About Us

Wednesday, December 30, 2015

Throwback 2015



PERIBADI

Tak tahu nak nilai macam mana bab ni. Tapi Rasa tahun ni banyak benda yang buat saya lebih positive & lebih kuat berbanding sebelum ni. Permulaan tahun tak berapa baik sebab saya masih tak dapat betulkan balik azam baru saya untuk tahun ni. Banyak jugak yang tersasar dari landasan sepatutnya. Sampaila satu tahap saya rasa saya perlu “berkeras” dengan diri sendiri kalau tidak sampai bilapun saya tetap akan berada di tempat yang sama. 

Ada beberapa ujian kecil yang berlaku dalam tahun ni. Saya belajar untuk lebih bertenang, berfikir sedalamnya dalam buat keputusan & lebih bersabar. Belajar untuk lebih rasional dalam mengawal emosi. Even hakikatnya, saya jenis orang yang suka berterus terang, jenis yang akan mempertahankan diri kalau saya di pihak yang benar, tapi ada waktu2 tertentu saya terpaksa akur yang berdiam tu lebih baik.  Saya ambik pengajaran dari situ. Orang boleh cakap dan judge apa saja tentang kita walaupun hakikatnya banyak yang mereka menilai tanpa tahu realiti yang sebenar. Kalau perkara tu tak betul, akan timbul fitnah.

Anggaplah semuanya ujian dari Allah untuk buat kita lebih kuat. Mungkin ujian tu  juga balasan dari dosa2 yang pernah kita buat dulu.   Sebab kita pun xlekang dari dosa. Pernah buat salah. Mungkin ujian tu jugak sebagai peringatan dari Allah swt yang kita terlalu leka berbuat dosa tanpa kita sedar. Dan ujian tu akan buat kita berbalik kepada-Nya.



Saya belajar untuk lebih berhati-hati dalam apa jer benda saya buat. Baik dalam perbuatan ataupun pergaulan.  Ambik ikhtibar dari apa yang  berlaku. Hidup kita tak selamanya di atas dan selamanya manis. Kena beringat selalu.

 Berbuatlah baik walaupun dengan kebaikan yang kita buat tu kita akan kehilangan apa yang kita ada dan akan berdepan dengan fitnah dunia.



 Apa yang saya selalu ingatkan diri sekarang ni, Jaga hati,Jaga mulut,  jaga niat, jaga perlakuan  & selalulah beringat tentang kematian. Sebab hidup ni tak lama. Bila2 masa Allah akan panggil kita kembali pada-Nya. Nak jaga hati & mulut bukan mudah. Tapi itula yang paling banyak meletakkan kita dalam dosa.  Semoga dipanjangkan umur & diberi kesempatan untuk perbaiki diri & dapat mati dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Amin…


FAMILY

Alhamdulillah…masih bahagia bersama family kecil & family besar saya. Semoga Allah terus panjangkan tempoh pinjaman insan2 kesayangan ni di sekeliling saya ni. Tak ada perkara yang lebih indah & mahal dalam hidup ni melainkan kebahagian bersama keluarga tersayang. Ada beberapa ujian untuk keluarga besar kami tahun ni. Ujian tu jugak buat hubungan kami lebih kuat & akrab. Semoga tahun 2016 nanti semuanya baik2 untuk kami sekeluarga.

Masih bertiga pada tahun 2015 =).

Alhamdulillah….saya bahagia dengan keluarga kecil kami ni. Bahagia dikurniakan suami & anak yang baik yang menjadi pendamping & pelengkap hidup.  Doa saya setiap hari semoga Allah terus bagi kesempatan untuk saya terus merasai kebahagian bersama suami & anak. Diberi kesempatan untuk mendidik & melihat anak membesar dengan baik. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kami tambah ahli keluarga lagi lepas ni. Saya tak nak berharap tinggi soal rezeki anak ni. Allah tahu waktu bila yang terbaik untuk dia bagi rezeki tu pada kami. Sebab ni di luar kuasa kita. Sebagai manusia kita mampu berdoa & usaha, selebihnya tawakal. Kalau belum ada rezeki, saya tetap bersyukur dengan nikmat & rezeki-rezeki lain yang Allah dah beri sekarang. Hargai apa yang kita miliki sekarang sebaiknya. 

KERJAYA

Masih bekerja di tempat yang sama. Pernah terniat nak cari kerja tempat lain, tapi batalkan hasrat tu lepas Allah makbulkan  hasrat hati & doa saya. Alhamdulillah….Dah nak masuk 5 tahun dah ( bulan 1 ni genap 5 tahun) saya kerja dekat sini. Banyak yang saya belajar & timba pengalaman dekat sini. Majikan yang baik &  Dikelilingi officemate yang baik2. Cuma cabaran kerja tu normal la. Saya anggap semua tu pengalaman berharga untuk saya.  In sha Allah akan try improve diri lagi lepas ni. Banyak lagi benda saya kena tahu dan belajar. Belum ada sebab saya nak keluar dari sini sebab semuanya masih ok. Baik dari gaji, environment dan lain2. Dah cukup untuk saya.  Tak semua tempat kerja tu  perfect kan?mesti ada jugak kekurangannya . Kalau tempat kerja tu dah buat kita selesa & happy, tupun dah cukup.

BUSINESS

By Adeenda dah genap setahun lebih tahun ni. Masih lagi beroperasi sampai sekarang. Macam tu jugak dengan bisnes sewaan veil. Masih lagi beroperasi. Dah masuk tahun yang ke-4 dah. Alhamdulillah…sambutan pun sangat baik. Sebab ni bisnes kecil-kecilan & part time,  saya buat setakat yang termampu. Pernah berangan nak kembangkan lagi buat bisnes lain tapi terpaksa hold sebab kekangan masa dan tak boleh nak terikat banyak commitment kerja dalam 1 masa. Sebab semua kena manage time dengan baik. Sama rata untuk kerja dan family. Untuk fizikal & rohani. Bab ni saya berterima kasih sangat dekat husband sebab banyak bagi support & tolong. Selagi ada keupayaan, masa dan rezeki In sha Allah akan terus berbisnes. 

WHISHLIST

Banyak hasrat yang dah tercapai tahun ni. Alhamdulillah…ada jugak yang kena carry forward ke tahun depan. Takpe, mana tahu next year ada rezeki untuk capai hasrat tu kan? In sha Allah.

Tahun ni kiteorang berjalan-jalan dalam negara saja. Sambut seruan kerajaan cuti2 Malaysia gitu. Jalan yang jauh sikit, langkawi, sabah & penang. Yang lain, setakat pergi dekat2 macam melaka & perak. Dekat saja. Hihi..Tapi every weekend jarang terperap dekat rumah. keluar jugak jalan dekat2.Lagipun beberapa bulan ni husband sangatlah busy dengan kerja. Jadual padat & kalau nak ambik cuti pun susah. Sebagai isteri, saya faham tanggungjawab & tugas dia.

Tak kisah pergi  mana-mana pun asalkan dapat spend time masa kualiti bersama kan. Even duduk dekat rumah pun, quality time tu yang penting.

Ada jugak barang2 yang saya berangan nak beli tahun ni berjaya di beli. Ada jugak yang saya batalkan hasrat hati untuk beli bila rasa benda tu tak penting,  sebab sekarang  banyak benda yang kena cut cost & berjimat. Untuk goal saving tahun ni pun, Alhamdulillah saya berjaya capai. Rasa happy sangat sebab berjaya disiplin & kawal nafsu berbelanja walaupun godaan dekat Instagram sangatlah banyakkk....hahaha. Rasa macam semua benda nak beli.

Banyakla planning kiteorang untuk family tahun depan. Banyak yang kena disiplin bab2 peruntukan masa dengan family, bab2 agama, dan lain2. In sha Allah nak try buat yang terbaik untuk keluarga next year sebab Fayyadh pun dah makin besar dan makin faham apa kita buat & cakap. 

Semoga tahun 2016 ni bawa lebih banyak kebaikan & perubahan positif buat kami sekeluarga. Semoga makin kuat berhadapan dengan apa-apa  ujian. In sha Allah.. 

2 comments:

  1. Semoga tahun 2016 ni bawa lebih banyak kebaikan & perubahan positif buta kita semua..amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!