Ya..masuk tahun baru bermakna bertambah la lagi usia . Hari
ni genap umur saya 27 tahun. Makin tua sudah! Masa umur 26 tahun dulu masih
lagi rasa muda tapi bila masuk 27 ni dah xrasa muda dah. Sebenarnya banyak lagi
sikap & perlakuan yang perlu diperbaiki. 27 tahun dah Allah bagi peluang
saya bernafas dan beri kehidupan yang baik ni di bumi ni.
Alhamdulillah….Mudah-mudahan, kalau umur panjang, usia seterusnya tak saya
sia-siakan. Kena perbetul balik mana yang terkurang sana-sini. Doa saya, semoga
terus dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, bahagia bersama suami
& bakal anak kami, menjadi insan yang lebih baik & bersyukur,
dimurahkan rezeki & termakbul segala impian.
Harapan Saya di usia
27 tahun?
Banyak sebenarnya impian yang belum tertunai. Kena usaha
& berdoa untuk capai satu persatu. Antaranya..
-
Harapan utama tahun ni, saya nak jadi seorang
ibu. Nak rasa ada anak sendiri . Nak peluk
dia, sayang dia, pelihara dia dengan sepenuh jiwa raga saya supaya dia membesar
menjadi anak yang soleh & Berjaya di dunia dan akhirat. Semoga si kecil
yang dikandung ini lahir dengan sihat, sempurna & selamat. Nervous jugak
tunggu baby keluar. Selagi baby belum selamat dilahirkan, tak boleh excited
terlebih sangat. Sekarang ni macam2 kes dengar, perasaan risau tu tetap ada
even saya selalu fikir positif. In sha Allah kalau ada rezeki timang anak
sendiri, pasti ada. Semoga Allah makbulkan impian kami suami isteri. Amin…
-
Nak Jadi hamba Allah yang lebih baik. Nak
istiqamah dalam setiap perubahan yang dibuat. Banyak perkara yang perlu recap
& belajar lagi. Nak jadi isteri yang lebih baik untuk suami. Nak improve
lagi skill memasak, skill mengemas rumah
dan lain2 hal rumahtangga. Nak jadi lebih rajin! Hehe…even bekerja pun saya
harap saya boleh jadi isteri & bakal ibu yang lebih bertanggungjawab.
-
Mintak sangat2 jumpa pengasuh yang baik &
penyayang untuk bakal anak kami. Sekarang dah 8 bulan tapi belum lagi jumpa
pengasuh. Masih dalam pencarian. Doakan kami ya!
-
Nak sama2 usaha dengan suami simpan duit untuk
beli rumah atau tanah sendiri. Lokasi tak tahu dekat mana. Kalau bukan sebagai
tempat tinggal tetap pun, sebagai asset. Harap tahun ni atau tahun depan dah
ada rumah sendiri di bawah kemampuan kami. Semoga Allah permudahkan urusan
kami. Amin..
-
Nak tunaikan azam yang tak tertunai masa tahun
2013. Hmm..ubatnya kena rajin saja. Huhu..
-
Nak kurus! Haha……nak dapat balik berat badan
before kawen dulu. Yang ni kena gigih sikit usaha sebab nafsu makan susah bebenor
nak control.
-
Nak gi melancong dengan family! Tiap-tiap tahun
wajib gi melancong. Tapi xplan lagi nak kemana.
Setakat ni, itu aje harapan untuk tahun ni di usia 27 tahun.
Semoga tahun ni dapat ditempuhi dengan jayanya dan bahagia bersama keluarga
tersayang. Amin..
Imah..
ReplyDeleteSemoga tercapai semuanya..semoga Allah peliharkan family Imah jugak. Didoakan selamat semuanya yer. Amin
Semoga berjaya mencapai apa yang diimpikan. All the best to you! :)
ReplyDeleteAmin! Semoga semua impian akak imah trcpai hendakNya..
ReplyDeletesuka baca blog akak.
ReplyDeletedulu kenal blog akak sebab akak tulis cerita.
sekarang setiap entry akak. saya tak tinggalkan.
moga tercapai segala harapan akak tu. ^_^v
aaminnn semoga semua impian di tahun 2014 tercapai..
ReplyDeleteaaaammmiiinnn.......
ReplyDeleteAmeen.. Salam, saya suka baca blog imah, saya rasa ianya tulisan yang datang dari hati, tulisan yang jujur mengenai kehidupan sehari-hari, dalam gaya yg sederhana ianya sangat dekat di hati :) Keep up the good work sis.. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Imah dan keluarga...
ReplyDelete