About Us

Tuesday, November 26, 2013

Idea: Bilik Store ( storage rack)


Tengah cari idea untuk storage rack barang-barang dekat bilik store kami. Bilik kecik je pun..dari pindah hari tu memang biar je barang2 yang tak guna sangat dalam kotak besar. tapi susun bertingkatla sebab bilik tu kami buat bilik solat & persalinan jugak. Tapi nak jugak cari idea macam mana nak buat bilik store nampak lebih kemas dan senang nak ambik barang. Tak perlu simpan dalam kotak bertingkat-tingkat. Maybe boleh praktik bila pindah rumah yang besar sikit nanti sebab rumah sewa sekarang memang bilik kecik sangat.


suka rak menyimpan macam ni. Nampak kemas. Boleh letak barang & buat labelling sekali. senang nak cari barang kita nak dalam store. hehe..


Kalau yang style rak kayu macam ni pun nampak kemas tapi xtahu boleh letak barang berat atau tak. Dekat IKEA ada jual kan benda ni. hehe



Yang ni pun best! Rak besi dengan roda. Nampak lebih kukuh nak letak dan susun barang2 dekat sini. Banyak space jugak.



Yang ni untuk barang2 kecik lehla letak..comel jugak kan.

Nak berangan kejap kalaula bilik store dekat rumah tu besar. Tapi apakan daya namapun bilik store, memang kecik jela. Kena fikir macam mana nak bagi cukup space. Mungkin kena buang kot mana barang yang rasa xperlu.

8 comments:

  1. saya punye stor main campak2 je.. ade rak tapi tu pn xkemas jugak hahahahaha

    ReplyDelete
  2. aaa...imah kat ikea ade yg kayu tu..mama cik mah beli kat situ...beli nk susun periuk2nya..mmg tahan n elok..kemas je...

    ReplyDelete
  3. sy pon tgh menyusun semula brg2 stor... tp guna rak besi tu.

    ReplyDelete
  4. mn nak cr storage yang besar n open tu.. huhu..bilik store tqah cum bilik adik..semak.. still xde ms nak mengemas.. huhu

    ReplyDelete
  5. dekat kedai hardware lagi murah rasenye

    ReplyDelete
  6. bilik store frh pun simpan brg dlm kotak je..sepah2 je..hehe
    kotak2 brg electrik syggg nk buang takut nt nk pindah ssh nak cr balik kotak saiz brg tu..

    ReplyDelete
  7. semua pilihan2 nampak comel2 rak.. tapi kalau saya kan suka smeua rak2 ni.. cuma kalau bertutup lagi bagus sebab kalau stor tu kan kita biasa nant lama2 kita jarang masuk, jadi akan berhabuk, tak pon ada binatang merangkak dinding ni mcm labah2.. hihi..

    ReplyDelete
  8. kat kedai hardware area mana ya yg ada rak besi mc tue. mak saya duk request... rak besi kt ikea lum restock2 lg. nk yg besi murah n tahan... kat area mana ya. plzzzz help me

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!