Lama tak menulis di sini. Penat..baru lepas pindah rumah.
Lepas tu jumaat sampai ahad balik kampung dekat kedah. Pagi ni masuk kerja rasa
lemau je badan. Busy je sekarang ni.
Memang tak sempat nak menjenguk blog sendiri & blog2 kawan2. Hari ni genap
seminggu duduk rumah sewa baru. Pasal rumah sewa baru tu entri lain saya
cerita. Now, nak cerita pasal hasil longgokan baju2 lama saya.
Banyak kan?
Ni masa bawak balik kampung hari tu. sibuk asingkan nak bagi dekat kakak & adik |
Tak tau nak panggil apa. Baju lama? Baju yang saya taknak
pakai? Baju yang dah old fashion? Tapi rasanya ayat paling tepat “baju yang dah tak muat & tak sesuai
dah untuk dipakai”. Hehe..
Ni baju2 yang saya dah pakai sejak 9 tahun yang lepas!
Fuh..lama jugak kan. baju sejak umur saya 18 tahun lagi. Ada baju kurung masa
umur 18 tahun yang bila dah masuk kerja pun saya still pakai lagi. Kira baju2
dalam ni selagi boleh pakai memang saya pakai.
So, xleh la kata tak nak pakai baju ni sebab dah old fashion kan. Saya
bukan jenis yang rajin sangat nak shopping baju tambah2 baju kurung. Kalau raya
baru nak beli baju kurung. Tupun setahun sekali.
Masa pindah rumah hari tu memang sambil packing barang,
asingkan jugakla mana2 baju yang memang takleh pakai dah. Masuk dalam kotak.
Dulu masa dekat kulim dah asingkan jugak. Siap buat labelling lagi dekat kotak
baju2 lama saya. Masa tu azam nak kuruskan badan dengan harapan leh pakai balik
baju2 lama ni. Tapi apekan daya, makin nak kurus, makin “mendebab” pulak
jadinya.hehe… Dari azam xnak beli baju baru kena jugak beli sebab bila dah preggy
jangan harapla baju2 lama leh pakai lagi. Sekarang, saya hanya simpan baju2
yang saya leh pakai lagi beberapa bulan before preggy je. Mana yang dah
bertahun usia tu, yang memang lepas kawen terus xleh pakai tu memang dekat
dalam kotak ni la tempat nak sumbatnya. Sama jugak dengan baju yang saya rasa
dah tak sesuai untuk saya pakai atas factor aurat, usia & perubahan yang
dibuat. Sebab tu la puncanya sampai 2 kotak & 1 beg baju2 lama berjaya saya
kumpul.
Kadang2 fikir macam banyaknya pembaziran yang saya dah buat.
Tapi bila fikir balik, saya dah pakai baju2 ni dah sampai naik lunyai pun. Ada
yang sampai dah terkoyak pun =P. hehe.. Bertahun pakai..bukan beli tapi tak
pakai kan. Cuma dah tak muat & tak sesuai lagi utk saya. Banyak tu..sebab
dah bertahun simpan. Since naik berat badan masa habis belajar ada beli baju
sebab yang lama dah tak muat. Lepas tu lepas kawen, baju yg time before kawen
tu pulak xmuat. Kena beli lagi..mana tak jadi banyak. Moral of the story..sila
maintain berat badan supaya tak perlu bazir duit nak kena beli baju lain sebab
baju lama xmuat. Memang tak berbaloi bagi saya! Bayangkan, lepas kawen sampai
dah preggy ni berat saya dah bertambah 20kg+…lepas kawen naik 10 kg. Masa
pregnant sampai dah nak masuk 35 minggu ni naik 12kg. Mana baju lama xleh pakai lagi. Berkilo2 tuan
dia naikkan badan sampai tak ingat dunia! Tapi kalau dikira kenaikan berat
badan sejak habis belajar lagi sadis nak cerita. Huhu..insaf!
Mujurlah saya bukan hantu fesyen..yg jenis ikut trend semasa.
Pakai kejap lepas tu tak pakai dah. Ikut trend lain pulak.Nasib bukan macam tu!
Mintak dijauhkan sangat sikap macam tu. Baju yang banyak xleh pakai nipun dah
buat saya rasa insaf sangat2. Memang taknak dah buat pembaziran dalam bab baju2
ni. Kena usaha maintain berat badan even dah beranak pinak pun.
Apa yang saya buat
dengan baju2 ni?
Bawak balik kampung bagi dekat kakak, adik & sedara saya. Sebab ada baju yang elok2
lagi. Tambah2 yang beli masa baru2 kawen. Yang lain tu banyak yang tak ok jugak
mcm kain baju kurung. Ada yang dah koyak. Seluar jeans pun dah lama saya tak
pakai. Memang tak muat pun. Last beli seluar jeans rasanya 4-5 tahun yang
lepas. Sejak kawen ni saya lebih selesa pakai kain atau skirt labuh je. Mak
cakap jugak kenapa tak derma je baju2 ni? Sebenarnya saya tak tahu dekat mana
tempat nak letak/ derma baju2 ni. Lagipun ada ke yang nak pakai lagi baju2 yang old
fashion ni? Yang baru sikit je. Yang lama tu yang banyak..tambah2 baju kurung. Tupun ada condition yang tak ok dah. Lagi satu mana baju yang agak fit dan tak sesuai pakai dekat luar, saya buat pakai
dekat rumah je. Takpe..bercantik dekat rumah untuk husband. Lagi afdal. Ye tak?
Hehe.. Memang patut pakai lawa2 pun dekat rumah kan? Namanya berhias untuk
suami. Dapat pahala lebih.
Saya tak berani nak buang baju sebarangan dekat sini. Better
bawak balik kampung. Lepas dah asingkan mana2 yang diorang leh pakai, yang mana
memang takleh pakai lansung sebab condition dah tak ok sangat nak tanam je nanti. Lega
sikit sebab dah berkurang stock barang2 yang tak perlu dekat rumah.
baju mila pun banyak gila sumbat dlm kotak tak sempat lagi nak pilih2 macam nak bg dekat anak yatim je.
ReplyDeleteyup imah better hantaq pi kampung lagi baek kan..boleh bagi pada sesiapa yg sudi kan !
ReplyDeletedaripada buag merata-rata..at least bagi kat orang dapat jugak pahala..:)
nak kemas almari jugak kalau ada masa.. penuh dengan baju yang dah tak pakai.
ReplyDeletebila ada lapang tak tahulah..
Smlah kita imah....lm dah xpkai jeans...pkai skirt lbuh je skrng lg selesa...ni lps bersalin br nk tgok bj mn yg xmuat..l
ReplyDeleteImah, sama la kita..lepas kemas umah pindah rumah tu baru asingkan baju yang tak muat.kekekeke.
ReplyDeleteSaya pon baju banyak. Yg da xpakai tu pon belambak. Dok simpan pon just rugi space sbb rmh kita comel2 je. Hie.. lagi rmh clear lagi best.kpala pon free ja
ReplyDeletePakaian lama2 yg dah tak sesuai dipakai,nak buat kain buruk pun xboleh,apa lagi nak bagi orang..nak buang kat mana ye...buntu la...
ReplyDelete