Dah masuk 2 minggu tahun 2016 baru sempat nak menulis dekat
sini. Life agak busy sekarang ni. Busy dengan kerja & so on. Permulaan
tahun yang penuh ke”busy” an baik untuk si isteri mahupun si suami. Fayyadh pun
busy jugak. Busy explore itu ini. Hihi..
1 January lepas, sempatla balik kampung jenguk family.
Ikutkan plan, Nak balik time cuti Christmas hari tu tapi sebab husband tak
boleh cuti postpone balik masa cuti New Year. Tupun husband tak boleh cuti
jugak. Huhu..Tapi sebab dah rindu sangat dengan Family, balik berdua jela
dengan Fayyadh naik flight. Prefer naik flight sebab msa perjalanan sejam je. Lagipun hrga tix msa tu x mahal. Even
pernah je bawak Fayyadh naik flight sebelum ni, Tapi sebab kena travel berdua
jer, tetap rasa cuak. Tambah2 sejak dua
menjak ni Fayyadh sangat manja dengan abah dia compare dengan saya. Kalau dulu asyik “mama, mama” je. Sekarang
ni dah always “abah, abah”.Nak suapkan makan pun nak abah. Nak mandi pun nak
abah. Nak dukung pun nak abah. Nak salin pampers pun nak abah. Anak abah
sangat! Sampai kalau kita dekat &
rapat sikit dengan husband terus laju2 tolak tangan kita tak bagi dekat dengan
abah dia. Takpun, datang duduk dekat tengah2 antara kita dengan husband bagi
ada gap sikit. Hahaha….jealous sangat2!
Benda paling saya risau kalau Fayyadh cari husband jer dalam
flight nanti. Ataupun dia buat perangai
taknak duduk dekat seat. Maklumlah sekarang ni makin melasak, mau dia naik
bosan duduk jer dekat seat tu. Tapi, Alhamdulillah..perjalanan pergi &
balik dipermudahkan. Fayyadh behave jer berdua dengan mama. Awal2 je masa masuk
gate dia nangis kejap cari abah dia tak jumpa. ( seperti yang kiteorang
sangka), lepas tu dah ok. Dapat pulak dia ternampak abah dia tengah tengok
kiteorang dari cermin luar, lagi kuatla
dia nangis. Huhu…Tapi lepas tu saya pujuk2 terus ok dan boleh senyum. Dia tidur
je sepanjang perjalanan. Balik ke sini pun dia tidur jugak. Lega =)
Mama & Fayyadh Balik kampung together =). |
Siblings Day out |
Birthday saya 3 january lepas pun jatuh time saya dekat
kampung dengan Family. Sama mcam tahun lepas. Rasa happy sebab ada dengan mak
time tu. Insan yang melahirkan saya ke dunia. Dah bertambah usia ni, berharap
sangat yang usia ni bukan pinjaman sia-sia. Hope dapat jadi manusia yang lebih
baik. Amin..
Belated birthday Surprised - Dapat Bunga rose dari suami |
Tahun 2016 ni banyak sangat plan saya & husband dalam macam2
perkara. So, since hujung tahun lepas saya dah mula prepare semua planning
kiteorang dalam buku & jugak dalam excel. ( mostly excel banyak saya guna
untuk calculate bajet & buat checklist). Ada jugak yang kiteorang print out
dan masukkan dalam file. Ada yang kena bukak file baru untuk tahun ni. Saya dah
biasa dari dulu apa2 benda akan take note. Even tulis simple2 je dalam buku or
buat dalam excel tapi semuanya mesti rekod. Senang nak manage. Tapi kalau bab
bil2 & segala payment semua husband yang tolong buat sebab tu part dia.
Sama jugak dengan segala rekod service kereta & bill semua dia yang buat
filing.
Dekat office pun dah tukar diary baru untuk 2016! 3 buku untuk 3 fungsi. (office diary, design notes & meeting notes) |
Printer lama saya pun dah mula buat hal hujung tahun lepas.
So, tergendala sikit nak buat kerja2 print ni. Mujur husband baik hati tolong
belikan. Kasi semangat baru buat si
isteri.
Printer baru mama Yang Fayyadh selalu buat tempat parking kereta & lori mainan dia. Hihi |
Pasal planning2 tu in sha Allah kalau dah berjaya buat saya akan share dekat sini. Mana yang boleh jadi rujukan bersama in sha Allah saya akan share. Hope dapat jugak membantu orang lain dapat maklumat yang dicari. Hope mood menulis tahun ni bukan kelaut. Hihi..
Tahun 2016 jugak saya bukak buku baru dalam hidup. Maafkan
dan lupakan semua perkara negative yang pernah berlaku tahun lepas. Ambil
pengajaran untuk lebih positive dan kuat hadapi kehidupan. Hope perubahan yang
lebih baik dalam diri. Semoga azam2 tentang peribadi diri tahun lepas yang tak Berjaya di ubah pada
tahun lepas dapat di ubah pada tahun ni. Amin….
Tapi, apapun as manuasia kita hanya mampu merancang,
selebihnya berdoa & tawakal kepada Allah swt. Semoga kita semua terus istiqamah melakukan
perubahan yang baik. Hope tahun 2016 ni bawa banyak kebaikan untuk kita semua. Amin…
Semoga kita terus istiqamah melakukan perubahan yang baik.
ReplyDeleteDiharapkan tahun 2016 membawa lebih kebaikan untuk kita semua.
Wahhh...bgus imah bab2 planning ni...happy belated besday n selamat tahun br juga...
ReplyDeletebagus la imah, nanti share lg ye..
ReplyDeletehappy belated besday, imah :)
Planners tu paling menarik.
ReplyDelete