambat, in sha Allah sempat. tapi kalau emergency mungkin serah diri jela dekat hospital klang. hehe
DeletePPUM pon ramai kata ok..tapi mane2 pon sama je.. janji anak dan ibu selamat dan sihat :)
ReplyDeletemoga urusan dipermudahkan.. hehehe..
ReplyDeleteBie doakan moga semuanya selamat! :)
Just share pengalaman kak ayu. Both akak bersalin kat SALAM Seksyen 19. Alhamdulillah wp both czer (1st emergency sbb baby dah lemas, 2nd akak request nak czer heheh) dan 3rd operate appendiks!
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya OK. Doktor dan servis yg bagus. Harga pun ok-ok. Tak mahal melampau.
Akak doakan yg terbaik utk u. In shaa Allah semuanya selamat :)
byk pilihan ni hehehe papepon pilih yang terbaek untuk u & ur baby ok..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan imah..hope imah kuat,.. tqah kalau xde hubby tatau cmne..nasebla die tunggu..huuu..
ReplyDeletemmg pning kn pike nk besalin mn..sy seblm besalin dk umh mentua dulu..pntg br umh mak..hihi..hrap2 semua dipermudahkan..amin..
ReplyDelete