About Us

Tuesday, December 31, 2013

Cerita Suka Duka Tahun 2013


Hari terakhir di tahun 2013. Sekejap je kan masa berlalu. Tau2 dah nak masuk tahun baru lagi. Dan of coz lah bertambahla lagi umur. Ok..makin tua! Hehe..
Disebabkan hari ni last day untuk tahun 2013, nak wat entri flash back suka duka untuk tahun ni.

Dapat Hidup Sebumbung Dengan Husband

Alhamdulillah…..lepas 6 bulan hidup ber PJJ, finally dapat jugak tinggal sama-sama dengan husband. Memang  bersyukur sangat2. Terubat segala pengorbanan duduk jauh selama ni. Start bulan 3 tahun ni officially dapat tinggal sebumbung dengan husband.  Bila dah tinggal bersama memang banyak benda yang kami boleh buat sama-sama. Perjalanan rumah tangga lebih teratur berbanding masa tinggal PJJ dulu.

Kerjaya

Kejap je saya keja dekat penang dulu. Dalam masa 3 bulan, then bila husband dapat kerja baru, ikut dia pindah sini. Dapat offer untuk bekerja semula dekat office lama. Alhamdulillah…..memang sebolehnya saya nak kerja tempat lama. rezeki kawen. Husband dapat kerja baru yang lagi better dari dulu & saya pulak ada kenaikan sikit gaji berbanding dulu.  Ikutkan tempat kerja sekarang gaji xdela banyak mana, tapi Alhamdulillah cukup. Memang kena berjimat jugakla.  Tapi yang saya suka tempat keja lama ni sebab environment dia . dari segi masa keja, officemate, tuntutan keja, cuti dan lain2 benefit yang tak semua company leh bagi. Paling penting, rasa enjoy je gi keja.  Dari segi duit & environment memang saya akan dahulukan environment. Lagipun lepas kawen memang kena bagi komitmen lebih pada family kan. Husband pun prefer saya stay keja dekat sini je, senang katanya. As long as xde masalah apa2 lagi, stay saja. Takpela gaji kurang sikit, yang penting saya tak tension dan stress sangat bekerja. Bersyukur dengan apa yang ada.

Dugaan Cakap-Cakap Orang

6 bulan pertama tahun 2013 yang penuh dugaan cakap-cakap orag soal anak. Kalau korang bukan kategori bunting pelamin pasti korang pun faham apa yang saya rasa. Yang memahami Alhamdulillah..tetapi yang asyik mempertikaikan rezeki anak ni, saya harap sangat yang dia diberi petunjuk yang rezeki anak tu bukan terletak pada tangan kita.  Dan yang pasti ketetapan Allah itu yang paling terbaik untuk kita. Cuma yang saya boleh buat time ni sabar, try kuat semangat & positive kan diri dengan kata-kata orang. Anggap pertanyaan-pertanyaan tu sebagai tanda orang ambik berat & kritikan mereka sebagai cabaran hidup. Mujurlah family kedua2 pihak faham. Husband sangat2 supportive. Itu dah cukup bagi saya. Orang lain tu anggap je macam lalang.

Pregnant!

Saat yang paling dinanti dalam kehidupan kami suami isteri. Ikutkan hajat, memang nak rasa timang anak sendiri tahun ni tapi x tercapai. Tapi Allah bagi rezeki untuk merasa naluri ibu tu since tahu si kecil ni ada dalam rahim. Rasa syukur sangat2 sampai menangis bila tahu dah pregnant. Tahun menjadi seorang mom to be. Enjoy sangat2 pregnancy moment walaupun berat badan naik berkilo-kilo..hehe. Due date hujung bulan 2 tahun depan, semoga segalanya dipermudahkan dan selamat.Risau jugak. huhu..

Jalan-Jalan

Masih berjalan di dalam Negara. Hehe..angannya tahun depan nak melancong ke luar. Siap beli tiket dah tapi burned cenggitu je sebab time tu tengah menunggu hari nak lahirkan si kecil dalam perut ni. Hehe..melancong dalam Negara pun best jugak sebab yang penting leh spend banyak masa dengan husband. Kira tahun ni banyak tahun untuk kami spend masa berdua je la kot. Hehe….




Part Time Business

Taktaula nak panggil part time business ke apa. Tapi kalau bab menyewa veil pun kira business kecik2 jugakla kan. Kira tahun 2013 ni la tahun murah rezeki dalam bidang ni. Alhamdulillah..rezeki anak jugak =)

Blog

Sebenarnya kan, tahun 2012 ni pencapaian blog kalau diikutkan paling baik berbanding tahun lepas dari segi pageview dan followers. Tapi dari segi update blog memang banyak terjunamla dari tahun lepas. Entri kurang dekat separuh kot dari tahun lepas. Apela pemalas nak update blog lepas jadi bini orang ni. Lepas jadi mak orang tak taula macam manna nanti kan..hehe. apepun tq bagi yang rajin menyinggah di sini. Rezeki Nuffnang pun Alhamdulillah... Sekarang ni pun every month dapat BE. Rezeki anak sama sebab kalau ikutkan maknya bukan rajin sesangatpun update blog. Hehe..

Kematangan

Tahun yang banyak mengubah diri sebenarnya. Dari pelbagai sudut. Sebenarnya masih dalam proses untuk jadi manusia yang lebih baik. Lagipun dah nak jadi mommy dah pun, sampai bila la nak di perangai yang lama. Usiapun makin meningkat. Try berubah secara istiqamah walaupun ada masa terbabas jugak. Huhu….Sebenarnya bila dah kawen ni banyak jugak yang ubah personality dan sikap kita. Mungkin tak drastic tapi sikit2 tu adala kesedaran



Itu jela kot yang leh cerita pun. Rasanya semuanya baik2 je tahun ni. Bahagia..Alhamdulillah. Hope tahun 2014 lagi better la dari tahun ni..Amin..

4 comments:

  1. syukurrr sgt kan bila dpt hidup sebumbung dgn suami. bab ckp2 org tu nina faham sgt.. nina pun mcm awak gak. 6 bulan xd pape org dah bisang. Alhamdulillah, skg dah masuk 32 minggu dah. hehe. :)

    ReplyDelete
  2. semoga tahun dpn semuanya lbh bermakna dengan kehadiran si manja.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kan....smlah kita...moga tahun depan lebih baik kan...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum imah. alhamdullilah murah rezeki kamu. syukur (",)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!