Carita aktiviti 3 minggu lepas...(kali kedua shopping barang baby)
Ikutkan dah lama asyik mensurvey tilam kekabu baby ni yang dijual online. memang banyak corak menarik, harga pun menarik. Honestly, memang tak tahu berapa harga tilam kekabu ni & atau set tilam ni yang dijual dekat kedai2 di luar. Tak pernah beli kan..cuma harga bantal kekabu dewasa tu saya tahu sebab dekat kampung saya & husband masih senang lagi nak cari orang jual bantal kekabu ni. Cuma tilam baby ni yang tak tahu dekat mana nak beli. Masa tu saya rasa harga dekat online dah ok. lagipun corak dia cantik2 kan. Comel je tengok....
Tapi terfikir nak tanya pasal tilam kekabu ni dekat family saya dekat kampung & family in law. Semua suruh balik beli dekat kampung. Diroang siap bagitau lagi tempat yang ada jual & yang boleh ditempah. kebetulan balik kelantan hari tu time wedding cousin hubby, so apalagi, teruskan sama misi cari tilam kekabu baby. Mak mertua saya cadang tempah dekat orang kat kampung kami sebab siap boleh pilih kain dan ikut design kita nak tapi sebab kiteorang nak beli cepat, lepas tu nak balik kelantan pulak lepas deliver baby, so decide beli saja tilam yang dah sedia di jual dekat kedai. dekat mak cik dekat kampung tu kena tempah dulu, xde jual yang dah siap. Tapi hasil jahitan dia memang superb! Tapi takde rezeki nak beli dekat dia. Masa ni tawakal je, kalau takde yang berkenan dekat kedai, saya decide nak beli dekat kedah pulak. Tapi sebab balik kedah nanti sebab wedding cousin jugak, dan cuti pun xbnyak hari so berharap sangat yang akan jumpa tilam kekabu yang kami suka.
Tak susah pencarian tilam kekabu baby ni dekat kelantan. Mak mertua yang bawak gi kedai ni sebab dia dah tahu dekat mana tilam & bantal kekabu ni ada jual. Cuma dekat kedai ni corak sangat limited, semua design sama je. saya tak berapa suka yang beropol tapi majoriti corak memang beropol. Ambik jelah..hehe...Tapi time ni dah fikir, beli je dulu tilam ni, sarung nanti leh jahit sendiri. sekarang memang xmenyempat nak jahit sebab xde mesin jahit. selalu jahit guna mesin jahit dekat kampung. memang kalau boleh nak ada dua sarung tilam baby. senang nak basuh & tukar. So, xde masalahpun kalau sarung dia tak comel sangat. Yang penting dah beli tilam kekabu baby ni!
Ikutkan hati saya, nak beli set tilam kekabu baby je..tapi husband pulak tergoda dengan set yang ada bakul sekali. Comel katanya..so, grab terus satu set yang sekali dengan bakul.
harga? memang murah sangat compare dengan beli dekat online shop.
RM 150 je satu set!
.jpg) |
| Ni set bantal kekabu tanpa sarung. harga RM 45. bagi yang rajin jahit sendiri sarung, boleh beli yang ni.Mula2 dulu plan pun nak jahit sendiri sarung tapi keadaan & masa xmengizinkan. kena tunggu beli mesin jahit sendiri. senang keja nak menjahit. |
.jpg) |
| Saya beli yang set tilam kekabu. dapat tilam & bantal kekabu baby, sarung tilam & tiga jenis bakul yang dah bersarung. kain cotton. |
saya pilih corak yang boleh masuk untuk baby girl & boy. Pilih warna purple tapi bila tengok dalam gambar nampak macam pink kan. sebenarnya purple lembut.
.jpg) |
| Gambar satu set Tilam kekabu sekali dengan sarung. |
simple je kan? Bakul ni ada roda tau bawah dia. senang nak tolak tarik. hehe..