Last week, first time family mertua datang rumah sewa
kiteorg dekat shah alam ni. Suka sangat2 sebab ni first time diorang datang
lepas setahun lebih kami kawen kan. Tapi dalam happy tu memang timbul jugakla
rasa risau & takut if layanan saya terkurang mana-mana. Selalu balik
Kelantan, diorang layan baik sangat.
Benda pertama saya risau soal makan. Awal-awal lagi cakap
dekat husband nak masak apa erk? Takutla masak tak sedap… Risau oo.. bab masak
memasak ni sebab mak mertua memang pandai masak. Sedap2 lak tu. Siap masak
dekat gerai tok dia lagi. Family mertua ada warung makan sendiri. Haruslah si
menantu ni risau kan. Dapat pulak masakan kedah dengan Kelantan manala sama.
Mesti ada jugak yang pelik2 sikit. Huhu..
Selalu balik Kelantan memang saya tak pernah masak. Setakat
tolong2 dekat dapur dan goreng2 je. Goreng ikan, goreng ayam, potong sayur. Tu
je..masak memang saya tak buat. Tak berani ar. Takut dan rasa tak confident
lansung nak masak untuk diorang. Memang pengakuan jujurla..Bukan sebab saya tak
tahu masak tapi takut tak kena dengan selera diorang. Kalau ikut makanan kedah
ni pedas2..kelantan pulak lebih kepada manis2. Rasanya rasa xconfident tu
datang sebab tahu mak mertua & nenek mertua pandai sangat masak dan ada
gerai makan pulak tu. Memang
takutla..macam rasa kita nak masak untuk chef. Haruslah tahap confident saya tu
jatuh merudum….sob..sob..
Tapi, sampai bila nak mengelak kan? hehe..Nak tak nak memang
kena buat jugak. Dah kawen ni bukan setakat masak or pandai layan suami. Family
mertua pun kena pandai layan jugak. Sebab sekarangkan dah jadi satu family.
Bukan lagi orang luar, so soal tak yakin tu kena tolak tepi dulu. If ada
terkurang mana-mana boleh improve lagi kan. Yang penting kena rajin &
usaha..ewah! tinggi betul semangat. Hehe…Husband cakap masak je macam biasa.
Takyah nak malu or segan sangat. Senang je cakap kan? Lelaki takpe la balik
umah mertua bukan kena masuk dapur pun. Duduk lepak depan ruang tamu sambil
tengok Tv dah cukup. Habis sangat borak2 kosong je dengan mertua. Memang
senang!
So, hari tu sepanjang 3 hari diorang dekat rumah saya masak
je la macam selalu buat. Tak tahula ok ke tidak sebab tengok diorang makan je.
Rasa diorang pun faham sebab masakan dua negeri maybe ada yang tak sama. Cara
masak setiap orang lain. Selera pun tak sama kan masing2. Yang penting niat tu
ikhlas. Ada jugak yang makan dekat kedai sebab bawa diorang jalan-jalan dekat
KL-selangor ni. Cuba layan macam family
sendiri. Mana yang terkurang tu lepas ni leh improve lagi. Hidup ni kan proses
pembelajaran jugak. Rasanya yang penting, kena ikhlas dan yakin diri . Jadi
diri sendiri….lepas tu kena biasakan diri dengan kehidupan baru lepas dah kawen
ni. Kalau boleh tak nakla timbul masalah dalam perhubungan kan. Baik dengan
suami, family sendiri or family mertua. Memang bila kita decide nak kawen kena
prepare mental & fizikal dan kena sedia terima kebaikan atau kekurangan
keluarga pasangan masing2. Sikap2 negatif tu tolak tepi.
Setakat ni, hubungan dengan keluarga mertua memang baik. Diorang
memang selalu ambil berat hal kami suami isteri. Maklumla husband anak sulung
& yang pertama dah bekeluarga. Saya pulak menantu first. Mula2 dulu rasa
segan jugak tapi lama2 dah ok. Yelah kenal family mertua pun lepas dah kawen.
Masa bertunang dulu cakap dalam telefon je. So, hubungan tu lebih akrab lepas
dah kawen. Yang penting, kena pandai bawak diri. Lepas ni tak risau dah bab
memasak ni. First time je kot yang takut. Sekarang dah confident dah =) .Masak style saya la..huhu. Tapi
kena berguru dengan mertua banyakkk... lagi masakan Kelantan. Kena pikat perut suami
lebih sikit! Hehe..
kat rumah mertus pun saya banyak tolong2 je. hanya sekali dua je masak. sebab kite tak tahu taste dorang.tambahan pulak family suami keturunan jawa. 100% totally different msakan kite dengan mereka
ReplyDeletekite n husband walaupun daripada negeri sama pun berbeza jugak cara makan.husband suka ala kampung, kite lbh kpd western. huhu. balik umah mertua jd pembantu jer potong2 apa yang patut.
ReplyDeleteselalunya tolong adik ipar dan mak mertua kat dapur. tp kebelaknagan ni mak mertua suruh msk.. pastu x tahu pg mana.. mungkin sbb die tgk menantu die kekok je bila ade org kot.. :P
ReplyDeletemasakan keluarga suami pon mcm lain skit.. x bubuh gula sgt dlm mskan.. walaupun x sama cara tp die msk pon sedap2.. nak pikat perut suami knelah ikut cara mak die.. tp buh gula skit dr kebiasaan.. :P
Teruskan brusaha imah =) ..syaz pon jarang dapat masak untuk mertua..
ReplyDeletesetakat ni pon xde lg mak mentua dtg umah...kalo jumpa umah sis in law or balik umah mak mentua masak sama2 masak ngn in laws...ecah paling hebat pon in charge sayur...haha
ReplyDeletemsakan klantan lbih krg ganu je..yg pnting sdiakn budu kt uma bla in law dtg,heheh..mila pun cuak nk msk tuk mertua, sbb mertua pndai msk n cpt giler msk..klu blik umh in law mnntu ni mesti goyang kaki je, kehkeh
ReplyDeleteDulu mula2 kawin cukup takut bila family hubby dtg rumah. Ngeri nak masak apa le tuk dorng, syukur le dorg pun jrg dtg rumah, kami jek yg suker dtg mkn umah ipar duai. Biasa bila dorang dtg sy msk nasi ayam jek coz itu jek yg sedap sikit masak.
ReplyDeleteBalik kg hubby sy tak pernah masak pun, coz mertua dan ipar duai rajin masak. Sy Sabah, suami Pahang tp asal dari Terengganu. Sy tlg cuci pinggan atau masak sayur, tlg goreng2 mcm tu jek. Masih belajar masak masakan terengganu dari mertua....mmg buat muka tak malu tanya itu ini, mak mertua dah anggap macam mak sendiri dah, sy menantu pertama perempuan. Masa mula kawin dulu hubby komplen jgk sy tak pandai masak masakan pantai timur, pahtu sy g mengadu kat mak metua, mula dari tu mertua sy rajin ajar sy masak itu ini. :)
ALHAMDULILAH....BARU NAK MERASA BERAYA RUMAH SENDIRI,DAPUR SENDRI,SEMUA SENDIRI,MAK MERTUA POWN BALIK BERAYA DENGAN KAMI DI KLANG,SAYA ORANG PAKISTANI ,SUAMI SABAH BUGIS...JAUH SANGAT ADAT DAN TRADISI...BUT SEMUA TU TAK JADI MASALAH SEBAB KAMI SUAMI ISTERI SELERA SAMA..MANA2 BOLEH MAKAN, SEKUNK NI TENGAH KECUT2 JUGAK,,NAK MASAK APA UNTUK MAK MENTUA...
ReplyDeleteselama 11thn kawin 2 kali ja kot dapat makan mertua masak,ikan siakap sweet sour (awal kawin) & sambal telur...
ReplyDeleteno komen byk2...sbb masyarakat akan salahkan menantu ppuan apa2 pun...