About Us

Tuesday, September 1, 2015

Plan nak hadapi kegawatan ekonomi? Dah ready ke kita?

Isu ni memang tengah panas sekarang. Baik dekat media social, media cetak or Kaca TV. Isunya tentang Ringgit malaysia yang makin jatuh  & dijangka berlaku kegawatan ekonomi. Yang ada saving pun risau. apatah lagi orang yang takde saving kan? Kalau yang kerja swasta ni, takut kalau2 ekonomi tak stabil nanti gaji tak dibayar atau dibuang keja. Dah ada kes dah beberapa company yang start buang pekerja. Tak terkecuali company yang besar. Baru ni, Kilang Naza pun dah buang 42% pekerja sebab keadaan ekonomi yang tak menentu & hasil jualan yang merosot. Ikutkan memang sekarang ni semua company berusaha sehabis baik untuk dapatkan job. Masing2 harap dapat survive dalam keadaan ekonomi tak menentu ni.



Bila jadi isu2 macam ni, perlu ada planning sendiri. Baik untuk diri sendiri &family. Apa-apapun boleh jadi. Tapi persediaan tetap kena ada. Perancangan tu penting kan. Kalau baca buku pasal financial planning, untuk yang kerja makan gaji ni, kena ada saving minimum 6 bulan gaji. At least kalau berlaku apa2 emergency contoh macam dibuang kerja or tak dibayar gaji, saving yang ada boleh cover untuk kegunaan beberapa bulan before dapat kerja lain. Tapi nak dapat simpan 6 bulan gaji tu bukan dalam masa singkat macam sekarang ni. Sebab tu kena praktik dari awal kerja kena asingkan duit untuk saving. Bila dah beberapa tahun kerja baru dapat simpan 6 bulan gaji tu. Tupun bergantung pada disiplin masing2. Sikit ke banyak boleh simpan tak penting. Yang penting disiplin. Kalau tak, takdela pepatah "sikit2 lama2 jadi bukit" kan?

Dalam masa sekarang, tolak tepi dulu semua saving yang ada. Jangan usik duit saving tu kalau tak betul2 perlu. Fokus apa nak buat kalau betul orang cakap yang ekonomi akan gawat. Usaha lebihkan lagi saving, kurangkan belanja benda yang tak perlu & bukan keperluan. Ikutkan time2 merdeka memang sana sini sales, jualan murah. Husband saya cakap, "Jualan tengok nafsu". Sejauh mana boleh kawal nafsu. Nak beli apa2 yang semata-mata sebab kehendak kena tapis dulu. Tapis betul2 samaada berbaloi ke untuk beli. Usaha elakkan pembaziran dengan beli benda yang tak perlu & tak guna. Keperluan & kehendak tak sama bagi setiap orang. Tapi kalau sales benda keperluan, yang tu boleh beli. Sebab blh jimat duit. Contoh, pampers anak. Hihi..kena ambik peluang beli time murah.

Buat financial planning sendiri. Tetapkan berapa je bajet untk belanja bulan ni supaya kita tak terbeli benda yang tak perlu. Jangan tambah hutang. Jangan buat personal loan. Jangan tambah hutang credit card. Usaha sekerasnya untuk tak tambah hutang or apa2 commitment kewangan. Elak skim ansuran mudah dan lain2. Praktik, kalau nak beli apa2 bayar cash or guna debit card. Kalau kita sentiasa bergantung pada credit card time sesak2 & selalu banyak bayaran tertunggak, tu bukan petanda yang baik. Kita akan rasa insecure dengan diri sendiri. Rasa tak boleh nak independent dengan financial sendiri. Kita terlalu bergantung pada credit card bila kita takde duit. Bila ekonomi gawat, menambah hutang bukan benda yang baik. Sebab risiko dengan bank, ialah kadar interest akan naik.

Ada dengar orang cakap, macam mana kalau nanti duit2 kita dalam bank akan dibekukan bila gawat? macam mana kalau pelaburan kita dalam Tabung Haji & Asb pun tak boleh bawak keluar? Macam2 dah orang buat andaian. Takut kalau kita jadi macam Greece.  Tak tahu nak cakap pasal ni. Takkan nak keluarkan semua duitkan? takkan nak simpan banyak2 dekat rumah? Bahaya jugak. Ada jugak yang ambik saving dlm bank  & tukar dalam bentuk emas sebagai pelaburan. Mintak dijauhkan benda ni jadi dekat kita. Kalau dah sampai tahap akaun bank dibekukan tu memang teruk la. Tahun kegawatan ekonomi 1997-1998 dulupun takdela sampai tak boleh keluarkan duit. Cuma memang time tu banyak orang hilang kerja & gaji tak dibayar.

Cara lain, banyakkan bersedekah & tak lokek bantu orang yang memerlukan. Duit kita dapatpun, bukan 100% milik kita. Ada rezeki orang lain jugak dalam tu. Sedekah tu memang pembuka rezeki. Allah dah janji takkan berkurang rezeki seorang hamba yang bersedekah. Malah, Allah tambahkan lagi. Percaya pada rezeki. Rezeki dari Allah bukan manusia. Selalu kita usaha dulu baru tawakal kalau cari rezeki. Tapi yang betulnya, doa, jaga hubungan dengan Allah, tawakal pada Allah barulah usaha.  Rezeki yang Allah bagi kena urus dengan betul. Salah urus, memang kita yang akan susah.

Tipu kalau kata sikitpun tak risau pasal benda. Takut & risau tetap ada cuma taknakla terlalu fikir sangat2 pasal ni. Tak nak jadi cepat panik dan buat andaian sendiri. Bertenang, buat plan sendiri & try berbelanja berhemah. Ikutkan sekarang ni, harga barang pun dah makin mahal. Tambah dengan GST lagi. Paling best, banyak peniaga cukai SST (cukai sedia ada) tak buang pun. Dia pergi tambah GST lagi. Sistem yang betul, cukai SST tu kena buang. Baru add gst. Ni dah macam kena double tax dah. 10% + 6%=16%. Kalau ikut betul2 guideline GST tu takkan jadi harga naik mendadak macam ni.

Apapun jadi, samaada betul kita akan hadapi kegawatan ekonomi atau tak, yang penting persediaan kita. Apa yang kita boleh buat, dah ready ke kita? Nak tak nak, selagi hidup memang kena hadap. Doa2la sama-sama ekonomi kembali pulih. Dan keadaan tak seteruk yang dikatakan. Mana2 tips yang berguna untuk hadapi gawat ni kita gunapakaikan dalam hidup.







5 comments:

  1. takut sangat dengan masalah kewangan malaysia sekarang.kite skrg pun byk jimat cermat sekarang.beli mana perlu.biarpun berlebih seposen tetap simpan.

    ReplyDelete
  2. Ramai yg suggest untuk fizikalkan duit simpanan..
    cth beli emas atau barang kemas..

    stkt ni simpanan kt tabung haji je ada.. simpanan berdasarkan angka dlm buku..
    lain2 semua emas..
    itu je la simpanan yg ada..

    semoga kita semua dirahmati Allah daripada ujian yang tidak mampu kita tanggung, amin.

    ReplyDelete
  3. Ly pon ade terfikir sebelom ni mcm imah fikir. Tp selepas kakak bgtau yg abg ipar kate ekonomi malaysia tak la seteruk mane. Just rase tak pecaya pelabur pada si n***b je yg buat duit kite jatuh. Lepas ni ok la blk. Rase lega sikit but still rase nak boros2 da takut

    ReplyDelete
  4. bila baca entry imah ni risau la pula.. duit dlm simpanan pun xde.. pelaburan lagi la.. org ramai skrg dah mula meyimpan emas.. kita ni harapkan duit gaji je bulan2.. emm risauu

    ReplyDelete
  5. Setuju ngan article nie Malaysia sedang menuju kegawatan ekonomi 2016,2017....tengok keadaan sekarnag nie..ringgit semakin jatuh,politik tak stabil, banyak saham yg rugi, minyak mentah dunia makin turun,, jangan lupa banyakkan bersedekah, zakat..dan jangan loket berkongsi rezeki ngan makhluk Allah yg lain spt kucing jalanan tu...insyaalah ALLAH akan permudahkan hidup kita...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!