About Us

Thursday, December 3, 2015

Bercuti Ke sabah 2015 (Kundasang – K. Kinabalu)- itinerary day 3- Part 2



Kundasang War Memorial Park

Lokasi tempat ni dekat belakang deretan lot kedai dekat pekan kundasang. Paling senang nak cari. Lepas tu lalaun masuk kena mendaki bukit sikit. Cantik. Hijau je kawasan ni. Sedikit cerita tentang kewujudan war memorial park di kundasang ni. Taman ni dibina sebagai peringatan tentera-tentera 3 buah negara yang telah gugur masa perang dunia kedua iaitu British, Australia & new Zealand. Dalam ni ada 3 jenis taman yang boleh korang melawat. Taman Australia, Taman English & Taman Borneo.

Operation hour: 8.30 pagi - 5.30 petang 
Bayaran Masuk: RM 2

Time datang sini dah tengahari. Memang cuaca agak panas tapi keadaan sejuk. Yes. Sini even pukul 1 tengahari pun rasa udara sejuk jerr... Itu yang best. Hihi. Lama jugak kiteorang ambik masa melawat kawasan dekat sini sebab kiteorang laki bini sama2 minat sejarah. Hihi..
















Boleh nampak gunung kinabalu dari sini





Kinabalu Park

Before bertolak balik ke kota kinabalu, Kami singgah ke kinabalu park dulu. Dekat sinila tempat para pendaki gunung kinabalu berkumpul sebelum start mendaki.

Bayaran Masuk: RM 3 seorang

Kalau time muda mudi dulu memang saya nak join je activity hiking ni sebab saya suka. Tapi lepas dah kahwin, ada anak ni memang dah babai untuk semua aktiviti jungle trekking & hiking. Tunggu anak besar la kot kalau nak join balik. Tupun kalau stamina tak semput. Hahaha..

Dekat sini pun hot spot untuk orang tengok sun rise dari gunung kinabalu setiap pagi! Sebab view dia Masha Allah..cantik sangat. Kawasan sinipun hijau je. Tenang mata memandang. Ada jugak taman botani dalam ni. Ada trek pejalan kaki tapi kami tak masuk pun. Just round2 kawasan sekitar jer.




Belakang ni kalau pagi2 memang cantik view dia boleh tengok sunrise di sebalik gunung kinabalu yang cantik! Kalau datang time ni dah ditutup awan dah..hihi. Tak nampak dah gunung kinabalu.


Bos kecik melawat kaswasan


Ada hotel & resort jugak dalam kinabalu park ni

Pintu masuk Kinabalu Park


Lepas puas meronda dalam kinabalu park ni kami terus gerak balik ke Kota kinabalu. Saya memang jatuh hati dengan kundasang ni sebab suasana dia, udara dia, kehijauan dia..semualah. Hihi..kiri kanan jalan penuh dengan gunung ganang, bukit bukau. Tenang rasa. Hope satu hari nanti, ada sedikit pembangunan dekat pekan kundasang ni especially restoran makanan. Taknakla yang terlalu membangun sebab takut banyak musnahkan keindahan semulajadi dia. Just untuk kemudahan para pelancong yang datang dekat sana.

Kiteorang sampai hotel dah pukul 5 petang. Memang terus rehat. Penat kan travel dengan jalan2 siang tadi. Kena recharge balik energy. Untuk hari ke-3 ni kami check in hotel lain. Hotel Tang dynasty Park.

Makan Seafood di Anjung Senja Kota Kinabalu

Bila malam kiteorang decide nak makan dekat Anjung Senja, Kota Kinabalu. Kawasan dia tepi laut. Dekat sini banyak lot2 kedai makan. Kiteorang pilih kedai yang ramai orang makan. Haha..sebab tak tahu mana satu yang sedap sebab semua nampak sedap. 

Ni pemandangan dari anjung senja waktu siang. Ni gambar hasil google sebab masa datang lupa nak ambik gambar. Hihi...tapi malam2 pun still boleh nampak kapal2 depan ni. Cantik view dekat sini





Kiteorang makan dekat Selera Laksamana. Lokasi kedai dia depan sekali dalam deret kedai anjung senja ni. 


Tempat nak pilih ikan dekat sebelah kaunter je


Order ikan merah masak sweet sour, sotong celup tepung dengan prawn butter. Masa pilih2 ikan, sotong dengan udang rasa macam sikit je kuantiti kiteorang pilih. Tapi bila start makan…mak aiii…tak larat nak habiskan. Hahaha…banyak lepas tu sedap! Tgigih meratah lauk sampai habis. 

sotong celup tepung. Yummy!

Butter prawn yang marvellous!

Ikan merah masak sweet sour



Untuk air saya order jus avocado. Husband order orange juice. Orang cakap, kalau datang sabah salah satu minuman yang wajib try adalah jus avocado ( nama glemer dekat sini jus alpukat). Memang sedap & berlemak jus dia. Tapi pada saya, kalau makan dengan seafood better minum air yang masam2 sikit baru sesuai kalau tak cepat sikit muak. Kalau nak try, jangan makan dengan nasi. Ambik masa lepas habis makan nasi.  Tapi rasa memang sedap. Hihi..  



Harga makanan dekat sini pun murah. RM 60 lebih je untuk kami 3 beranak makan malam tu ( termasuk Fayyadh yang kuat makan tu. Hihi..). Puas hati sebab portion besar & fresh.

Pasar Malam Kampung Air

Compare dengan pasar kraftangan (dekat pasar philiphines), ramai yang cakap harga barang dekat pasar malam kampung air ni lebih murah. Sebab tu kiteorang decide datang sini je terus lepas makan malam. Barangan cenderahati, gelang mutiara, T-shirt dengan keronsang memang murah! Gelang tangan mutiara asli ( air tawar) boleh dapat harga RM 8 je satu. Murah kan? If air masin pun still murah harga. Beza pearl air tawar & air masin. Air masin lebih shining. Kalau kualiti cantik sikit, ada tambah diamond ke apa harga mahal sikit tapi tetap dalam kategori murah. Kalau korang jenis minat pearl, memang wajib beli bila datang sabah. Murah sangat2. Brooch pun ada macam2 design2. Ada yang pearl asli ada yang bukan. Mostly yang pearl asli hanya dekat brooch yang size kecil. Kalau beli sekotak besar (ada 12 pasang ( yg kecil satu, yg besar satu)brooch) lepas tawar menawar dapat RM 35 je sekotak. Memang puas hati. T-shirt pun murah2. Harga ikut jenis kain. Banyak jugakla kiteorang memborong dekat sini untuk bawak balik dekat family.

Sorry gambar dekat sini tak berapa clear.






Bersambung..






5 comments:

  1. imahhhhhhhhhh...sabah cantek kan..
    Dulu g sabah masa study trip memang best dan enjoyssssssssss

    ReplyDelete
  2. Salam..nak tanya laaa...kalaw nak visit kundasang dri KK..sempat ke 1 hari?? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.Sempat 1 hari. Tapi kena bertolak awal. Masa perjalanan lebih kurang 2 jam dari KK. Kena bajet masa sikit.

      Delete
  3. P.mlm kg air hari ape yer

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!