About Us

Tuesday, December 1, 2015

Ujian November

Alhamdulillah..dah masuk bulan december 2015 dah hari ni. Cepatnya masa berjalan. Pejam celik dah nak masuk tahun baru. Azam pun ada jugak yang tak tercapai lagi. Kang nanti kena carry forward ke tahun depan. Hmmm..xpe, mana yang boleh diusahakan akan diusahakan.

Sebenarnya,banyak benda yang berlaku dalam keluarga kami hujung tahun ni. Ujian tak terduga tapi harap kami sekeluarga terus diberi kesabaran untuk menempuh ujian ni. Amin..

Awal November hari tu pak njang saya masuk hospital sebab patah kaki. Selama ni pak njang yang banyak tolong jaga atuk & nenek saya dekat kampung. Dia sorang je yang tinggal sekali dengan tok & wan. Sebab bujang kan. Tapi tiap2 hari memang mak saya datangla tolong pak njang uruskan tok & wan.Tolong mandikan & bagi makan. Segala kerja rumah dekat kampung memang pak njang yabg buat dari masak, basuh baju dengan kemas rumah semua. Tapi mak saya dengan mak ngah yang duduk dekat2 umah tok mmg dtg jenguk & tolongla. Tok dengan wan memang dah uzur sgt. Huhu.. dah tak boleh jalan. Tok gagah lagi boleh mengesot or kdg2 pakai tongkat. Kalau wan, memang tak boleh bangun lansung. Kena kita yang papah. Ingatan pun dah tak berapa baik. Kejap ingat kejap lupa. Tok boleh lg tengok. Wan mmg penglihatan dah kabur sangat. Huhu...sedih sangat bila pak njang sakit. Patah kaki. Sebab dia dah banyak berkorban untuk tok & wan. Seluruh hidup dia memang untuk berbakti dengan tok & wan. Dia baik sangat. Sebak & sedih bila musibah ni jadi dekat dia. Lepas tu dah hampir sebulan dekat hospital. Huhu...doakan pak njang saya cepat sihat ye..

Mak...since 4 tahun ni memang fokus mak banyak dekat tok & wan saya. Lepas tok kena strok 4 tahun lepas, mak memang fokus lebih dekat tok & wan. Bawak diorg ulang alik check up dekat hospital, mandikan, jaga makan minum. Semuala...mujur time ni kami adik beradik semua dah besar2. Semua dah boleh uris hidup sendiri. Dah ada family, dah kerja. Memang saya kagum dengan kesabaran & pengorbanan mak. Sikitpun dia tak pernah merungut. Nak cakap letih pun tak pernah. Setiap hari berulang alik. Layan tok & wan dengan baik. Serius, nak jaga orang tua2 memang kena banyak sabar sebab perasaan diorg dh sensitif. Lepas tu diorang dah tak boleh uruskan diri sendiri. Kena sabar bila diorang dah mula marah2 sebab kadang diorang sendiri tak sedar apa diorang cakap. Huhuhu...saya takut kalau saya tak sekuat mak & pak njang kalau ujian ni datang dekat saya. Tapi saya akan usaha jaga mak & ayah sehabis baik selagi saya hidup. Sekarang ni bila pak njang sakit, hari2 mak ulang alik pergi hospital jaga pak njang sebab dia tak boleh duduk tulang paha patah. Siksa jugak. Makan pun mak suapkan. Tok dengan wan mak ngah & pak ngah tolong jagakan tapi mak tetap datang jenguk diorang setiap hari before gi hospital. Setiap kali saya telefon mak, mesti sebak je rasa sebab mak memang kuat & sabar. Tak pernah sikitpun merungut kena berulang alik setiap hari gi hospital selama sebulan ni. Dengan mana nak jenguk tok & wan. Allah....saya selalu berharap saya boleh setenang mak bila dihadapkan dengan ujian Allah. Kadang diberi ujian sikitpun, mudah je saya menangis. Kena muhasabah diri balik.

Second, baru2 ni pak mertua saya pulak diserang sakit jantung. Kelam kabut kami 3 beranak ni dari shah alam bergegas balik. Dapat call dalam pukul 4 pagi, dah mengeletar dah rasa sebab dapat tau pak mertua kena tahan dekat CCU. Selama ni tak tahu yang dia ada sakit jantung. Memang suddenly je jadi. Mujurlah lepas 2 malam dekat CCU dah boleh keluar masuk wad biasa. Ada blocking dekat 5 saluran jantung dia. Kena buat by pass nanti. Alhamdulillah...dia dah ok sekarang cuma kena pantang makan dan tak boleh stress. Doakan pak mertua saya cepat sembuh.

Apa yang jadi dengan ujian ni untuk keluarga besar kami, saya tahu ada hikmahnya. Ujian ni buat kami lebih sabar & lebih prihatin sesama sendiri. Belajar dari ujian yang Allah bagi. Apapun yang berlaku, keluarga kena bersatu. Kena jaga hubungan silaturrahim. Hubungan dengan saudara sekeluarga takkan putus. Apa je ujian yang datang, kita akan tempuh sama2.

Hargai nikmat sihat yang Allah bagi sebab tu pun pinjaman yang tak ternilai harganya. Rezeki sihat yang selalu orang pandang sepi. Kena lebih waspada jaga makan minum sebab kita tak tahu apa yang jadi dalam badan kan. Sebab tak nampak. Hargai orang yang kita sayang sebab kita tak tahu sampai bila Allah akan pinjamkan mereka pada kita.

2 comments:

  1. insyaAllah semoga 2016 lebih manis untuk imah sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. moga tahun depan akn lebih baik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!