About Us

Wednesday, March 5, 2014

Pengalaman bersalin part 1

Baru sempat nak tulis pengalaman melahirkan Nik Aqil Fayyadh. Selalu baca experience orang lain, sekarang bila dah lalui sendiri bolehla nak karang cerita panjang2 untuk share dengan orang lain exspecially mom to be.

Ikutkan due date yang diberi klinik kesihatan & hospital 28hb february 2014. Tapi bila masuk 38 minggu je saya dah mula nervous fikir bila baby nak keluar. Hehe..masa tu memang harap sangat baby akan keluar masa minggu 38 @ 39. Takut betul kalau overdue. Selalu pujuk baby suruh keluar time ni. Tapi bila baca experience orang lain takleh nak agak bila baby nak keluar. Yela..baby xde bagi hint lansung dekat mommy dia bila nak keluar. Rasanya dah kerap google tanda2 nak bersalin, tapi tanda yang besar2 macam bloody show, pecah air ketuban dengan regular contraction memang takde pun hinggap. So fikir maybe lambat lagi baby nak keluar....lagipun perut saya still tinggi lagi. Memang sampai hari nak bersalinpun tinggi lagi. Ok..sebelum lupa baik imbas balik peristiwa before fayyadh selamat dilahirkan di dunia

22 february 2014 (Sabtu)

Check up 39 minggu dengan klinik ajwa. Time ni doktor buat last scan untuk check berat baby dan air ketuban. Air ketuban cukup. Kepala baby pun dah engage walaupun perut tak turun. Doktor cakap maybe badan baby panjang sebab tu perut tak jatuhpun. Estimate berat baby time ni 3.33kg. Urine dengan tekanan darah semua ok. Ada bagitau doktor pasal perut kerap mengeras tapi tak sakit. Doktor suruh check selang masa. If 10 atau 15 minit sekali bolehla gi hospital walaupun tak sakit sebab perut mengeraspun dikira contraction. Doktor pesan if was2 nak gi hospital bila time ada contraction tu boleh datang klinik. Dia boleh check dulu bukaan.

23 february 2014 (Ahad)

Perut kerap sangat mengeras. Tapi still xtetap selang masa. Kadang2 setengah jam, lepas tu 15 minit sekali, lepas tu sejam..so memang fikir braxton hicks lagi la. Selalu ahad memang hari cuci rumah. So memang cuci rumah dengan penuh semangat hari ni. Nak aktifkan diri sebab nak bagi mudah bersalin. Petang tu rasa macam kerap jugak baby mengeras sampai naik semput rasa tapi gerakan baby aktif. Selang masa pun tak tetap. Petang tu jalan2 dengan husband keliling taman perumahan dengan teman dia exercise dekat taman dekat dengan rumah. Memang usaha banyak berjalan nak bagi mudah bersalin.

24 february 2014 ( isnin)

Dah start cuti rehat hari ni tapi dapat mc so cancel cuti rehat tu. Keluar jugak drive sorang diri gi giant nak beli stock buah dan barang nak masak. Even dah sarat sangat tapi alhamdulillah still rasa kuat lagi nak masak dan berjalan ke mana-mana. Husband tak bagi keluar jauh2 so saya gi yang dekat2 dengan rumah je. Malam tu memang perut mengeras lagi. Sebab dah pening sangat nak kira selang masa, sayapun install contraction timer dekat phone. Tapi memang tak regularpun interval time. Frust sebab fikir lambat lagila nak bersalin. Huhu....

25 February 2014 ( Selasa)

Ikutkan due date yang klinik ajwa bagi memang hari ni. Tapi dekat hospital tempat nak bersalin due date sama dengan yang klinik kesihatan bagi 28hb. Hari ni pergi lagi klinik ajwa. Nak buat last check up untuk 40 minggu. Time ni bagitau doktor perut mengeras tapi tak sakit, takde turun tanda dengan selang masa tak tetap. Tapi dalam sejam banyak kali mengeras. Doktor decide nak check bukaan serviks kot2 dah ada bukaan. Mujur time kena seluk ni tak rasa sakit lansung. Doktor check dah buka 1.5cm. Tapi doktor cakap kalau 1.5 cm atau 2cm tak lama lagi nak bersalin. Tapi ada setengah orang dah buka 2 cm pun lambat jugak bersalin sampai berhari-hari apatah lagi saya yang 1.5cm ni kan? So doktor suruh gi hospital untuk buat ctg check jantung baby. Sebab dah dekat edd kan. Nak make sure yang jantung baby ok. Doktor bagi mc 2 hari suruh rehat dekat rumah. Sebelum tu lupa nak bagitau, saya booking untuk bersalin dekat salam specialist hospital seksyen 19 shah alam. Ikutkan next check up dengan doktor siti mariam dekat salam 28hb feb time  edd saya. Tupun kalau saya still x bersalin lagi la kan. Lepas keluar dari klinik ajwa terus call husband cakap nak kena gi hospital check ctg. Tapi dia suruh balik rumah dulu sebab dia nak ikut gi sekali.husband ambik emergency leave half day hari tu.

Balik rumah saya rasa lega sikit sebab doktor cakap dah buka 1.5cm. So ada peluang untuk bersalin before due date. Lepas makan, mandi dan solat saya tunggu hubby balik. Saya sempat buat solat taubat dan solat hajat sekali. Minta pada Allah untuk mudahkan saya bersalin hari ni atau esok dan ampunkan dosa2 saya. Lepas hubby balik dan bersiap kami terus gerak ke hospital. Time ni kami pergi bahagian check up ibu mengandung. Kena menunggu turn macam biasa. Time ni saya sempat baca surah mariam masa tunggu turn nak jumpa doktor.

Time jumpa dr siti saya bagi dekat dia surat refer dari klinik ajwa. Dr siti tanya ada turun apa2 tanda tak atau rasa contraction? Saya cakap tak cuma perut kerap mengeras tapi masa tak tetap. Dr siti check perut saya. Dia kata baby saya macam besar dan panjang sebab perut still tinggi lagi. Dia check jumlah air ketuban. Dah kurang banyak! Terkejut saya bila dr cakap dah kurang sebab saya takde leaking apa pun. Bila dr siti check bukaan, lagi saya terkejut bila dia bagitau dah buka 4cm! Terus dia suruh saya masuk wad. Time ni barang2 saya dan baby memang dah siap standby dalam kereta. Senang bila emergency macam ni barang semua dah ada.

Saya still tak rasa sakit or rasa apa2 contraction even doktor cakap dah buka 4cm. Betul ke saya dah nak bersalin ni? Siap tanya dekat husband betul ke sayang dah nak bersalin ni? Macam tak percaya je sebab tak rasa sakit atau turun tanda lansung tapi dah buka 4 cm. Husband uruskan dokumen dan GL untuk masuk hospital. Time menunggu ni saya zikir dan doa mintak Allah permudahkan saya bersalin nanti. Time ni saya call mak saya memang rasa sebak sangat. Saya mintak ampun dan maaf dekat mak if saya ada buat apa2 salah dan mintak mak doakan saya mudah bersalin. Husband pulak contact mertua dekat kampung bagitau saya dah masuk wad. Masa ni macam2 rasa ada. Berdebar, takut, sebak, tak sabar....susah nak describe macam mana perasaan tu.
Bersambung......


Pengalaman Bersalin Part 2

P/s : Boleh juga baca pengalaman bersalin anak kedua saya di sini

Posted via Blogaway

15 comments:

  1. Bila baca pngalaman imah bersalin...trnanti2 pngalaman sendiri ...InsyaAllah bulan 8 nnti...moga imah n baby sihat

    ReplyDelete
  2. debarnyeee..ecah pon risau jd mcm imah ni..makin dekat baby mcm sedap pulak duduk dlm perut..braxton hicks yg lenguh2 tu kurang..cuma keras sekali sekala

    ReplyDelete
  3. Wah...cepat juga bukaan imah kan...xsbr nk bc next pulak...sdp nama baby...

    ReplyDelete
  4. rasa x percayakan..kita boleh lahirkan sorg manusia..
    miricle kuasa Alllah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Allah permudahkan.. Imah tak sakit pun, tau-tau je dah 4cm.. kagum!
    sebab setengah orang nak buka 1cm pun dah rasa sakit.. ada yang nagis-nagis mintak epidural.. banyak pengalam yang anis tengok mase posting kat wad obstetric and labour room...
    harap-harap anis pun nanti dipermudahkan macam Imah :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum imah... terharu sheila baca part awak call mak minta ampun semua. Allahurabbi. debar betul baca pengalaman orang bersalin. Imah, cepat update sambungannya ya.. sheila pun dah start rasa perut mengeras. pastu nowdays lendir putih selalu turunlah. selalu gak terisau lebih, air ketuban ke hape. adehhh Y_____Y

    ReplyDelete
  7. Olohhhhh.. np ada part ni?? Bby kuar bila ni?? Nk tau sgt2 ni.. kn sma dgn birthday za, blh clbrt sma.. hihi..

    ReplyDelete
  8. cantik nama baby akak.... alhamdulillah semua dah selamat.. :)

    ReplyDelete
  9. lain orang, lain kisahnya kan.. :)
    sy bulan 9 ni.. tak tahu la macam mna kisahnya..

    ReplyDelete
  10. ooo..x sabar nak tunggu sambungan..hehe...

    ReplyDelete
  11. cpt2 wat smbungan.....

    ReplyDelete
  12. suka baca kisah2 bersalin ni.mcm2 pengalaman kan :)

    ReplyDelete
  13. saya ada menjual pakaian menyusu, peralatan & kelengkapan menyusu.
    fanpage fb : Azeramya
    blog : azeramya.blogspot.com.
    sudi-sudi lah singah ye.. mana tahu kalau berminat nak beli. tq

    ReplyDelete
  14. Salam saya pun sama kandungan dah hampir
    38 minggu masih belum turun ,perut mengeras sekejap2 .
    Rasa risau tapi harap harap senang mcm imah amin

    ReplyDelete
  15. Salam saya pun mcm imah juga 38 minggu
    Masih perut belum turun perut selalu mengeras saja .minta2 senang mcm imah amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!