Dulu ada
orang request suruh saya buat entri macam mana kami arrange perbelanjaan dapur
setiap bulan. So, hari ni baru teringat nak buat. Cara kami rasanya sama je kot
macam orang lain. Tapi paling penting dalam berbelanja mesti utamakan
“penjimatan” .
Selalu memang
kiteorang shopping barang2 dapur/ keperluan lain untuk stock sebulan. Tapi ada jugak yang
sampai sebulan lebih baru habis stock. Tapikan..kiteorang jenis shopping barang
dapur tak wat list pun. Awal2 dulu jer wat list lepas tu dah hafal dah nak beli
apa. Sebab benda yang sama je beli setiap bulan. Cuma kalau ada additional apa2
barang barula buat list takut terlupa.
Ok..barang
setiap bulan wajib beli ni means memang barang2 ni memang tempoh dia setakat
sebulan or lebih sikit je boleh pakai. Macam ubat gigi, body shower, pencuci
pakaian, beras, telur, bawang, sos cili, gula, minyak masak, milo, nescafee dan
lain2. Bila dah dua tiga kali shopping barang2 ni, kita dah leh agak berapa
lama tempoh kegunaan dia. Sebab tu saya tak buat list. Sebab benda ni memang
wajib beli setiap bulan. Tapi macam barang yang 2-4 bulan sekali baru beli yang
tu kena buat list sebab takut lupa. Macam tepung, kicap, pencuci
pinggan, lantai, toilet dan lain2.
Macam mana nak berjimat time
berbelanja barang dapur/ keperluan?
Saya dengan
husband memang buat comparison harga. Promotion tu xdela kami ikut sangat. Cuma
kami bandingkan harga dekat pasaraya mana yang paling murah. Selalu memang barang dapur kami
shopping dekat Mydin je sebab dah banyak kali survey memang situ yang murah bagi kami. kekadang pernah jugak nak
gi beli barang dekat pasaraya A or B, tapi tetap mydin jugak paling murah.
Bukan murah sikit setakat 5 sen, 10 sen tapi ada yang sampai seringgit kot beza
harga. Ini saya & husband buat survey sendiri. Kekadang pasaraya A & B
buat promotion barang tapi harga diorang tu nak sama je dengan harga dekat
Mydin yang takde wat promotion tu. Harga promotion pun kekadang tinggi lagi
dari harga tanpa promotion dekat Mydin. Kalau ada promotion dekat mydin? Lagila
murah banyak kan.. So kalau campur2 penjimatan setiap barang memang leh jimat
banyak. Barang yang sama..tapi boleh dapt harga lagi murah, haruslah pilih yang
murah kan? Lagipun dulu masa duduk Kulim takde Mydin, kami shopping dekat
pasaraya A, so memang dari situ leh tau banyak yang kami lebih jimat bila beli
dekat Mydin bila duduk shah alam ni.
Satu lagi, saya
beli barang dapur yang jarang guna hari2 dalam kuantiti yang rasa nak guna je
untuk elak pembaziran. Means..kalau nak beli perencah apa2 ke or mayonis ke
setakat kuantiti bekas or botol yang nak guna dalam beberapa tempoh. Kalau kita
selalu masak, kita boleh agak berapa banyak je kita akan gunakan bahan2 tu. Ni
sebenarnya nak elak asyik buang barang sebab dah expired date. Rugi
kan..kekadang beli tak sempat guna pun dah expired. Huhu.itu dah kira membazir.
Memang beli barang bekas besar2 tu jimat dari segi harga, tapi kalau jarang
guna atau tak guna lansung lepas tu expired, tak ke membazir..so saya try tak
ikut nafsu sangat time membeli.
Cara Berbelanja beli Barang basah
Bab barang
basah ni macam ikan, ayam dan sayur memang tak buat stock untuk seminggu. Beli untuk 3-4 hari guna je. Selalu kalau ayam dengan ikan dalam 3-4 hari je. Lepas tu kena beli balik. Ni
sebab nak yang fresh2 la kan. Tapi kalau xde masa ikan tu saya tak siang siap2..simpan dalam fridge. Bila nak masak baru siang. Ni petua nak bagi ikan rasa masih fresh walaupun dah beberapa hari simpan. Tapi kalau sayur jenis buah
atau cili tu memang lebih dari seminggu la tahannya. Macam tu jugak dengan
buah-buahan yang lain. Cuma kalau sayur daun yang cepat layunya. Sebab tu kalau
beli sayur berdaun nak bagi tahan lama sikit, saya suka potong siap2 masuk
dalam bekas baru simpan dalam peti ais. Cara macam ni je yang lambat sikit layu. Tapi selalu xkan beli
banyak sangat sayur berdaun. Cukup untuk makan sehari dua. Satu lagi cara nak
jimat dari asyik buang dalam tong sampah barang2 basah ni sebab tak masak atau
guna, rancang siap2 apa nak masak untuk minggu tu. Means beli barang basah
sekali rencah2 dia yang leh guna dalam masakan kita untuk seminggu. So takdela
tetiba buang tomato, buang serai..buang sawi, buang itu dan ini sebab dah layu,
busuk atau dah tak elok. Cara ni lebih jimat. Planning nak masak apa dan beli
setakat perlu.
Tu je kot
yang boleh nak share pun. Sebolehnya memang nak berjimat sakan & elak
pembaziran. Sekarang kan tahun mencabar dengan harga semua barang asyik naik,
so mana leh jimat, kami try jimat.
Good sharing dear..btul tu..kena jimat sokmo skrg.Azam thn ni taknak byk sgt peraabih duit mbeli itu ini ikut kehendak aje..pdhl bkn keperluan pommm hihiii
ReplyDeletesaya shopping tiap minggu. sebab nak carikan barang mentah yang fresh sikit
ReplyDeletesamela cik hani. imah kalau barang nasah mmg setiap minggu cuma kala yg kering2 dll utk sebulan
Deleteeyh imah org kulim ka? faezah org BM..kulim dah ada mydin? dulu ada giant je..hehehe
ReplyDeletetak..imah org kodiang. kulim belum ada mydin. maksud imah mydin dekat shah alam ni
Deletepsl ikan tu mila setuju..mmg ikan xfresh kalau siang awl2 dn smpan lam fridge..suami slalu pesan xyh siang semua, siang y nak guna je..
ReplyDeleteA'ah kan..nak bg dia tetap segar
Deletebarang dapur memang tak dapat nak jimat sangat. dah tengok perbelanjaan bulanan, memang kat situ lah banyak habis duit. nak buat mcam mna..kena makan jugak. cuma elakkan mkan luar je. nak makan sedap, buat sendiri. google resipi.
ReplyDeletetentang mkan mmg xleh berkira. imah bab makan mmg xde berkira nya. nak makan, makan je. cuma klu boleh try elak membazir je. beli benda lepas tu simpan dlm peti ais, last sekali buang sbb dah expired atau busuk dah. tu je yg usaha nak elakkan.hehe..
Deletesalam perkenalan, http://aljabbarsophia.blogspot.com/ sila lawat blog saya untuk roduk kesihatan dan peralatan rumah, tq
ReplyDeletegood tips!! tq
ReplyDeleteNice info...
ReplyDeleteBoleh redeem payung kt petronas..
http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5912
betul sis..waktu mula2 kahwin je nana listkan brg..pastu lama2 xyah sbb selalu beli brg yg sama..hehe
ReplyDeletesalam perkenalan
jemput ke blog nana :)
nice sharing... :)
ReplyDeleteSaya ad jual barangan tefal dgn harga mampu milik...boleh tengok di FB saya Estin Trada Kitchenware atau wassup saya 0196660129...
ReplyDeletesaya tau mydin murah tapi sejak awal tahun 2016 sy dah tak pergi mana2 pasaraya walau mydin.....saya beli kat kedai runcit je...tapi yang peliknya duit belanja dapur RM800 sebulan cuma luak RM400 je....barang mahal sikit dari pasaraya tapi dari segi dollar and cents jimat banyak...gaya makan sama je rasanya..makan nasi je...masih cuba mencari jawabnya..
ReplyDeletesaya nak share cara dapatkan baucar mydin percuma. jemput ke http://jimatbelanja.com
ReplyDeleteBaru tau ikan kalau nak tahan lama jangan siang dulu, tq tips bagus ni
ReplyDelete