Disebabkan dah hampir sangat ke garisan penghujung pregnancy ni elok sangatlah update cerita pasal pengalaman masa third trimester ni.
Perubahan time ni?
First sesekali tentulah saiz badan yang dah serupa belon. Hehe..yes!.saya dah naik 14kg spnjg preggy ni. Seronok benar membela badan. Selera makan xpernah kata xde. Asyik nak makan..makan.. Dan makan je. Bila hubby tegur siap bg alasan baby yang nak makan padahal mamanya yg terlebih selera. Tapikan mmg time hjung2 pregnancy ni saya jd asyik cpat lapar je. Huhu....
Second..perut membesar dengan jayanya. Kadang2 sambil belek perut dan usap2 perut dengan hubby mesti fikir macam manala baby duduk dalam tummy ni kan. Rasa macam dah mampat sangat dah ruang untuk dia. Sebab tu selalu dia gerak sikitpun dah terbenjol-benjol perut ni. Kdg2 nampak bahagian pinggul dia membonjol je naik time baby mengeliat. Memang tergelak2 jugakla saya dengan hubby bila tengok aksi baby. Tu belum time dia menyengetkan perut mama dia ni lagila best tengok =) .Tapi dalam seronokpun tetap kena alert jugak dengan pergerakan dia.
Third, keadaan diri taklah aktif sangat macam time second trimester dulu. Time 7 bulan, 8 bulan mmg aktif sangat. Rasa kuat lagi. Duduk rumah sewa lama dulu keja naik turun tangga memang rasa kuat lagi. Time sibuk kemas nak pindah rumahpun takdela semput..kdg2 buat keja sampai lupa yang diri ni tengah preggy. Weekend tak pernah kata duduk lepak je dekat rumah. Busy ke sana sini. Tapi bila masuk 9 bulan ni dah mula rasa cepat penat, kaki pun kerap cramp. Braxton hicks selalu menyerang..kadang-kadang sampai xmampu nak jalan. Dadapun kadang2 rasa sesak lebih2 kalau time baby keraskan badan. Tidurpun memang xlena dah. Posisi badan asyik berubah je. Xselesa sangat dah. Kerap bangun tgah malam dan awal pagi nak terkencing dan time2 baby keraskan badan. Sekarang ni memang kerap dia keraskan badan. Perut pulak tinggi lagi memang rasa terhimpit jugakla saluran penafasan tu. Itu yang buat rasa sesak kadang2. Sakit pinggang dengan belakang bdanpun kerap. Dah sarat sangatkan memang macam- macam rasa ada.
Tapi..setiap apa yang saya rasa tu semuanya satu pengalaman baru dan manis untuk dikenang. Buat saya lebih menghargai susah payah dan pengorbanan mak saya masa mengandungkan saya dulu. Sayang mak sangat2!!!
Minggu ni dah masuk 39 minggu, alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik. Keadaan saya tiap kali check up pun ok. Sihat. Normal. Baby pun Alhamdulillah sihat dan tumbusaran dia pun memang dah ikut minggu cuma semua tu cakap doktor. Yang maha mengetahui Allah swt. Apapun tetap doa agar semuanya baik, sihat dan selamat sampaila melahirkan nanti.
Sayapun still aktif lagi uruskan rumah tangga..buat keja rumah, masak hari2, walaupun husband banyak tolong tapi xnak manjakan diri sangat sampai tak buat apa keja. Selagi kuat tetap nak buat lagipun time hujung2 pregnancy ni memang elok aktifkan diri kan. Masih lagi bekerja macam biasa. Esok last day keja. Jumaat ni nak start cuti dah. Ikutkan xnak ambik cuti awal seminggu. Nak je gi keja sampai bersalin tapi bila fikir balik baik duduk rumah je. Aktifkan diri dekat rumah. Kalau dekat office keja saya buat design so memang banyak duduk menghadap komputer. Keluar meeting semua saya x g dah. Kerjapun dah xde sangat. Semua saya dah settlekan awal2. So, better lagi duduk rumah. Rehatkan minda, badan...banyak aktiviti yang boleh buat.
Sayapun tak nak stress fikir bila baby nak keluar sebab semua tu Allah dah tentukan. Cuma mintak semua ok dan selamat je.
Assalamualaikum awak. alhamdullilah. tunggu masa je kan. sheila doakan semoga dipermudahkan segala urusan nak bersalin ni. nervous juga nak tunggu time saya... baru nak masuk 3rd trimester ni, dah rasa mengah-mengah tapi tetap nak aktifkan diri.. taknak manja diri sangat... hehee ~~~
ReplyDeletenana doakan semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti
ReplyDeletetcare sis^^
: Kurus Macam Olive Oyl Popeye
Xlama lagikan..slmt bercuti...take care ye...moga semuanya dipermudahkan nnti...
ReplyDeleterindu pula time pregnantkan Adam dulu.. rindu time die menendang2.. hehe. semoga dipermudahkan untuk bersalin ye kak
ReplyDeleteselamat bercuti n take care dear...doakan semoga Allah permudahkan segalanya ye....
ReplyDeletegood luck dear, semoga dipermudahkan proses kelahiran.. yg penting baby sihat k :-)
ReplyDeleteImah take care.. semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah :)
ReplyDeleteecah lagi seminggu cukup 9 bulan...kuat lagi rasa..tp bby macam dh duduk bawah..mak nye keje tido jek...hahaha..risau gak sbb banyak rehat..dh kena bebel ngn org tua... :p
ReplyDeletesipi-sipi je lagi tu.. xlama sangat-sangat dahh..
ReplyDeleteanis doakan Imah selamat semuanya..
tak sabra pulak nak dengar cerita pengalaman bersalin :)