About Us

Tuesday, December 17, 2013

Survey bengkung Untuk kegunaan Time berpantang

Saya sekarang tengah survey bengkung untuk digunakan time berpantang. ye..sekarang ni time untuk lengkapkan barang mamanya pulak. Si kecil tinggal 2 item je lagi xbeli tapi dah aim nak beli dekat mana. Ni penyakit gi kedai dah jumpa barang yang dicari tapi rasa nak survey lagi kot2 jumpa  kedai lain yang bagi diskaun dan harga lebih murah. hehe...

1) Bengkung Lilit 

Bab bengkung ikut hati saya suka bengkung yang style dulu2..yang lilit panjang2 tu. mak saya cakap jenis ni cepat lansing perut. mahu tak lansingnya...panjang bengkung bermeter-meter. jenuh nak pusing satu badan. dapat pulak kalau kena pakai sendiri. Kang pusing2 jadi mumia pulak. Hehehe....Tapi mak saya kata, dulu2 orang pakai ikat kat tiang tengah rumah. lepas tu pusing la badan dengan bengkung tu sampai ke tiang. Ada yang ikat dekat tombol pintu. Saya nak sangat pakai bengkung ni sebab saya jenis kulit tebal, time preggy pun perut besar jugak, so perlu kerja keras untuk kempiskan balik perut ni. Tapi kelebihan bengkung macam ni bukan setakat kempiskan perut, boleh jugak kecikkan punggung dan paha kalau rajin lilit sampai ke bawah. hehe...kena kuat semangat & rajinlah jawabnya  kalau nak pakai bengkung macam ni. nak kempis balik perut haruslah kena rajin kan. Usaha lebih sikit. Fuh..harap sangat kuat semangat.

kelebihan: kejap, lebih kemas, masa lebih singkat untuk dapatkan perut yang kempis jika dipakai secara konsisten, boleh adjust

Kekurangan: Susah time nak pakai dan buka




2) Bengkung zigzag/ beroda

Satu lagi, saya minat jugak style bengkung macam yang tengah hot sekarang ni, bengkung zigzag atau nama lain bengkung roda. Bengkung style ni ramai yang suka pakai sebab lebih mudah. tak perlu bantuan orang, leh pakai sendiri je. jimat masa.


kelebihan: sederhana kejap,  kemas, mudah dipakai dan dibuka

Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, perlu pilih saiz yang betul dengan ketinggian & saiz badan before preggy




3) Bengkung Bertali


Bengkung bertali ni lebih kemas ikatan dia berbanding bengkung zigzag tapi cara pakai sederhana mudah. Yang nipun best jugak. Boleh pakai time berdiri atau sambil baring.


kelebihan: sederhana kejap,  kemas, sederhana mudah untuk  dipakai dan dibuka

Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, perlu pilih saiz yang betul dengan ketinggian & saiz badan before preggy




4) Bengkung Moden


Bengkung ni paling senang & mudah dipakai. Ambik masa yang singkat & rasa lebih selesa. R amai ibu2 moden yang pilih bengkung macam ni sekarang. lebih2 lagi yang kena berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua yang lebih berpengalaman. Ada jugak yang guna bengkung ni lagi lepas habis berpantang pun. sebab saiz dia yang tak tebal sangat, so leh pakai untuk aktiviti luar rumah atau ke pejabat. Sangat memudahkan pergerakan.


kelebihan: sederhana kejap,  sederhana kemas, sangat  mudah untuk  dipakai dan dibuka. Pilihan untuk yang bersalin secara c-zer

Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, kebanyakan hanya cover area perut sahaja berbanding bengkung lain yang boleh cover area  bawah dada, punggung & paha. Kena pilih betul2.





Still berfikir lagi nak pilih yang mana. Saya decide nak beli 2 jenis bengkung. Kalau boleh nak la yang selesa & mudah dipakai. Tapi dalam masa yang sama nak bengkung yang bagi hasil yang maksimum. Tapi nak kurus pun bukan kerja mudahkan. perlu konsisten jugak pakai. kalau harap bengkung best, tapi kita malas berbengkung pun xguna jugak kan?

Korang rasa mana yang ok? saya nak beli 2 je ni. Senang nak tukar2..hehe.


9 comments:

  1. hi..nice sharing ..P kalau bengkung jawa cemana ye,,

    http://madamhealthy.blogspot.com/2013/12/set-menyusu-shaklee.html

    ReplyDelete
  2. sara beli bengkung moden. percayalah, bila ada anak memang tak ada masa nak ikat2 semua. x nak nyusahkan mak tolong ikat bagai.. buat sendiri jer.
    mula2..letak kunyit kat perut, ambil kain buruk balut dulu, pastu pakai bengkung moden.
    yg ikat2 tu x praktikal, lain lah kalau kita ada orang boleh jaga 24jam..huk..huk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke..huhu. ok. boleh consider beli satu bengkung moden

      Delete
  3. Lepas bersalin anak 1st aritu, ana pakai bengkung bertali..brand leesa formula.ok pakai tu..mmg kemas je.cuma ssh skek time nak duduk haha.tapi utk kempiskan perut tu mmg berkesan laa.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kempis peut mmg kena berkorban sikit kan? hehe..tq for sharing. imahpun minat jugak dgn bengkung tali tu

      Delete
  4. Imah..za gn 2 bengkung.yg jawa n moden..yg jawa tu pnjg cm yg bengkung lilit,tp bkn lilit smata..za xdan nk wat entry psl bengkung.huhu..yg moden za terpksa beli msa kn duduk nicu dgn darwish.

    Bg za,yg tradisional lbh best n rsa fit.klu dh hr2 pkai,5mnt je siap..hihi..

    ReplyDelete
  5. Good info. Saya pun sedang survey bengkung utk ibu berpantang ni.

    Bagi sesiapa yang ingin dapatkan vitamin dalam berpantang boleh melawat blog says ye.
    www.vitamin4mama.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. untuk kempiskan perut hingga ke punggung mana bengkung yg lebih sesuai ya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!