About Us

Sunday, November 24, 2013

Dilema tempat nak bersalin


Berkesempatan tengok semanis kurma hari khamis malam hari tu. Topik best: Aurat wanita masa bersalin. Officemate pun banyak yang asyik ingatkan saya suruh tengok. kebetulan saya memang tengah dalam dilema nak bersalin dekat mana. Mungkin korang tak tahu yang saya terpaksa cancel plan untuk deliver baby dekat PPUM atas banyak sebab. keputusan tu saya & husband buat lepas pergi survey sendiri dekat sana & baca review dari beberapa orang yang dah deliver dekat sana. ada pro & contra. jarak yang jauh then husband pulak bulan 12 ni kena transfer kerja dekat klang.  Lagilah jauh kalau dari site dia dekat klang tu nak bawa saya ke PPUM. Tu belum kira time jammed teramat dekat federal highway. Jarak hospital sangatlah penting dalam kriteria pilihan tempat bersalin.

Dan paling penting, saya tak nak jadi bahan experiment  time nak bersalin means taknak ramai2 doktor pelatih lelaki masuk  tengok saya nak bersalin. Saya baru tersedar & tahu pasal tu. Ada yang cakap boleh request doktor perempuan, tapi bila saya  tanya sendiri  dekat sana tak boleh. bergantung jugak kalau doktor perempuan  tu available atau tak time tu. Dan time check bukaan contraction pun doktor tak tentu, ada doktor lelaki, ada perempuan, so memang tak boleh nak pilih. Even time check up sekarangpun saya nak doktor perempuan, bersalin pun saya nak macam tu. Husband memang nak doktor perempuan yang handle  saya. Walaupun dia jenis yang fobia darah tapi dia nak teman saya time bersalin nanti. Dia nak cepat2 azankan baby kami sebab ada certain hospital yang ambik masa yang lama untuk bagi bapa azan baby. Kalau dia boleh teman, dia boleh terus azankan anak kami. PPUM masih lagi tak benarkan husband masuk.  Dua benda yang tengah dilema dalam diri. satu soal keselamatan saya & baby. sebab saya tahu facility untuk PPUM memang terbaik. banyak specialist dekat sini.  Untuk baby pun memang the best place. Satu lagi soal aurat & maruah diri. Even cost bersalin saya ditanggung oleh company husband saya, ( ada limit) tapi soal keselamatan pun saya kena titik berat. Tapi maruah diri, aurat pun sama penting. So, sepanjang 3 hari ni, jumaat, sabtu & ahad memang kerja kami survey hospital bersalin. Pergi sendiri ke hospital yang jadi panel husband saya. Kalau boleh nak cari yang baik dari segi facility & service serta ada doktor pakar.

Sekarang dah ada 2 hospital yang memenuhi kehendak kami. Soal cost untuk normal  memang di bawah limit tangungan company husband. Alhamdulillah..ada peruntukan company dia untuk  itu. Syukur sangat. Cuma yang risau, cost untuk czer. kami perlu cari hospital yang kosnya tak mahal sangat2. Bawah kemampuan kami. Saya tak mintak nak czer, tapi saya perlu fikir jugak tentang semua tu sebab kita tak tahu apa nak jadi time nak deliver nanti. Kalau ada komplikasi untuk saya & baby kalau hospital tak boleh cover, ada service tak untuk transfer hospital government. ( kes darurat).Kadang2 saya fikir, untuk benda lain kami boleh cari duit, boleh kumpul duit, Kereta, barang rumah, untuk kawenpun ikutkan majlis sehari tu beribu kami habis, kami saving dari awal ,untuk benda yang sehari jugak majlisnya, untuk perkara ni  why not labur sikit duit?  Kami tak kaya tapi untuk menyimpan dari awal in sha Allah boleh.  in sha Allah kalau niat kami baik Allah akan permudahkan. Rezeki tu ada, In sha Allah. Sekarang ni rezeki anak pun dah nampak walaupun tak keluar lagi. Husband selalu cakap dia tak kisah kena potong gaji kalau cost nanti over limit.Bab kos ni kami risau kalau kena czer saja. kalau normal in sha Allah tak risau sangat soal kos. Doa banyak2 mintak dapat bersalin normal tanpa komplikasi. kalau kos melebihi had bila ada pape masalah memang terpaksa jugak ke kerajaan. darurat sebab tak mampu.

Kadang2 saya pelik dengan orang yang suka komen menjatuhkan bila ada ibu yang bertanya soal bersalin dekat swasta dekat ruangan soal jawab ibu bersalin. Banyak komen menghentam. Orang fikir bersalin dekat swasta ni macam berlagak, membazir tapi kadang2 orang lupa yang tiap2 orang ada masalah masing2. bukan soal mengada-ngada atau demand. kalau orang tu cakap dia nak doktor perempuan taknak doktor pelatih lelaki masuk ramai2 tengok dia bersalin, tengok alat sullit dia ramai2, mengada2 ke? Ada yang lebih dasyat pengalaman, kena bogel time nak bersalin, then ramai2 tengok. Malu, sedih semua ada. Bila dia berkeras nak ke swasta tu soal maruah dia. Dia ada hak. Janganla menghentam. Ada yang nak husband dia ada dengan dia time deliver. Tolong jangan prejudice sangat! kalau yang nak bersalin dekat kerajaan pun ada sebab dia. komplikasi, masalah baby, masalah kewangan  dan lain2 yang swasta tak boleh handle. Jangan prejudice jugak dengan mereka.  Dalam kes macam ni bukannya sengaja, dia takde pilihan. Kalau dah dia takde duit, kerja gaji kecik tak mampu nak gi swasta nak buat macam mana? Takde perempuan yang suka lelaki tengok benda2 sulit dia. dengan perempuan pun kita malu apatah lagi lelaki kan? tapi keadaan time tu terjadi tanpa kerelaan dia walupun dia dah try request doktor perempuan, nurse perempuan. Cuma saya selalu doa, selalu harap yang sistem negara kita ni di ubah macam dekat setengah negara dekat oversea. Yang sambut baby time lahir tu doktor perempuan. yang memantau pun nurse dan doktor perempuan. lebih2 lagi negara islam macam kita, biarlah doktor perempuan muslim, nurse muslim yang handle kita yang islam ni. sama2 kita doa untuk itu. Mintak jugak yang diorang  titik berat soal penjagaann maruah kita, aib kita. Hormat diri kita walau dalam keadaan kita yang lemah dan sakit.

Tapi keadaan sekarang ni, saya masih ada pilihan sebab belum ada apa-apa masalah. Saya boleh berusaha untuk soal ni. Bila ada masalah nanti saya redha kalau saya terpaksa deliver dengan kerajaan & doktor lelaki saja yang boleh  handle kes saya tu sebab dalam islam, antara maruah & nyawa, memang kena dahulukan nyawa dulu. Keselamatan memang nombor satu cuma kalau dapat2 dua2 lagi baik. Tapi kalau tak dapat, pentingkan nyawa dulu. Semoga Allah ampunkan dosa kita.

Cuma yang saya fikir sekarang ni, doa & buat solat hajat mintak semua dipermudahkan. Kita hanya perancang, kita ni berusaha tapi Allah yang tentukan semuanya.

Satu lagi peringatan untuk kita, even dalam sakit nak bersalin, solat kena jaga, aurat kena jaga. Jangan main buka2 je. kebersihan diri pun sama. kena jaga. banyak sangat info saya dapat malam tu. Saya tahu saya bukan manusia yang sempurna yang baik sangat untuk bercakap soal ni, tapi saya tengah berusaha dalam hijrah diri, cari ilmu, berusaha untuk jadi yang lebih baik. Usia dan keadaan banyak memantangkan diri. Kita ni pelajar..dan terus belajar tentang hidup, agama & harap kita menjadi makin baik , makin positif.

Entri ni sekdar perkongsian pandangan bukan menghentam mana-mana pihak, Bukan perangai  saya prejudice pada orang. Cuma harap kita saling hormat hak masing2. kena ingat setiap orang keadaan & masalah tak sama. Respect each other.

Untuk yang terlepas tengok semanis kurma "Aurat  wanita ketika bersalin" boleh tengok dekat SINI . memang sangat2 bermanfaat info yang dibincangkan ni untuk kita.

So dekat mana saya nak bersalin ? yang tu biarlah keadaan yang tentukan sebab kita ni perancang. Kita pemilih tapi ketentuannya bukan di tangan kita. In sha Allah, bila semuanya selamat & panjang umur saya akan menulis di sini pengalaman tu. Semoga dipermudahkan. Tak lama dah nak masuk 7 bulan. Semoga semua yang diusahakan & dirancang Allah permudahkan, dan moga kesihatan juga baik2

13 comments:

  1. Nina teringin nak bersalin swasta. Tp kalau fikir fasal wang. Hurm. Huhu. Berdoa sajalah skg yg nina mampu. Semoga dpermudahkan segalanya. Semoga auratku terjaga nanti. ; (

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, doa banyak2 mintak Allah permudahkan urusan kita

      Delete
  2. bagus. ramai dah yg tahu betapa pentingkan jaga aurat walaupun masa nak bersalin. of course sebolehnya nak cuba cari yg terbaikkan.moga Allah permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  3. klu ppum, cost czer+4hr3mlm+medications =rm980.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya Tahu. cost dekat PPUM mmg bawah kemampuan sbb semi gov hospital cuma ada sebab lain yg terpkasa di consider mcm saya cakap dekat atas. Jarak dari rumah jugak jauh.

      Delete
  4. murah juga coz di ppum ek..inshaAllah farah pun dlm delima..servey sana sini...belajar dr pengalaman..pilih pusat rawatan mahsuri..itu pun klu sempat balik kg..hal2 aurat masa bersalin nie mmg klu ada choice cr doktor perempuan je..lebih selesa..

    ReplyDelete
  5. Ramai doktor Muslimah menyatakan OnG adalah fardu kifayah bg mereka. Ini satu kesilapan. Medan jihad doktor Muslimah adalah di bidang ini. Fardu kifayah yg belum terlaksana sepenuhnya adalah fardu ain kepada mereka yg pakar. Dalam konteks OnG adalah fardu ain kepada doktor wanita sekira ada kemampuan.

    Permintaan, rintihan dan gesaan para ibu terutama Muslimah wajib didengari. Kita bukan sahaja berbincang isu darurat dan rukhsah malah lebih dari itu. Perasaan yang teramat amat malu seorang wanita apatah lagi Muslimah apabila very private part mereka diperiksa oleh doc lelaki memberi tekanan emosi yang mendalam dan trauma selepas bersalin. Antaranya mereka tidak mahu lagi mengandung, mengalami kemurungan , perasaan bersalah, keretakan rumahtangga dll.

    Walaupun pada hakikatnya doktor lelaki yg melakukan pemeriksaan atau membidankan tiada perasaan syahwat, atau berseronok menjamu mata. Malah saya yakin dan percaya mereka ikhlas membantu demi menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

    Justeru saranan dr zainurrashid dan rakan2 Gynae beliau agar doktor perempuan terutama Muslimah menceburi bidang ini wajib disahut dan disokong. Insya Allah Jihad para doc Muslimah akan mendapat rahmat Allah dan dimudahkan kehidupan dunia dan akhirat.

    Saya pasti ibu ibu mengandung akan amat amat menyanjungi anda semua kerana berkorban menyelamatkan nyawa dan maruah mereka serta bayi yg dikandung. Saya berdoa dan sentiasa berdoa agar pengorbanan MO Females di OnG Department sentiasa dibantu oleh Allah, menjadi hujah di padang mahsyar nanti, dan dibuka seluas luasnya pintu syurga untuk mereka.

    "Sesiapa yang membuka jalan berbuat kebaikan, maka Allah mudahkan perjalanannya ke syurga."
    "Sesiapa yang berusaha menutup aib saudaranya, nescaya Allah akan menutup aib mereka "

    Semoga satu dasar baru KKM boleh digubal berhubung isu ini dan menggembirakan para ibu muslimah dan para suami tanpa menafikan profesionalisme dan kredibiliti doc lelaki.

    Untuk para MO Females OnG dan female Gynaes, biarlah kita susah sedikit di dunia sementara ini, asalkan kita bahagia kekal abadi di akhirat.

    ReplyDelete
  6. kalau zaman 80an dan 90an dulu memang teruk kalau bersalin di hospital kerajaan...
    sekarang ni dah ok sikit rasanya, cuma masalahnya kadang2 ramai sangat doktor2 pelatih lelaki jadi PENONTON semasa bersalin....
    sepatutnya yang terlibat nak menyambut baby je....jiran sy sendiri pernah alami...jadi bahan tontonan pelatih2 lelaki....

    ReplyDelete
  7. pernah terbaca dalam suatu blog, memang ada cerita bersalin tanpa seurat benang ni....

    http://idazaidi.blogspot.com/2013/08/masih-adakah-peristiwa-ibu-mengandung.html?search=telanjang#uds-search-results

    ReplyDelete
  8. bukan masa bersalin je, masalah payudara pun doktor lelaki yang in charge, dah namanya klinik payudara, mestilah yang nak check semua wanita, tapi doktor lelaki yang ramai....

    pernah terjadi kat diri sendiri...

    ada juga orang share dalam blog
    http://atieaizam.blogspot.com/2013/03/rawatan-susulan-klinik-breast.html

    puan izyan

    ReplyDelete
  9. assalam...pada pendapat saya, kalau hendak check breast tidak susah hendak mendapatkan doktor perempuan...semasa datang ke klinik or hospital kerajaan, tanya dulu doktor lelaki or perempuan yang bertugas...jika doktor perempuan ada jadi boleh buat appointment dengan doktor perempuan...mungkin ambil masa beberapa hari bergantung berapa banyak appointment yg dah menunggu...jika merasakan masa menunggu adalah lama, boleh pergi sahaja ke klinik swasta yg dimiliki doktor perempuan...bayarannya tidaklah mahal sbb hanya sekadar check sahaja...bagi org islam, wajib kita menjaga maruah dan kehormatan diri kita...kita ade byk pilihan kat malaysia ni sbb doktor perempuan memg ramai dan semua bergantung kepada diri sendiri untuk bersungguh mempertahankan maruah dan kehormatan diri dan suami bagi mereka yg dah berkeluarga...tiada istilah darurat atau tiada pilihan kerana pemeriksaan payudara hanyalah pemeriksaan semata-mata...HARAM dan BERDOSA BESAR jika kita tidak bersungguh menjaga aurat dengan melakukan pemeriksaan dgn doktor lelaki...Allahualaam...

    ReplyDelete
  10. Pemeriksaan breast ni hanyalah pemeriksaan semata-mata...bukannya darurat nak bertarung nyawa pada ketika itu. Jadi wajib mencari doktor perempuan. Jika tidak ada doktor perempuan ketika itu kerana sibuk dgn pesakit lain, kita boleh buat appointment. Pengalaman saya menemani siteri. Hospital/klinik Kerajaan sekarang takda masalah nak buat appointment pemeriksaan breast. Kalau kita request time tu juga memanglah bergantung pada nasib sbb doktor tu pon ramai patient dia nk hadap. Kalau rasa macam lama nak tunggu pergi sahaja ke klinik/hospital lain dan kalau rasa nak cepat pergi sahaja klinik swasta yang ada doktor perempuan. Tak mahal pon just periksa sahaja. Bagi ultrasound pon sama jugak. Takda masalah boleh je buat appointment doktor perempuan. Sekarang ni dah banyk doktor perempuan dalam bidang radiologist. Janganlah guna alasan jauh, takde masa nk cari doktor perempuan dan sebagainya. Ingatlah, islam meletakkan maruah perempuan di tempat tertinggi dan wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!