Wednesday, November 15, 2017
(Second Pregnancy)- Pengalaman Trimester Ketiga
Ok, hari ni nak bercerita tentang pengalaman semasa trimester ketiga. Ramai cakap trimester ketiga yang selalu ibu mengandung akan double triple penat membawa perut. Pada saya, balance kot. Ada masa letih ada masa cergas bertenaga. Hihi..masih aktif ke sana sini dengan perut besar. Mengandung 2x perut tak pernah tak besar. Hihi..Kalau masa second trimester perut tak besar mana. Sampai gi check up pun ada orang kata perut saya tak besar sangat padahal dah 6 bulan pun masa tu. Tapi bila masuk je 3rd trimester, phew! besar sangat. hahaha....Tengok perut sendiri pun jadi takut.
Third trimester ni antara masalah yang saya alami adalah air ketuban banyak. Selalu hujung2 pregnancy ramai yang air ketuban kurang tapi saya terbalik pula. Air ketuban terlebih. Dari awal pregnancy sampaila sekarang, bacaan index air ketuban (AFI) tak pernah bawah 17.5. Normal dr kata 23 ke bawah. Tapi Doktor pakar sarankan seeloknya bawah 20. so saya kira kategori normal lagi. Tapi pernah je satu tahap bacaan AFI sampai 25. Dah lebih border line. Memang risau sangat-sangat. Tapi bacaan air ketuban ni kita tak boleh nak control. Baby yang control. Kalau ibu2 yang ada GDM (kencing manis), memang ada risiko air ketuban banyak. Tapi macam saya takde gdm. Bila dah bacan AFI 25, terus kena refer hospital. Last 2 weeks bacaan AFI 19. Semalam check up naik jadi 20. Still bawah border line tapi masih dalam kategori banyak dan kena berjaga-jaga. Risiko air ketuban banyak ni, baby boleh lemas, terbelit tali pusat & baby akan berpusing-pusing. Sebab ruang besar kan. Air banyak. So, dia tak tetap nak duduk satu position je. Baby pun susah nak engage kalau air banyak. Buat masa ni, Alhamdulillah position kepala baby dah ke bawah. Cuma, masih belum engage. Mintak2 by next week dia dah engage la. Saya pun kurang rasa pergerakan baby bila air ketuban banyak ni. Memang sentiasa kena alert & monitor pergerakan. Risau tapi selalu berdoa semoga baby sihat je dekat dalam ni dan keluar sebelum EDD. Perut pun rasa berat sebab air banyak & kerap sakit belakang dan pinggang.
Sayapun kerap kena kencing kotor masa last trimester ni. Mula2 maybe sebab kurang minum air. Tapi bila minum air banyak pun still juga kencing kotor & tak lawas, Dr bagi antibiotic dengan ubat lawas kencing. Siksa sangat sakit kencing kotor ni. Sakit. Huhu..lepas tu asyik berulang ke toilet sampai nak nangis je rasa. Huhu...kadang nak pergi jalan pun rasa malas sebab baru keluar kejap mesti dah suruh husband berhenti cari toilet sebab nak buang air kecil. Malam pun tak lena tidur. Asyik bangun berulang ke toilet. Ada satu tu, 2 minggu jugak rasa sakit sangat-sangat. rasa tak selesa nak buat apapun. macam2 petua orang bagi saya amalkan. Minum air kelapa, air barli, air tembikai & minum air mineral saja. Dr pun ada tukar antibiotic. Alhamdulillah..sekarang ni urine dah betul2 clear. Syukur sangat. Mintak2 tak jadi dah la sebab azab sangat nak lalui semua ni. Huhu....
Hujung2 pregnancy pun keputihan teruk juga. Huhu....baru je buat gbs test & pap smear last week. Alhamdulillah result negative. Rahim saya normal dan ok. Untuk pap smear pun takde sel kanser. dr cakap lepas setahun nanti boleh repaet lagi buat pap smear. Gbs pun takde. Cuma jangkitan biasa. takde yang serious. Dugaan mengandung. Apapun saya harap semuanya dipermudahkan.
Even saya masih lagi aktif buat kerja masa hujung2 pregnancy ni, tapi saya try untuk tak bagi banyak tekanan pada perasaan. Buat bisnes ni kadang ada masa pressure jugak kepala otak melayan ragam customer & supplier tau. Hihi..nak rileks2 & tenangkan fikiran je masa tengah tunggu masa nak bersalin ni. Banyak fokus masa berkualiti dengan family terutamanya Fayyadh. bisnes still on macam biasa tapi hujung2 ni saya dah tak ambik tempahan sewaan veil & pre order untuk barangan packaging. Takut nanti kalau terbesalin awal pending pulak semua order2 customer. so, jual mana yang ready stock je.
Makan pun makin berselera. hahaha..saya dah naik 12kg dah setakat ni. Masa fayyadh dulu naik 15 kg. yang ni pun ada gaya nak naik 15 kg jugak. Hahaha...masih berbaki 3 minggu sebelum sampai Edd. Tupun kalau saya bersalin ikut due la. kalau awal, tak naik banyak sangat kot. Tapi berat sekarang kurang banyakla dari masa first pregnancy. sebab dulu masa awal2 mengandung pun memang dah overweight. kali ni mengandung, masa tengah dalam usaha kuruskan badan. Dapatla merasa 3 bulan kurus kejap sebelum pregnant. Hihi...Lepas bersalin nanti la sambung balik misi kuruskan badan. Rasa banyak betul lelemak dekat badan ni. Yang penting sekarang ni fokus pada anak dalam kandungan ni dan diri sendiri.
Sayapun kena ready mental fizikal sebab kali ni akan berpantang sendiri. Semoga Allah permudahkan semuanya...Amin
Friday, November 10, 2017
(Second Pregnancy) - Pengalaman Trimester Kedua
Awal-awal second trimester perut saya tak nampak sangat. Anak first dulu, mengandung masa 15 minggu pun perut dah ketara nampak. Yang kali ni 20 minggu baru nampak. Tupun ada yang tak perasan lagi. Hihi...maybe masa mengandungkan Fayyadh dulu berat saya pun dah overweight, so lagila mudah nampak. Yang kali ni, berat saya kurang dari masa Fayyadh dulu. BMI Normal. Bukan overweight. hihi..
Ni gambar masa 4 bulan lebih ( 18 minggu tak silap). Seronok time ni sebab baru dapat drive sendiri keluar rumah lepas hilang alahan tak boleh drive kereta. Jadi working at home mom (WAHM) masa mengandungkan anak kedua. So, memang banyak masa untuk diri sendiri & family. Rasa bosan je keluarla ajak Fayyadh berjalan. Pergi Ikea berdua pun takde hal. Hihi..Masa ni dah rasa bertenaga sikit walaupun kadang2 ada masa selalu juga rasa mual dan pening.
Time raya memang kemain kaw2 saya melantak makan. Masa ni memang selera makan macam apa lagi. Asyik lapar je memanjang. Raya dahla semua makanan best2. Mana tak tergugat iman. Tapi masa perjalanan nak balik raya dekat kampung dengan Balik semula ke Shah Alam memang muntah saja sepanjang jalan. Kepala pun pening dan sakit. Siksa juga masa ni. Huhu..
![]() |
| gambar raya 2017. masa ni baru 16 weeks pregnant |
Masa second trimester pun 2x kena repeat minum air gula sebab berat naik lebih dari yang dibenarkan. Tapi Alhamdulillah, dua2 test takde GDM. Ada yang naik 2kg dalam masa sebulan. Paling teruk, ada 1 masa tu naik 5kg dalam sebulan. Bahana suka makan lewat malam & suka makan benda-benda manis. Tengah malam tu dah selalu sangat jadi cepat lapar. Kadang ajak husband keluar makan roti canai, mee bandung la, nasi lemakla..hahaha. Husband tukang melayan je padahal dia selalu jugak cakap suruh control sebab takut baby besar kan. Tapi sebab isteri kelaparan, diturutkan juga kehendak tekak isteri. Benda manis pun saya craving teruk. Padahal saya bukanlah jenis yang suka makan manis-manis sebelum ni. Kek & coklat apatah lagi. Tapi kali ni, sangat suka makan benda manis. Aiskrim pun suka. kuih muih yang manis semua saya nak. Bubur pun. Sampai bila dah naik berat 5kg dalam sebulan tu, doktor siap bagi plan diet lagi dekat saya. Hihi..dan masa tu baby pun nampak besar 2 minggu dari EDD. Sebabkan risau, terpaksala control diet masa ni walaupun ada masa susah jugak nak control kehendak tekak ni. Biasa weekdays saya diet sikit, weekend akan makan juga apa yang saya teringin nak makan cuma terkawal. Alhamdulillah..lepas tu berat naik ok ikut bulan. Berat baby pun dah ok ikut weeks.
Masa second trimester pun dua kali saya demam, batuk dan selsema. Terpaksa tahan tanpa ambik ubat. Guna kaedah tradisional je nak redakan sakit. Kepala pun selalu sakit tambah2 kalau cuaca panas. Tapi Alhamdulillah bila masuk 6 bulan semua dah ok. Satu lagi, kerap sakit bahagian pelvik. Doktor cakap kurang kalsium, so lepas tu selain dari minum fresh milk, saya ambik juga pil kalsium. Barula rasa ok sikit. kalau tak, nak berjalan pun kadang rasa sakit sangat padahal perut bukanla besar mana lagi. Masa Fayyadh dulu saya tak pernah kena pedih ulu hati, tapi kali ni ada bebrapa kali jugakla kena masa second trimester. Ada sekali tu siap pedih berdengung sampai ke telinga bila makan benda pedas. Dada selalu rasa sakit macam terbakar. Dr suruh ambik gaviscon dan kurangkan makan yang pedas-pedas. Tapi mujurla tak kerap sangat jadi. Huhu..
Apapun, second trimester ni walaupun ada juga masalah tapi still ok compare dengan first trimester. Mengandung kali ni awal2 rasa malas ya amat dan kuat tidur. hahaha..entahla. Jauh beza masa mengandungkan fayyadh dulu rasa aktif je gerak sana sini. kali ni macam lemau, cepat penat dan malas. Bila dah duduk rumah tak kerja lagi la. Petang je mesti nak tidur. Sebab kadang-kadang malam susah nak tidur sebab baby paling aktif bergerak masa malam. Apapun, semuanya adalah pengalaman yang berharga untuk dikenang. Lain anak,lain pengalaman mengandung. Tapi semua tu adalah kenangan yang berharga untuk kita sebagi ibu. Sebab tu, saya still buat pregnancy diary untuk anak kedua ni. Dapat Update progress setiap minggu.
Ok, itu je nak tulis pasal pengalaman second pregnancy ni. In sha Allah, nanti saya update pengalaman 3rd trimester pula. Mujurla ada pregnancy diary, so senang nak recall balik apa yang dah lalui. Hihi..Kena tulis juga dalam blog ni sebab masa Fayyadh dulu saya rajin update dekat blog. Untuk si adik, kenala update juga. Bagi sama adil.
Wednesday, November 8, 2017
(second pregnancy)-Pengalaman bleeding masa First Trimester
Pengalaman mengandung kali ni memang banyak beza dari masa first preganancy dulu. First pregnancy dulu macam bersih je rekod kesihatan. Takde masalah sangat melainkan berat badan naik terlebih masa awal2 pregnancy je. hihi..Yang kali ni macam-macam la jugak yang kena hadapi. Tapi apapun, sentiasa berdoa semoga semuanya selamat sehingga melahirkan.
Ok, balik pada tajuk, nak bercerita sikit pasal pengalaman mengandung masa first timester. Sama macam Fayyadh, masuk je minggu ke-6, terus ada spotting darah. Cuma masa fayyadh dulu saya tak tahu saya pregnant so saya ingat period. Tapi kali ni, dari 4 minggu lagi saya dah tau saya mengandung, so memang debarla jugak bila dah start ada spotting. Tapi sebab sekali je saya takla panik sangat sebab dah pernah ada pengalaman sebelum ni kan. Hopefully tak ada spotting lagi lepas tu.
Masa minggu ke-6 pun pregnancy sickness dah mula datang. rasa mual, nak muntah, loya, pening kepala dan rasa lemah je badan. Boleh kata sepanjang hari saya rasa lembek dan tak sedap badan. Makan pun muntah balik. Naik kereta pun rasa pening dan selalu muntah. Memang beg plastik sentiasa ada dalam beg setiap kali keluar. Saya tak boleh drive kereta masa ni. Sebab bila bawak kereta sekejap je mesti kena stop tepi jalan sebab nak muntah dan pening. Last, memang urusan pos barang semua husband yang buat. Cod barang dekat customer pun tunggu hujung minggu. Agak teruk alah kali ni sebab ikan pun saya tak boleh nak bau. Rasa kembang je tekak nak muntah. Nak siang basuh apatah lagi. So memang dapur banyak tak berasap dari berasap. Tapi gagahkan diri jugak untuk masak bila tenghari sebab fikir nanti fayyadh nak makan apa. Selalu masak simple2 jer la nak makan berdua dengan anak. Malam kadang husband beli. Ada masa dia masak. Kalau saya ok sikit, saya masak. Bergantung pada kesihatan juga. Sebab kadang berdiri lama pun rasa nak pitam. Huhu..
Ok, berbalik cerita pasal bleeding ni. Mula2, keluar sikit saja. spotting masa minggu ke-6. So saya abaikan sebab selalu spotting awal pregnancy ni normal. Proses penempelan janin dekat dinding rahim. So, memang kadang2 akan ada spotting sikit (tompok darah). Saya tak banyak gerak sangatla masa tu sebab risau jugak. Lepas tu takde dah darah keluar. Tapi, lepas seminggu kemudian ( 7 weeks), ada lagi spotting keluar. Saya dah rasa tak sedap hati tapi try bertenang sebab sikit saja yang keluar. Esok pagi tu, bila pergi toilet tengok darah banyak keluar dari semalam. Tapi bukan heavy flow la. Masa ni dah panik sebab bukan spotting dah. Macam darah awal2 period. Pakai panty liner pun tak boleh sebab darah tu banyak pula keluar so tukar pakai pad. Masa ni dah panik terus ajak husband pergi klinik. dalam kereta dah menangis sebab takut dah gugur. Huhu...sebab masa Fayyadh dulu walaupun ada turun darah tapi tak banyak macam sekarang. Yang ni darah fresh lagila bertambah takut. husband cakap jangan panik. Apa-apa jumpa Doktor dulu.
Sampai je klinik Ajwa seksyen 15 mujur orang tak ramai. Terus masuk jumpa doktor. Doktor scan Alhamdulillah, nampak janin masih ada. heart beat pun ada lagi. Tapi sebab bleeding, doktor bagi surat untuk refer hospital.
Dapat je surat terus pergi KPJ Klang. Sampai sana pergi bahagian emergency. Diorang bagi ubat stopkan pendarahan. Tapi masa dekat emergency tu masuk toilet check darah still lagi keluar. Memang risau. Terpaksa warded hari tu sebab doktor nak pantau. Even dah bagi ubat untuk stopkan pendarahan, darah still keluar cuma tak banyak. doktor bagi ubat duphaston jugak untuk kuatkan rahim. Nurse tak bagi bergerak. Just bed rest. Nak gerakpun dibenarkan kalau pergi toilet & solat. Nak ambil air ke apa semua kena minta tolong husband atau panggil nurse saja. Memang duduk atas katil saja. Tapi demi anak, kena juga ikut apa arahan doktor walaupun rasa serba tak kena sebab kena baring je. Huhu..
Esoknya, doktor repeat buat scan sekali lagi. Alhamdulillah, baby still survive. heart beat pun ada. progress baby pun mengikut minggu. Tapi masih ada nampak bleeding dekat dinding rahim. Doktor cakap akan keluar lagi darah nanti. So, Doktor suruh bed rest je bila balik rumah. Tak boleh naik tangga atau buat kerja berat. Tak boleh banyak gerak awal2 pregnancy ni sampaila masuk second trimester. Lepas tu kena continue ambik duphaston sampaila minggu ke-12. Duphaston ni ubat kuatkan rahum. Dia macam ubat hormon. Tapi slaah satu effect ambik duphaston ni pada setengah orang kita akan rasa pening kepala. Saya memang rasa la dan agak siksa juga la nak kena tahan. huhu..
Alhamdulillah, saya boleh balik rumah masa hari ke-2. Cuma kena follow up dengan hospital je lepas tu. balik rumh memang banyak rehat je.Saya tak buat apa kerja sangatpun. Banyak husband yang buat semua. Darah still turun sikit-sikit sampaila minggu ke 10 baru betul2 stop. Cuma dia tak keluar setiap hari. berselang hari tapi sikit2. Kadang bergerak ke dapur macam tu je pun turun darah. Sudahnya, saya banyak baring atas katil atau sofa je. Mujurla walaupun masa ni kena jaga Fayyadh dia dah pandai urus diri dia sendiri. Tak banyak ragam dan senang jaga. Dia pun tahu mama sakit.
Masuk je minggu ke-12 Alhamdulillah semua dah ok. Sickness pun dah berkurang. Dah boleh drive kereta tapi kadang2 akan muntah juga. Cuma dah ok banyak dari dulu. Pengalaman ni saya takkan lupa sampai bila-bila. Dua2 anak alami benda yang sama cuma anak second ni bleeding dia banyak sikit sampai kena bed rest 3 bulan pertama tu. Merasala kena berkurung je dalam rumah. Bosan pun nak buat macam mana. Kena utamakan kesihatan dan keselamatan anak.
Kalau ada yang pernah mengalami masalah macam saya awal-awal pregnancy, nasihat saya jangan cepat panik. refer doktor dulu. In sha Allah, banyak juga kes yang baby boleh survive. Doktor cakap ubat Dhupaston tu kalau janin kita tak menjadi, dia akan gugur dengan sendiri. Kalau janin tu elok, dia akan bantu untuk kuatkan rahim untuk janin survive. Banyakkan berdoa dan jangan banyak bergerak. Follow je apa cakap doktor. Mujurla benda ni jadi time saya dah berhenti kerja. kalau masih bekerja maybe kena ambik Mc atau cuti tanpa gaji sampai kandungan betul2 ok. Apapun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Minta-minat semuanya baik-baik saja sampai melahirkan.
Tuesday, August 29, 2017
Macam mana boleh tau dah pregnant ? (update kisah second pregnancy)
Alhamdulillah..berkesempatan jugak nak update dekat blog ni kisah second pregnancy saya. Walaupun next week nak masuk 3rd trimester dah. Tapi demi keadilan pada si kecil, sebab time si abang dulu saya rajin update, so kena la jugak tulis entri dekat blog ni untuk kenangan bersama. Maybe boleh jadi panduan orang lain jugak =).
Ikutkan lepas bersalin, cycle period saya dah ok sikit. Walaupun takdela regular cycle, tapi at least tiap bulan datang jugak period. cuma cycle kadang-kadang 28 hari, kadang 30 hari dan ada jugak 35 hari. tak tetap tapi datang setiap bulan. Time sebelum mengandungkan fayyadh dulu memang ting tong period. pernah 3 bulan sekali baru datang. Tapi alhamdulillah, tak lama sangat tunggu nak pregnant masa tu. lepas 9 bulan kawen adala fayyadh dalam rahim ni.
Tapi, untuk yang second ni, saya rasa lama jugakla kami menunggu & ikhtiar. tapi takdela stress sangat sebab kami percaya pada rezeki. Lagipun Fayyadh pun kecik lagi so masa pun banyak fokus dekat dia. Cuma lepas Fayyadh 1 tahun 9 bulan memang kami dah tak merancang. Berserah pada rezeki. Memang nak anak lagi masa tu. Tapi, itula kita hanya merancang, soal rezeki ni Allah yang tentukan. cepat atau lambat hanya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah....rezeki mengandungkan anak ke-2 ni datang lepas Fayyadh umur 3 tahun.
Macam mana saya boleh tau saya pregnant anak ke-2 ni?
Kali ni, Alhamdulillah saya dapat tau awal. Masa 4 weeks dah tahu. Takde perubahan apa pun dekat badan. Tanda-tanda dia lebih kurang macam nak datang period. Cuma masa tu saya jadi over sensitive sikit. Masa tu tengah borak-borak dengan husband dekat whatsapp. Dia balik kampung masa ni sebab nak settlekan beberapa urusan claim & pusaka arwah bapa mertua. Masa tengah borak-borak dekat whatsapp tu dia cakap dia rasa macam saya mengandung. Hihi...pelik kan. Tetiba je cakap macam tu. Sebab dia kata tetiba je hati dia rasa macam saya mengandung sebab dia perasan ada beberapa sikap saya yang pelik sikit. Dan sikap tu ada masa mengandungkan Fayyadh dulu. So, sayapun kira-kiralah due patut saya datang period. Ikutkan lagi 2 hari. Tapi sebab excited dengan kata-kata husband terus ambik UPT buat test.
Dan hasilnya..
![]() |
| 1 Line clear dan satu lagi sangat pudar |
Masa ni hati kuat kata pregnant walaupun line satu lagi samar-samar. Sebab biasa ramai jugak yang bila test 1 line terang, 1 line pudar tapi kira positive pregnant. Terus rasa berdebar-debar. Kalau dalam gambar macam nampak tak nampak jer kan line lagi satu tu. Samar sangat. Lagipun UPT ni yang murah je saya beli. Maybe tak boleh detect awal selagi sebelum sampai date patutnya period. Masa hantar gambar ni dekat husband. dia happy sesangat. Sayapun rasa nak nagis je rasa. Sama je perasaan masa tau mengandungkan Fayyadh dulu. Hihi..Yala, kiteorang memang dah lama berharap untuk second baby ni, so mestila rasa terkejut dan happy. Tapi kiteorang taknakla over excited sangat selagi tak confirm dengan Doktor. So, saya decide untuk repeat lagi buat UPT selepas 2 hari.
Selepas 2 hari saya repeat buat UPT guna brand Dip & Tell. Dan hasilnya..
![]() |
| Alhamdulillah. dapat result double line yang terang! |
Memang happy sangat-sangat masa ni bila dapat tengok double line yang terang. Tak sabar tunggu husband balik dari kampung dia. Kami masing-masing ambik keputusan diam2 je masa ni. Takde bagitau dekat parent atau family terdekat lagi. Sebab masih awal kan. Jumpa doktor pun tak jugak Sebab dah tau kalau pergi klinik pun masih awal. Biasa kalau nak scan, nampak kantung pun masa 6 weeks ke atas. So, saya decide masa 6 weeks nanti baru pergi klinik untuk confirmkan.
Jujur cakap masa tau pregnant ni barula saya sibuk nak cari acid folic. Haha..patutnya kalau dah plan nak mengandung, awal-awal lagi patut dah ambik. So masa ni saya tawakal je la. Harap kandungan saya dapat sumber acid folic dari makanan yang saya makan. So, kalau korang dalam usaha TTC tu ( try to conceive), elok ambik acid folic ni awal-awal tau.
Awal-awal tau pregnant memang saya ambik langkah berjaga-jaga. Dalam pergerakan mahupun makanan. Sebab saya pernah ada history bleeding masa first pregnancy dulu. So, yang kedua ni still kena hati-hati jugak. Tapi bila masuk je 6 weeks je kandungan, bermulala episod yang sangat mencabar bagi saya. Dengan bab bleedingnya, dengan alahan yang agak teruk. Allah je tahu rasa macam mana. In sha Allah next entri saya kan update pengalaman first trimester second pregnancy ni.
Wednesday, August 12, 2015
Review :Pengalaman Bersalin Di Salam Specialist Hospital Shah Alam
Dekat shah Alam, saya ada 3 je choice untuk bersalin ikut panel company husband. Samaada dekat KPJ shah Alam, Salam specialist hospital & columbia Asia. Tapi lepas survey2 & ambik kira semua perkara, saya pilih untuk bersalin dekat SALAM atas sebab2 bawah ni.
1) Kos bersalin dekat Salam paling murah antara ketiga2 hospital ni. Even saya bersalin guna GL tapi ada limit. So kna cari yg dalam range harga jugak. Time tu ( Tahun 2014). Kos bersalin normal dekat SALAM dalam 2k++ & Czer 5K++. if emergency czer cost boleh sampai 7-8 k.
2) Location hospital dekat dengan Rumah. Nak kata dekat sangat2 tu takla. Tapi dalam 15-20 minit saja perjalanan dari rumah. Hospital salam ni terletak di seksyen 19 shah alam. dekat dengan De palma hotel. Tak jauh dari KPJ shah Alam.
3) Gynae dia dua2 perempuan, Nurse & midwife pun semua perempuan. Even kalau doktor yang in charge kita tak available time kita bersalin, diorang akan gantikan dengan doktor perempuan jugak. Baca review pasal Gynae, saya paling tertarik dengan Dr siti Mariam. Berharap sangat time ni dapat bersalin dengan dia.
Kalau nak bersalin dekat SALAM, kena booked Dr awal. Sebab kalau dengan Dr siti, cepat penuh. Syarat nak bersalin dekat sini kena 2x check up. Masa dah 7 bulan ++ saya dah register dekat SALAM. Tak kena bayar apa2 sebab pakai panel. Rate untuk sekali check up saya tak pasti berapa tapi rasanya check up + scan dalam RM 150 ke atas.
1) Review Pasal Check Up
- Check up boleh buat hari sabtu. So, xpayahla nak datang hari bekerja kan. Cuma kena buat appointment. Tak boleh main datang je.
- Ramai orang time check up. kadang boleh sampai 2 jam menunggu. kadang2 kalau ada orang nak bersalin, Dr kena pergi sambut baby. So, masa menunggu jadi lama sikit.
- Urine test kena buat sendiri. Diaorang bagi bekas dengan strip tu. lepas test tunjukkan strip tu dekat PA doktor dan buang. Bagi saya pasal ni ok je. Mungkin nak jimatkan masa.
- Kerusi banyak. Ruang pun luas. Ada bilik untuk breastfeeding baby. Ada jugak ruang untuk budak-budak main. Ada TV.
2) Review Pasal Doktor
- Alhamdulillah...saya dapat doktor yang sangat baik. lemah lembut je. Tengok muka pun rasa tenang. Paling penting, Dr siti sangat support normal delivery. Kalau nak tanya apa2 yang tak faham pun boleh. Penerangan dia jelas. Saya memang suka sangat Dr siti ni. Masa check up memang takde sebarang masalah dengan dia.
- Masa dalam labour Room, Dr siti datang masa saya dah bukaan dah 10 cm. Banyak kali jugak dia try suruh saya push. Sebab masa tu usaha berkali pun baby susah nak keluar, terus dia decide guna vacuum. Alhamdulillah, 2x try keluarlah Fayyadh. Apa yang dia buat pun lembut. Proses keluarkan saki baki darah beku dalam rahim & jahit saya tak rasa takit. Rasa tenang je. Dr boleh sembang2 lagi dengan kita. So, takdela fikir sakit. Dia siap puji saya kuat lagi sebab tak menjerit @ nangis masa dia menjahit. ( Alhamdulillah...rezeki saya tak sakit masa proses jahit tapi time contraction mmg azab rasa. Huhu...). Dr siti lembut je. Rasa tenang tengok muka dia.
- Esok tu time melawat siap dia dukung Fayyadh peluk cium lagi. Dari dia jugakla saya tahu yang saya ni jenis outlet peranakan kecil. Baby pulak besar. Ikutkan kebanyakan kes macam saya, mostly kena czer. Tapi Dr nak try dulu untuk normal. If tak berjaya memang kena czer la. Apapun, baik normal atau czer, yang penting ibu & anak selamat. Jahitan dia kemas. Saya tak rasa sakit or tak selesa. Alhamdulillah..
- Dr siti, even baby songsang pun, kalau boleh pusingkan, dia akan tolong pusingkan. Pengalaman kawan husband, baby dah terberak dalam perut. Tapi maybe sebab bukaan dah banyak & cepat, Dr try untuk normal dulu. Alhamdulillah berjaya. Tapi ada jugak kes2 tertentu yang terpaksa czer. kes2 emergency jugak. Tapi, if boleh normal, memang dia akan bantu kita untuk bersalin normal. Ini yang saya suka.
- Ada kenalan saya yang bersalin dengan Dr Asmah dekat salam. Dr ni pun ok jugak. Baik & lembut orangnya.
3) Review Pasal Layanan Staff masa dalam Labour Room & Bilik
- Staff sangat friendly. Baik mid wife ataupun Nurse. Semua baik2. Boleh sembang elok2 dengan kita. Husband pun senang nak keluar masuk LR. Kejap turun kedai, kejap pergi toilet, solat lepas tu masuk balik dalam LR. Dalam LR pun ada TV. Selesa la.
- Ingatkan kita time bila baru boleh minum air selusuh / air zam-zam.
- Sangat supportive. bagi sokongan & tunjuk ajar masa nak push. Takde marah2 bila kita asyik cakap sakit, tak tahan sakit la apa. Kalau kita panggil pun datang je. Banyak bagi semangat & tenangkan kita. Siap minta maaaf lagi kalau ada terbuat kita kurang selesa.
- Uri diorang siap basuhkan & bungkus dengan kain putih.
- saya dapt bilik sorang. Bilik luas. Bilik air luas. Okla pada saya. Bukanla wad macam bilik hotel. simple tapi yang penting selesa pada kita. Lepas bersalin pun diorang sediakan air milo. Baby pun diorang jagakan sebab nak bagi kita rest. Lepas masuk bilik, diorang bawak baby untuk kita Bf. Tapi masa tu susu tak nak keluar, so baby memang bagi Fm dulu. Esoknya nurse datang lagi ajarkan cara nak Bf baby.
![]() |
| Sempat snap gambar ni je. Gambar full bilik tak ambik. Sebab masa datang sini tak expect nak beranak dah. Nak buat check up & ctg je sekali dah bukak 4 cm. Terus kena masuk LR. |
- Makanan sedap! Hahaha..boleh pilih nak makan apa. Tapi dari menu orang berpantang la..
![]() |
| Makanan first berpantang =) |
- Doktor yang check baby pun baik & friendly.Murah senyuman. Tenang hati ibu bersalin ni ha...
- Dapat banyak barang free gift untuk ibu & baby.
Total bil saya masa bulan February 2014, Normal delivery + vacuum Dalam RM 2600.
Pada saya, memang saya recommend untuk siapa2 yang berminat nak bersalin dekat SALAM ni. Tambah2 kalau mencari tempat bersalin yang doktor & staff yang in charge tu perempuan. Harga pun affordable, layanan pun baik & friendly ( ini pengalaman saya la). Cuma masa menunggu untuk check up je yang lama sikit & agak slow. kalau check up hari sabtu sebab ramai orang jugak. Kalau hari bekerja, mungkin tak ramai sangat.
Satu lagi, kalau nak call bahagian o&G untuk appoinment rasanya kena call pukul 2 petang ke atas. Yang ni boleh check semula.
Boleh refer pengalaman bersalin saya dulu dalam entri ni Part 1 & Part 2
Untuk rujukan terkini boleh ke website SALAM
Monday, February 24, 2014
Menanti si kecil: Dah start cuti rehat
Posted via Blogaway
Wednesday, February 19, 2014
Pengalaman 3rd Trimester
Disebabkan dah hampir sangat ke garisan penghujung pregnancy ni elok sangatlah update cerita pasal pengalaman masa third trimester ni.
Perubahan time ni?
First sesekali tentulah saiz badan yang dah serupa belon. Hehe..yes!.saya dah naik 14kg spnjg preggy ni. Seronok benar membela badan. Selera makan xpernah kata xde. Asyik nak makan..makan.. Dan makan je. Bila hubby tegur siap bg alasan baby yang nak makan padahal mamanya yg terlebih selera. Tapikan mmg time hjung2 pregnancy ni saya jd asyik cpat lapar je. Huhu....
Second..perut membesar dengan jayanya. Kadang2 sambil belek perut dan usap2 perut dengan hubby mesti fikir macam manala baby duduk dalam tummy ni kan. Rasa macam dah mampat sangat dah ruang untuk dia. Sebab tu selalu dia gerak sikitpun dah terbenjol-benjol perut ni. Kdg2 nampak bahagian pinggul dia membonjol je naik time baby mengeliat. Memang tergelak2 jugakla saya dengan hubby bila tengok aksi baby. Tu belum time dia menyengetkan perut mama dia ni lagila best tengok =) .Tapi dalam seronokpun tetap kena alert jugak dengan pergerakan dia.
Third, keadaan diri taklah aktif sangat macam time second trimester dulu. Time 7 bulan, 8 bulan mmg aktif sangat. Rasa kuat lagi. Duduk rumah sewa lama dulu keja naik turun tangga memang rasa kuat lagi. Time sibuk kemas nak pindah rumahpun takdela semput..kdg2 buat keja sampai lupa yang diri ni tengah preggy. Weekend tak pernah kata duduk lepak je dekat rumah. Busy ke sana sini. Tapi bila masuk 9 bulan ni dah mula rasa cepat penat, kaki pun kerap cramp. Braxton hicks selalu menyerang..kadang-kadang sampai xmampu nak jalan. Dadapun kadang2 rasa sesak lebih2 kalau time baby keraskan badan. Tidurpun memang xlena dah. Posisi badan asyik berubah je. Xselesa sangat dah. Kerap bangun tgah malam dan awal pagi nak terkencing dan time2 baby keraskan badan. Sekarang ni memang kerap dia keraskan badan. Perut pulak tinggi lagi memang rasa terhimpit jugakla saluran penafasan tu. Itu yang buat rasa sesak kadang2. Sakit pinggang dengan belakang bdanpun kerap. Dah sarat sangatkan memang macam- macam rasa ada.
Tapi..setiap apa yang saya rasa tu semuanya satu pengalaman baru dan manis untuk dikenang. Buat saya lebih menghargai susah payah dan pengorbanan mak saya masa mengandungkan saya dulu. Sayang mak sangat2!!!
Minggu ni dah masuk 39 minggu, alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik. Keadaan saya tiap kali check up pun ok. Sihat. Normal. Baby pun Alhamdulillah sihat dan tumbusaran dia pun memang dah ikut minggu cuma semua tu cakap doktor. Yang maha mengetahui Allah swt. Apapun tetap doa agar semuanya baik, sihat dan selamat sampaila melahirkan nanti.
Sayapun still aktif lagi uruskan rumah tangga..buat keja rumah, masak hari2, walaupun husband banyak tolong tapi xnak manjakan diri sangat sampai tak buat apa keja. Selagi kuat tetap nak buat lagipun time hujung2 pregnancy ni memang elok aktifkan diri kan. Masih lagi bekerja macam biasa. Esok last day keja. Jumaat ni nak start cuti dah. Ikutkan xnak ambik cuti awal seminggu. Nak je gi keja sampai bersalin tapi bila fikir balik baik duduk rumah je. Aktifkan diri dekat rumah. Kalau dekat office keja saya buat design so memang banyak duduk menghadap komputer. Keluar meeting semua saya x g dah. Kerjapun dah xde sangat. Semua saya dah settlekan awal2. So, better lagi duduk rumah. Rehatkan minda, badan...banyak aktiviti yang boleh buat.
Sayapun tak nak stress fikir bila baby nak keluar sebab semua tu Allah dah tentukan. Cuma mintak semua ok dan selamat je.
Monday, February 17, 2014
Makin Menghampiri EDD..
Friday, February 14, 2014
Review: Buku Diari Hamil. Catatan mingguan sepanjang pregnancy =)
Nak share dengan korang pasal buku comel ni. Sepanjang pregnancy memang nilah buku yang selalu saya tulis setiap minggu memgikut minggu kehamilan. Namapun diari hamil kan? Bila belek2 balik catatan masa mula2 pregnancy dulu sampila sekarang ( 38 weeks) memang leh buat saya senyum sendiri. Kenangan yang tak dapat dilupakan. Memang enjoy sangat pregnancy moment!
Tajuk Buku: Diari Hamil
Penulis: Khairun Nisa' Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanani
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM 26
Tapi..Buku ni bukan semata-mata pasal diari je. dalam buku ni ada banyak sangat panduan untuk ibu-ibu hamil start dari planning untuk pregnant sampila saat melahirkan dan berpantang. Memang best! Bukupun banyak gambar, ada catatan perkembangan baby weeks by weeks. Untuk yang suka membaca & menulis tu memang recommend sangat2 buku ni dekat korang!
Ok..jom tengok apa yang ada dalam buku ni..
Timggal 1 page je lagi diari ni yang nak ditulis. Cepat masa berlalu kan? ..
Wednesday, February 12, 2014
Persediaan Breastfeeding: Breast Pump Snow bear
BP ni boleh guna bateri ataupun plug. Baca review ramai jugak yang cakap ok. Nanti kalau dah guna sendiri saya akan buat review pasal BP snow bear ni ok!
Korang boleh jugak dapatkan breast pump & barang baby yang lain dekat link bawah ni:
Monday, February 3, 2014
Review Buku: Hebatnya Susu Ibu
Wednesday, January 22, 2014
Baru nak merasa apa itu “Braxton Hicks” @ “False Contraction”
Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.
Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
- lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.
Bilakah saya harus memanggil doktor?
- lelehan yang melekit dan berdarah;
- sakit pinggang atau kekejangan.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
- jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.
Tuesday, January 21, 2014
Scan 3d/4d di Shah Alam- Hospital Umra
Wednesday, January 8, 2014
Dah 33 Minggu!
33 minggu. Perut makin besar lepas tu tuan badan pun makin mengembang dengan jayanya. Hehe..semua part nak kembang. Tapi xpelah..sweet moment kot. Kalau before pregnantpun dah kembang apatah lagi time pregnant kan? Tapi Alhamdulillah..kesihatan masih baik. Rasa lama tak tempek gambar sendiri dekat blog. Since pregnant ni, memang malas ambik gambar. Bukan tu je, nak ambikkan gambar orang pun malas. Jadi xberapa suka tangkap gambar. Bukan sebab dah gemuk ke apa tapi entahlah….time preggy je yg jadi macam ni. Tapi tetap ambik jugak gambar time mengandung setiap bulan. Untuk kenang-kenangan.
![]() |
| Jari yang makin montel dan montel..hehe |
Monday, January 6, 2014
Shopping Barang Baby Di Mid Valley 6th Maternity & Children Expo!
Cerita sebulan lebih yang lalu....
Expo ni dari 22 nov- 24 nov 2013. lepas gi baby kiko warehouse sale dekat puchong, terus menyinggah ke mid valley ni. First time datang expo ni. ( haruslah first time sbb baru first time preggy kot?). Saya pergi hari jumaat, so orang memang tak terlalu ramai. still rasa selesa nak jalan2 dalam tu dari satu booth ke satu booth. Time ni memang bawak list siap2. Senang, shopping ikut list je. Nak elak dari beli benda yang tak patut dan tercicir apa2 yang memang plan nak beli dekat sini.
Time ni saya dah 6 bulan lebih preggy ( 26 minggu) So, memang plan dengan husband, kalau jumpa barang yang di cari dan harga berpatutan nak beli terus ja. Malas nak bertangguh-tangguh takut xde masa nak gi expo2 baby lagi. Kiteorang jadual weekend kan selalu penuh. Bulan 11 & 12 memang banyak balik kampung & attend kenduri kawen.
Time ni ada barang yang murah sangat2, ada yang murah jugak, ada yang so-so dan ada jugak yang mahal. kalau saya dah tau dekat kedai online or ada tempat yang jual lagi murah barang yang saya nak tu, memang saya tak beli. Tapi sikit2 je barang yang beza harga banyak tu. lagipun dekat sini kami banyak beli baju baby sebab baju2 dia boleh tahan murah dan banyak choice.
So..ni hasil shopping dekat Mid valley expo hari tu..
| berkedut la pulak nampak baju2 ni..haha. lama terperonyok dalam plastik kot. Sekarang dah susun masuk dalam bakul dah.. |
Time ni beli baju2 banyak yang untuk 3 bulan ke atas. Ada jugak yang 6 bulan ke atas. Memang tak beli banyak pun yang new born. Rasa ada dalam 2-3 helai je new born. Tupun yang beli dekat jusco. Yang dekat mid valley semua ambik yg 3 bulan ke atas. Baby cepat besar kan..












.jpg)