About Us

Tuesday, January 21, 2014

Scan 3d/4d di Shah Alam- Hospital Umra


Macam mom to be yang lain, sayapun excited jugak nak buat scan 3d/4d. Excited nak tengok muka baby & aksi2 dia dalam perut. Saja nak simpan kenangan time dia dalam perut mama dia ni. Hehe..

Saya takde survey sangat nak wat scan 3d/4d ni dekat banyak2 klinik. Mula2 fikir nak wat dekat Klinik ajwa, tapi disebabkan dekat situ dia buat pakej 3d/4d sekali dengan detail scan. Kalau nak wat 3d/4d saja xboleh. Harga pulak RM 160. Tak jadila nak buat dekat situ sebab detail scan kan saya dah buat masa 22 minggu dulu. Pasal detail scan boleh refer SINI.

Scan 3d/4d ni boleh buat dari 21 minggu-32 minggu. Tapi ada certain klinik dia kasi sampai 30 minggu je sebab takut xnampak muka baby sebab kepala baby dah dekat bawah kan. Saya memang nak buat masa 30 minggu sebab  time tu baby  dah ada ‘lemak” dan nampak chubby sikit compare kalau buat time bawah 28 minggu. So, terus buat booking dengan scan 3d/4d Malaysia. Boleh refer website diorang dekat SINI dan FB diaorang di SINI.


Saya booking dekat shah alam. Kalau dekat shah alam, time weekend yang ada dekat Hospital Umra. Mula2 ingat nak wat booking sebelah petang sebab baby saya kalau pagi2 kurang aktif. Banyak tido. Hehe..petang ke malam barula terlebih aktif. Tapi sebab hari tu nak kena gi kenduri kawen kawan dekat Jengka, kenala buat jugak waktu pagi. Memang harap sangatla baby tak tido time ni. Pukul 9 pagi memanglah  time dia tido. Dah boleh hafal dah time dia berjaga & tido. 

so, appoiment saya dengan Miss jezzlyn. kalau baca review banyak yang cakap miss jezzlyn ni best. So, pagi tu dapatlah jumpa Miss Jezz ni. memang comel kecik je orangnya. Mula2 dia wat scan 2d biasa dulu. check ukuran baby semua. Then, baru buat 3d dan 4d scan. Masa ni seperti yang dijangka, baby memang tengah tido. Siap menguap kemain lagi bila Miss Jezz kejutkan dia bangun. Bangun kejap lepas tu dia tido balik. Menguap kemain luas lagi. memang ni perangai ikut bapaknya. Tak suka orang kacau time tido. haha..

Then, Miss jezz pujuk2 lagi dia bangun. Last sekali bangun la jugak walaupun macam malas ya amat. haha..Lepas tu miss jezz mintak saya pulak pujuk sebab kot2 kalau dengar suara mama dia baby akan bangun. Alhamdulillah..lepas tu memang dia bangun. siap tenyeh2 mata dia lagi. Yang seronoknya, boleh tengok baby buka mata masa ni. Bukan sekali tau banyak kali! miss jezz cakap baby ni suka berenang ni... Kalau baby lain xnak buka mata sebab takut pedih. Tapi baby memang pemalu, malu sangat nak tunjuk muka dia. Penat pujuk, tunjuk sikit lepas tu letak balik tangan dekat muka. Tapi dapatla tengok muka dia. Tupun jenuh pujuk.Dia pulak jenis suka menghimpit ke kanan perut.

Muka macam siapa?

Yang ni tak pasti. Tapi doktor & Miss jezz cakap macam muka saya. Hehe..Yang tak menahan dekat hidung tu. Nak jugak copy paste hidung jambu air mak dia ni. Tak ikut hidung mancung bapaknya. Takpe baby, puas sikit bernafas ye tak? hidung besar..hehe..takpela..yang tu Ciptaan Allah. Tak perlu dipertikai. Yang penting baby sihat, sempurna sifat & selamat lahir mama & abah dah bersyukur sangat2. 

Memang banyak aksi dia dekat dalam perut. Aksi dia tenyeh2 mata, menguap, senyum & hisap jari semua ada. memang sweet moment sungguh..ada jugak aksi dia senyum sambil letak tangan bawah dagu. Macam posing depan kamera pun ada. Subhanallah..takjub sangat dengan kekuasaan Allah. Macam tak percaya boleh tengok ada janin yang bernyawa dalam perut ni. Subhannallah..

Masa scan hari tu memang puas hati sangat. Dapat gambar dan video dalam Cd. Miss jezz memang pandai pujuk baby. Time ni ada jugak buat urine test dan ambik ukuran berat. lepas scan dengan Miss Jezz ada jumpa doktor jugak. Kira okla service dia.

Harga untuk pakej ni RM 120. Dapat video & gambar dalam cd & sekeping gambar berwarna. untuk service, memang puas hati sangat. 


9 comments:

  1. wah imah dah preggy. congrats ye! selamat menjalani alam mengandung. eh bule ke alam mengandung? hahaha

    ReplyDelete
  2. seronoknya dah scan baby 3d/4d.huhu...kite plan nak buat 3d/4d scan ni jugak dalam early feb nanti.xsabar tengok baby

    ReplyDelete
  3. Wah....best2....cik mah xwat pun 3d/4d...sbb masa wat kat klinik ajwa dah dpt 1 gmbr...n masa g pusat perubatan pun dktr tu bg juga gmbr...semoga imah sihat selalu...

    ReplyDelete
  4. Imah uploadla pic.. Satu pun jdla.. Hehe

    ReplyDelete
  5. kannn. pandai miss jezzlyn pujuk baby. hehe

    ReplyDelete
  6. hehehe..MG dulu dr cakap hidung cam MG last kuaq tak sama pon.hehe

    ReplyDelete
  7. Best gak kan ble tgk aksi baby...saya baru lepas bersalin..baby baru 3 bulan..nanti next baby nk wat gak la..

    by the way..jom singgah bolg saye...juge
    http://sihatnatural.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ... wahh jumpa sonographer jezzlyn! bestnya... takda gambar baby ke imah? nak tengok gakk.. terbuai perasaan baca entri ni...

    ReplyDelete
  9. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!