Dalam 2 hari lepas, asyik rasa xselesa bahagian bawah perut.
Dekat bahagian kanan perut pun sama. Rasa macam sakit sengugut pun ada. Rasa
macam gastrik pun ya. Pedih..sampai nak jalan pun rasa sakit. Tapi xkerap atau
berpanjangan. Just certain masa je. Tupun sehari dalam 2 kali je. Timing tak
consistent . Tanda nak bersalin xde pulak. Lagipun baru 35 minggu, kalau boleh
xnak lagi bersalin time ni. Baby belum cukup bulan. Kalau dah 36 minggu ke atas
tu okla kalau dia nak keluar pun. Tapi kalau tetiba dia nak keluar jugak, mana
leh tahan2 kan? Gulrlp! Seyes rasa nervous bila pikir bab nak bersalin..ada
rasa takut dan risau jugak. First time kan..
Tapi symptom yang saya alami tu Braxton hicks atau false
contraction je. Ada dengar pasal ni dulu Cuma xpernah lagi jadi. Dah 35 minggu
ni baru start jadi. Tapi tanda2 tu bukanla petanda yang baby nak keluar dah.
Cuma salah satu tanda persediaan rahim untuk deliver baby nanti. Ikut
pengalaman kakak & mak saya diorang time bersalin anak sulung masing2
lambat seminggu dari edd. Sampai kena induce. Huhu..mintak2 saya takla. Mintak2
baby keluar awal dari edd xpun on time la. Tapi kita ni hanya mampu berdoa
& berharap kan, selebihnya tawakal pada Allah. Mintak2 semuanya
dipermudahkan. Ada lagi 5 minggu je.. Rasanya rasa xselesa dekat perut dan
belakang badan maybe sebab saya pun banyak gerak & jalan. Yela..sibuk
pindah rumah. Lepas tu jalan jauh balik kampung dekat kedah. Maybe badan pun
letih. Tapi setakat ni baby gerak ok je lagi. Sabtu ni baru nak g check up lagi
dgn hospital tmpt booking untuk bersalin.
Apa beza braxton hicks dengan true labor?
Hasil mengoogle pasal braxton hicks saya jumpa maklumat ni..
Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
- lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?
- lelehan yang melekit dan berdarah;
- sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
- jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

sumber Babycenter
Ok..cuma braxton hicks. Harap tak confuse la lagi nanti antara contraction betul & palsu. hehe..
Imah...kita sm...cik mah pun dlm 3 hr ni....braxton hicks juga,..huhu..,klau mlm tu yg xthn...risau juga..dh 36 minggu ni...
ReplyDeleteenjoy the moment ye!!
ReplyDeletetake care fahimah. semoga dipermudahkan semuanya k.
ReplyDeleteimah..kepala baby mmg dah nak ke bawah..sbb tu rase x selesa je...syu dulu 32 weeks dh dpt rase..baby keluar cpt semggu dari edd...hehe...contraction selalunye regular..mcm yg imah tulis tu..sakit contraction mmg sgt sakit..nak duduk pun x boleh...semoga semuanye dipermudahkan imah!!! ;)
ReplyDeletenice sharing imah :)
ReplyDeleteSemoga entry ni bermanfaat tomfuture mom ;)
ReplyDeletebestnya tak lama lagi dah nak dapat baby....doakan saya cepat2 dapat baby juga :)
ReplyDeletetc kak.
ReplyDeletemoga semuanya selamat. insya Allah ^_^
seronok baca blog akak. banyak sharing.
Assalamualaikum imah. nervousnya sheila baca .. sebab belum alami lagi...
ReplyDeletenice blog...jom follow blog saya juga madamsurianie.blogspot.com
ReplyDelete