Memang ni soalan standard untuk “mak pak” yang ada anak
kecik. Dari 1 bulan sampaila dia 2-3 tahun memang orang akan tanya perkembangan
dia. Jangankan orang, kita sendiri pun excited tengok perkembangan dia dari
hari ke hari.
So, apa perkembangan Fayyadh sekarang?
Fayyadh dah 1 tahun 6 bulan++. Gigi dah nak masuk 14 batang.
Dah makin tinggi. Tapi badan takdela bam2 mana. Tapi mostly orang yang jumpa
& dukung Fayyadh akan cakap badan dia “kejap”& “padu”. Kalau org utara
cakap “mantap”. Tapi, rambut gitu jugak stylenya. Tak berapa nak lebat. Kihkih….Still
kuat makan macam dulu. Tolak time tak sihat jer dia kurang sikit makan. Tapi
waktu lain tetap juara. Masih kuat menyusu & kuat mengempeng. Manja ya
amat.
Budak manja ya amat. |
Fayyadh belum pandai bercakap lagi. Kalau cakap Bahasa baby
memang juara La. Ramah kemain. Macam2 yang dia duk pok pek pok pek tapi dia
jela yang faham…hahaha. Siap suka menyanyi lagi tapi lagu apa dia je yang tahu.
Macam2 lagu bahasa baby yang keluar. Kita yang dengarpun tergelak. Tapi dah ada bebrapa perkataan yang dia dah
tau sebut. Macam Kalau buku2, Fayyadh belum tunjuk minat lagi nak study ke baca
ke apa. Bila kita tunjukan gambar2 dalam buku, memang dia tengok, lepas tu
bosan. Dia ambik buku buat experiment sendiri. Bukak tutup. Tunggang terbalik
semua ada. Kihkih…Dan saya & husband pun tak pernah push dia untuk study.
Dia baru 1 tahun 6 bulan. Bagi kiteorang dia “too young” untuk push study &
kenal macam2. bercakap pun belum pandai. Dia akan kenal semua benda naturally
bila sampai masa. In sha Allah. Kiteorang biar je dia explore dunia ni. Dunia baby yang dia
patut rasa. Sesuai dengan umur dia. Husband selalu cakap “biar baby jadi baby”.
Tapi, Kalau anak dah memang awal2 tunjuk minat suka baca, suka study bagusla. Maybe kecenderungan baby tu ke arah tu. Dan
bukan atas paksaan. Tapi, Fayyadh saya nampak minat dia lebih untuk explore physically.
Sebab lelaki kot. Suka aktiviti fizikal. So, memang kiteorang biar je dia main sebab main pun boleh
kembangkan sel2 otak dia. Boleh kuatkan daya dia berfikir. Macam aktiviti2 home
schooling pun banyak game yang boleh aktifkan minda anak2.
Dari dulu, fayyadh memang suka bola dengan apa2 je mainan transport. kereta ke, lorry ke, bas ke train semua dia suka. Kalau gi jalan2 dia nampak je mesti dia stop tengok.
Pantang nampak benda dia suka! |
Tapi, setakat ni tak pernah lagi dia mintak dengan kita dia nak sangat benda tu. tengok jer dan pegang. Sebolehnya tak nak ajar dia mintak2 or kita sentiasa beli je apa dia nak. Sebab kalau terbiasa, nanti dia akan mengamuk & protes kalau kita tak beli apa dia nak.Sekarang ni ok lagi, kedepan nanti hope sangat dia sama. Faham kalau kita tak boleh belikan. Saya dulu memang dari kecik2 mak ayah dah ajar macam ni.
Fayyadh dah tahu untuk gunakan tangan kanan dalam semua
benda. Nak makan, nak ambik barang, nak bagi barang dekat orang, nak salam
mesti guna tangan kanan. Awal2 dulu dia confuse jugak. Hihi..sekarang
dah tahu dah. Mesti dahulukan tangan kanan.
Kalau keluar rumah mesti dah tahu mesti kena pakai kasut/
selipar. So, kalau dia keluar dekat pintu rumah, tak jumpa kasut dia memang dia
hentam je pakai selipar saya dengan husband. Haha…sabar jela anak oi. Bila nak
masuk rumah pun dia tahu kena bukak kasut dulu. Dia akan berdiri depan pintu
tunggu saya bukak kan kasut baru masuk dalam rumah. Yang best, before masuk
mana2 pintu, tak kisahlah pintu rumah
ke, pintu bilik ke semua dia ketuk dulu. Cuma, bagi salam je tak pandai lagi.
Sekarang ni, Alhamdulillah dengar cakap & arahan
walaupun tak pandai nak cakap lagi. Kalau kita tengok dia main lompat2 atas sofa,
saya cakap “ Fayyadh turun bawah datang dekat mama”. Mesti dia stop lompat
terus datang dekat saya. Kalau cakap “fayyadh bagi biskut tu dekat mama”, dia
akan datang bagi. Sama jugak dengan arahan lain. Kalau suruh dia masukkan
barang mainan dalam bakul mainan dia pun dia dah faham. Dia kutip sendiri
simpan. Banyak jugakla yang dia dah
faham apa kita cakap Cuma tak tau nak cakap balik. Hihi… Cuma, bab manja nak
mengempeng tu je masih sama. Haha…kalau dia nak saya time tu, mengikut jela
kita gi kemana pun. Kalau mood tak baik, memang pegang kain kita ni sambil
nangis padahal time tu mama sibuk nak masak. Fayyadh ada jugak masa2 nak "tantrum" or orang utara cakap "menyebai". Tapi tak terukla. Masih terkawal lagi. Tupun banyak kalau dia lapar or mengantuk. Memang mengamuk. Huhu..
Makin kuat meniru apa kita buat. Macam2 dah yang di tiru.
Hihi..Memang fasa budak2 tiru apa parent buat. So, kena tunjuk contoh baik la.
Bahasa pun kena jaga-jaga. Otak anak tengah macam span. Semua dia serap masuk.
Cabaran kuat adalah nak didik anak dalam adab, akhlak &
agama. Memamg dari dulu kiteorang dah fikir nak tekankan bab ni dulu bila
Fayyadh bawah 5 tahun. Macam mana cara
dia nak bergaul dengan orang, boleh tak dia nak urus diri sendiri ( tak payah pakai pampers dah, boleh pakai baju sendiri dll yg sesuai dengan umur), macam mana
nak didik dia ada adab yang baik, tau hormat orang, tau berbahasa. Fuh..memang challenging
sangat. Tambah2 bila saya rasa saya sendiri belum cukup baik. Banyak lagi yang
kena perbaiki. Tapi untuk anak, tetap kena usaha baiki diri supaya senang nak
bentuk anak. Parent role model anak2 kan. Saya pun tak tahu macam mana, mampu ke tak. Macam mana nak buat? Huhu... sebab saya sedar saya sendiri pun compang camping sana sini macam manala nak jadikan anak saya anak soleh? Macam mana nak ajar dia? Allah...memang kena banyak berdoa & keep trying
la. Sebab perangai & ragam anak2 tak sama kan. So, kena fikir cara terbaik nak
educate diorang. Setiap parent mesti ada cara masing2 kan….tak boleh nak
bandingkan or judge. Kita tahu apa yang terbaik & yang kita nak untuk anak
kita.
Semoga Fayyadh terus membesar dengan sihat,bijak serta jadi
anak yang soleh. Dipanjangkan umur& dilindungi Allah swt selalu.
Dha comment td...xtau masuk x..huhu..comment lagilah..hehe...setuju baby bialah jadi bby...n moga fayyadh jadi ank yg soleh n bijak n sihat selalu..
ReplyDeleteNanti dah petah bercakap jenuhlah mama nak menjawab soalan2 fayyadh.hehe =)
ReplyDeleteSuka sgt baca psl fayyadh...perangai & perkembangan sebijik macam ank sy ahmad umar khalef...
ReplyDeleteb
ReplyDeleteComel fayyadh. Mcm naurah jgk ni pot pet pot pet :)
ReplyDeletecomelnya fayyadh ni. moga membesar jadi anak yg baik dan soleh :)
ReplyDelete