Cerita rumah sewa lagi....
Alhamdulillah..finally dapat jugak cari rumah sewa lain untuk duduk. Dapat kunci rumah ngam2 time orang sibuk celebrate tahun baru. Kali ni kami redha saja guna khidmat agent sebab susah sangat nak jumpa rumah sewa yang direct owner. Mujur agent ni ok. Mula2 takut jugak. Takut kena tipu. Mintak khidmat nasihat officemate jugak soal sewa rumah menerusi agent ni. Takla susah...agent ni tukang cari orang nak sewa rumah je. Tapi lepas kita setuju nak sewa rumah tu..apa2 urusan & bayaran semua dengan owner. Kira agent ni jadi orang tengah la. Then, urusan agreement pun agent yang buat.
Rumah ni kami anggap "rumah rezeki anak". Rezeki si anak di dalam perut ni. Alhamdulillah...bersyukur sangat2 Ya Allah. Walaupun hanya rumah sewa dan bukan rumah sendiri ada jugak kediaman yang lebih selesa untuk berlindung. Dalam sibuk tengah cari rumah lain untuk pindah, then husband kena transfer ke site. Lepas tu tetiba dapat pulak elaun rumah. Ingat memang tak dapat dah sebab dalam selangor je kan kena transfer pun. Rezeki. Syukran.
kami prefer untuk pindah area shah alam jugak sebenarnya. memang cari rumah apartment yang lebih selesa. yang boleh cover 2 parking kereta tapi tak banyak pilihan. Harga memang mahal sesangat. Dah boleh dapat rumah teres dah area lain. So bila fikir2..memang kena keluar sikit la dari shah alam tu. At least dengan harga yang sama untuk apartment dekat shah alam, kami boleh duduk landed house dekat area lain yang tak jauh sangatpun dari shah alam. Sebenarnya shah alam jugak cuma luar sikit je. Tapi kawasan baru.
Alhamdulillah..jumpa jugak rumah yang di cari. At least dalam masa 2 tahun ni, xperlu risau sangat pasal rumah. Tengok environment memang best. dekat dengan segala kemudahan. jalan cantik, landskap cantik ( penting ke faktor jalan cantik? hehe..) dan paling penting dekat dengan highway. memang senang nak gi keja nanti sebab 5 minit je dengan highway dari rumah. Jarak dari tempat kerja saya & hubby pun dekat. Dekat sikit berbanding rumah sewa lama. harga rumah dekat sini kalau nak beli memang mahal ya Ampun. memang starting price 600k++ . memang tak mampu nak beli. Dapat rasa menyewa pun dah cukup beruntung . huhu..
so..ni rumah sewa baru kami. rumah sewa saja...kalau nak beli sendiri memang tak mampu. sob..sob..Mahal sesangat!!!
Rezeki kamu baby..mama & abah cuma menumpang je. Hope tahun ni mama & abah dapat beli rumah sendiri yang selesa buat kita. Walaupun tahu harga rumah melambung-lambung naik, in sha Allah kami akan usaha untuk beli ikut kemampuan kami. Sekarang ni kita menumpang je dulu duduk rumah ni k sayang. lepas 2 tahun ni mintak2 dah ada rumah sendiri. kecik pun takpe asalkan selesa & takde lagi gangguan2 yang super duper teruk macam dekat rumah sewa lama tu. Huhu...Tapi kami lagi harap abah dapat transfer luar dari lembah klang lepas siap project dekat sini. Ada hikmahnya kesabaran mama & abah selama ni dekat rumah sewa lama tu. Allah bagi kita ganjaran yang lebih baik. Alhamdulillah..
Pembuka tirai 2014- semoga tahun ni lebih baik buat kami sekeluarga, jadi insan yang lebih berguna & dimurahkan rezeki. Amin...
p/s: baru nak cuci rumah weekend ni & packing barang2. hope next week dah dapat pindah masuk rumah ni. Then, nak settlekan urusan pemasangan semula astro( njoi) & streamyx dekat sini. Lori sewa dah booking. Banyak jugak duit habis untuk urusan rumah sewa ni termasukla bayaran deposit. Mujur barang2 baby & mommy semua dah settle. Tinggal yg nak beli untuk lepas deliver nanti je macam stroller dan car seat. Semoga semuanya dipermudahkan..
cantiknyaaa rumah!!! waaah
ReplyDeleterumah sewa je nina. huhu..
Deletecantikyna imah dkt mana
ReplyDeletedekat setia alam
Deletewahh cantik feature wall tu...:)
ReplyDeleteCantiknya...dua tingkat..sewa brp imah?cik mah pun ngah cr juga rumah...
ReplyDeletesewa 1xxx jugak. Lebih kurang kadar sewa apartment dkt shah alam. Huhu..sbb tu pilih kawasan ni
DeleteAlhamdulillah..cantik rumah....
ReplyDeletecantik rumah tu. alhamdulillah. rezeki kak imah sekeluarga :)
ReplyDeletenice sgt rumah sewa baru ni..mmg baru siap ek?^^
ReplyDeleteRumah baru tapi memang dah ada penyewa sebelum ni
Deletewaa...cantiknya umah tu k.imah...besar plak tu...rezeki anak kan..semoga rezeki akak bertambah2 lagi...amin..
ReplyDeletebesar dan cantek rumah tu. Alhamdulillah..
ReplyDeleteYang penting selesa. mahal sikit pun takpe.
Ibu mengandung, take care yeeee..
Anak comel dalam perut tu, mesti eksaited nak keluar tengok rumah baru parents ni..
cantik..
ReplyDeletecantiknya imah..kat mana ni? za dok shah alam memang gile pun hg umah.. huhu..
ReplyDeletedekat setia alam za. luar sikit je dari shah alam tapi masih lagi shah alam cuma panggil bandar lain je. A'ah kan..mmg mahal betul harga rumah
Deletecantiknya rumah sewa..besar pulak tu..tahniah imah,rezeki baby tahun 2014 :))
ReplyDeletehi imah..dah pindah rumah ke? x dok seksyen 7 dah ke? Sekarang dok mana imah?
ReplyDeleteA'ah azie. pindah sikit2 barang umah. next week baru pindah sepenuhnya. duduk dekat setia alam plk lpas ni
Deletebestnya..rezeki anak kan. alhamdulillah. huda pon tak abis kemas lagi ni. huhu. kemas rumah ni pon buat sakit kepala jugak hehe. jaga diri ye imah. :))
ReplyDeletesalam kenal imah. alhamdulillah nampak selesa kan rumah ni imah.. semoga lepas ni de rezki utk rumah sendiri pulak. rumah ni project sime darby ke imah?
ReplyDeleterumah ni project sp setia =)
DeleteAssalamualaikum, cantiknya rumah sewa ni! syukur alhamdullilah. murah rezeki baby kannn
ReplyDeletewahhh....cantiknya rumah. takpe lah sewa pun, asalkan selesa sbb ada anak kecik. tu yg penting.
ReplyDeletemoga murah rezeki dpt beli rumah sendri...