About Us

Tuesday, January 7, 2014

Cukuplah Setakat 9 Bulan Lebih Dekat sini. Masa untuk pindah!



Dalam tak suka-suka pun 9 bulan lebih  jugak kami stay dekat rumah ni. Bermacam- macam dugaan since bulan pertama kami masuk.  Kalau orang lain, maybe dah lama angkat kaki. Ikutkan hati saya ni, tak sampai sebulan duduk pun dah fikir nak pindah. Tapi memikirkan perit jerih pindah dari kedah datang sini dengan duit yang keluar macam air, kami perlu masa untuk cari rumah lain yang lebih selesa. At least masa untuk recover balik duit untuk cari rumah sewa lain dan survey rumah yang lebih better supaya benda yang sama xjadi lagi. Jujur cakap, saya memang menyesal sangat duduk sini. Kalau saya tahu macam nilah keadaan dekat sini, susah macam manapun saya takkan masuk sini. Tapi nak buat macam mana, time tu urgent nak rumah, keadaan tak mengizinkan untuk terus survey2 rumah. Masa tu just fikir keadaan rumah, terlupa nak consider environment keliling rumah. Mungkin ini ujian untuk kami. Saya belajar untuk sabar. At least mungkin dalam beberapa bulan je before kami dapat rumah yang lebih baik.

Tapi hasrat nak pindah tu terpaksa postpone lagi bila saya pregnant. Condition saya awal2 preggy dulu yang kerap bleeding  memang tak mengizinkan lansung untuk kami pindah. So, target dengan husband, hujung tahun lepas baru  pindah. At least sampai kandungan ni kuat dan sayapun sihat.

Dekat sini, kawasan kejiranan ada  kaum bukan melayu. Hari pertama saya masuk rumah dengan husband, malam tu kami lansung xboleh tido, diorang buat bising dari tengah malam sampai ke pagi. Dahlah jarak pintu dari rumah ke rumah dekat je. Diorang pun kerap gaduh depan rumah. Bising sangat. Pernah satu masa, balik keja kena tunggu dekat bawah sebab depan rumah kami jadi tempat gaduh. Sabar je ar..

Lepas tu, diorang bila buat majlis apa2..suka sangat pasang muzik lagu bahasa diorang kuat2. Kuatnya tahap buka TV dekat rumah tu sampai dah habis tinggi volume pun tetap xdengar bunyi apa dekat Tv. Kuat gila kan? sampai saya nak bercakap dengan husband pun xleh. Xdengar apa. Bising ya Amat. dahlah pasang kuat2 mcm tu sampai pukul 3-4 pagi. Siapa yang boleh tido?Kalau sekali xpe..ni dalam 3 kali jugak buat macam tu. Ok..sabar lagi. Itu belum campur bab diorang mabuk2 dan buat bising bawah rumah. Mabuk sambil meracau-racau lepas tu gaduh. Sapa yang leh tahan? Memang bukan tiap hari tapi kerap..

Part main mercun yang saya paling tak tahan. Dia boleh bawak keta keliling tempat parking sambil hon-hon kereta tak ketahuan hala lepas tu baling mercun. Pusing2 keta sambil baling mercun. Kalau mercun yang biasa tu xpe. Ni jenis bunyi macam bom. Saya yang tengah tido time pukul 2 pagi ni boleh terjaga sebab terkejut sangat. Sampai mengeletar badan….time perayaan xyah cakapla..memang sampai 2 malam tido xlena. Asyik terkejut-kejut bunyi mercun. Sedangkan time xde perayaan apa2 pun dia main mercun kemain sakan, apatah lagi time perayaan kan? Masa tahun baru hari tu..saya sampai rasa nak nangis terkejut dari tido sebab bunyi mercun kuat gila. Macam orang baling sebelah telinga. Baby dalam perut pun boleh rasa dia asyik terkejut. Saya letak bantal banyak2 dekat perut  sambil peluk perut xnak bagi baby dengar. Geram ya Amat! Takde lansung sensitivity dengan jiran2 lain.

Itu belum campur bunyi bising budak2 main lagi waktu malam. Tapi yang tu kira ok lagi. Kawasan situpun kebersihan memang out la. Kotor..memang naik tangga tu penuh sampah orang buang merata.Bawah umah flat tupun banyak sampah. Rasa tukang sapu sampah tu selang sehari mesti datang bersihkan. Kerap Nampak dia bersihkan. Tapi pagi bersih, petang balik kerja memamng bertimbun dah sampah. Ada pulak jiran yang duduk tingkat atas, buang sampah selamba je dari tingkat 5 terus ke bawah. Fuh..ada yang lagi teruk, datang longgok sampah dekat dengan tangga kiteorang. Dahlah sampah jenis air ikan . hanyir semua ada. Nak tolong buangkn pun sampah tu dah berair-air..mujurla ada cleaner tolong buang. Part tangga yang teruknya, selalu bau hancing. Macam ada orang suka kencing dekat tangga. Tanya jiran memang betul..diorang ada yg jenis suka kencing atas tangga sampaikan ada orang letak notis “ tolong jangan kencing dekat tangga’!

Then baru2 ni masa dalam masa 2 bulan kiteorang cari rumah, ada pulak kes orang mabuk sampai bakar motor orang. Mujurla tak terbakar rumah. Sampai bomba datangla. Then, minggu depan tu, ada lagi kes mabuk lepas tu bakar motor orang. Kali ni 2 biji motor. Kes ni ada masuk dalam surat khabar. Ada sekali tu, saya dengan husband balik dari pasar malam nampak polis tangkap orang dekat blok kami. Kes apa tak tau..hmm..memang teruk sangatla keadaan dekat sini. Ada yang mabuk sampai pecah tingkap rumah dia, then botol arak dia tu jatuh atas cermin depan kereta orang. Yang nak bunuh diri pun ada. Tengah mabuk panjat tangga dekat tingkat 4 nak terjun. Gila!

Jumaat lepas, ada geng2 mabuk ni pecahkan cermin depan 15 biji kereta. Yang ni rasanya kes paling teruk. Nampak polis asyik ulang alik dekat kawasan blok2 dekat situ tanya2 orang. Taktaula dapat tangkap tak lagi si pemabuknya.huhu..

Banyak barang yang dah siap packing. Tinggal nak angkat je nanti. Tapi kebanyakan barang memang kiteorang xbukak pun dari kotak masa pindah dari kedah dulu sebab tahu nak pindah lagi. keluarkan barang2 nak guna betul2 je.  so, kerja pindah memindah kali ni lebih mudah la..Kerja ni banyak husband yang buat. saya tolong buat labeling je supaya senang nak cari barang. kerja packing pun buat sikit2 setiap hari supaya xpenat sangat

Mula2 ingat ke kiteorang je yang tak tahan..nak pindah. rupanya jiran kiteorang pun sama. tengah sibuk cari rumah nak pindah sebab dah teruk sangat dah keadaan dekat sini. sampai pecah2 keta orang apa kes kan? Memang kena keluar la..nak harap diorang berubah memang takla..huhu.

Kiterang dah start angkat barang. Rumah sewa baru tupun dah siap cuci. Weekend ni officially pindah. Cukuplah setakat ni je kesabaran kami. Tupun rasa macam lama jugak. Awal2 hari tu ok lagi, tapi bila hujung2 tahun lepas yang paling teruk. Alhamdulillah..dapat jugak pindah. Hope rumah sewa baru tu buat kehidupan kami lebih aman & tenteram. Setakat pergi weekend lepas tengok semua ok je. Jiran pun ok. Harap2 okla..situpun ada security xla takut sangat.  Doakan kami ya! Walaupun dah sarat sekarang, tetap kena pindah.  Mujur masih kuat & sihat lagi. Alhamdulillah.. 

9 comments:

  1. fuhhhh..saila boleh agak bangsa apa. kwsn saila tu pun kalau sebut area mana imah boleh agak punya..jgn kata perayaan, tak raya pun main mercun. setakat tetak2 ni biasa. bunuh2 tak heran. tapi sebab daerah saila ni consider duduk ikut bangsa, takde la rasa mercun tu kat sblh telinga. kesian baby imah..memang jenis bangsa serabut..takkan berubah punya. syukur imah dah jmp rumah lain..

    ReplyDelete
  2. takpe lah imah. pindah lagi baik dari stay kat tempat yang tak berapa nak selamat tu. kalau setakat bising, kite masih boleh nak pekakkan telinga, tapi bila main dengan keselamatan kite memang takkan tunggu lama la.
    Hope semuanya lancar yer proses pindah rumah tu. take care dear.

    jaga kandungan. jaga kesihatan. hope semuanya selamat

    ReplyDelete
  3. teruk juga keadaan rumah awak.. hmm.. nasib dah dpt rumah br.. semoga keadaan lbh baik dr yg sebelumnya k..

    ReplyDelete
  4. su doakan mga tenang ditempat baru..Alhamdulillah su dikurniakan jiran2 yg baik..syukur sgt.

    ReplyDelete
  5. Takutnyaaa.huhuhu. semoga hidup lebih tenteram lepas ni yeaa

    ReplyDelete
  6. huh, menakutkan baca cerita ni...

    hati2 pindah nanti, jgn angkt brg2 berat sgt. jaga diri OK.
    mudahan tmpt baru selesa dan selamat..
    Amin..

    ReplyDelete
  7. Salam Ima, kita nak tanya..

    rumah ni kat area mana? Kita pun tgh pening2 cari rumah sewa untuk lepas nikah. sori tanya and sori kalau ima dah aja tulis pasal ni sebelum ni. Kita baru baca entri ttg rumah ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..awk email sy bleh? Kita sembang..ni email sy norfahimah87@yahoo.com

      Delete

Terima kasih sudi komen!